CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Banglo < RM 1/2 juta mantan menteri hangus terbakar!

25-10-2012 09:28 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9265| Komen: 58

Description: GOMBAK – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila banglo tiga tingkat miliknya musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas dekat J ...


GOMBAK – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila banglo tiga tingkat miliknya musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas dekat Jalan Berlian 1, Taman Perwira di sini kelmarin.

Bagaimanapun, kejadian pada pukul 8.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana kesemua lapan ahli keluarga bekas Presiden Parti Progresif Penduduk itu termasuk pembantu rumahnya keluar.

Mengimbau semula kejadian itu, Murugiah, 49, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran dan pengawal banglonya setengah jam kemudian ketika dalam perjalanan untuk mengambil anak sulung lelakinya berusia 23 tahun yang tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Katanya, mereka pergi ke KLIA dengan menaiki dua buah kereta untuk menjemput anaknya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa.

“Kami bergegas pulang sebaik mengambil anak. Sebaik sampai, saya dapati api telah dipadamkan.
“Seluruh rumah dari tingkat bawah hingga aras tiga hangus dijilat api,” ceritanya ketika ditemui.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orange1 25-10-2012 03:38 AM
Iya ke setengah juta saja reganya, blh dpt banglo dah ke rega mcm tu kat Gombak?
Quote Acong 25-10-2012 03:46 AM
Orange1 posted on 25-10-2012 03:38 AM
Iya ke setengah juta saja reganya, blh dpt banglo dah ke rega mcm tu kat Gombak?

kalu rumah lama, mmg dapat laa.........
Quote Al-Patih 25-10-2012 06:31 AM
claim insuran je....
Quote mixed 25-10-2012 06:49 AM
X dpt nk deepavali dgn meriah tahun ni kesian
Quote nurul_akmar 25-10-2012 07:13 AM
claim je insurans
Quote KIM.mafia 25-10-2012 07:20 AM
link house dkt KD pun rega setengah juta
ni banglo 3 tkt setengah juta?nak kaberline ke hape
Quote tensic~ 25-10-2012 07:25 AM
setengah juta masa dia beli kot
Quote tamaramdhani 25-10-2012 07:30 AM
insurans kn ade....
Quote AHMADVW 25-10-2012 07:33 AM
kkne tanya slippergombak brp kos pembinaan kos kerogian
Quote plasterhati 25-10-2012 07:50 AM
setengah juta banglo 3tingkat? aku pn n beli laaa cenggini
Quote Bell 25-10-2012 08:00 AM
Boleh claim insurance. Rumah batu structure takde affect. Bubuh cat baru, tile baru - ok la balik. Kalau rumah papan lain cerita.....
Quote zwaty 25-10-2012 08:34 AM
mixed posted on 25-10-2012 06:49 AM
X dpt nk deepavali dgn meriah tahun ni kesian

alah...berkepok-kepok lg duit dia.....x effeck mana pun kat dia.....
Quote MissN-ny 25-10-2012 09:05 AM
Mak aiii....
Pembantu umah pun die hangkut bwk g airport?
Satu ghumah plak tu terbakar...
Abeslah tinggal sehelai sepinggang...
Quote sashin 25-10-2012 09:07 AM
rumah banglo setengah juta ? @_@ kat KL ni..setengah juta tu baru dapat apartment yang tak berapa nak besar T_T
Quote honeybee1802 25-10-2012 09:09 AM
1/2 juta?banglo2 kat area kawasan aku ni pun dah main RM1juta+++...kalo rm500k tuh dpt semi D setingkat jahh..
Quote wajaman 25-10-2012 09:31 AM
ala,duit byk bole sambut deepavali kt new delhi maaaaa....
Quote missyqaldina 25-10-2012 09:43 AM
kalau diee islam msti die makan duit rasuah sebb tu hangus..-typical-
Quote tobby 25-10-2012 10:20 AM
Al-Patih posted on 25-10-2012 06:31 AM
claim insuran je....

memang intention nak claim insurans ??
Quote Manami 25-10-2012 10:29 AM
Petanda??

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.392067 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top