CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Yusof Haslam Menangis Tonton 'Konsert Teaterikal Suara Kita'

5-3-2014 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14310| Komen: 64

Description: Konsert Tersebut Buat Pertama Kalinya Menggabungkan Tiga Bintang Hebat Tanah Air Yang Pernah Mencetus Fenomena Dalam Industri Filem Tanah Air Sekitar 90-An Iaitu Awie, Erra Fazira Dan Ziana Zain, Mene ...


Pengarah dan penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam mengakui menitiskan air mata sewaktu menonton 'Konsert Teaterikal Suara Kita' yang membuka tirai pementasannya di Panggung Istana Budaya, pada Isnin (malam tadi).

Konsert tersebut buat pertama kalinya menggabungkan tiga bintang hebat tanah air yang pernah mencetus fenomena dalam industri filem tanah air sekitar 90-an iaitu Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, menerusi filem-filem arahan Yusof sendiri.

Menurut pengarah filem pecah panggung 90-an antaranya seperti 'Sembilu' dan 'Sembilu II' itu juga, beliau bangga melihat ketiga- tiga anak didiknya itu berjaya menghayati watak dan menguasai pentas dengan begitu baik sekali.



"Saya nampak Awie, Erra dan Ziana berjaya menguasai pentas dan menghidupkan watak mereka dengan begitu berkesan di pentas tadi (malam tadi). Tahniah kepada mereka juga kepada pengarah konsert ini, Erma Fatimah.

"Ia satu nostalgia yang cukup bermakna. Sepanjang menyaksikan konsert teaterikal ini, ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata. Saya terkenangkan perangai Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu. Teringat kembali gelagat mereka ini.

"Sebenarnya saya terkejut bila daapat tahu mereka bertiga ni nak pentaskan semula filem-filem saya. Saya macam tak percaya mereka ni nak bergabung semula. Tapi bila melihat persembahankan mereka malam ini, saya percaya konsert ini akan medapat kejayaan", kata Yusof Haslam pada sewaktu sidang media yang diadakan sejurus usai pementasan, malam tadi.

.

Berlangsung selama lebih kurang tiga jam, 'Konsert Teaterikal Suara Kita' berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau kembali episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladyfree 4-3-2014 10:25 AM
mmg fenomena zaman tu
Quote aiskrimpelangi 4-3-2014 10:25 AM
sedihhh pak usopp nengok 3-3 dah berjaya
Quote budak_gemuk91 4-3-2014 10:35 AM
mcm best je
Quote espri6006 4-3-2014 10:46 AM
itulah kenangan sewaktu menonton sembilu di panggung REX Johor bharu, walaupun masing2 dah ada tiket tapi masih berebut masuk panggung. Aku pun beli dengan ulat je sbb tak sanggup beratur dan bersesak dengan manusia lain utk beli tiket dikaunter.
Quote ais_kosong 4-3-2014 10:47 AM
kenangan menguasai jiwa gitu
Quote ira_229 4-3-2014 10:49 AM
mak ai lengan & stomach muscle awie
Quote lucky_peace 4-3-2014 10:54 AM
macam best je teater nieyh.... sembilu antara filem first ai tgk mase kecik2 dulu kat pawagam, rasenye belom sekolah lagi kot... jiran pengasuh ai bawak gi tengok wayang kat pawagam arasu sitiawan, hahah.. kenangan sangat.. time tu ai tak tau ape ai kate tgk awie dalam tv besar, hahaha.... sekarang dah hampir 20 tahun filem tu hah...

btw, datuk yusof haslam dapat royalti tak sebab gune naskah die??
Quote Sayamama 4-3-2014 10:58 AM
Sembilu filem adalah filem pertama yg membawa me ke panggung wayang... masa tu mental ni mcm... kalau masuk panggung wayang tu jahat.... .. lawak kan...  filem ni mengutip RM6 mil... dengan tiket cuma berharga RM5... so uols kiralah sdiri berapa ramai yg membeli tiket utk menonton filem ni dulu.... ada yg tgk sampai 8 kali, 9 kali, 10 kali... mmg fenomena...

tapi bila tgk balik skrg mcm... alahai... pesal lah fenomena sgt citer ni walhal tak ada apa pun... begitu hebat populariti/penangan awie /erra masa tu ......
Quote chickenwing 4-3-2014 11:00 AM
zaman ni xpegi tengok pun sbb saya ulat buku xkuar tgk wayang. Cuma baca2 kt paper n mags pasai filem ni buat sejarah sbb kutip juta2 million2...sampai Datuk Yusof Haslam dapat title 6 million dollar man.

Mcm best je teater ni...tp xde teman nk gi. Hubby cuma akan pegi bila ada Jamal Abdillah je...so bila Abang Jamal nk wat konsert lg kt IB?
Quote lylea 4-3-2014 11:03 AM
nostalgia kan.. cerita sembilu.. kengkawan keje KFC nk tgk cerita sembilu.. rupanya tayangan nya malam selepas tu.. tersalah beli tiket tengok cerita cina daaa
Quote fifie_olin 4-3-2014 11:03 AM
ira_229 posted on 4-3-2014 08:49 AM
mak ai lengan & stomach muscle awie

muscle ke rupa tu...ni lbh kpd lemak...
kalo muscle ketol2...ketak...

Quote pakweneelofa 4-3-2014 11:13 AM
konserto terakhir lg best
Quote hana_hana79 4-3-2014 11:13 AM
nak pergi tgk tp x de sape nak jaga anak.... huhuhuhu
Quote ira_229 4-3-2014 11:14 AM
fifie_olin posted on 4-3-2014 11:03 AM
muscle ke rupa tu...ni lbh kpd lemak...
kalo muscle ketol2...ketak...

bahasa sindirian..
btw erra & ziana masih maintain..awie..

klu betul erra masih ada hati pada awie..bukan sebab awie kaya tapi awie lebih romantik..cara sentuhan dia buat erra cair..
sbb tu jangan pelik jika kita lihat isteri punya la comei lote..suami amboi..mak ai.. Last edited by ira_229 on 4-3-2014 11:19 AM

Quote safrie2118 4-3-2014 11:16 AM
Bestnya masa tu umur aku baru 17 tahun.....tak menghayati pun pasal kecik lagi....so far citer diaorg memang best lah...
Pak Usop pun memang lah bangga dengan anak didik sendiri pasal dulu nyer lakonan macam mana??? skang ni 3 org tu dah banyak pengalaman....bila di mainkan balik, di hayati balik...lagilah diorang boleh menjiwai watak dengan baik....
Dulu tak lah seberapa sangat....yerlah.....cerita tu lah dulu yang ader....

Anyways...thank to Erma yang boleh buat cam ni.....silap silap tak lama lagi Awie leh dapat Dato' lah...huhuhuh
Quote lima_kupang 4-3-2014 11:19 AM
erra mmg mantap.....

awiee... erra aku punya...
Quote de_ikea 4-3-2014 11:25 AM
cter sembilu tu la pertama kali i masuk wayang. masa tu kecik lagi. perakk giler. hihihi
Quote Sayamama 4-3-2014 11:25 AM
safrie2118 posted on 4-3-2014 11:16 AM
Bestnya masa tu umur aku baru 17 tahun.....tak menghayati pun pasal kecik lagi....so far citer diaor ...

sebaya kita ghupernyer yer... tapi me dah pandai menghayati... maklumler.. dah pandai ber 'puppy love'....
Quote Leonarzi 4-3-2014 11:30 AM
Not to be missed

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.096769 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top