CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Lisa Surihani Akui Rasa Kecil Hati

29-1-2014 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30472| Komen: 195

Description: Malah Dedah Lisa, Sebelum Khabar Tersebut Sampai Ke Pengetahuan Umum Lagi, Heroin Istanbul Aku Datang Ini Sebenarnya Sudah Pun Dimaklumkan Terlebih Dahulu Oleh Suami Scha Sendiri Iaitu Awal Ashaari.


Mendengar berita teman baiknya, pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya kini sudah hamil, Lisa Surihani antara orang yang paling gembira.

Malah dedah Lisa, sebelum khabar tersebut sampai ke pengetahuan umum lagi, heroin Istanbul Aku Datang ini sebenarnya sudah pun dimaklumkan terlebih dahulu oleh suami Scha sendiri iaitu Awal Ashaari.

"Awal ada beritahu saya tapi masa tu dia dengan Scha belum betul-betul pasti lagi dan tak bersedia nak kongsi berita tu dengan peminat. Tapi bila mereka dah beritahu pada umum, sebagai teman baik saya sangat gembira untuk mereka", katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui baru-baru ini.


Justeru kata Lisa, sebagai seorang isteri dia pun mengharapkan gilirannya melalui saat gembira seperti Scha mahupun wanita lain yang pernah hamil akan tiba satu hari nanti. Siapa yang tidak mahukan zuriat, namun mungkin belum rezeki dia dan suaminya.

Begitupun, menurut Lisa dia tidak kisah dengan pertanyaan ramai tentang bila lagi mereka suami isteri mahu menimang cahaya mata. Cuma dia berasa kecil hati bila ada beberapa pertanyaan diajukan padanya sehingga menyentuh soal yang terlalu peribadi.

"Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, bila lagi, bila lagi...? Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

"Saya tak faham kenapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya. Bukan kami tak berusaha, tapi tidaklah sampai kami perlu berkongsi tentang perkara itu pada umum.

"Disebabkan soalan-soalan yang sensitif itu, membuatkan saya asyik terfikir walhal saya dan suami, kami okay saja. Sebab itu saya luahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak itu di Instagram baru-baru ni, mujur ramai yang menyokong saya dan saya rasa lega", tuturnya yang hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim.

Dalam pada itu menyentuh mengenai perkembangan karier, Lisa kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Cicakman The Movie 3.

Beritahu Lisa, pada awalnya timbul juga rasa bimbang untuk bekerja dibawah arahan suaminya. Namun sehingga kini semuanya berjalan lancar.



"Mulanya risau juga nak kerja dengan Yusry sebab saya ni manja, takut nanti kalau kena marah, saya terasa hati. Tapi bila di set, okay pula. Kami profesional.

"Setiap kali masuk set, dia akan panggil saya dengan nama watak saya iaitu Linda. Tapi ada sekali tu dia tersasul panggil sayang kemudian cepat-cepat dia tukar dan panggil saya
Linda. Lucu pula rasanya",katanya yang sebelum ini pernah berlakon bersama dengan Yusry menerusi filem Ular.


Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... asa-kecil-hati.html

4

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluberi 29-1-2014 10:38 AM
harus la kecik ati
masa yusri ngan erra dulu pun, tak pat anak gak
btw, anak tu rezeki dari Allah...
lom ada rezeki lagi la tu
usaha banyak banyak lagi ye puan suri
Quote mzzenma 29-1-2014 10:38 AM
Lisa badak air
Quote solstice 29-1-2014 10:40 AM
Ngan Erra ppon fail jugak
Hmmm
Harap yusri berusaha dgn lebih KERAS
Quote chinta89 29-1-2014 10:42 AM
x faham org yg tak sensitif ni.. cuba letak korang kat tempat Lisa..
Quote rozza 29-1-2014 10:43 AM
rasanya dah bleh stat jumpa doktor.. org berwang boleh buat apa saje..
Quote alieyrina 29-1-2014 10:44 AM
Baik  ang  cuti drp belakon p berubat ka apa..duit pun byk...drp mengeluh kat  sokabaq...belakon pon ala2 ja ...

jadikan dd lias sbg sumber inspirasi ...belom telambat ...
Quote peah311 29-1-2014 10:45 AM
insyaAllah nanti ade la rezki tu..
Quote caplimau 29-1-2014 10:47 AM
usaha tu merangkumi bnyk bab puan lisa,
duit bnyk kan p la jumpe pakar sakit puan & tuan,
if tak berhasil jugak ubt la secara kg..
as long as usaha insyaAllah ade la rezeki tu nt..
Quote bambimo 29-1-2014 10:47 AM
Biasa la lisa..org xkn tnya suami you pkai kereta apa, you duduk dkt mana...sbb dia tahu, suami you lebih bagus dr suami dia sendiri..buat malu je kalo dia tnya..jd nk menyembuhkn hati yg sakit hati tgk you naik lambo..dia attack pd apa yg you xde iaitu ANAK...sabar ya sayang...
Quote jepp 29-1-2014 10:51 AM
bambimo posted on 29-1-2014 10:47 AM
Biasa la lisa..org xkn tnya suami you pkai kereta apa, you duduk dkt mana...sbb dia tahu, suami you  ...

Kak bam.
kita promot post akak as 'Good post' ..

Btol sgt apa akak ckp tu
Quote ogata 29-1-2014 10:52 AM
walaupun tak minat LS tapi bagi aku sebagai wanita la..soalan macam ni memang nak kena hempuk..
Quote batman_2007 29-1-2014 10:53 AM
bambimo posted on 29-1-2014 10:47 AM
Biasa la lisa..org xkn tnya suami you pkai kereta apa, you duduk dkt mana...sbb dia tahu, suami you  ...

Its true kan..
Quote bambimo 29-1-2014 10:55 AM
Akak ckp dr pngalaman sendiri...kawen dulu dr adik ipar..tp adik ipar mngandung dulu dan dpt anak..mula la village people perli2 tnya2 soalan nk sakitkn hati...ye la adik ipar pengganggur terhormat..husband mat despatch ada masa la pukul 5 smpai 12 mlm nk bersenda gurau..kk bam ada career  husbnd pon sama..tp itu village people xpndang pon Last edited by bambimo on 29-1-2014 10:57 AM

Quote star_anisse 29-1-2014 10:57 AM
pernah berada di situasi Lisa jgk.. paham sgt. 3 tahun memndam perasaan dgn soalan laser. Lisa berusaha la lebih kuat dgn Yusry ye. jupe la doc ke, bidan urut ke.. mana tau salah satu usaha berjaya mcm me satu masa dulu.. Good luck Lisa!
Quote offwhite 29-1-2014 11:01 AM
dua2nye somi isteri ni okay dr segi kesihatan..cuma Allah lum nak beri rezeki....sabor je lisa/yusry...
Quote deananie 29-1-2014 11:01 AM
sabarlah ye lisa.. mungkin ada hikmah di sebalik semua nih..
Quote ini_aku_la 29-1-2014 11:05 AM
belum kahwin, sibuk tanya bila nk kahwin..

dah kahwin, sibuk tanya bila nak ada anak..

dh ada anak sorang, sibuk tanya bila nak menambah..

and the questions will keep on coming..

biasala lisa..buat derk je la..

Quote munchkin 29-1-2014 11:06 AM
Mmg manusia tak sensitif. Selalu tanya soalan cam ni. Kalau tanya balik soalan sensitif kat depa, dia pulak terlebih sentapnya. Kena sabar jelah
Quote starcity 29-1-2014 11:07 AM
CT tu lagi kesian. dia dah 8 tahun kawin. naik lali org dok tanya pasal anak
betul ke dua2 sihat tak ada masalah? dulu dgn Erra pun payah lekat

Lihat semua komen(195)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.182995 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top