CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Siapa Nur Risteena? Popular Ke?

21-2-2014 12:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 38663| Komen: 150

Description: Jika Dilihat Peredaran Zaman Sekarang, Rata-Rata Wanita Lebih Memilih Kaedah Moden Untuk Mendapatkan Rawatan Kecantikan Dan Kesihatan.
Rahsia Risteena tampil cantik

LAIN orang, lain caranya. Dalam menjaga kecantikan dan kesihatan pastinya setiap individu memiliki cara dan tip yang tersendiri.

Jika dilihat peredaran zaman sekarang, rata-rata wanita lebih memilih kaedah moden untuk mendapatkan rawatan kecantikan dan kesihatan.


Namun berlainan pula dengan pelakon sedang meningkat naik, Nur Risteena lebih gemar mengamalkan tip tradisional untuk penjagaan diri.

Seawal usia kanak-kanak, Risteena telah diajar ibunya untuk sentiasa menjaga penampilan.

Untuk mengetahui apakah tip yang diamalkan heroin ‘Playboy Itu Suami Aku’ ini, mari kita tinjau rahsianya.


Sejauh mana anda mementingkan penampilan diri?

Sebenarnya sejak kecil lagi saya telah diajar oleh ibu untuk sentiasa mengambil berat tentang penampilan diri.

Saya juga diajar untuk amalkan beberapa petua orang-orang lama sebagai tip kecantikan dan sehingga kini saya masih amalkan.


Boleh berkongsi petua yang anda diamalkan?

Antara tip tradisional yang saya amalkan sehingga kini adalah untuk penjagaan rambut. Caranya, saya akan lumurkan rambut dengan santan kelapa yang telah disejukkan.


Amalan ini saya gunakan sebulan sekali untuk melebatkan rambut dan sudah tentu hasilnya tidak mengecewakan.

Selain itu, untuk penjagaan kulit pula, saya gunakan beras yang telah digoreng tanpa minyak sehingga warnanya kekuningan untuk dijadikan ‘scrub’.

Petua ini saya lakukan seminggu sekali dan sejak amalkan, kulit saya lebih halus dan lembut sebab ia menyingkirkan kulit mati.


Mengapa anda lebih memilih amalan tradisional?

Biarpun hasil mengamalkan petua-petua orang lama tidak akan dilihat dalam masa yang singkat, tapi ia tidak akan menghampakan.

Tambahan pula, ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang akan memudaratkan dan sebab itulah saya lebih memilih petua orang lama.

Bagaimanapun, jika ada masa, saya juga akan buat rawatan spa sebagai penjagaan sampingan.


Selain daripada itu, adakah anda gunakan cara lain?

Sudah tentu saya akan menjaga pemakanan untuk pastikan kulit sentiasa sihat. Sebelum ini saya memang seorang yang tidak gemar pada buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Tapi sejak bergelar artis, saya terpaksa amalkan untuk kulit yang cantik serta kesihatan yang baik.


Bagaimana anda kekalkan bentuk badan?

Kalau bercakap mengenai bentuk badan dan berat badan, itu adalah kelebihan buat saya.  Sejak kecil lagi, saya bukanlah seorang yang bermasalah dengan berat badan kerana metabolisme dalam badan saya tinggi.

Saya akan makan apa sahaja yang saya mahu tanpa perlu berdiet. Kalau jaga pemakanan pun, ia lebih kepada penjagaan kulit.


Bagaimana pula dengan penampilan fesyen anda?

Saya seorang yang sederhana. Tapi bila ada mood yang baik, saya akan lebih menghias diri. Dari segi fesyen saya akan cuba mengikuti ‘trend’ masa kini. Sebagai selebriti, saya perlu lakukannya kerana akan sentiasa menjadi perhatian.


Apakah yang anda lakukan ketika waktu lapang?

Saya seorang yang gemar habiskan masa di rumah. Bila ada waktu lapang, saya akan habiskan masa bersama keluarga.

Sejak bergelar pelakon, saya kurang ada masa untuk mereka, jadi bila tidak bekerja, saya akan bersama mereka.


Beralih pada karier, apakah perkembangan terbaru anda?

Saya baru tamat penggambaran Cerekarama bertajuk ‘Dosa Kelmarin’ bersama Fauzi Nawawi yang akan ditayangkan pada 1 Mac ini di TV3.

Selain itu pada April ini, saya akan ke Uzbekistan menjalani penggambaran drama bersama Rita Rudaini dan Syetela Melvin tapi buat masa ini tajuknya masih belum diketahui.


Nama sudah dikenali biarpun baharu setahun dalam industri lakonan, apa komen anda?

Sebelum ini saya tidak pernah bermimpi untuk terlibat dalam bidang ini. Tanpa disangka semuanya telah bermula dan saya bersyukur penglibatan saya dalam bidang lakonan diterima baik.

Saya akui persaingan yang ada hari ini memang hebat, tapi apa yang saya boleh buat adalah lakukan yang terbaik kerana tidak mahu hancurkan kepercayaan yang diberikan kepada saya selama ini.



2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espritvin 15-2-2014 10:40 PM
Kan..byk betul muka minah ni kat tv3 lately ni...
Quote telracs 15-2-2014 10:41 PM
Tumpang tepek gambo.. MENJINAK OMBAK
Quote telracs 15-2-2014 10:43 PM
ini dalam ROZANA
Quote mimifa 15-2-2014 10:43 PM
aku pun trpikir prkara yg sama.blkon dah la kayu lg kayu dari lisa surirumah.pakai kabel beso nih.zara zya pun stkt lyma jah mukanya kat tb3 tuh pastu takdak dah mukanya aku nengok kat tb3 tu.
Quote hanakikan 15-2-2014 10:44 PM
Makeup sekati still nampak jerawat muka dia
Quote telracs 15-2-2014 10:44 PM
PLAYBOY ITU SUAMI AKU
Quote setankuning 15-2-2014 10:45 PM
bodek kuat kot
jerawat penuh
belakon kayu
tp diangkat jd heroin
puihhh
Quote telracs 15-2-2014 10:46 PM
Quote RatuDunia94 15-2-2014 10:47 PM
espritvin posted on 15-2-2014 10:40 PM
Kan..byk betul muka minah ni kat tv3 lately ni...

tu la dia ni out of nowhere.. tup2 banyak plak drama kat TV3..
Quote RatuDunia94 15-2-2014 10:48 PM
mimifa posted on 15-2-2014 10:43 PM
aku pun trpikir prkara yg sama.blkon dah la kayu lg kayu dari lisa surirumah.pakai kabel beso nih.za ...

kan.. at least zara zya tu pandai berlakon.. and watak Zara dlam LYMA tu betul2 meninggalkan impak..
c Risteena ni watak dlm PISA hambar betol...
Quote penduduk_bumi 15-2-2014 10:50 PM
Naik betul die dkt tv3 skrg.
Quote atikah2013 15-2-2014 10:52 PM
nape cite melayu skg aksi mengalahkan cite omputih. si risteena ni boleh tahan menyeksi gak
Quote RatuDunia94 15-2-2014 10:52 PM
hanakikan posted on 15-2-2014 10:44 PM
Makeup sekati still nampak jerawat muka dia

gigih tau tepek foundation tebal2 gitu kat muka padahal terang2 nampak berketol2 kat muka!
dh pakai concealer + foundation + compact powder lg... pehhhh...
mesti leceh nak cuci muka!
Quote hijau88 15-2-2014 10:52 PM
Xpe la, dah diberi peluang utk di tv3 kan.
Quote chenta_dewi 15-2-2014 10:54 PM
Lawa la sikit dr tt
Quote mesmerize 15-2-2014 10:56 PM
skrg ni tengah berlakon kat tv3 jadi bini curang .. suami dia norman hakim .. mmg biasa2 aje muka dia jenis masam2 sombong2.. berlakon pun takde expression
Quote akemini 15-2-2014 11:02 PM
Lakonan kayu at tv3 skrg...pastu asik pakai bj seksi..tshirt ketat dgn skirt...muka penuh jawat  batu...
Quote jargon 15-2-2014 11:05 PM
Dlm pisa,aku tgk epi 1,2 je,memang agak kayu,tapi pas tgk menjinak ombak,citer skrg,m ade yg dulu,cite diandra,ok laa..lagi best dr lopa..

Muke sheols boley tahanla,cuma ade jerawat jenis jerawat batu..tu yg nmpak
spoil..
Quote rm611 15-2-2014 11:05 PM
X tgk cerekarama hari ni pasal dia berlakon

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052610 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top