CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Konvo UKM: Nenek 74 thn dpt degree

24-10-2012 09:05 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4979| Komen: 24

Description: Rayah dikelilingi anak dan cucu yang meraikan kejayaannya di UKM, Bangi, semalam. - Foto Rosela Ismail Rayah, 74, ikuti pengajian jarak jauh UKM sejak 2008 ...
Obor: Nenek 10 cucu terima ijazah

Rayah dikelilingi anak dan cucu yang meraikan kejayaannya di UKM, Bangi, semalam. - Foto Rosela Ismail

Rayah, 74, ikuti pengajian jarak jauh UKM sejak 2008

Bangi: Seorang nenek 10 cucu mencuri perhatian ramai apabila menjadi penerima ijazah sarjana muda tertua pada majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-40, di sini, semalam. 

Bersandarkan semangat tinggi dan pegangan menuntut ilmu hingga ke liang lahad, pesara guru, Rayah Abd Ghani, 74, dari Panchur Jaya, Seremban, Negeri Sembilan membuktikan warga tua mampu menggenggam ijazah biarpun sudah lanjut usia.

Ibu kepada dua anak lelaki berasal dari Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru yang juga pengasas dua rumah kebajikan untuk ibu tunggal dan anak yatim persendirian di Seremban itu menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Al-Quran dan Sunnah selepas menamatkan pengajian jarak jauh selama empat tahun bermula 2008.

Beliau yang menamatkan pengajian Diploma Usuluddin dari Universiti Malaya (UM) pada 2004 dan aktif mengajar agama di surau serta masjid sekitar Seremban juga berpendapat, belajar pada usia lanjut dapat mengaktifkan daya pemikiran serta meningkatkan pengetahuan.

“Memang cita-cita saya sejak muda mahu menggenggam segulung ijazah, namun ketika itu tidak berpeluang kerana terikat dengan komitmen kerjaya dan keluarga.
“Apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di UKM pada usia 70 tahun, saya tidak fikir panjang dan terus terima.

“Saya tidak fikirkan kesukaran bakal dialami kerana belajar pada usia tua, sebaliknya positif dan akhirnya saya berjaya.

“Saya gembira kerana dua anak serta keluarga dan rakan memberi semangat juga galakan tidak berbelah bagi.

“Jika dulu ketika anak berusia tujuh tahun saya menghantar mereka ke sekolah, pada usia saya 70 tahun mereka pula hantar saya masuk belajar hingga akhirnya saya segulung ijazah,” katanya.

Rayah berkata, biarpun berdepan pelbagai cabaran sepanjang pengajian, beliau tidak pernah putus asa, malah berbangga kerana menjadi contoh kepada belia.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PinangMasak 24-10-2012 09:07 AM
Kagum aku dgn org2 mcm ni...
Quote UnaHusna 24-10-2012 09:09 AM
hebat nenek
Quote abgboroi 24-10-2012 09:11 AM
opah siapa laa ni...syabas nenek...pendidikan x mengira usia...akhirnya nenek berjaya ke tahap yg lebih tinggi...caya laa nek...
Quote tamaramdhani 24-10-2012 09:17 AM
tahniah nek.......
semoga menjadi contoh kpd cucu2....
Quote hunny_bunny 24-10-2012 09:22 AM
congrats nenekkk..

hopefully diberi peluang begini jugakkk...
Quote bolat-bolat 24-10-2012 09:32 AM
Aku cukup kagum dengan warga lanjut usia yang ada semangat menuntut ilmu yang tinggi...
Quote mdmyana 24-10-2012 09:39 AM

Takde gambo kerr??

Anyway, tahniah nenek
Quote mbhcsf 24-10-2012 09:39 AM
tahniah ...bless her .
Quote atira 24-10-2012 09:41 AM
tahniah nenek....
Quote chandrahusin 24-10-2012 09:43 AM
tahniah ustazah Rayah
sempat berguru mengaji dgn beliau 1 masa dulu
tumpang bangga
Quote Eura 24-10-2012 09:43 AM
Oh...bekas cikgu...no wonder...bersemangat lg nk blaja even umo dah 70 lebih...

Kagum sgt...tabik springggg kat nenek ni...
Quote limau_nipis 24-10-2012 09:46 AM
tahniah nenek...
Quote syue86 24-10-2012 10:26 AM
tahniah!
tetibe nk futher master meluap2..hehe
Quote ainiz81 24-10-2012 10:29 AM
wah..hebat sungguh
Quote Bluescarf 24-10-2012 10:30 AM

teruja dengan semangat nenek ni....jom further study..
Quote Artemesiaa 24-10-2012 10:39 AM
Syabas dan tahniah for granny .  Semangat dan kesungguhan beliau boleh dicontohi.
Quote R2D2 24-10-2012 10:57 AM
kalau korang ke UM. kelas2 hari Sabtu penuh dgn golongan veteran, pencen
Quote haiku 24-10-2012 10:57 AM
Tahniah & syabas. Sumber inspirasi kepada golongan muda
Quote yusryimran 24-10-2012 11:17 AM
Tahniah. Bangga sangat dengan makcik nih

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.066748 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top