shaziahaura Publish time 21-3-2020 01:10 AM

Lebihan daging/isi pada luka bersalin

Hi, sy baru lepas melahirkan anak pertama Feb lalu secara normal. Hampir kesemua luka telah pun sembuh dan kembali seperti asal tetapi saya baru perasan terdapat lebihan daging berwarna pink lebih kurang 1cm di bahagian atas berhampiran vagina yg mungkin berpunca kerana meneran sembelit. Daging tersebut kadang kadang berdarah ketika sapu ubat.
Buat masa sekarang saya ada letakkan ubat kuning atau gel yg dibeli di farmasi.
Boleh kah saya dapatkan cara untuk menghilangkan daging tersebut selain dari berjumpa Dr?
Harap ada yg boleh membantu. Terima kasih ;)

adila39 Publish time 21-3-2020 08:01 AM

Tahniah TT dapat baby. Saya rasa 1cm tu panjang la juga. Kalau tergesel dan sentiasa berdarah sbb melecet tu.. maknanya mmg kena jumpa Dr. Pegi clinic Obstetric ans gynaecologist, atau maternity clinic.. utk dia periksa bahaya atau tak. Jadi bahaya kalau kuman menapak kat situ. Nnt infection pulak tu yang x mau. Jgn takut, small procedure akan dibuat. Doc taula cemana. So gi okeh.

bobomimi Publish time 21-3-2020 09:03 AM

Kalau lebihan tu mcm keloid ke? Dia warna isi hidup atau dah warna pudar sikit? Kalau berdarah tu risau jadi benda lain. Boleh rujuk kat doctor, kalau mengganggu aktiviti harian, mungkin doc akan potong sikit isi lebihan tu untuk elak dari jangkitan. Kalau sy dulu, sy sapu serbuk manjakani yg dah ditapis halus. Asal lepas pergi tandas, lap kering dan sapu bahagian lebihan isi tu. Dlm seminggu dia kecut sndiri.

kodoklawa Publish time 21-3-2020 12:23 PM

Tanda awal buasir tu dik.. Kesan sembelit.

biozipstar Publish time 21-3-2020 03:22 PM

bagi saya baiklah berjumpa semula dgn doktor utk msalah ini... tapi kalau ikotkan myb jugak kesan sembelit. sebaiknya kalau lepas berak, tolak semula masuk ke dalam secara lembut. berak pula jgn terlalu meneran.
Pages: [1]
View full version: Lebihan daging/isi pada luka bersalin


ADVERTISEMENT