CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Kerakusan Ikan Piranha Menyerang Pengunjung Sungai

21-2-2014 12:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7148| Komen: 10

Description: Masihkah Saudara Pembaca Ingat Akan Filem Yang Menggambarkan Ikan Piranha Yang Ganas Dan Agresif Menyerang Mangsanya? Ikan Bergigi Bak Gergaji Ini Sememangnya Terkenal Di Daerah Amazon. Ikan Yang Ber ...
Masihkah saudara pembaca ingat akan filem yang menggambarkan ikan piranha yang ganas dan agresif menyerang mangsanya?  Ikan bergigi bak gergaji ini sememangnya terkenal di daerah Amazon. Ikan yang bersifat pemaging ini akan menyerang mangsanya dengan rakus dan menggigit serta mengoyak daging dengan pantas sekali.


Kesan gigitan yang jelas kelihatan

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 70 orang yang sedang mandi-manda di sebatang sungai bernama Sungai Parana di Rosario, Argentina telah cedera termasuk tujuh kanak-kanak hilang sebahagian anggota badan apabila putus jari tangan dan kaki selepas diserang sekumpulan ikan karnivor.


Tangan remaja yang cedera digigit ikan tersebut

Pengarah pengawal keselamatan, Federico Cornier, berkata ribuan pengunjung sedang bersantai di Sungai Parana, dekat Rosario, secara  tiba-tiba diserang ikan palometas iaitu sejenis piranha yang besar, rakus dengan bergigi tajam.

Paramedik Alberto Manino berkata, pihak berkuasa mengarahkan pengunjung beredar segera, namun akibat cuaca panas mencecah hingga hampir 38 darjah celcius menyebabkan para pengunjung kembali semula ke sungai tersebut.

Mujur juga  spesis ikan  ini tidak ditemui di sungai-sungai Malaysia…yang mengganas hanyalah Si Bujang Senang Sungai Rejang!…


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asher 6-2-2014 10:25 AM
macam citer piranha hollywood la nie..
Quote alphawolf 6-2-2014 11:50 AM
Setakat berlubang jari aje la kan...takde la mcm Piranha pilem yang hancur lebur mayat....
Quote Artemesiaa 6-2-2014 01:26 PM
Harap tak ada yang terlepas masuk sungai kat Malaysia
Quote amyainsamad 6-2-2014 01:37 PM
wow..seram
Quote tempur 6-2-2014 01:58 PM
letak je akar tuba..tau la sapa ganas...
Quote wanokakaka 6-2-2014 04:46 PM
Wow bahayanya...blubang ha kena ggit
Quote RedClip 6-2-2014 04:49 PM
gerun la pulak
nasib tak kena mkn abis macam citer pirana muvi tu
Quote pakwetizzaqyah 6-2-2014 05:03 PM
maunye tk digigit ikan tu...badan masing2 berisi..lol
Quote gorjeous 8-2-2014 01:45 PM
Tengah lapar laa ikan tuu..
Quote anees~nuhara 20-2-2014 05:42 PM
euwwwwww...ngerinyaaaaa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053775 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top