CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Isyarat Radar Boleh Dimatikan

13-3-2014 11:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 168859| Komen: 2477

Description: Ketika Ditanya, Adakah Atc Atau Menara Kawalan Mampu Mengesan Radar Itu Semula Jika Transponder Dimatikan, Beliau Menjawab: "Sistem Yang Ada Di Atc Menyukarkan Pusat Kawalan Berbuat Demikian Kecuali ...
Isyarat radar boleh dimatikan

SHAH ALAM - Isyarat radar pesawat MH370 boleh hilang daripada kawalan jika sistem transponder pesawat itu dimatikan sama ada secara sengaja atau atas sebab-sebab lain.


Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Leftenan Kolonel (B) Mohd Ramly Mohd Ajir berkata, sistem transponder ini akan beroperasi sebaik sahaja pesawat itu memulakan penerbangan dan berhubung dengan  Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) di Subang.

Menurut Mohd Ramly, agak sukar untuk radar itu dilenyapkan terus daripada dikesan apabila sudah berada di kedudukan yang tinggi.


“Namun keadaan terputus hubungan boleh terjadi jika pesawat itu melalui kawasan yang mengalami gangguan cuaca atau berbukit. Sukar untuk dijelaskan dalam situasi ini kerana ia dipanggil ‘blind spot’ yang mana tidak ditemui hasil kajian mengapa gangguan itu terjadi (radar hilang).


"Namun, situasi itu hanya berlaku sementara saja dalam tempoh yang singkat, bukannya hilang terus," katanya.

Mohd Ramly berkata, pada kebiasaannya juruterbang yang berpengalaman sudah faham akan gangguan seumpama itu dan akan mula berkomunikasi dengan menara kawalan selepas melepasi kawasan itu.


"Mereka akan berhubung dengan unit kawalan ketika memasuki zon tertentu dan memaklumkan berada dalam kelajuan dan ketinggian berapa." katanya.

Mohd Ramly juga tidak menolak sistem radar itu dipadam dengan sengaja.

“Kebiasaannya untuk pesawat komersil, tiada keperluan untuk radar itu dimatikan. Tetapi boleh jadi (juruterbang) tertekan atau 'mendapat arahan' untuk dimatikan.

“Kebanyakan juruterbang yang terlatih boleh berbuat demikian (mematikan isyarat),” katanya.

Ketika ditanya, adakah ATC atau menara kawalan mampu mengesan radar itu semula jika transponder dimatikan, beliau menjawab: "Sistem yang ada di ATC menyukarkan pusat kawalan berbuat demikian kecuali menggunakan bantuan radar ketenteraan.

“Radar yang ada oleh pihak tentera mampu mengesan pesawat yang telah mematikan radar yang dalam penerbangan.

“Untuk kes MH370 yang menggunakan Boeing 777, sepatutnya lebih mudah dikesan memandangkan pesawat ini besar dan lebih cepat untuk refleks semula kepada signal diberikan, bagaimanapun sebaliknya yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Ramly berkata, misteri kehilangan MH370 menimbulkan tanda tanya semua pihak, namun perkara sama pernah terjadi kepada pesawat Skyhawk A4 PTM milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pada 1988.

Pesawat dipandu Leftenan Wahi Anuar Mat Amin itu, hilang daripada kawalan radar selepas berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan menuju ke Pangkalan Labuan semasa sesi latihan.

Kehilangan Skyhawk A4 PTM itu juga dianggap misteri kerana tiada sebarang petunjuk ditemui sehingga ke hari ini.

Pesawat milik MAS yang dalam perjalanan ke Beijing, China dan membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu, terputus hubungan dengan ATC kira-kira sejam selepas  berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam.

Kali terakhir pesawat itu dikesan ATC adalah pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur atau kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Bharu di Laut China Selatan.




Objek Menyerupai Kapal Terbang Dikesan Oleh Satelit China

Hopes of finding the missing Malaysia Airlines flight MH370 have been raised after satellite images showing possible debris from the plane were released on a Chinese government website.
The images – taken at about 11am on Sunday but released on Wednesday – appear to show "three suspected floating objects" of varying sizes, the largest about 24 metres (79 feet) by 22 metres (72 feet), the national defence technology site reported.

It locates them in the sea off the southern tip of Vietnam and east ofMalaysia, near the plane's original flight path.
The revelation could provide searchers with a focus that has eluded them since the plane disappeared with 239 people aboard in the early hours of Saturday.

However this is not the first time authorities have announced sightings of objects or oil slicks that they claim might be tied to the missing aircraft.
No other governments have confirmed the latest report, and on Wednesday evening one senior US defence official said that American satellites had not located any sign of a crash.

3

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dasatgiler 13-3-2014 09:44 AM
Hopefully betul lah kali nih.. Amin..
Quote Loxlaxman 13-3-2014 09:45 AM
Wow .. nampak macam B52 ..
Quote abgboroi 13-3-2014 09:49 AM
dasatgiler posted on 13-3-2014 09:44 AM
Hopefully betul lah kali nih.. Amin..

tentera udara pergi menyiasat sekarang...x lama lagi kita dapat laa maklumat
Quote amiraira 13-3-2014 09:53 AM
kalau betul....alhamdullillah....

tapi apapn kita tunggu la jwpannya...
Quote abgboroi 13-3-2014 09:58 AM
amiraira posted on 13-3-2014 09:53 AM
kalau betul....alhamdullillah....

tapi apapn kita tunggu la jwpannya...

penantian mmg menyiksakan...jgn jadi cam waris kat china tu sudah laa...asyik menjerit jerit ajer...sabar ler...
Quote vespa_oren 13-3-2014 10:03 AM
berita palsu setakat nie... jika ada leh notice nanti aku update



Sumber tldm butterworth pulau pinang

beg mayat

jumpa terhempas kt pulau perak

kena rampas flight kt mongolia

jumpa kt vietnam

jumpa rakit kecemasan kat port dickson

Wassap anak palsu

Account twitter palsu

Isi minyak kt Nanning

Tergantung antara 3 negara

Kat banjaran titiwangsa

Rakaman suara pompuan gedik menipu kt wassap








Last edited by vespa_oren on 13-3-2014 11:01 AM

Quote pakweneelofa 13-3-2014 10:03 AM
mcm taik cicak sahaja
Quote reenz013 13-3-2014 10:04 AM
harap2 kali ni betul
Quote gogo2 13-3-2014 10:04 AM
KETUA POLIS NEGARA : bab passport palsu, itu bukan masalah aku. Tanya Interpol!!!

IGP: Don't ask me about stolen passports


0  0 7

MH370 Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar has refused to respond to the contradictory versions given by the authorities on the stolen passports used by two Iranians to board MH370.

"Why ask me? Ask Immigration, or ask Interpol," Khalid said when asked on the matter.
Quote rebecca_nur 13-3-2014 10:05 AM
Check in.. malaysia..the land of magic stick n coconut
Quote DumBell 13-3-2014 10:05 AM
camna yg 9hb jumpa nak war-warkan pada 13hb?..kompius larr..adoii..
Quote kucingkecik 13-3-2014 10:06 AM
nak tanya..hari ni pc bila?
Quote girlphg 13-3-2014 10:06 AM
ada Ulama' cakap, mereka berada di segitiga formosa.
Quote Anden 13-3-2014 10:06 AM
Rasa mcm x betul je..
Quote mummyladybird 13-3-2014 10:07 AM
check in....
Quote protonpersona 13-3-2014 10:07 AM
Quote Anden 13-3-2014 10:07 AM
DumBell posted on 13-3-2014 10:05 AM
camna yg 9hb jumpa nak war-warkan pada 13hb?..kompius larr..adoii..

China pun lembab cam kita
Quote cik.ijaw 13-3-2014 10:07 AM
bertabah lah kluarga yg akan mendengar berita mendatang
Quote eazzad 13-3-2014 10:07 AM
cek in gak...

Lihat semua komen(2477)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.271763 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top