CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Kekasih Sedia Kahwin, Zul Ariffin Pula Belum Cukup Teruja

10-1-2014 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 46242| Komen: 366

Description: Tahun Lalu Pelakon Zul Ariffin, 27, Ada Membuka Mulut Menyatakan Yang Dia Sudah Bersedia Untuk Memperisterikan Kekasi Hatinya, Penerbit Gayatri Su Pillai (Gaya), 38, Dalam Masa Terdekat. Namun Perkemb ...



Tahun lalu pelakon Zul Ariffin, 27, ada membuka mulut menyatakan yang dia sudah bersedia untuk memperisterikan kekasi hatinya, penerbit Gayatri Su Pillai (Gaya), 38, dalam masa terdekat. Namun perkembangan terbaru, aktor bertubuh sasa ini menyatakan dia belum lagi berasa betul-betul teruja mahu berkahwin.

"Soal nak kahwin tu masih tetap dalam perancangan. Tapi kami tak terburu-buru. Tak ada apa yang nak dikejarkan pun...

"Memang saya dah bersedia dah nak kahwin. Tapi saya belum rasa 100% keterujaan untuk berkahwin. Saya lebih memikirkan kehidupan selepas berkawin. Banyak yang perlu difikirkan misalnya dari segi ekonomi, kerjaya dan tanggungjawab sebagai suami", katanya ketika ditemui pada sidang media supertelemovie, 'Qadr' dan 'Panik', di The Gardens, semalam.


Zul dan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw bercinta sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem 'Penanggal'.


Ditanya adakah disebabkan dia perlu memikul tanggungjawab membimbing bakal isterinya itu memandang Gaya akan bergelar saudara baru sekiranya dia berkahwin dengan Zul nanti. Namun kata Zul, hal itu langsung tidak menjadi masalah besar buatnya. Malah Zul mendedahkan yang Gaya ada memberitahu yang dia mahu mendalami Islam terlebih dahulu sebelum mereka diijabkabul.

"Soal nak membimbing dia tu, bagi saya tak jadi masalah. Dia pun ada beritahu saya supaya beritahu dia awal tentang kahwin. Sebab dia pun nak buat persiapan untuk diri iaitu memeluk Islam dan mendalami agama Islam. Dia pun sebenarnya dah bersedia untuk berkahwin",ujarnya yang mengharapkan semua peminat mendoakan hubungan cinta berakhir hingga ke jinjang pelamin.

Timba Pengalaman di Indonesia
Beralih pula tentang lakonannya menerusi supertelomovie 'Panik', Zul berkata dia sangat teruja dan bertuah kerana dapat menjayakan drama tersebut. Biarpun hanya empat hari saja menjalani penggambaran karya tersebut di Jakarta, menurut Zul dia banyak menimba pengalaman baru terutama dari segi cara kerja dengan produksi dari negara jiran itu.

Sekaligus impiannya mahu bekerja dibawah arahan sutradara terkenal Indonesia menerusi filem seperti 'Ayat-Ayat Cinta' dan 'Perahu Kertas', Hanung Bramantyo, tercapai jua.

"Hanung seorang yang sangat simple dan profesional. Walaupun pada mulanya semasa ditawarkan berlakon dalam telemovie ini saya tak kenal pengarahnya. Kemudian saya dapat tahu dia dah hasilkan banyak karya yang bagus. Rasa bertuah dapat bekerja dengan pengarah yang mempunyai nama besar di Indonesia.

"Bila dah masuk set, satu pengalaman baru bagi saya. Cara kerja kru produksi serba-serbi pantas dan mereka sangat menepati masa", katanya.

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mitnick 10-1-2014 09:03 AM
xpelah biar org tue mendalami agama dlu
Quote lady_rara 10-1-2014 09:18 AM
ye ker ni? macam alasan nak tarik tali je tu..
Quote siti_kus 10-1-2014 09:22 AM
27 baru umur dis. Nmpk mcm dh 30an
Quote maxim 10-1-2014 09:27 AM
ntah2 si zul ni nak gunakan gayatri jah kot
Quote cikatilia 10-1-2014 09:31 AM
dia baru 27 boleh la cko
yg hat 38 tu mampu meh tunggu?
Quote RUZANA 10-1-2014 09:45 AM
dah ada benang pasal nilah....momod.
Quote tomet05 10-1-2014 09:51 AM
semoga dipimpin ke jalan yang betul
Quote peah311 10-1-2014 10:43 AM
gayatri ni kdg2 tgk cantik..kadang2 idok le pulok..
Quote nikaido 10-1-2014 10:44 AM
RUZANA posted on 10-1-2014 09:45 AM
dah ada benang pasal nilah....momod.

actually TT buka lebih awal dr thread satu lagi
Quote RUZANA 10-1-2014 10:46 AM
nikaido posted on 10-1-2014 10:44 AM
actually TT buka lebih awal dr thread satu lagi

owwhhh  ..yg lg satu kna katopp...
Quote katakau 10-1-2014 11:29 AM
maxim posted on 10-1-2014 09:27 AM
ntah2 si zul ni nak gunakan gayatri jah kot

iols pon terfikir bnda yg sama..dulu ms dia br nak naik pon dia gunakan abby..pas da glemer sket tinggalkan abby cr org lain lak..

Quote arira_arora 10-1-2014 03:19 PM
die mmg suke org yg berumur kn..
Quote karayukisan 10-1-2014 03:22 PM
zul ni cukup pakej.. ensem.. tinggi..... tp sendu lak..
Quote nia05 10-1-2014 06:09 PM
maxim posted on 10-1-2014 09:27 AM
ntah2 si zul ni nak gunakan gayatri jah kot

Mmg pon ako rase dia nak gunakan si gaya ni.nak job aje.aritu ako jumpa si zul ni dgn faeza ul haq lat klcc.berkept -kepit.menyampah ako ngn faeza ulhaq mvm bagus.muka bangga giler berkepit ngn zul.mati mati ako ingat dia dh clash ngn gayatri.
Quote sekunyut 10-1-2014 06:26 PM
zul ni mmg suka set2 30an ke atas ye?muda lagik ek dia ni...matang banget..
Quote maxim 10-1-2014 07:01 PM
nia05 posted on 10-1-2014 06:09 PM
Mmg pon ako rase dia nak gunakan si gaya ni.nak job aje.aritu ako jumpa si zul ni dgn faeza ul haq ...

yela dorg pn ada berlakon sama aritu..cite yg adik abang tu
Quote Czaziq 10-1-2014 07:07 PM
Xheran pun kalo dia x bersedia. Cuma kesian yg perempuan la
Quote aechae 10-1-2014 07:33 PM
nk teruja apanya....mmg x bersungguh pn nk kawin kn?

Quote edoraixora 10-1-2014 07:44 PM
Si gaya tu pulak...tggu dh nk kawen bru nk msuk islam
Knape x mule dri skarang?
Jgn msuk islam sbab nk kawen jer
Andaikate x jadik...jgn jadi mcam hans udah

Lihat semua komen(366)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.086001 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top