CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amuk Bawa Parang Di Sekolah

9-1-2014 03:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3868| Komen: 3

Description: Dia Adalah Seorang Pemilik Motosikal Yang Dirosakkan Seorang Lelaki Bersenjatakan Sebilah Pisau Dan Batu, Dalam Satu Kejadian Di Sebuah Sekolah Menengah, Di Sini, Kira-Kira Jam 10 Pagi, Semalam.

Beberapa Pelajar Turut Meninjau Lokasi Kejadian Untuk Melihat Keadaan Motosikal-Motosikal Yang Menjadi ‘Mangsa’ Keadaan, Dalam Insiden Itu

KUALA TERENGGANU - “Saya tidak tahu kenapa lelaki itu datang mengamuk dan tergamak merosakkan motosikal saya dan beberapa rakan lain sedangkan kami langsung tidak mengenali dia,” demikian luahan seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan, 17.

Dia adalah seorang pemilik motosikal yang dirosakkan seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan batu, dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Menurut Mazlan, dia hanya mengetahui motosikalnya dirosakkan selepas diberitahu rakan sekelas sebaik keluar untuk ke kantin, memandangkan kejadian berlaku ketika waktu rehat.

“Saya memang nampak ramai pelajar berkumpul mengerumuni kawasan letak motosikal pelajar di luar pagar sekolah.

“Saya tak syak apa-apa sehinggalah dimaklumkan oleh seorang rakan, motosikal saya dirosakkan seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang dan batu,” katanya

Jelasnya, bukan motosikalnya sahaja menjadi mangsa, malah dua buah lagi turut mengalami nasib sama apabila dibaling dengan batu selain sembilan buah motosikal lagi telah dijatuhkan.

Katanya, difahamkan lelaki dipercayai berusia 18 tahun itu sudah datang ke sekolah itu dan mengurung seorang pelajar wanita di dalam tandas sekolah, kelmarin.

“Tapi, saya difahamkan perbuatan lelaki itu sempat dihalang pelajar lelaki yang kebetulan ternampak kejadian itu sebelum bertindak menghalaunya keluar dari sekolah,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang turut menyaksikan insiden itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zila, 40, berkata, sebelum kejadian, lelaki itu datang dan membuat bising lalu membaling batu ke arah motosikal milik pelajar yang diletakkan di luar pagar sekolah.

“Pada mulanya saya cuba memberanikan diri menegur perbuatan lelaki itu tetapi bila nampak dia pegang pisau, saya ambil keputusan bersembunyi dan melihat kejadian itu dari jauh kerana takut.

“Saya lihat lelaki itu masuk ke dalam kawasan sekolah dan tidak lama kemudian kelihatan dia dihalau keluar dan terus melarikan diri,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Hashim Mohd Zin berkata, siasatan awal mendapati tiada pelajar wanita sekolah itu yang didakwa dikurung di dalam tandas oleh lelaki terbabit, kelmarin.

“Memang semalam (kelmarin), lelaki itu ada masuk ke dalam kawasan sekolah, namun dia meminta izin dengan pengawal keselamatan dengan memberitahu untuk bertemu dengan seorang pelajar.

“Berdasarkan siasatan awal, kita dapati lelaki terbabit kurang siuman dan telah merosakkan 12 buah motosikal milik pelajar yang diletakkan di luar kawasan sekolah dengan pengawasan pengawal keselamatan bertugas,” katanya.

Katanya, lelaki itu difahamkan sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya mengakibatkannya mengalami gangguan mental, dan sebelum ini pernah berkeliaran di hadapan sekolah tetapi tidak menimbulkan kekacauan.


28

Bagus
20

Marah
24

Terkejut
27

Sedih
30

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riehan 9-1-2014 09:24 AM
mcm2 zman skrg ni..pas ni parking motor dlm skolah....parking luar kenapa??
Quote senah_tonggek 9-1-2014 09:40 AM
Alhamdulillah..selagi buka mata xdengar bunyi keta tank tu bermakna malaysia kita maseh aman..syukur kepada kepimpinan basiran sialnasio yang telah mengamankan bumi malaysia ni sejak dulu kala lagi..terima kasih kepada najib dan rosmah, kerana depa dua ni la negara kita bertambah aman dan sejahtera hendaknya
Quote lady_rara 9-1-2014 07:09 PM
Jangan pasni dengar berita kes amuk tembak2 dalam sekolah pulak dah ler.. Gerun teman.. Syukur alhamdulillah Malaysia masih aman

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.046397 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top