CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Angin Memaki Hamun Kakitangan Mahkamah

4-3-2014 05:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6727| Komen: 30

Description: Keadaan Kembali Kecoh Selepas Lelaki Terbabit Sekali Lagi Meninggikan Suara Termasuk Menghentak Meja Dan Pada Masa Sama Menyalahkan Kakitangan Yang Didakwanya Melengahkan Proses Perceraiannya.
Bukit Mertajam: Keadaan di Mahkamah Rendah Syariah, Bukit Mertajam di sini, kecoh seketika akibat tindakan seorang lelaki yang secara tiba-tiba ‘naik angin’ dan memaki hamun kakitangan mahkamah.

Dalam kejadian  jam 10.30 pagi, orang awam dan  kakitangan mahkamah terpaksa membantu untuk menenangkan lelaki berusia  50-an itu yang meninggikan suara serta memaki hamun kakitangan mahkamah dengan kata-kata kesat.  

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap kakitangan yang enggan menyegerakan gilirannya berjumpa dengan Pendaftar Mahkamah Abdul Munir Ghazali untuk membincangkan kes permohonan cerai difailkan oleh isterinya.

Lelaki itu kemudian ditenangkan  kakitangan pejabat berkenaan sebelum dibawa berjumpa dengan pendaftar bagi membincangkan mengenai proses perceraiannya.

Keadaan kembali kecoh selepas lelaki terbabit sekali lagi meninggikan suara termasuk menghentak meja dan pada masa sama menyalahkan kakitangan yang didakwanya melengahkan proses perceraiannya.

“Secara tiba-tiba, dia naik angin dan menendang meja menyebabkan  terpaksa ditenangkan sebelum membawanya ke luar mahkamah kerana keadaan agak tegang ketika itu dan dikhuatiri boleh menyebabkan pergaduhan.



KAKITANGAN perubatan menenangkan lelaki terbabit.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 4-3-2014 06:54 AM

KAKITANGAN perubatan menenangkan lelaki terbabit.
Quote magnus 4-3-2014 06:55 AM
bukit mertajam lg..
Quote cammie1711 4-3-2014 09:59 AM
patut la bini ko fail cerai...mental rupanya!
Quote carly_lah 4-3-2014 10:03 AM
buat perangai sbb x nak cerai kah??? scary....
Quote haryatie 4-3-2014 10:06 AM
proses cerai lambat ke..sbb x nak bercerai..
lambat dpt pengesahan cerai...lambat pulak kang dpt kawin lain
sebab tu dia mengamuk kut...
Quote asyriqa 4-3-2014 10:07 AM
mesti tak sabor nak bercerai sebab nak cepat2 nikoh lain nih... amboi pakcik tak nyempat2 sabor ler sket...
Quote wak_karman 4-3-2014 10:19 AM
umo dah 50...tak sedo diri lagi..
nak tunjuk naik angin dia jeer...
Quote pittjie 4-3-2014 10:21 AM
patut la bini dia mintak cerai. baran semacam gitu. ntah2 bini dia pun dah puas makan penampar.
Quote lima_kupang 4-3-2014 01:34 PM
masalh kadang2 orng tu pk dia punya kepala angin ja...

dia tak pk orng len punya kepala hangin...

mau aku hantar the rock ja setel kn dia nie...
Quote spiderman80 4-3-2014 01:39 PM
Mesti dia nak bergegas ke Thailand untuk bernikah ngan bini baru.
Quote xtahumenahu 4-3-2014 01:40 PM
org2 macam ni...dah x dpt kawal emosi...otak bercelaru mungkin
Quote nebulagazer 4-3-2014 01:40 PM
Kalo mmg staf buat keje lambat main pesbuk ke apa mmg patot la kene maki...tp kalo tak..mmg patot la pacik tu straight ke hospital
Quote batmana 4-3-2014 02:10 PM
nape panggil staf spital lak?

diorg bagi inject terus kiok ke..
Quote popjack 4-3-2014 04:14 PM
darah tinggi pak cik naik, sepital dtg...cerita tak lengkap...
he he he
tapak kasut pak cik ni dah haus tumitnya...kesian....
idup sosah lifestyle pon mcm org sosah, banyakkan bersabar!
Quote FlowerGirl 4-3-2014 04:16 PM
lima_kupang posted on 4-3-2014 01:34 PM
masalh kadang2 orng tu pk dia punya kepala angin ja...

dia tak pk orng len punya kepala hangin... ...

Kan...sesetengah org tu cmtu lah..dia ingat dia je ada prinsip "aku nk ngamuk.ada aku kesah!!"
Dia x pikir amukan org lain
Quote niceghost2005 4-3-2014 04:24 PM
FlowerGirl posted on 4-3-2014 04:16 PM
Kan...sesetengah org tu cmtu lah..dia ingat dia je ada prinsip "aku nk ngamuk.ada aku kesah!!"
Di ...

Kalau hangpa pi Pejabat Agama/Mahkamah Syariah...................hangpa tau laaaa

Kalau tepon, berpuluh kali...................tak angkat angkat.
Kalau angkat, kalau tanya................Tuan Hakim cuti or outstation bla bla bla
Bleh call next week.

Next week call...............Tuan Hakim cuti lagi.
Bley call next week.

Last last tepon kat Biro Pengaduan Awam.
Sebut jer kes....................

Esok lusa............Pejabat Agama called.
Encik.................permohonan encik dah siap.
Bley datang ambik.

Haper tidak nya, Timbalan Pengarah Biro Pengaduan Awam antaq email terus ke HAKIM MAHKAMAH TINGGI.
Itu laaaa masaalah pekerja di Pejabat Agama/Mahkamah.

Udah laaa yg datang ke situ kerana 'masaalah', depa tambah lagi dgn pelbagai 'masaalah'.
Saper x naik hangin.

Ini bukan kes aku TAPI kes oghang laen.

Quote tongkatwaran75 4-3-2014 06:55 PM





bini dia ke nie?
Quote dani-rox 4-3-2014 07:36 PM
tak sabar2 nak jd single balik, atau bakal bini baru sedang menunggu...
patut taser-kan jah org tua bengong mcm nih... suka suki je mengamuk kat tempat awam


Quote annehuda 4-3-2014 08:16 PM
setau aku kalau laki yg mintak cerai tu cepat je mahkamah luluskan. tp kalau wife yg tuntut fasakh ke khuluk ke yg tu mmg selalu sgt dah bertangguh2.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.277359 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top