CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nur Fathia Tidak Mahu Labelkan Aiman Sebagai Kekasih

27-12-2013 05:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22457| Komen: 48

Description: Mungkin Tidak Mahu Jadi Seperti Kes Johan As’Ari Dan Lana Nordin Yang Dicanang Dan Tidak Menjadi, Fathia Membuat Keputusan Untuk Tidak Mengesahkan Apa-Apa Tentang Hubungannya

Berikutan dengan gosip tentang Aiman Hakim Ridza membawa Nur Fathia berjumpa keluarga, Fathia telah mengakui bahawa beliau masih berkawan rapat dengan Aiman namun tidak mahu melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.

Mungkin tidak mahu jadi seperti kes Johan As’ari dan Lana Nordin yang dicanang dan tidak menjadi, Fathia membuat keputusan untuk tidak mengesahkan apa-apa tentang hubungannya



“Selagi tiada jodoh, selagi itu saya tidak akan beritahu status hubungan kami. Secara umumnya, Aiman ada ciri-ciri calon suami idaman semua wanita. Dia bersikap realistik dan bijak walaupun masih muda. Apapun, saya harap semua orang boleh mendoakan kami ada jodoh”

“Sebelum jadi artis memang sudah berkawan dengan Aiman tapi sekarang lebih rapat lagi. Kalau ada jodoh apa salahnya, saya tidak mahu mengaku saya bercinta dengan Aiman sebab tidak manis kalau sekejap couple sekejap putus — selagi dia tak masuk meminang saya taknak mengaku bercinta,” ujar Nur Fathia.

Terdengar juga sedikit khabar angin mengatakan pelakon cantik ini menjalinkan hubungan dengan seorang VVIP namun beliau sekerasnya menafikan semua itu kerana beliau sendiri memang tidak pernah berjumpa dengan mana-mana VVIP.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cef_gango 27-12-2013 09:59 AM
Aiman Bawa Fathia Jumpa Keluarga?

Biasanya, artis-artis baru tidak akan mendedahkan kisah percintaan mereka kerana takut saham jatuh.

Begitu juga dengan pelakon muda, Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia Latiff. Walau tidak mengakui tentang hubungan mereka secara terbuka, peminat sudah dapat mengagak apa status hubungan sebenar mereka.

Khabarnya baru-baru ini, Aiman telah membawa Fathia berjumpa keluarganya. Betul ke?

“Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bertemu dengan keluarga saya.”



“Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya,” jelas Aiman,

Mereka ini dikatakan mula rapat selepas membintangi drama bersiri Diandra yang ditayangkan di TV3, sebelum ini.



Kalau sudah berjumpa keluarga, bukankah itu tanda sudah sampai ke tahap yang serius?

Mungkin mereka tidak mahu gembar-gemburkan perkara yang belum pasti ke jinjang pelamin. Kalau canang-canang dan tidak menjadi, nanti jadi musuh pula kan.

Tengok saja kisah Johan As’ari dan Shila Amzah. Terus langsung tidak berkawan.

Apa pun, kalau benar, kami doakan semoga jodoh mereka berkekalan hingga mendirikan masjid ya~
Last edited by cef_gango on 27-12-2013 10:04 AM

Quote siti_kus 27-12-2013 10:08 AM
X hbs2 deny. Boring
Quote leftchopstick 27-12-2013 10:09 AM
me lg suka tgk aiman dgn izara..
Quote AbukRokok 27-12-2013 10:27 AM
pe lagi masukla meminang....sebelum aku masuk
Quote mitnick 27-12-2013 10:30 AM
ape2 jelah                     
Quote SyaAnis 27-12-2013 10:34 AM
rasa bosan lak dengan cerita dorang nih.. hurm...
Quote prettyuglybabe 27-12-2013 10:39 AM
ye. contohi LO dgn fahrin. tak usah mengaku bercinta. bila dah putus baru meroyan
Quote adelea 27-12-2013 10:43 AM
prettyuglybabe posted on 27-12-2013 10:39 AM
ye. contohi LO dgn fahrin. tak usah mengaku bercinta. bila dah putus baru meroyan

Hahaahhahah ... setuju ngan setetment uols
Quote AshkieLa 27-12-2013 11:16 AM
adelea posted on 27-12-2013 10:43 AM
Hahaahhahah ... setuju ngan setetment uols

ooo minah ni ade gossip VVIP..? sape kah gerangan?
Quote adelea 27-12-2013 11:18 AM
AshkieLa posted on 27-12-2013 11:16 AM
ooo minah ni ade gossip VVIP..? sape kah gerangan?

I tak tahu .. i cuma sokong dia x nak hebah hubgn dia ngan aiman

macam.LOve and FAith..... teman tapi mesra gitu ...
Quote lady_rara 27-12-2013 11:24 AM
prettyuglybabe posted on 27-12-2013 10:39 AM
ye. contohi LO dgn fahrin. tak usah mengaku bercinta. bila dah putus baru meroyan

ataupun contohi silah mezah dan johan sehari.. mati matian tak ngaku bercinta.. tp bila johan sehari pilih lanatek nodin, silah mezah meroyanzz
Quote tomet05 27-12-2013 11:26 AM
DENY SEHABIH MUNGKIN
Quote reenz013 27-12-2013 11:27 AM
x bis2 cite dorangni
Quote fifie_olin 27-12-2013 11:29 AM
dh jmpa mak bapak lom tentu kawin pon
just doa yg terbaik je la utk dorang
aku tgk padan jeh
Quote prettyuglybabe 27-12-2013 11:30 AM
lady_rara posted on 27-12-2013 11:24 AM
ataupun contohi silah mezah dan johan sehari.. mati matian tak ngaku bercinta.. tp bila johan seha ...

tu lagi kesian. turun pangkat jadi adik terus
Quote mybarbie 27-12-2013 11:35 AM
la.. pelik article ni.. xpayahla kait2kan johan & lana..
Quote HannahMontana 27-12-2013 11:36 AM
tp nampak mcm Aiman x habis enjoy hidup single lg.
Quote lady_rara 27-12-2013 11:45 AM
prettyuglybabe posted on 27-12-2013 11:30 AM
tu lagi kesian. turun pangkat jadi adik terus

tu yang meroyanz tuh..
Quote berun 27-12-2013 03:11 PM
lawa la dia ni. klu di singapore org pgil dia ni cm katy perry







Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062290 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top