Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat kecoh di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini hanya untuk berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng. Beliau yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12:30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang. Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya. Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN. Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu. Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya. Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang. Pembantu beliau memberitahuMalaysiakini beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara ini. Sebelum ini Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau mencuba setiap hari sejak minggu lalu. Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN. "Tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak? "DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa ketua menteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Lim. Dakwa diherdik Setpol Guan Eng GEORGETOWN - Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohammad Zan kesal dengan sikap Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wong Hon Wai yang mengherdiknya ketika berusaha menyelesaikan masalah dihadapi penduduk kawasan Bukit Gelugor, kelmarin. Abu Backer Sidek berkata, pihaknya cuba menyatakan aduan daripada seorang penduduk Bukit Gelugor yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di Pejabat Tanah dan Galian di Komtar. Menurutnya, beliau dan beberapa pengikutnya pergi ke pejabat berkenaan yang terletak di tingkat tiga, Komtar bagi menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk berkenaan. Pada kesempatan itu, beliau juga bercadang berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu termasuk masalah pemandu teksi di negeri ini yang dikatakan terbeban dengan kos sara hidup selain isu penggunaan meter. “Saya tidak dibenarkan berjumpa Guan Eng sebaliknya perlu membuat surat dan temujanji terlebih dahulu. “Bagaimanapun Hon Wai turun bertemu saya, bukan cari jalan selesaikan masalah sebaliknya mengherdik dan mengarahkan saya berkempen di Pasar Air Itam dan bukan di Komtar,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Makam di sini, semalam. Menurutnya, beliau cuba menjelaskan tujuannya ke Komtar kepada Hon Wai namun berlaku perang mulut antaranya dengan Hon Wai. Perang mulut itu berakhir apabila calon Bebas menggunakan logo kuda itu dijemput masuk ke bilik mesyuarat bagi menyelesaikan aduan yang diterimanya. “Saya datang ke sana (Komtar) bukan untuk berkempen sebaliknya mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Gelugor. “Apa yang saya lakukan ini sekali gus membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat walaupun belum lagi dipilih sebagai wakil rakyat,” katanya. Abu Backer Sidek juga sempat memberi cadangan kepada pegawai pejabat tanah dan galian untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan selain menaiktarafkan kualiti sistem komputer supaya pelanggan tidak menunggu lama.
|
shernazz posted on 20-5-2014 03:13 PM
sila amek darah dia, masukkan ke tabung darah negara
berkemungkinan dia neh ade darah jenis bombay
...
Czaziq posted on 20-5-2014 03:20 PM
baru nak taip camtu..betul kemungkinan besar abu backer ni berdarah jenis bombay
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.352989 second(s), 63 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.