CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Jangan 'makan angin' - TMJ

18-12-2012 03:26 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13791| Komen: 80

Description: TUJUAN pasukan bola sepak Johor Darul Takzim mengambil pemain ternama adalah untuk meletakkan pasukan itu di barisan hadapan dalam arena bola sepak negara serta menjadi pasukan unggul dalam Liga M. Se ...
        TUJUAN pasukan bola sepak Johor Darul Takzim mengambil pemain ternama adalah untuk meletakkan pasukan itu di barisan hadapan dalam arena bola sepak negara serta menjadi pasukan unggul dalam Liga M. Sejajar dengan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan pemain bahawa penyertaan mereka dalam pasukan itu bukan untuk tujuan 'makan angin', tetapi sebalikya perlu berusaha untuk menjadikannya pasukan terbaik.





        "Pasukan ini bukan tempat untuk menikmati percutian di mana pemain datang untuk mengambil gaji dan berehat, tapi mereka perlu bermain dengan sepenuh hati," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



        PBNJ menjadi perhatian ramai sejak beberapa bulan lepas kerana dikatakan berbelanja besar untuk mengambil ramai bintang bola sepak asing dan tempatan untuk bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim, yang dulunya dikenali sebagai Johor FC.  
        Antara pemain tempatan terkenal yang diambilnya ialah Safee Sali, Muslim Ahmad, Aidil Zafuan dad Zaquan Adha Radzak, ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Azmi Muslim, manakala bintang luar negara pula ialah pemain tengah Itali Simone Del Nero dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol Daniel Gonzales Guiza.



Bekas pemain Sepanyol, Daniel Guiza González (kanan) diperkenalkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.


        "Saya amat bersyukur kerana kami mempunyai para pemain yang cukup berbakat dalam pasukan ini dan saya, serta jurulatih Fandi Ahmad, sangat berpuas hati dengan pasukan ini dan akan memberi tumpuan untuk melatih mereka dari segi taktikal dan mental".

        Amaran keras Fandi
        Fandi, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, memberi amaran keras kepada para pemain bahawa status mereka sebagai bintang tidak menjadi tiket untuk mereka tersenarai sebagai kesebelasan utama bagi setiap perlawanan.
        "Setiap orang perlu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Saya amat menitikberatkan soal disiplin dan semangat berpasukan, jadi tidak akan ada pemilihan secara automatik untuk membarisi kesebelasan utama," katanya.
        Safee, Norshahrul, Azmi, Safiq, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha yang turut hadir pada sidang akhbar itu berikrar akan memberi persembahan terbaik masing-masing untuk menjadikan Johor Darul Takzim sebagai pasukan yang tidak boleh dipandang ringan.
        "Setelah dua tahun di Indonesia, saya harap dapat menggunakan pengalaman yang diraih di sana untuk dicurahkan dengan sebaik mungkin di sini. Saya tidak sabar untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim, yang disifatkan sebuah "Pasukan Impian"," kata Safee.
         
        Safiq masih rasa cabaran baru
        Safiq pula berkata, dia mengambil keputusan bermain dengan Johor kerana ingin merasai cabaran baru bagi menambah baik permainannya dan berjanji akan memberi 100 peratus komitmen kepada pasukan itu.Sementara itu, Norshahrul, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Yo berkata, adalah satu persaingan sihat baginya, Safee dan Guiza untuk merebut Kasut Emas.
        "Ia akan membolehkan Johor Darul Takzim muncul sebagai sebuah pasukan yang menjaring paling banyak gol dalam Liga Premier," katanya. - Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 18-12-2012 02:39 PM
banyak duit johor cekau semua pemain...duit hasil rompakan ka?
Quote pisang69 18-12-2012 02:40 PM
rompak duit umno ...
Quote card_reader 18-12-2012 02:41 PM
player power, coach x power x jadi gak..........
Quote kudajantan77 18-12-2012 02:42 PM
Senang la nanti Telur Loyang nak deal dengan tauke betting ...
Quote CintaPink 18-12-2012 02:47 PM
sume player best johor beli
Quote unekspekted_XII 18-12-2012 02:49 PM
klu korang pegang bookie.. kitorang pegang player direct. So.. mau bet????
Quote cupu 18-12-2012 02:55 PM
good luck..

jgn lupa,wlupun johor byk star,team lain pun akan try the best gak.. Last edited by cupu on 18-12-2012 02:56 PM

Quote kucingTomey 18-12-2012 02:57 PM
johor kena beli ibrahimovic............keh keh keh keh ......
Quote zorrro_03 18-12-2012 03:10 PM
kudajantan77 posted on 18-12-2012 02:42 PM
Senang la nanti Telur Loyang nak deal dengan tauke betting ...

bergoyang2 arr bola loyang sekor2 lepas ni.  byk giler duit.
Quote pidd 18-12-2012 03:12 PM
kucingTomey posted on 18-12-2012 02:57 PM
johor kena beli ibrahimovic............keh keh keh keh ......

Baik beli samuel eto jehh sekarang gaji dia paling mahal dalam dunia ibrahimovic ranking number 2 ! baru koyak JOHOR tuhh ..
Quote satusembilan 18-12-2012 03:17 PM
ramailah nanti mengaku sokong johor sejak dari sebelum zaman kejatuhan lagi
Quote kecimpret 18-12-2012 03:20 PM
kalo darul takzim fc ni jumpa johor kat fa cup camne ek?..lg satu kalo johor layak ke liga super camne?..takde ke unsur2 match fixing kat situ memandangkan dua2 dibawah pengurusan yg sama?..pelik gak camne FAM leh kasi lepas

Quote kucingTomey 18-12-2012 03:20 PM
pidd posted on 18-12-2012 03:12 PM
Baik beli samuel eto jehh sekarang gaji dia paling mahal dalam dunia ibrahimovic ranking number 2  ...

johor impikan samuel eto jadi penyerang pasukan.....wkakakakakakak bangrap terus johor tu bayor untuk minggu tu kat eto...

Quote kecimpret 18-12-2012 03:22 PM
Safiq masih rasa cabaran baru
        Safiq pula berkata, dia mengambil keputusan bermain dengan Johor kerana ingin merasai cabaran baru bagi menambah baik permainannya dan berjanji akan memberi 100 peratus komitmen kepada pasukan itu.

syukur sgt2 Selangor dah lepaskan safiq nih..kalo x kerana freekick, satu haprak pun x guna


Quote SpiderWeb 18-12-2012 03:23 PM
Yang paling happy punters dari Spore la... big money.. big money...
Quote razzmat 18-12-2012 03:26 PM
agak2 lebih 100 gol tak JDT score tahun depan kalau tak malau semua star tu
Quote Hessa 18-12-2012 03:56 PM
kecimpret posted on 18-12-2012 03:22 PM
syukur sgt2 Selangor dah lepaskan safiq nih..kalo x kerana freekick, satu haprak pun x guna


...

hrp2 management team selangor dpt dirombak semula kan..
rindu dgn zaman kegemilangan the red giant dulu..
hehe..sori..off topic lak..
x sbr nk tggu next liga m'sia..nk tgk 'kebangkitan' team johor ni..
Quote kecimpret 18-12-2012 04:04 PM
Hessa posted on 18-12-2012 03:56 PM
hrp2 management team selangor dpt dirombak semula kan..
rindu dgn zaman kegemilangan the red gian ...

aku risau sharbinee tu jekkk..jgn taruk dia sbg 1st GK sudahhh..kasi Norazlan jek..fulbek tu ganti Bunyamin dgn Asra..kanan dah ok dgn Mahalli..cuma kalo dpt tambah sorang lg import lg cun..game kan byk sbb masuk AFC..kelantan x silap aku ada 4 impot utk season dpn
Quote jjx597 18-12-2012 04:06 PM
entah menjadi ke tak team johor ni..
tak sabar gak nak tengok ni..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.077654 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top