CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Facebook dituduh 'curi' data pengguna

5-12-2012 09:41 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7225| Komen: 60

Description: NEW YORK 4 Dis. - Facebook dituduh melakukan 'pencabulandata' secara besar-besaran menerusi perkhidmatan terbaharu memuat naik gambardari telefon bimbit penggunanya secara automatik ke pelayan laman w ...
NEW YORK 4 Dis. - Facebook dituduh melakukan 'pencabulan  data' secara besar-besaran menerusi perkhidmatan terbaharu memuat naik gambar  dari telefon bimbit penggunanya secara automatik ke pelayan laman web jaringan  sosial itu.

Laman sosial itu pada Jumaat lalu mula meminta pengguna aplikasi telefon  bimbitnya supaya mengaktifkan perkhidmatan baharu dikenali sebagai Photo  Sync.

Perkhidmatan tersebut secara automatik akan memuat naik semua gambar dalam  telefon bimbit pengguna ke album peribadi di laman web jaringan sosial  tersebut.

Facebook juga mempunyai akses kepada semua gambar tersebut, walaupun pengguna  tidak memberi kebenaran sama ada untuk berkongsinya dengan rakan-rakan  mereka.

Keadaan itu bermakna Facebook secara sah memiliki fail-fail berkenaan  termasuklah lokasi gambar tersebut diambil serta boleh menggunakan teknologi  pengecaman muka untuk mengenal pasti identiti individu di dalam gambar  tersebut.

Pakar berkata, pada peringkat asas, Facebook boleh menggunakan maklumat itu  untuk mereka iklan khas berdasarkan lokasi.

"Bagaimanapun, digabung dengan teknologi pengecaman muka, keadaan itu  membolehkan Facebook mengetahui secara automatik siapa rakan-rakan pengguna dan  di mana mereka,'' kata pakar. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121205/lu_04/Facebook-dituduh-curi-data-pengguna#ixzz2E848ALqV
©  Utusan Melayu (M) Bhd

p/s Sesapa yang ada simpan pic bugil...or gambo 'peribadi' kat telefon pintar tue... tak payah nka activate applikasi Photo  Sync tu...


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noell 5-12-2012 07:44 AM
abih la hg miss...gambaq hg bogel catwalk dlm sauna dah jadi hakmilik facebook

aku lama dah ban fb neh...penuh dgn manusia hipokrit cari kawan lama ajak join MLM...caittt!!!
Quote MissNigga 5-12-2012 07:53 AM
noell posted on 5-12-2012 07:44 AM
abih la hg miss...gambaq hg bogel catwalk dlm sauna dah jadi hakmilik facebook

aku lama dah  ...

ni pasai applikasi Photo  Sync, kalo activate applikasi ni kat telefon pintar... pic kat telefon pintar akan di auto down load ke FB ... kan kat telefon pintar ada macam macam photo dan bidio peribadi ... termasuk photo dan bidio syok sundiri or ngan partner
Quote DeMax 5-12-2012 07:55 AM
Biase la teknologi Yahudi keturunan org bijak pandai
Quote noell 5-12-2012 07:56 AM
MissNigga posted on 5-12-2012 07:53 AM
ni pasai applikasi Photo  Sync, kalo activate applikasi ni kat telefon pintar... pic kat telefon p ...

bukan hg dok seludup smartfon hg masuk sauna ka???amek gambaq hg buat muka duckface segala...la nih satu donia boleh tgk duckface hg
Quote gaara_X 5-12-2012 08:30 AM
salah satu media sosial yahudi yang membolehkan depa mengkaji and memiliki something untuk kegunaan masa hadapan.....
Quote shahx 5-12-2012 08:37 AM
aku tak salahkan facebook. pengguna yang salah, upload gambar mcm2 buat ape...
Quote leylapple 5-12-2012 08:44 AM
guna pesbuk utk tracking kawan2 lama jah...

and skodeng perkembangan diorang....huahuahua
Quote shamsadis 5-12-2012 08:47 AM

nak muka buku miss nigga
Quote bzzts 5-12-2012 08:52 AM
celik i.t. harus tau apa servis yg dilanggan.

ini nampak "FB" aje, terus click OK. l

ast2 ter"Sync" gambar2 private, baru tau kecoh...

Quote missus_meow 5-12-2012 09:04 AM
bkn dah lama cite ni ... sape lah nk bg servis free ... they give u sthing, of course they want sthing back. kalo xde fb ... ilang nyawa ke
Quote shernazz 5-12-2012 09:08 AM
hadap sangat uols letak segala peribadi bagai
siap letak alamat n no fon
sakai gile....attention seeker sangat
pic2 pon letak mcm orang x boleh tengok langsung dalam tu
pastu meroyan
Quote salwani911 5-12-2012 09:10 AM
hoh gila. aku ni kalu nyamuk/pijat/charlie gigit belakang badan ke bontot ke, aku snap je sbb nak zoom in tahap keterukan gigitan. bygkan sekali auto upload masuk FB tak ke haru
Quote asudau 5-12-2012 09:10 AM
sib baik telefon aku tak pintar....heheh
Quote salwani911 5-12-2012 09:18 AM
aku cukup nyampah aplication2 FB yg tgk bideo itu ini, pastu auto share. takkan aku pakai application mcm tu. kdg2 kalu tgk member yg share video via application tertentu, kalu nampak menarik aku akan google sendiri cari video tu tanpa go thru that application. mmg x hormati privacy pengguna. maklumat diri pun aku dah hide mcm tarikh lahir bagai, utk elak digunakan oleh org tertentu bg tujuan 'jahat'.
Quote KarinaKapur 5-12-2012 10:16 AM
sbb tu la masa haritu fb suruh active benda ni, i ignore je.. walaupon gambar2 tu private dalam album kita, tp still facebook leh access.. so kena pesan dengan semua org yg ada smartphone pasal benda ni.. terutama sekali yang baru celik IT..
Quote psychobubble 5-12-2012 10:17 AM
xgune fb pn...
Quote perang_saudara 5-12-2012 10:18 AM
untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...  @edee_91 guna hanset cokia sahaja konsepnya
Quote BlackWoods 5-12-2012 10:38 AM
Semasa kamu register kamu sudah menerima terms & conditions dan privacy policy yang sudah di set oleh Facebook.
Ini bukan salah Facebook kalau kamu tidah baca sebelum register dan gunanya.
Quote mamanurulhasbi 5-12-2012 12:29 PM
nama pon guna smartphone..otak kena manyak smart laaa...melainkan kalau dh xkisah privacy terdedah sana sini.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.080453 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top