CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Dua Dekad Highland Towers: Adakah Kita Masih Alpa?

12-12-2013 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21030| Komen: 71

Description: Tragis, Pilu Dan Seram. Itu Yang Jelas Terbayang Di Fikiran Sesiapa Sahaja Apabila Mengenang Kembali Tragedi Highland Towers. Menyingkap Sejarah Hitam Terburuk Melanda Negara Pada 11 Disember 1993, Ba ...



Tragis, pilu dan seram. Itu yang jelas terbayang di fikiran sesiapa sahaja apabila mengenang kembali tragedi Highland Towers. Menyingkap sejarah hitam terburuk melanda negara pada 11 Disember 1993, bangunan setinggi 12 tingkat yang dahulunya tersergam indah di Taman Hillview, Hulu Kelang tumbang sekelip mata sekali gus meragut 48 nyawa berada di dalamnya.

Kejadian itu mengejutkan banyak pihak apabila bangunan berkenaan hanya runtuh selepas 15 tahun ia siap dibina. Kini, Highland Towers hanya tinggal nama selain dua blok yang masih
berdiri sepi tanpa penghuni.

Esok genap 20 tahun tragedi ngeri itu berlaku. Persoalannya, adakah kejadian ini benar-benar membuka mata semua pihak atau sekadar dibiar tertulis sebagai sejarah pertama dalam pembinaan negara dan mungkin sejarah dunia

Apakah selepas tragedi itu, semua pihak benar-benar mengambil pengajaran daripadanya atau masih menutup sebelah mata bagi memberi laluan pembangunan kediaman dan komersial menghiasi cerun-cerun yang memberi pemandangan indah kepada penghuninya.

Di kala kesedihan terus menyelubungi keluarga dan waris mangsa yang masih tinggal, sedarkah kita sebenarnya pembangunan di kawasan lereng bukit dan cerun masih rancak dijalankan di kawasan sekeliling?

Apa yang pasti, tragedi 20 tahun lalu bagaikan satu peringatan daripada ALLAH bahawa bukit dan gunung adalah pasak bumi dan tidak boleh dimusnahkan sesuka hati.

Tidak banyak diharapkan namun mesej kepada insiden menyayat hati yang pernah berlaku ini memberi petunjuk bahawa projek-projek sedemikian harus ‘dibekukan’ terus supaya tragedi buruk tidak berulang.

2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maideen. 10-12-2013 04:10 PM
Diharap kita tidak alpa.
Quote ijamartgallery 10-12-2013 04:17 PM
harap2 jadi ithibar lah...tapi sekarang ni.. asal barang jadi wang..ape leh buat...
Quote ifanonline 10-12-2013 04:23 PM
highland towers ni boleh dijadikan iktibar kpd sikap manusia yg korup...ini semua balasan tuhan kpd mereka2 yg melakukan kerosakan di muka bumi...
Quote Lina66 10-12-2013 04:25 PM


Aku rase akan jadi lagi keruntuhan bangunan .... kalo ade pihak yg amik sikap sambil lewa...

example : Hospital Serdang yg tak abis2 dengan runtuhan siling nye.... contractor tampal balik guna super glue ke ape...

Quote gogo2 10-12-2013 04:35 PM
Saya rasa yg bina kat tepi bukit dan tepi laut semua akan runtuh. Bahaya.
Quote Maideen. 10-12-2013 04:40 PM
Sekarang ni ramai sangat yang alpa.....
Quote pestol 10-12-2013 04:58 PM
alpha angle wangsa maju
Quote pestol 10-12-2013 04:59 PM
Kronologi tragedi Highland Towers

PELUKIS pelan tiada kelayakan. Pendedahan bekas presiden PAM kejutkan rakyat Malaysia.

Sebelum 1964: Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.

1964: Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian. Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.

1974: Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.

1978: Blok 1 Kondominium telah disiapkan dan diberi Certifi cate of Fitness (CF) oleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.

1981: Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni.

1986: Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG. Ia telah mula diduduki penghuni.

1 Julai 1992: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.

1993: MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.

November 1993: Keretakan serius atas jalan raya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok 1 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari.

Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sukarelawan PBSMM datang lebih awal. Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan bergoyang.

Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan, diselamatkan.

Nakajima Shizue, 50, wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12
tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri Kabinet datang melawat.

12 Disember 1993: Penghuni Blok 2 dan 3 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.

13 Disember 1993: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Mereka dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.

Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

15 Disember 1993: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang.

Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

16 Disember 1993: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.

17 Disember 1993: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.

18 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.

19 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga, lelaki jam 10.15 malam.

20 Disember 1993: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.

21 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha.

22 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan. Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers.

Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd. menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.

14 Oktober 1997: Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak lebih dua tingkat.

14 November 1997: Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur
jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh.

Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.

Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab-Malaysian Finance Berhad, Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd.


Quote annehuda 10-12-2013 05:00 PM
kerajaan terengganu je yg tak amek iktibar
Quote pestol 10-12-2013 05:01 PM
Quote slippergombak 10-12-2013 06:38 PM
boleh lelong tanah highland tower tuh harga sejuta.. aku nak beli .... best prosperity burger nih...
Quote Maideen. 10-12-2013 07:59 PM
Beginilah jadinya jika kita alpa.....
Quote Ayun_Maiden 10-12-2013 09:23 PM
Maideen. posted on 10-12-2013 07:59 PM
Beginilah jadinya jika kita alpa.....

Jyga jangan alpa kepada agama Islam . Jika tidak habis dihina sesuka hati oleh puak2 kapiaq
Quote asrisha 11-12-2013 01:27 AM
sepanjag teman lalu di DUKE tu, ngeri giler lihat pembangunan Bangunan tinggi2 di lereng bukit... kekadang teman terfikir... nak jadi macam kubur bukan muslim ker lagi tinggi lagi berstatus hidupnya... takutnya suatu hari nanti tersembah bumi...

memang kekadang teman ada gak berdoa agar runtuh bagi pengajaran sebab MELAYU MUDAH LUPA!!!!!!!!!!
Quote nize 11-12-2013 01:34 AM
yang beli tu takde pikir pun pasal tanah runtuh atau bangunan collapse yang di fikir nye ... wow view cantik, good investment, property boom, exclusive, secluded takde jawi nak dtg kaco..ader kerlast ...mati mana2 pun leh mati..

so tepuk dada tanye selera...

tak pun beli pakai duit kroni.. bukan duit titik peluh pe de hal...
Quote DianaSaksen 11-12-2013 01:45 AM
so sad
Quote Acong 11-12-2013 01:48 AM
slippergombak posted on 10-12-2013 06:38 PM
boleh lelong tanah highland tower tuh harga sejuta.. aku nak beli .... best prosperity burger nih... ...

beli... jgn tak beli
Quote slippergombak 11-12-2013 09:38 AM
Acong posted on 11-12-2013 01:48 AM
beli... jgn tak beli

jadi sekrang kena hasut laa semua orang cakap higland tower hantu kuat woo.. banyak lak tuh...semua hantu makan orang tau.. bawah highland tower ada air terjun yg buat tanah jadi tak kuat... lelong highland tower murah2 laaa 500 ribu pun bleh laa... nak beli skarang.... esok kasi runtuh highland tower tuh... pasak tiang kaw2 kasi sloop cantik... buat banglo mewah 4-5 juta... perhhhh... pakcik kayoo...
Quote abgboroi 11-12-2013 09:48 AM
slippergombak posted on 11-12-2013 09:38 AM
jadi sekrang kena hasut laa semua orang cakap higland tower hantu kuat woo.. banyak lak tuh...semu ...

aku rasa tempat ni boleh ajer dibangunkan...kat msia ni kalau insiden camni mmg x bangun laa sampai bila2 tempat tu...tanah mimaland apa citer?

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.238278 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top