CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kucing Tinggal 7hari Bersama Mayat Tuannya

26-12-2013 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23635| Komen: 358

Description: Shah Alam: Setia Hingga Hujung Nyawa Boleh Menggambarkan Kesetiaan Dua Kucing Jenis Benggal Yang Berada Di Sisi Tuannya Walaupun Lelaki Itu Sudah Tujuh Hari Meninggal Dunia Sebelum Mayatnya Ditemui Po ...
Shah Alam: Setia hingga hujung nyawa boleh menggambarkan kesetiaan dua kucing jenis Benggal yang berada di sisi tuannya walaupun lelaki itu sudah tujuh hari meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui polis, Ogos lalu.

Kucing diberi nama Tony dan Tiger itu tinggal bersama tuannya, seorang lelaki berusia 70-an di sebuah rumah di Kota Kemuning, di sini, sebelum dia ditemui mati selepas jiran tetangga mencurigai bau busuk dari rumah berkenaan.  

Apa yang menyentuh perasaan, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan menemui kucing berkenaan berada di sisi tuannya yang sudah tidak bernyawa di ruang tamu dan membengkak dipercayai diserang penyakit ketika berada di rumah.

Kasihan melihat keadaan Tony dan Tiger yang kurus dan kelaparan, anggota dari Pondok Polis Kota Kemuning mengambil keputusan membela kucing berkenaan yang kini menjadi teman setia mereka ketika bertugas.

AHMAD bersama kucing bernama Tony yang dibela di Pondok Polis Kota Kemuning.

Ketua Pondok Polis Kota Kemuning Koperal Ahmad Yusof berkata, Tony dan Tiger boleh dianggap sebagai terapi kepada enam anggota pondok polis berkenaan yang menganggap haiwan itu sebahagian daripada keluarga pasukan berkenaan.

3

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zehra2 25-12-2013 08:09 AM
apa pasal bg nama tiger kat kucing?
kucing aku kucing kampung aje.. namanya Mambang Merah & Ibu Cantik...
Quote Kassim_Patalon 25-12-2013 10:08 AM
hai mambang merah mambang kuning mambang ijo mambang biru air laut
Quote noor2 25-12-2013 10:09 AM
semua kucing i suka panggil dgn nama  sicomel...
Quote ultra78 25-12-2013 10:18 AM
Pernah sekali aku masuk satu balai polis, nampak seekor kucing di tempat aduan tu. Sorang pakcik polis tu siap main-main dengan kucing tu. Sejak bila pula balai polis ni mesra dengan kucing ?
Quote Nash^Roy 25-12-2013 10:23 AM
G kedai mkn mmg pantang tul kalau kucing dtg bgesel kat kaki.. last2 bg je kepala ikan kat kucing tu
Quote revolusi_30 25-12-2013 10:48 AM
ultra78 posted on 25-12-2013 10:18 AM
Pernah sekali aku masuk satu balai polis, nampak seekor kucing di tempat aduan tu. Sorang pakcik pol ...

Dah abang bomba malaysia tak mesra kucing. Abang pulis amek alih la.
Quote ronin 25-12-2013 10:56 AM
zehra2 posted on 25-12-2013 08:09 AM
apa pasal bg nama tiger kat kucing?
kucing aku kucing kampung aje.. namanya Mambang Merah & Ibu Can ...

gagah, macho, gentle.....sebab tu dinamakan Tiger as per my late cat....my Tiger ni hilang semasa dia sakit teruk....mungkin memilih untuk mati bukan di depan mata kita......




Quote lady_rara 25-12-2013 10:56 AM
aku pun bagi nama kucing aku tiger.. sebab badan dia ada belang macam rimau..
Quote rospinki 25-12-2013 11:03 AM
ronin posted on 25-12-2013 10:56 AM
gagah, macho, gentle.....sebab tu dinamakan Tiger as per my late cat....my Tiger ni hilang semasa  ...

Comelnya...dh mati ke. Sayang sgt
Quote ronin 25-12-2013 11:07 AM
rospinki posted on 25-12-2013 11:03 AM
Comelnya...dh mati ke. Sayang sgt

kemungkinan besar dah mati.....dlm byk2 kucing ni yg paling special
Quote Artemesiaa 25-12-2013 11:10 AM
Tony dan Tiger yang setia hingga hujung nyawa
Quote pakwetizzaqyah 25-12-2013 11:11 AM
nama kucing aku dulu pun tony..tak de kene mengena ngn toni usop atau toni cipriani..

tp kini aku adalah haterz kucing..sori eh diehard fan kucing..
Quote pakwetizzaqyah 25-12-2013 11:13 AM
ultra78 posted on 25-12-2013 10:18 AM
Pernah sekali aku masuk satu balai polis, nampak seekor kucing di tempat aduan tu. Sorang pakcik pol ...

ada sbb pakcik polis main2 ngn kucing..

sbb tk dapat belek bini malam tadi..lol

apa..ko ingt kerja polis ni tk stress ke?? belaian pasangan adalah kewajipan untuk kualiti kerja yang mantap dan maksima..tk caya ko tanya polis sndiri
Quote yayah8989 25-12-2013 11:20 AM
zehra2 posted on 25-12-2013 08:09 AM
apa pasal bg nama tiger kat kucing?
kucing aku kucing kampung aje.. namanya Mambang Merah & Ibu Can ...

mambang? suwet gile
Quote miss_manja 25-12-2013 11:21 AM
tu lah saje jer depa nk burukkn nama kucing kannn.... cer baca ni, bkn semua anjing pun setia dgn tuan depa,


http://regional.kompas.com/read/2011/09/07/08100285/Anjing.Kelaparan.Makan.Tuannya.Sendiri

Quote yusryimran 25-12-2013 11:24 AM
ronin posted on 25-12-2013 10:56 AM
gagah, macho, gentle.....sebab tu dinamakan Tiger as per my late cat....my Tiger ni hilang semasa  ...

alahai tomei nya your cat
Quote Kassim_Patalon 25-12-2013 11:25 AM
kucingTomey tak jelly?
Quote noor2 25-12-2013 11:40 AM
ronin posted on 25-12-2013 10:56 AM
gagah, macho, gentle.....sebab tu dinamakan Tiger as per my late cat....my Tiger ni hilang semasa  ...

shomelnya.....
Quote Acong 25-12-2013 11:45 AM
jika aku ambil kucing lain utk bela, aku nak bagi nama noor

Lihat semua komen(358)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057529 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top