CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Larangan Merakam 'Porno Makanan' Di Perancis

18-2-2014 12:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9784| Komen: 54

Description: Gilles Goujon, Chef Di L’Auberge Du Vieux Puits Yang Dianugerahkan Tiga Bintang Di Bandar Selatan Fontjoncouse Berkata Beliau Semakin Kecewa Dengan Kelemahan Etika Di Kalangan Jurugambar Makanan Amat ...



Paris: Jika anda cuba untuk mengambil gambar hidangan makan malam anda di restoran mewah Perancis selepas ini, jangan terkejut jika seorang chef menyerbu keluar dari dapur dengan marah.

Bosan dengan sikap sesetengah pengunjung yang merakamkan gambar melalui telefon pintar mereka untuk dimuatkan dalam rangkaian sosial, beberapa restoran pilihan Michelin Perancis ini cuba untuk menghalang apa yang disifatkan mereka sebagai ‘porno makanan’.      

Penulis blog makanan dan beberapa chef bagaimanapun mempertahankan gambar terbabit sebagai publisiti percuma tetapi bagi kebanyakan chef mereka menyifatkan perkongsian itu sebagai ‘melampau.’      
      
“Ada sesuatu tempat dan masa untuk semuanya,” kata Alexandre Gauthier, chef di La Grenouillere di bandar utara La Madelaine-sous-Montreuil.

“Kami cuba memberikan pelanggan kami rehat seketika dalam hidup mereka. Untuk itu, anda perlu menutup telefon bimbit anda,” katanya.

Sebaik mengenakan larangan mengambil gambar di restorannya secara rasmi, Gauthier meletakkan imej kamera dengan tanda palang pada menu beliau.      
“Orang ramai kini tidak mahu berenggang dengan telefon,” katanya. “Sebelum ini mereka mengambil gambar keluarga, nenek tetapi kini gambar makanan pula,” katanya.

“Ia tidak mengapa, tetapi kami adalah sebuah restoran yang tidak menggunakan lampu terang, jadi mereka terpaksa menggunakan ‘flash’. Setiap hidangan akan ‘menghentikan segala-galanya’ atau gambar diambil semula hingga tiga kali.

“Ia kemudian dihantar ke Twitter, komen dibuat dan dibalas tetapi akhirnya hidangan menjadi sejuk.”

Gilles Goujon, chef di L’Auberge du Vieux Puits yang dianugerahkan tiga bintang di bandar selatan Fontjoncouse berkata beliau semakin kecewa dengan kelemahan etika di kalangan jurugambar makanan amatur ini.

Katanya gambar makanan terbabit ‘menghilangkan kejutan’ sesetengah hidangan beliau dan ‘merampas sedikit harta intelektual’ beliau.

Itu belum termasuk gambar yang diambil daripada telefon yang ‘tidak terlalu pintar’ yang hasilnya jarang sekali baik.

Ia tidak memberikan imej terbaik kerja kami. Malah menjengkelkan,” katanya.

“Sukar untuk melarang sebenarnya. Saya cuba mencari cara terbaik untuk mengatakannya melalui menu tetapi belum menemui formula terbaik untuk membuatkan orang ramai tidak marah,” kata Goujan.
                       

28

Bagus
17

Marah
37

Terkejut
38

Sedih
31

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (181 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 17-2-2014 09:10 AM
chef psiko..yg suka amik gambar makanan pun psiko...
Quote ellZack 17-2-2014 09:11 AM
macam pelik pulak baca porno makanan..
Quote magnus 17-2-2014 09:13 AM
gambar mknn pun porno ke?..kalau camtu mknn pakai tudung sajila
Quote genchi 17-2-2014 09:15 AM
ahhah dulu amek gamba fmily nenek skunk mknn

mknn dah jadik pemes skunk..sok takot mntk otograp plak sama mknn..

pntg order msti amek gambo.. oder teh tarik pun snap pikca.. what de heck
Quote namirulmukminin 17-2-2014 09:19 AM
Kalu gambar "Nasi Lemak Telanjang" tu memang buleh kata la "porno"...
Quote nebulagazer 17-2-2014 09:21 AM
Dia takut org curik idea dia kot
Quote shogun77 17-2-2014 09:26 AM
aku ada bace somewhere..
org yg suka amek mknan then post2 ni ada maslah mental ke personaliti ke ap ntah..
lupe dah
Quote saden 17-2-2014 09:32 AM
gambar nenek...
Quote hafieza 17-2-2014 09:37 AM


Food porn is a glamourized spectacular visual presentation of cooking or eating in advertisements, infomercials, cooking shows or other visual media,[1] foods boasting a high fat and calorie content,[2] exotic dishes that arouse a desire to eat or the glorification of food as a substitute for sex.[3] Food porn often takes the form of food photography and styling that presents food provocatively, in a similar way to glamour photography or pornographic photography.

The term appears to have been coined by the feminist critic Rosalind Coward in her 1984 book Female Desire[4] in which she writes:

    "Cooking food and presenting it beautifully is an act of servitude. It is a way of expressing affection through a gift... That we should aspire to produce perfectly finished and presented food is a symbol of a willing and enjoyable participation in servicing others. Food pornography exactly sustains these meanings relating to the preparation of food. The kinds of picture used always repress the process of production of a meal. They are always beautifully lit, often touched up." (p. 103)


sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Food_porn
Quote Idelgo 17-2-2014 10:11 AM
takut orang lain tiru design makanan dia kot.
Quote gujiwa 17-2-2014 10:13 AM
Bagus ... tapi aku suke tgk pic makanan
Quote bidacool 17-2-2014 10:13 AM
shogun77 posted on 17-2-2014 09:26 AM
aku ada bace somewhere..
org yg suka amek mknan then post2 ni ada maslah mental ke personaliti ke a ...

Biar la amik gambar makanan dr ber selfie msg2 budget ensem, comel, cantik, ntah hapa2...
Quote liyanur 17-2-2014 10:19 AM
aku ok lg org duk ambik gmbar makanan masa fresh....
tp bila tinggai separuh ada yg licin pun gigih duk snap lg...
Quote amyainsamad 17-2-2014 10:30 AM
food porn...........
Quote R2D2 17-2-2014 04:21 PM
ni yg Chef Wan maksudkan

memang ada yg gigih update apa yg dia makan di kedai dlm FB
Quote dahliateck 17-2-2014 04:26 PM
kdg2 free promotion klu gambar tu cantik, cef2 ni marah sebab gambar tu x cantik kot, menjejaskan imej restoran dia
Quote mamat2009 17-2-2014 04:28 PM
suka hati lar.bkn makan free pun. baghal
Quote finding 17-2-2014 04:32 PM
minta tambah cili sos pun takleh tau
Quote mjla 17-2-2014 04:39 PM
Ha ha ha ummah kekosen amik gamba porn takpe.

Amik gamba makanan tak boleh.....

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.064792 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top