CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Linda Onn & Wak Doyok Vs Reputs Hiburan

10-1-2014 03:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39221| Komen: 162

Description: Salah Seorangnya, Bukan Orang Industri Hiburan Tetapi Menjadi Selebriti Mendadak Kerana Kononnya Begitu Stailo, Wak Doyok Yang Dengan Terang Terangan Menerusi Instagram Miliknya Membenarkan Para Pengi ...
Pertembungan media sosial dan pengamal media



YA, saya tahu, media sosial merupakan satu viral yang tidak boleh dinafikan. Kegilaan terhadap media sosial terutama apabila semua orang mahu menjadi pelapor tidak rasmi seperti mempunyai blog sendiri atau selebriti misalnya berasa besar dengan pengikut yang ramai dalam media sosial, memberi impak yang pelbagai kepada pengamal media profesional.


Sebagai contohnya, isu tentang blogger terutama blogger hiburan memang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan pengamal media profesional.

Ia telah diulang tulis beberapa kali oleh rakan penulis hiburan yang lain.


Isunya timbul apabila ada blogger seperti Beautifulnara misalnya, dengan jelas melaga-lagakan artis dan wartawan hiburan.


Juga, dengan jelas, tanpa hadir ke majlis hiburan, dia akan mencedok artikel daripada akhbar tanpa memberi kredit kepada akhbar yang diambil tetapi menulis seperti ia memang ditemu bual olehnya.


Malah, terdapat banyak blogger yang hadir ke sesebuah majlis, ikut serta temu bual, namun tidak pernah bertanya.


Bagaimanapun, sebelum pengamal media mengeluarkan berita tersebut, ia terlebih dahulu 'disapu bersih' oleh blogger tanpa rasa bersalah. Ia sekali gus menghapuskan nilai eksklusif berita yang sepatutnya hanya dicetak atau dilapor pada keesokan hari.


Pemberita tidak sah


Secara peribadi, saya tidak menyalahkan blogger atau pemilik media sosial tetapi ia berkaitan dengan kepesatan teknologi yang tidak boleh ditinggalkan. Semua orang boleh menjadi pemberita tidak sah dan menggunakan medium sosial sebagai jalan untuk menyalurkan apa sahaja yang kita gelar sebagai informasi.


Di sini masalahnya; pertembungan antara medium sosial dengan pengamal media. Ini kerana pada masa kini, hampir semua orang terutama selebriti mempunyai media sosial tersendiri untuk menyalurkan informasi, promosi ataupun isi hati.


Malah, oleh kerana ada yang beranggapan pengamal media selalu memperleceh atau salah lapor dan semua label yang buruk diberi kepada kami, maka ramai artis dengan senang dan bangga menggunakan media sosial masing-masing seperti Twitter, Facebook atau Instagram untuk memperbetul laporan, menafikan kenyataan serta menyebarkan maklumat sendiri tanpa bantuan media.


Paling ketara, seorang deejay yang baru berkahwin dan mempermainkan media dengan beberapa tweet yang mengelirukan.


Pada hari pernikahan, wartawan yang hadir juga tidak disapa dan dipersalahkan kerana dianggap tidak dijemput tetapi hadir, maka hadaplah apa yang tuan rumah berikan iaitu layanan dingin.


Usai majlis, dia kemudian memuat naik gambar selfie perkahwinannya dengan penjelasan berjela-jela. Ditulis dengan penuh 'permainan' meminta maaf kepada media dan menulis semua butiran tentang majlis tersebut supaya pada mata peminat, pengamal media ini tetap salah atau tidak faham bahasa dengan tidak menghormati privasinya.


Wak Doyok


Ya, media sosial juga kemudian digunakan juga oleh beberapa selebriti yang menafikan banyak tulisan rakan penulis hiburan kononnya ia tidak berlaku, bersifat bodoh dan sebagainya.


Salah seorangnya, bukan orang industri hiburan tetapi menjadi selebriti mendadak kerana kononnya begitu stailo, Wak Doyok yang dengan terang terangan menerusi Instagram miliknya membenarkan para pengikutnya merendahkan martabat penulis hiburan hanya kerana sebuah artikel hiburan yang tidak mendalam tentang fesyen.


Apa yang saya cuba sampaikan di sini, individu-individu seperti ini tidak memikirkan impak jangka panjang tentang karier mereka.


Bukan mahu mendabik dada mengatakan soal rezeki mereka di tangan pengamal media, tidak sama sekali.


Sebaliknya apa yang saya mahu katakan ialah cuba ingat pada zaman media sosial bukan satu viral, bagaimana kalian melayan pengamal media?


Bagaimana kalian tidak kisah untuk sehari 14 kali turun sesi fotografi untuk meraih publisiti terutama untuk mengembangkan bisnes selepas nama menjadi terkenal.


Pada masa itu, media sosial tidak sehebat hari ini. Dan pernahkah kalian terfikir kebarangkalian media sosial tidak akan terus menjadi viral.


Jadi, adakah dengan muka tak malu akan kembali meminta publisiti kepada pengamal media elektronik untuk menghebahkan produk atau publisiti kalian?


Kata bidalan orang lama, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Beringatlah sebelum membuat satu keputusan hanya kerana berasa media sosial yang diikuti oleh banyak penyokong kalian akan selalu menyokong kalian.


Kuasa maklumat di hujung jari, memang tidak boleh dinafikan, namun saya percaya kalian semua jauh lebih bijak, rasional dan realistik daripada saya dalam membuat sesuatu keputusan supaya impaknya tidak memberi kesan negatif kepada karier kalian masing-masing. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 10-1-2014 09:36 AM
zubir sentap x dapat nasi minyak linda onn
Quote Suchi 10-1-2014 09:37 AM
suka je wak doyok
sbb dia pereka fesyen jantan yg mmg jantan dan stailo
suka tgk  fesyen vintage neh
tp dia agak lantang gak sound org kt ig dia


dan lagi satu dia mmg jawa klang..
Quote juliez 10-1-2014 09:38 AM

Usai majlis, dia kemudian memuat naik gambar selfie perkahwinannya dengan penjelasan berjela-jela. Ditulis dengan penuh 'permainan' meminta maaf kepada media dan menulis semua butiran tentang majlis tersebut supaya pada mata peminat, pengamal media ini tetap salah atau tidak faham bahasa dengan tidak menghormati privasinya.

Bagaimana kalian tidak kisah untuk sehari 14 kali turun sesi fotografi untuk meraih publisiti terutama untuk mengembangkan bisnes selepas nama menjadi terkenal.





Quote juliez 10-1-2014 09:43 AM
miawpink posted on 10-1-2014 09:36 AM
zubir sentap x dapat nasi minyak linda onn


Ini bukan zubir yg tulis.. Reporter kosmo Maliah Surip

Somehow i agreed dgn her writing. Linda onn satu ketika dulu masa sebok business nasi ayam & asam pedas punya la byk reporters cover business dia tu kan. And selalu bg her space utk keluar dlm ruangan hiburan walaupun ramai tahu linda ni kira as a deejay tak brp nak up lg.

Kalau dia tak nak invite reporters to her wedding pun, apa salahnya bagi sekeping dua gambar during the akad nikah or bersanding to reporter.

Win win situation kan

p/s : Tak silap i baca dkt gosip cari juga yg linda twit or insta bg tahu dia otw to johor utk akad nikah mcm nak kelirukan org like that. Padahal her akad nikah buat dkt kl je. Sampai desperate mcm tu sekali
Quote maxim 10-1-2014 09:43 AM
laa trend ke..sama jah 4 org neh



semua cam beruk
Quote Santeira 10-1-2014 09:47 AM
So  is this writer saying that the only credible people to disseminate info are reporters? Artis pun tak boleh nak citer aktiviti dorang kat dalam social media kalau ikut komplenan si penulis?

We are responsible for what we write, not for what people understand from our writing, BTW.

Setau aku semua artikel kat BN diberi kredit. Kot ya pun nak quote, quote la yg mmg sah2 tak bagi kredit, korang tau website mana kan. ke main sebut je?

As for 'melaga-lagakan artis dengan wartawan', that's her personal opinion. What is the truth, tak siapa yang tahu. Kalau aku tulis, for the sake of tulis la.

As one of the writers for BN, aku ada kelulusan mass comm and i took three to four journalism subjects, including 'journalism ethics'. so sapa yang 'mengesahkan' pemberita tu? sekarang dunia tanpa sempadan.

besides, there is a difference between 'a blogger' dan 'a journalist'. the writer better find out and keep up or just lose out. Last edited by Santeira on 10-1-2014 03:18 PM

Quote juliez 10-1-2014 09:47 AM

Paling best kena setepek beautifulnara la. Point2 ni semua pernah forumer highlightkan sblm ni

Isunya timbul apabila ada blogger seperti Beautifulnara misalnya, dengan jelas melaga-lagakan artis dan wartawan hiburan.

Juga, dengan jelas, tanpa hadir ke majlis hiburan, dia akan mencedok artikel daripada akhbar tanpa memberi kredit kepada akhbar yang diambil tetapi menulis seperti ia memang ditemu bual olehnya.
Quote miawpink 10-1-2014 09:48 AM
juliez posted on 10-1-2014 09:43 AM
Ini bukan zubir yg tulis.. Reporter kosmo Maliah Surip

Somehow i agreed dgn her writing. Lind ...

yang tu mang ada yg linda mcm memain kn repoter..
twitt nk blik ke selatan...


ni juliez.... ni zubir lapaq nasi minyak....





@ ] zubirbipop Sedih ada geli ada loya pun ada bila baca paper pagi ni. Sabarlah teman media pengalaman seperti ini pasti berlaku dalam kerjaya kita. Maafkanlah artis2 yg jiwanya masih dijajah aura bintang #hollywood    11min
[ @ ] zahiefa Abg @zubirbipop k linda onn dah kawen?? Serius!!! Nape semua xtahu..   7min
[ @ ] zubirbipop @zahiefa pi cari paper kosmo k. Tak tahulah BH or Metro ada carry ke tak story ni   4min
[ @ ] sibarbiesulu Kawen laki org kot tu yg xnak panggil media..artis nothing tanpa media   4min
[ @ ] fzzaa Elehh...poyo..masa nak bukak kedai nasik ayam dulu bukan main manis muka ajak media sbb nk suruh bg publisiti kan abg @zubirbipop   2min
[ @ ] alina_alimuddin Hahahaha...sblom ni kan linda slow ja..org dh x amik tau pun..bila buat mcm ni nama naik la balik kot...hahahaha...lawak linda ni..btol kata abg "jiwa masih dijajah aura bintang"..padahal.....huhu   1min
[ @ ] mamaaziah Dia ingat dia superstar .. hehe..esuk nk buka kedai pandai lak cari wartawan nk publisiti . @zubirbipop   21s

Quote Suchi 10-1-2014 09:49 AM
maxim posted on 10-1-2014 09:43 AM
laa trend ke..sama jah 4 org neh

   

yg atas sekali tuh sapa weh

pesyen maskulin  era 60an noks
modern stylish(Mods)
ade misai melentik dan jambang

skrg lelaki semua bibir merah kulit putih selepuk
kpop belaka..
uols xmo kah pesen gini
dengornya luna maya suka jantan maskulin kehkeh


Quote cikatilia 10-1-2014 09:51 AM
mmg harus la reputs bodo tak reti2 buat research tu di lahar

tau mencedok meroyan
pastu hormatilah kami yg melakukan tugas le menda

podah cittttt



Quote miawpink 10-1-2014 09:52 AM
hihi sorang da masuk....
nk panggil lg...
jgn buat x tau je...
mcm le kita x knl dia penulis kat belog tu


meh sini my artis.com., izyan, wanista


meh kita wrestling kat sini


ada lg ke?
kalo ingat kita calling lg...

tak yah la tag nama kan

Quote juliez 10-1-2014 09:56 AM
miawpink posted on 10-1-2014 09:48 AM
yang tu mang ada yg linda mcm memain kn repoter..
twitt nk blik ke selatan...


I tak faham?

I rasa mcm zubir nak highlightkan pasal kawan reporters yg ke sana sini salah lokasi sbb nak cari tpt linda bernikah? Ker dlm full artikel ada tulis yg zubir marah tak dijemput?
Quote shuk_one 10-1-2014 09:58 AM
Suchi posted on 10-1-2014 09:49 AM
yg atas sekali tuh sapa weh

pesyen maskulin  era 60an noks

dalam ramai-ramai nih, rasanya wak doyok je boleh carry well.. yang lain cam geli jek..

Quote aiskrimpelangi 10-1-2014 09:59 AM
Yelah kan, kalau perkahwinan tu buat private pun ckp la nnt sy akan bagi beberapa keping gamba perkahwinan. ni kang bile ko nak meniagaaaa, pandai pulak carik reputs! kong hasam jehh!
Quote miawpink 10-1-2014 10:00 AM
juliez posted on 10-1-2014 09:56 AM
I tak faham?

I rasa mcm zubir nak highlightkan pasal kawan reporters yg ke sana sini salah lo ...

tak ada la..
artikel tu x tulis zubir mrh x dpt mkn nasi minyak...
(cuma dulu kan zubir ada mrh artis x ajk dia dtg kenduri kawen)


ni artikel penuh


Quote ladyfree 10-1-2014 10:03 AM
tag je nama2 diaorang ni(blogger), nara, izyan, artis.com, rotikayap, dll.......

nak jugak aku berkenalan sape yg pandai mencedok dalam ni..........
Quote amyainsamad 10-1-2014 10:04 AM
hahahaha..kena setepek
Quote blackred99 10-1-2014 10:08 AM
wak doyok jawa stylo! mmg smart..
Quote immaryjane 10-1-2014 10:08 AM
miawpink posted on 10-1-2014 09:52 AM
hihi sorang da masuk....
nk panggil lg...
jgn buat x tau je...

penulis kt BN kn?

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.073120 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top