CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bomoh Jadi Perhatian Di Media Sosial

13-3-2014 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24457| Komen: 191

Description: Bomoh Vip Yang Kononnya Berkebolehan Meramal Keadaan Pesawat Mh370 Itu Menjalankan Upacara Selama 30 Minit Dan Mendakwa Pesawat Tersebut 'Tergantung' Di Antara Tiga Negara Iaitu Laut China Selatan, Fi ...


SHAH ALAM - Upacara ritual menggunakan teropong buluh dan bubu mata pancing yang dilakukan oleh seorang bomoh yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP kini menjadi satu trending di media sosial.

Penyebaran video upacara ritual Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80 menzahirkan pelbagai reaksi dari golongan masyarakat lebih-lebih lagi golongan muda.

Semakin ramai individu yang berlumba-lumba ‘melakukan’ ritual yang sama bagi menunjukkan usaha mereka untuk menemukan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Kelmarin, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar menerima ketibaan Raja Bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu.

Bomoh VIP yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat.

Menurut Raja Bomoh Sedunia ini, bubu mata pancing yang digunakan merupakan simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah membuat ramalan ke atas kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang berkata, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Jakim bagaimanapu  menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang menggunakan khidmat bomoh bagi mengesan pesawat MH370 yang masih hilang.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakweneelofa 12-3-2014 05:29 PM
ahli umno saumor hidup ke?
Quote d-7-0ne 12-3-2014 05:33 PM
da ada thread sblah
Quote AdamBillionaire 12-3-2014 05:37 PM
pakweneelofa posted on 12-3-2014 05:29 PM
ahli umno saumor hidup ke?

umno totok..

cuma lupa bawa keris. tak bersamping merah..

almaklum nk masuk tv..

kena pakai kot..
Quote AdamBillionaire 12-3-2014 05:38 PM
org melayu ni suka benda2 merapu mcm ni sebahagiannya..

tujuan kita mendayung?

tujuan kita mula langkah kiri?

tujuan kita ludah langit?

tujuan kita mandi sambil  cangkung?

petua mengarut..

Quote ctaz 12-3-2014 05:45 PM
andai nyer ALlah nak menguji keimanan semua org Islam malaysia....
lalu Dia memakbulkan perbuatan bomoh nih....
agak2.....apa yg berlaku lepas nih.....
adakah bomoh nih akan diangkat menjadi Ahli nujum negara...




HAR
Quote kasijelaya 12-3-2014 05:50 PM
AdamBillionaire posted on 12-3-2014 05:38 PM
org melayu ni suka benda2 merapu mcm ni sebahagiannya..

tujuan kita mendayung?

aku rasa sbb ramai org Cina dan India tak suka Islam
mungkin dorg ingat bomoh tu Islam
Islam tu bomoh


sepatut nye bomoh kene diharamkan dari bumi Malaysia
kan Malaysia ni negara Islam
mana boleh org Islam pakai kuasa Syaitan
Quote liyamariska 12-3-2014 05:50 PM
kalu org2 islam arab tgk vc nih, maunya deme gelak terguling2....
Quote AdamBillionaire 12-3-2014 05:53 PM
kasijelaya posted on 12-3-2014 05:50 PM
aku rasa sbb ramai org Cina dan India tak suka Islam
mungkin dorg ingat bomoh tu Islam
Islam tu  ...

dia org xsuka islam sbb perangai org islam bg adam..

kalau sebahagian org islam bertamadun bagus xmakan rasuah dan racist dia org makin hormat..

bomoh?

kih3.. dalam kaum cina pasal bomoh lah banyak kes rogol, kes no.ekor..

dalam melayu banyak bomoh kes rogol, no.ekor,santau menyantau..

yup burukkan imej islam pergi bawa buah kelapa sambil sebut nama ALLAH..

buruk perangai..

sekor2 buruk betul..

adab berdoa berzikir kan ada..

kalau adam ada kt situ nak sepak 4 ekor lelaki sekor betina..

dia org nak sesat jgn sesatkan org lain..

kih3..
Quote mak_wa95 12-3-2014 06:05 PM
Percaya dengan orang sakit mental.....patutla kena kerat 18...
Quote pencinta_achor 12-3-2014 06:24 PM
dah adala...
Quote nazsh 12-3-2014 06:31 PM
pencinta_achor posted on 12-3-2014 06:24 PM
dah adala...

Bomoh giler memalukan ..takda sapa ka nk larang pbuatan bengong nihh..
Quote Vellfire 12-3-2014 06:32 PM
Ingatkan boleh terbang
yg buat kat klia buat ape?
Quote clarizsa 12-3-2014 06:33 PM
isk isk... merapunya..
Quote nazsh 12-3-2014 06:41 PM
Mufti2 agama tak leh tegur ker pihak bkuasa jgn biar bomoh2 ngok nihh duk buat ptunjukan bengong kat situ..buat malu btul
Quote cubby_qt 12-3-2014 06:54 PM
Yg bdiri kat sebelah.. pakai tudung.. langsung x malu.. huhuhu...
Quote BurningTimes 12-3-2014 06:58 PM
ya awloh itu orang ka babun tu? kenapa babun tu pakai songkok
baik sembah berhala sekali dah alang-alang berkhurafat kan.
Quote robotech 12-3-2014 07:02 PM


Pak sami tengok pun gelak sama2 ...
Quote Defcon2 12-3-2014 07:04 PM
Cybertrooper umno dlm forum cari (terutama crossfire, akughi, anak nogori, dasatgiler, knights dll) sila bg pencerahan skit tentang segala perbuatan bodoh ni.

Bomoh ni pyokong tegar umno ni.
Quote AHMADVW 12-3-2014 07:06 PM
no wonder jd ahlul umno

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.407912 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top