CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Sambutan Tahun Baru-Lelaki Miliki Bom Buatan Sendiri Ditahan!!

31-12-2013 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30915| Komen: 432

Description: Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar Berkata, Bom Berupa Paip Pvc Dirampas Dari Suspek Berumur 46 Tahun Ketika Beliau Sedang Menunggang Motosikal Dalam Keadaan Menc ...
Guling: Polis tahan lelaki miliki bom buatan sendiri





SHAH ALAM 31 Dis. - Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama-sama sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lepas, yang dipercayai hendak diletupkan pada sambutan ambang tahun baharu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, bom berupa paip PVC dirampas dari suspek berumur 46 tahun ketika beliau sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi di sekitar lampu isyarat Taman Permai, Ampang.

"Suspek melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan polis apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar sebuah kenderaan di Taman Halaman, Ampang.

"Pemeriksaan yang dibuat ke atas beg silang suspek, polis menjumpai sebutir bom buatan sendiri berupa paip PVC yang mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan.

"Siasatan mendapati suspek yang dalam keadaan khayal ketika ditahan memberitahu beliau belajar membuat bom menerusi Internet," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Abd. Rahim berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja di sebuah kedai peralatan sembahyang di Serdang hendak meletupkan bom itu pada sambutan ambang tahun baharu dan polis masih siasat sasaran tempat bom itu hendak diletupkan.

Beliau berkata, pihaknya turut menyiasat kemungkinan sama ada bom itu akan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

"Polis bimbang dengan isi kandungan bom itu yang dimampatkan dengan belerang, paku dan kaca yang boleh mendatangkan kecederaan serius dan berkemungkinan kematian apabila diletupkan," katanya.

Abd. Rahim berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan samun.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. 

1

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putr@polo 31-12-2013 02:52 PM



Quote putr@polo 31-12-2013 02:53 PM
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) shared Polis Selangor's album: Bom Paip Bersama T-Shirt Dirampas.

T-SHIRT PROVOKASI SERTA BOM BUATAN SENDIRI ANTARA DIRAMPAS : Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang mencurigakan dalam aksi kejar-mengejar di sekitar ampang. Hasil pemeriksaan lanjut, sebatang paip disyaki bom buatan sendiri bersama mercun botol bersumbu telah dijumpai bersama suspek.

Telefon bimbit suspek dirampas, dan semakan rekod mendapati suspek mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau dan positif dadah.

Hasil risikan dan maklumat pihak polis telah berjaya merampas pelbagai jenis T-Shirt di sebuah rumah di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan. Pemeriksaan dijalankan mendapati T-Shirt tersebut mempunyai cetakan berunsurkan hasutan yang boleh menimbulkan provokasi.

Berikutan itu polis telah merakam percakapan seorang lelaki berumur 37 tahun untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun polis masih melakukan siasatan lanjut.
Quote mjla 31-12-2013 02:53 PM
Sifir dah kluar....
Quote nw111 31-12-2013 02:55 PM
Errrmmmm...entah mengapa hatiku ragu2 untuk percaya berita ini...
Quote putr@polo 31-12-2013 02:55 PM



























* Sumber FB Polis Selangor
Quote putr@polo 31-12-2013 02:56 PM
Guling: Polis tingkat rondaan di Kuala Lumpur




KUALA LUMPUR 31 Dis. - Polis telah meningkatkan rondaan dan menjalankan pemantauan ketat di beberapa lokasi di ibu kota ekoran terdapat desas-desus rancangan perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainulddin Ahmad ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, pihaknya memberikan tumpuan di kawasan pusat beli belah Sogo, Masjid Jamek, dan Pasar Seni kerana kawasan tersebut dipercayai menjadi lokasi berkumpul awal.

"Polis telah membuat segala persiapan dan kita juga menempatkan anggota polis untuk menangani perhimpunan tersebut," katanya.

Katanya, polis meningkatkan rondaan di sekitar kawasan ibu kota bagi menjamin keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam.

Tinjauan Bernama mendapati anggota polis yang lengkap berpakaian operasi turut melakukan rondaan di sekitar Dataran Merdeka. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... umpur#ixzz2p27PPGk2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote revolusi_30 31-12-2013 02:58 PM
Tektik lme la polis..polis kat negara lain pakai taktik gi bom terus tempat tu ..lepas tu tuduh penentang yg buat.   Hahahaha
Quote putr@polo 31-12-2013 02:58 PM
Guling: Warga KL jalani rutin harian seperti biasa




KUALA LUMPUR 31 Dis. - Warga kota menjalani rutin harian mereka seperti biasa pagi ini walaupun ada ura-ura protes jalanan dirancang untuk menggulingkan kerajaan malam ini.

Pengunjung sudah mula membanjiri kedai-kedai di sekitar pusat beli-belah Sogo terutamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan aktiviti perniagaan juga berjalan seperti biasa bermula 10 pagi.

Seorang guru, Rina Rahim, 32, dari Sepang berkata beliau tidak merasa khuatir atau risau untuk datang berkunjung di kawasan ’syurga’ beli-belah itu walaupun ada mendengar berita tentang perhimpunan itu sebelum ini.

"Saya tidak rasa takut apa-apa, sebab hari ini saja masa yang saya ada untuk keluar 'shopping'. Jadi saya malas nak fikir takut ke, apa ke, pasal perhimpunan haram ini," katanya kepada Bernama di sini.

Tinjauan Bernama mendapati gerai-gerai di Bazar Masjid India dibuka seawal 8 pagi, dan kehadiran anggota polis di kawasan itu membantu memberi ketenangan dan keyakinan kepada orang ramai di kawasan itu.

Di Bukit Bintang, seorang pelancong dari Pakistan, Muhammad Zunain Shaikh, 18, berkata sebarang protes akan memberikan tanggapan buruk terhadap negara walaupun ia merupakan hak individu untuk berbuat demikian.

"Bukan satu masalah sekiranya ia diadakan secara aman, tetapi tidak sekali-kali, jika ia membahayakan sesiapa," katanya. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... biasa#ixzz2p27v0QYf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote putr@polo 31-12-2013 02:59 PM


Kelihatan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengawal lalu lintas di Dataran Merdeka yang dikatakan akan dijadikan tempat bagi "Perhimpunan Guling Kerajaan" malam ini, ketika tinjauan fotoBERNAMA di Kuala Lumpur, Selasa. Pelbagai pihak terus menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan haram hari ini, iaitu sebanyak 1,708 laporan diterima polis di seluruh negara. Foto BERNAMA
Quote kecimpret 31-12-2013 03:01 PM
taktik basi polis...dulu time BERSIH siap terjumpa parang samurai kat sogo..tp smp skg x jumpa2 pemiliknya


Quote kecimpret 31-12-2013 03:02 PM
ni dia benang terjumpa parang kat sogo tu...lawak gile lakonan polis


http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=584156
Quote BurningTimes 31-12-2013 03:04 PM
Akak syak terrorist melayu berugama sunni wal jamaah.
Quote kecimpret 31-12-2013 03:04 PM



t shirt BERSIH polis recycle balik
Quote putr@polo 31-12-2013 03:05 PM
Tiada Sekatan Jalan Raya, Orang Ramai Boleh Sambut Ambang Tahun Baru - Polis

Oleh FARIK ZOLKEPLI

PETALING JAYA: Polis tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sempena sambutan ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka malam Selasa, walaupun dikatakan terdapat pihak yang mahu mengadakan bantahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, walaupun anggota polis akan bersiap sedia di Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitarnya, polis akan menjadikan acara pada malam ini seperti mana-mana himpunan ambang Tahun Baru yang lain dan memberi orang ramai menyambutnya dengan mudah.

"Kita tidak akan menjalankan apa-apa sekatan jalan raya.

"Bagaimanapun, anggota polis yang bertugas akan memantau mereka yang mengadakan sambutan dan juga penunjuk perasaan.

"Kami mahu memastikan keselamatan semua," katanya pada Isnin.

Zainuddin sekali lagi mengulangi bahawa protes yang dirancang adalah haram kerana penganjur gagal untuk mendapatkan kebenaran daripada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kami akan menahan sesiapa yang mempunyai tingkah laku tidak terkawal.

"Ia sudah menjadi suatu kesalahan untuk berhimpun tanpa memaklumkan kepada polis 10 hari sebelum acara itu seperti yang dinyatakan di bawah Akta Perhimpunan Aman," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyambut ambang Tahun baru perlu menjauhkan diri daripada mereka yang mengambil bahagian dalam bantahan itu.

Beliau menambah, begitu juga dengan penunjuk perasaan supaya tidak menggangu sambutan ambang Tahun Baru.

"Pengunjung yang akan pergi sana untuk bergembira dan menyambut Tahun Baru.

"Adalah tidak adil jika penunjuk perasaan merosakkan sambutan dengan perhimpunan haram mereka," katanya.

Bagi memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar, Zainuddin berkata, Jalan Raja telah ditutup dari tengah malam Isnin manakala jalan susur dari Jalan Kinabalu ke Jalan Raja akan ditutup dari pukul 6 petang Selasa.

Katanya, polis akan menyiasat rundingan bahawa terdapat rancangan untuk membawa bahan letupan dalam perhimpunan haram.

"Kami juga memantau laman media sosial dengan teliti," kata Zainuddin.
Quote mjla 31-12-2013 03:06 PM
Lawak antarabangsa lol
Quote ekod79 31-12-2013 03:08 PM
baju cam baru print tu....
Quote blackred99 31-12-2013 03:10 PM
cantik pulak tshirt hitam tu.
Quote queen_aurora 31-12-2013 03:20 PM
mencurigakan time naek moto tuh camne mksud nyer ?
dduk atas moto dlm keadaan tgh pelok bom kah ?
Quote Maideen. 31-12-2013 03:24 PM
Pecahkan ajer telor macai tuh Pak Polisi.... Kasi bini dia menderita....

Lihat semua komen(432)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.129464 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top