Jabatan Meteorologi nafi tsunami bakal berlaku KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Sabah menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya fenomena pelik beribu-ribu ikan tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu semalam sebagai petanda fenomena tsunami bakal berlaku di negeri ini. Pengarahnya, Abdul Malik Tussin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima amaran tsunami bakal berlaku berikutan fenomena ikan terdampar yang jarang berlaku itu. Menurutnya, jika tsunami berlaku, pelampung boya tsunami yang dipasang di perairan Semporna, Sabah akan memberi amaran jika berlaku tsunami di Lautan Pasifik. Katanya, pelampung boya keselamatan itu dilengkapi peralatan tsunameter khusus untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan maklumat ketinggian ombak akibat tsunami. "Oleh itu jika ada gegaran dari dasar laut, maklumat yang dikumpul oleh tsunameter akan dihantar secara automatik kepada Jabatan Meteorologi.
"Tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang amaran berkaitan. Justeru, saya nasihatkan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Sabah agar tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan kejadian di Kampung Tambisan sebagai satu ancaman tsunami," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
|
10
Bagus |
1
Marah |
3
Terkejut |
2
Sedih |
2
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
C.K posted on 24-12-2013 06:12 PM
Kejadian ini yang twrbaharu kah? Atau video zaman lama kamu upload?
shahx posted on 24-12-2013 06:11 PM
teringat mase tsunami dulu, byk gak ikan naik ke darat sblm tsunami.. bulan december gak..
zeed posted on 24-12-2013 06:15 PM
Mungkin ada pergerakan kerak bumi di tengah lautan.. Maybe akan ada tsunami kah?
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.219660 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.