CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Mizz Nina Bagi 'Hint' Minta Noh Salleh Berhenti Menyanyi

12-3-2014 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15305| Komen: 45

Description: Mengambil Masa Setahun Proses Rakaman, Album Solonya Memuatkan Lima Buah Lagu. Lebih Istimewa, Dua Lagu Didedikasi Buat Isterinya Yang Tercinta Seperti 'Angin Kencang' Dan 'Bunga Di Telinga'. Sementar ...


Penyanyi dan komposer Noh Salleh mendedahkan isterinya, Mizz Nina ada memberi 'hint' meminta dirinya meninggalkan dunia nyanyian.

Ini kerana, baru-baru ini Mizz Nina sendiri ada menyatakan yang sejak berhijrah, dia nekad berhenti menyanyi kerana menurut ratu Hip Hop tanah air itu dia mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan jenama pakaian muslimahnya.

Bukan tidak mahu memenuhi permintaan isterinya itu tetapi kata vokalis kumpulan Hujan ini dia belum bersedia untuk meninggalkan sepenuhnya karier nyanyian. Namun kini Noh memberitahu dia sudah mula memperlahankan aktiviti seninya.

"Nina tak desak cuma dia ada lah bagi hint suruh saya berhenti menyanyi. Bukan saya tidak mahu. Tapi dengan rezeki muzik ini saya menyara keluarga saya. Walaupun Nina ada pendapatan dia sendiri tapi tanggungjawab saya sebagai suami untuk memberi nafkah kepada dia.


"Lagipun dunia muzik dah jadi sebahagian daripada hidup saya. Kalau saya tinggalkan dunia muzik, saya tak tahu kerja apa yang boleh saya buat. Tapi hint-hint Nina tu buat saya berfikir lah. Cuma buat masa sekarang saya belum bersedia. Tapi saya dah mula memperlahankan aktiviti nyanyian saya sekarang", kata Noh yang juga tidak menolak kemungkinan dia akan meningkalkan dunia seni kelak.

Noh berkata demikian ketika di temui pada sesi pra-dengar album solonya bertempat di studio miliknya, Pharcyde Studio, di Ampang.

Cuti Dari Hujan

Sementara itu, setelah 8 tahun bersama band Hujan, Noh nekad mengorak langkah dengan kini bergelar penyanyi solo.

Menurut Noh, selepas melalui pelbagai pengalaman suka dan duka juga merai pelbagai pencapaian bersama Hujan, kini tibalah masanya untuk memperkenalkan 'dirinya' yang sebenar.

"Sebenarnya perancangan nak bergerak solo ni dah lama, sejak Hujan release-kan album Sang Enemy. Dah 8 tahun perjalanan saya dengan Hujan. Jadi saya nak bercuti sekejap daripada Hujan, saya buat solo. Alhamdulillah anggota Hujan yang lain memberik sokongan kepada saya", katanya.

Bukan niat Noh untuk menongkah arus, tetapi dek kerana minatnya yang mendalam terhadap karya muzik new age jazz dengan elemen pop nusantara, maka terhasillah album ini.

"Dalam album ni saya memperdengarkan sesuatu yang unik dan berbeza dan menjanjikan kepuasan baru bagi peminat. Saya akui, saya tidak mempunyai suara yang merdu tapi saya pertaruhkan bakat menerusi penulisan lagu saya. Album ni juga saya bereksperimentasi dengan pelbagai genre muzik dan sekaligus mahu membuktikan yang saya seorang penyanyi versatil", ujarnya.

Mengambil masa setahun proses rakaman, album solonya memuatkan lima buah lagu. Lebih istimewa, dua lagu didedikasi buat isterinya yang tercinta seperti 'Angin Kencang' dan 'Bunga di Telinga'. Sementara lagu 'Biar Seribu', Noh dedikasikan kepada ibu dan bapa serta kedua mertuanya sempena ulang tahun perkahwinan masing-masing.

"Isteri saya dan perjalanan saya dengan Hujan banyak memberi inspirasi kepada saya dalam mencipta lagu-lagu dalam album ni", tuturnya.

Begitupun penampilan solo Noh tidak membawa maksud bahawa zaman Hujan bakal berakhir. Tetapi ia lebih kepada ekspresi secara individunya sebagai pemuzik. Sekadar ingin berkongsi hala tuju muziknya dengan peminat, Noh ingin lari dari 'bunyi' Hujab dan mencuba sesuatu yang baru.

1

Bagus

Marah
5

Terkejut

Sedih

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote schababe 12-3-2014 09:00 AM
oh so suwettttttttt..
huntongggg mizz nina
Quote nuryakmal 12-3-2014 09:04 AM
derang ni betul betul berubah

from the days of teh terik crew and hujan, to now beautiful partners



haaaaaaaaaaaaaaaaaaa *nanges *matamasukhabuk
Quote hanuma 12-3-2014 09:05 AM
perkara yg baik elok la
Quote joey_mcintrye 12-3-2014 09:10 AM
Didoakan mereka memperolehi cahaya mata dan kepada mereka yang lain2 juga... Amin
Quote beatgirlX 12-3-2014 09:17 AM
alhamdulillah...
semoga kehidupan nina ngan noh lebih diberkati dan bahagia till jannah
Quote tomet05 12-3-2014 09:18 AM
sangat drastik kan .. tahniah
Quote lylea 12-3-2014 09:24 AM
salute dengan pasangan ni.. terutamanya miz nina totaly change lepas balik haji.. alhamdulillah..
sangat istiqomah ..semoga kebahagian milik mereka berpanjangan
Quote kucing_gebu 12-3-2014 09:51 AM
suka dgn mizz nina...mmg nmpk dia benar2 faham apa itu berhijrah...
harap2 juga artis2 lain yg dah berhijrah..berhijab...dapat ikut spt mizz nina...terutamanya yg tiap tahun pergi balik umrah...bergelar hajjah...sesekali cuba2 la tgk "side-mirror" pulak ye...tgk diri ikut sisi tepi pulak ke...maklumlah terlalu banyak selfie pun xbagus juga...nmpak yg cantik2 saja terutamanya dgn camera 360...okayyy

p/s : pesanan ni utk peringatan diri aku juga...
Quote fanaz82 12-3-2014 09:53 AM
xpe, pelan2 kayuh
Quote hyie 12-3-2014 09:56 AM
noh buat keje belakang tabir pon ok je, jadi komposer, penulis lirik...royalti pon masyuk...lagu2 dia pon berkualti, kenapa tidak kan? sesambil usahakan perniagaan ngan bininya sesama...
Quote bambimo 12-3-2014 10:17 AM
kalo iols pun anak menantu antara 10 terkaya kat malaysia, iols pun akan duk rumah je..hihihi

baguslah miss nina and noh ni, venture into business, myb lebih cerah masa depan mereka
Quote amyainsamad 12-3-2014 10:20 AM
mmg salute........
Quote sitipynka79 12-3-2014 10:27 AM
Alhamdulillah...mereka telah diberikan hidayah terbaik dari Allah..moga istiqamah..

Moga mereka dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga mereka..Insyaallah.

sukaaaaa dengan merekaa...... Noh and Nina
Quote blackred99 12-3-2014 10:40 AM
kalo family aku pun kaya raya, duk umah jela, bantu bisnes family apa yg patut.
Quote ladida 12-3-2014 10:42 AM
bambimo posted on 12-3-2014 02:17 AM
kalo iols pun anak menantu antara 10 terkaya kat malaysia, iols pun akan duk rumah je..hihihi

bag ...


Yup dr family kaya berduit byk mmg boleh buat drastik choice....btw choice diaorg ke arah kebaikan...ok ler tuh....guna kan kedudukan dan kewangan yg ada secara baik....





Quote cikatilia 12-3-2014 10:49 AM
bagusnya
itu yg sebaiknya utk suami isteri

xyah la dunia2 seni ni sgt
Quote marla69 12-3-2014 10:56 AM
alhamdulilah. nampak mereka ikhlas
Quote kancilmanual 12-3-2014 10:56 AM
pegang agama maka dunia yg akan ikut kita.....
wallahua'lam
Quote secretfashion 12-3-2014 11:05 AM
Hujan oh hujan, kenapa kau tak mau turun..  

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.061705 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top