CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Lelaki Parah Ditembak Dari Jarak Dekat

21-2-2014 10:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3892| Komen: 23

Description: Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Dsp Chin Soo Song Berkata Dalam Kejadian 9 Pagi Itu, Mangsa Berumur 38 Tahun Membonceng Motosikal Yang Ditunggang Rakan Wanitanya Dari Arah Taman Desa Aman, Sungai K ...


Lelaki parah ditembak dari jarak dekat

KULIM - Seorang lelaki yang membonceng motosikal cedera parah ditembak dari jarak dekat semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat, di Lebuh Raya Kulim-Baling di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa berumur 38 tahun membonceng motosikal yang ditunggang rakan wanitanya dari arah Taman Desa Aman, Sungai Karangan dekat sini menghala ke Lunas.

Semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dengan mengikuti mangsa dari arah belakang tiba-tiba seorang daripadanya melepaskan beberapa das tembakan dipercayai mengenai bahagian rusuk dan dada mangsa.

Akibat tembakan jarak dekat itu, mangsa terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya meninggalkan lokasi kejadian menuju ke arah Lunas dengan sebuah motosikal bernombor pendaftaran PKT 7724.

Chin berkata mangsa yang parah kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan dan sehingga kini masih berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, siasatan awal polis menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian dan pihaknya juga tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu adalah akibat dendam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat melalui talian 012-5551341 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan, katanya

9

Bagus
5

Marah

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_lavander 20-2-2014 06:22 PM
ngerinye. mintak dijauhkan dr diri sendiri dan keluarga. nak wat cam mana. penjenayah terpengaruh ngan citer2 gangster kat tv. Even drama2 komersial biasa pun, putus cinta sikit, ade dendam sikit, terus tembah bunuh.
Drama Malaysia is bodo abadi, murahnya nilai nyawa manusia.
Quote shogun77 20-2-2014 06:28 PM
mangsa berumur 38 tahun membonceng motosikal yang ditunggang rakan wanitanya

ntah2 hasben pompuan tu..
apa2 pon takziah.
Quote qislea 20-2-2014 06:32 PM
banyak betul kes tembak dekat malaysia sekarang ni...
mcm mudah je nk dpt senjata api sekarang....
Quote slavehunter 20-2-2014 06:39 PM
Mana dorang beli pistol ya.? Senang nye...
Quote solstice 20-2-2014 06:41 PM
Hebat msia sekarang
Macam colombia
Quote dubuk 20-2-2014 07:30 PM
hapuskan lampu isyarat di simpang simpang
Quote noor2 20-2-2014 07:46 PM
dubuk posted on 20-2-2014 07:30 PM
hapuskan lampu isyarat di simpang simpang




tak boleh bayangkan lagi teruk lalu lintas jadinya

Quote dubuk 20-2-2014 07:51 PM
noor2 posted on 20-2-2014 07:46 PM
tak boleh bayangkan lagi teruk lalu lintas jadinya

macam ini lagi cepat mati



Quote noor2 20-2-2014 07:53 PM
dubuk posted on 20-2-2014 07:51 PM
macam ini lagi cepat mati

pembunuh upahan meluas dari semasa ke semasa ni bukan salah lampu trafik la en.dubuk...
Quote dubuk 20-2-2014 07:54 PM
noor2 posted on 20-2-2014 07:53 PM
pembunuh upahan meluas dari semasa ke semasa ni bukan salah lampu trafik la en.dubuk...

bergurau saja lah cik adik
Quote noor2 20-2-2014 07:55 PM
dubuk posted on 20-2-2014 07:54 PM
bergurau saja lah cik adik

tau la... tu sebab i gelak ja

Quote dubuk 20-2-2014 07:58 PM
noor2 posted on 20-2-2014 07:55 PM
tau la... tu sebab i gelak ja



Quote skeezotone 20-2-2014 07:58 PM
Msia is gangstaz paradise:lol
Quote putr@polo 20-2-2014 08:24 PM
Lelaki ditembak di Jalan Kulim-Baling meninggal petang tadi

2014/02/20 - 19:57:34 PM
Cetak Emel Kawan


Kulim: Lelaki yang dilapor kritikal ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Kulim-Baling, pagi tadi disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song, mengesahkan mangsa meninggal dunia jam 6 petang tadi selepas hampir sembilan jam ditembak dua penyerang tidak dikenali. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Quote munchkin 20-2-2014 08:55 PM
takziah kpd mangsa.
Quote sapp73 20-2-2014 09:45 PM
Dah lama senyap kes tembak menembak ni..ni jadi lagi
Quote dahliateck 20-2-2014 09:47 PM
seramnya, silap sikit tembak
Quote wi_haryati 20-2-2014 09:51 PM
dubuk posted on 20-2-2014 07:30 PM
hapuskan lampu isyarat di simpang simpang

huissshhh... jgn wat hal... masak berumahtangga kat simpang nanti..
Quote ikan_kaghing 20-2-2014 10:19 PM
Kalau Kulim aku syak Keling.

Ada artikel yang boleh menyangkal teori aku ?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.323622 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top