CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Rais mahu sambutan Hari Kemerdekaan 2013 luar biasa

24-10-2012 10:42 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5771| Komen: 105

Description: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim KUALA LUMPUR - Menteri Penerang ...
Rais mahu sambutan Hari Kemerdekaan 2013 luar biasa
Wartawan Sinar Harian
23 Oktober 2012

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim 

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini melahirkan harapan agar sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun depan akan lebih hebat dan menonjolkan sesuatu yang luar biasa.


Rais, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 berkata harapan itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak memberikan sumbangan dan komitmen padu.

"Oleh itu, keringat, sumbangan dan penyesuaian sebagai satu kontinjen perlu untuk capai kejayaan," katanya pada majlis penghargaan dan penyampaian sijil sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 di sini malam tadi. Selain itu Rais berkata, kejayaan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Ogos lepas adalah berkat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pada majlis itu Rais dan Maznah turut menyampaikan hadiah kepada lapan pemenang Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 anjuran Jabatan Penerangan yang merangkumi kategori bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung, sekolah, taman perumahan, individu (rumah kediaman), pintu gerbang dan Anjung Komuniti 1Malaysia. Antara pemenangnya ialah Kampung Tanjung Parang Kota Samarahan Sarawak bagi kategori kampung dan Rancangan Perumahan Awam Arau, Perlis bagi kategori taman perumahan, sementara JKKR Felda Kledang, Kota Tinggi Johor untuk kategori pintu gerbang dan kesemua pemenang menerima RM10,000 bagi setiap kategori.

Sementara Sekolah Kebangsaan Abang Ali, Kampung Baharu, Sibu, Sarawak memenangi kategori sekolah dan memenangi hadiah wang tunai RM5,000.

Pertandingan yang bermula pada 18 Julai hingga Ogos lepas berjaya menarik 871 penyertaan dari seluruh negara, meningkat lebih daripada sekali ganda berbanding 356 pada 2011. Pertandingan bertujuan menggalakkan cetusan kreativiti rakyat dalam menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan melalui pengibaran Jalur Gemilang di premis dan kawasan masing-masing.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonlabu 23-10-2012 03:42 PM
kenapa nak sambut luar biasa sangat? ala kadar jer dah la, elakkan pembaziran. dah mula bau tanah ke pak rais?
Quote sesasaku 23-10-2012 03:44 PM
Saya guarantee kalau nk luar biasa buat keta berhias... lepas tu lepas 1 dozen pompuan melayu punkog berkerak menari ala2 tiang kat atas tu mesti luar biasa..... sebb budak pompuan melayu mmg berkebolehan menari tiang ni...janji uwang nya mewah...

Tak caya cuba la untuk sekali tu tgk mcm mn....
Quote NIXAR 23-10-2012 03:45 PM
hek eleh....ntah dia ade ke tidak lagi masa tu
Quote BorderManager 23-10-2012 03:47 PM
.... "ooo rupanya aku dibuai mimpi.... " ..
Quote tebuanharimau 23-10-2012 03:49 PM
TH pegi ke dataran beberapa tahun .. rasanya 2012 paling bosan..tahun sebelum2nya far better.. tolak tepi slogan, tema & kempen politik yg warnai sambutan kat Dataran Merdeka tu (yang sememangnya memburukkan lagi sambutan) dari segi perarakan perbarisan ( turut melibatkan  pasukan keselamatan juga) utk 2012 ntah apa2...kereta perisai, aset kenderaan tentera darat & polis pun x lalu depan dataran tu.. kereta berhias pun xleh blah ..semua berunsur bantuan 1 malaysia (termasuk kereta berhias tiang letrik yang amat memilukan) pas sambutan kat dataran semua pakat balik cepat2 sebab nak prepare kat Bkt Jalil plak
Quote batmana 23-10-2012 03:50 PM
sblum ni biase2 aja ke?
dah buang terbiat org tua nie..
Quote kucingTomey 23-10-2012 03:51 PM
luar biasa camne lomoi wey.......mahu panggey robengah berbaris di dataran ke baru luar biasa?
Quote jonlabu 23-10-2012 03:54 PM
kucingTomey posted on 23-10-2012 08:51 AM
luar biasa camne lomoi wey.......mahu panggey robengah berbaris di dataran ke baru luar biasa?

kannn..robengah berbaris bugil, baru kira luarbiasa.
Quote OmJualGas 23-10-2012 03:54 PM
ampu kali terakhir ka ni...
Quote sadiq_segaraga 23-10-2012 03:59 PM
Kalau PR berjaya menang PRU, aku rasa sambutan akan luar dari kebiasaan..
Quote ctaz 23-10-2012 03:59 PM
tak sabar nak dgr lagu ciptaan si rais nih lagi....
bessttststtttststttnyer.....
oooo lupa....dan juga logo hari kemerdekaannyer.....
bestststtssttstststnyer.......
Quote dino 23-10-2012 04:05 PM
NIXAR posted on 23-10-2012 03:45 PM
hek eleh....ntah dia ade ke tidak lagi masa tu

ntahnya.... dgr cite isu robengah akan naik balik... katanya mangsa dpt rumah jota2.... wakakakka....
Quote RedDevils 23-10-2012 04:09 PM
Aku yakin sambutan Hari Merdeka 2013 boleh menjadi luar biasa..

Luar biasa membazirnya..

Quote NIXAR 23-10-2012 04:09 PM
dino posted on 23-10-2012 04:05 PM
ntahnya.... dgr cite isu robengah akan naik balik... katanya mangsa dpt rumah jota2.... wakakakka. ...

pasal tu kot yg dok cr isu tahun 2013
Quote leylapple 23-10-2012 04:10 PM
pak rais nie better letak jawatan cepat2...mcm tahap nyanyuk dah org tua nie..merepek tahapapapa

sebelum dia sendiri yang berbugil masa perbarisan, better out!
Quote DCrystal 23-10-2012 04:12 PM
Sempat ker......?
Quote dino 23-10-2012 04:13 PM
NIXAR posted on 23-10-2012 04:09 PM
pasal tu kot yg dok cr isu tahun 2013

survival mode
Quote ChildrenOfBodom 23-10-2012 04:13 PM
ntah2 tahun depan si caprut ni dah naik tongkang balik sumatera
Quote NIXAR 23-10-2012 04:14 PM
dino posted on 23-10-2012 04:13 PM
survival mode

agaknya lupa nak bg pesan kot masa dulu tuh

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.334314 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top