CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Shiro Bakal Di Gam Rtm?

6-1-2014 11:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16905| Komen: 65

Description: Shiro Dikatakan Terlalu Mencuba Untuk Menarik Perhatian Menteri Tersebut Dengan Memanggil Beliau Sebagai Bapa Mentua Setiap Kali Muncul Di Pentas. Tambah Ajak, Persembahan Yang Dilakukan Pada Malam Te ...
Shiro Jawab Isu Digam RTM dan Lawak 'Bodoh' Depan Menteri

Shiro

PETALING JAYA:
Kumpulan pelawak Shiro menolak dakwaan mereka digam Radio Televisyen Malaysia (RTM) berikutan lawak 'bodoh' dalam satu program terbitan stesen televisyen itu.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, mereka tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu malah masih dipanggil untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa lalu.

"Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka. "Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Ajak berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan yang mendakwa kumpulan tersebut bakal digam oleh RTM berikutan menyampaikan lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, baru-baru ini.

Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian menteri tersebut dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas. Tambah Ajak, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen.

"Ya...kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu," ujarnya.

Bagaimanapun, mereka meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut.
Tambah Ajak, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat persembahan terutamanya program yang melibatkan orang kenamaan
                                       


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanda 6-1-2014 12:47 AM
selingan masa iklan... dah tu lawak panggil pak mertua je pon... ingatkan lawak kelucahan melampau huhu
Quote Matakilat 6-1-2014 12:58 AM
Lah panggil pak mertua pun sentap? Takkan la kot...
Quote kambinggila 6-1-2014 01:01 AM
hehe sapa yang sentap? menteri ke reporter sengal yang menyentap?
Quote green0 6-1-2014 01:18 AM
amendeeeeee ni hahaha tah pape je
Quote brownstone 6-1-2014 01:21 AM
ingatkan lawak mulut buih2 ka
Quote pakwetizzaqyah 6-1-2014 02:04 AM
aku tk penah tahu ngn kewujudan shiro ni... pprt kah mereka ini?? lol
Quote miss_ikato 6-1-2014 02:26 AM
tu pn nk sentap....edeyh....bkn main2kan family menteri tu ke.....ape2 je la....x luak kot kene gam ngan rtm je pn.....byk lg stesen laen
Quote cmf_conan 6-1-2014 03:25 AM
Panca indera yg tulih konon rtm nk gam dorg.
Quote asampodeh 6-1-2014 07:19 AM
ngok sgt la klu stakat pnggil pk mntua pun nk digam.. laen la klu dorng ni memonyetkn org ke hape..
Quote yipun_78 6-1-2014 07:35 AM
macam OS dulu
Quote ushioz 6-1-2014 08:05 AM
belum panggil bapak air liur.
Quote blackred99 6-1-2014 08:28 AM
reporter yg sentap kot.
Quote mamapea 6-1-2014 08:30 AM
aku pun ingat apa la..setakat panggil bapak mertua pun sentap..
aku hari2 dok usik2 bos aku..takde lak bos aku nak pecat aku pun..
Quote alphawolf 6-1-2014 08:31 AM
Kebanyakan kali berlaku benda camni, orang yang disasarkan haram tak sentap pun......
Quote clarizsa 6-1-2014 08:33 AM
cmtu pn nk sentap... huhu...
Quote DAYANG07 6-1-2014 08:40 AM
asyik nak menyentap je dorang ni
Quote cmf_conan 6-1-2014 08:45 AM
Reputs utusan yg sentap. Hari tu dorg kutuk rancangan kintang kintung tv3 tu. Siap tulih "..pengacara yg siapa entah namanya.."
Dorg ni mcm xpuas hati ngan siaran tv keluaran astro n media prima. Jeles siaran rtm xdek rating ke???
Quote cmf_conan 6-1-2014 08:51 AM
MISS J dapat tahu pelawak Shiro bakal digam oleh RTM gara-gara membuat lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sewaktuKonsert Jubli Emas TV Malaysiadi Angkasapuri baru-baru ini.

Biarpun lawak Shiro yang dianggotai Shahrol dan Ajak itu tidak disiarkan di kaca televisyen, orang kenamaan dan artis veteran yang datang menyuarakan rasa tak puas hati dengan lawak mengampu Shiro itu.

Maklumlah pesertaMaharaja Lawak Mega 2013(MLM2013) dikatakan terlalu 'mencuba' menarik perhatian Pak Menteri dengan memanggilnya 'bapa mentua' setiap kali muncul di pentas.

Kalau sekali tak mengapa. Tapi disebabkan berkali-kali Shiro guna lawak yang sama sampai pengunjung yang hadir jadi panas hati. Cubaan kali pertama mungkin dipanggil lawak. Tapi apabila sudah masuk kali kedua dan ketiga, lawaknya jadi mempersenda-senda pula!

Sepatutnya tugas Shiro sewaktu acara selingan itu adalah untuk menghiburkan pengunjung. Tapi Shiro menjadikan tempat itu sebagai medan mengitar semula lawak.

Miss J tak pasti sejauh mana kebenaran cerita nak kena gam ini. Kena tanya RTM sebab mereka penganjur program dan kena tanya Shiro juga apa jenis lawak yang diguna pakai malam itu!



Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140105/hi_02/RTM-gam-Shiro#ixzz2pZibPmS3


Quote tomet05 6-1-2014 09:02 AM
xkan tuh pun nak sentap kot ..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056410 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top