CARI-MAL Publish time 9-2-2021 09:12 PM

Tak Guna Menangis Bayi Tiada Tempurung Kepala Jika Tak Datang Check Up Air Gula

Perjumpaan berkala dengan doktor amat penting untuk memantau tumbesaran bayi dalam kandungan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/205730ef7jljll7y7xsfls.png



Ini termasuklah temu janji untuk pemeriksaan risiko kencing manis di mana ibu hamil biasanya diminta meneguk secawan air gula.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/205729gseh9to9e5le4coh.jpgGambar hiasan




Tidak dinafikan, rasa cecair itu sedikit meloyakan bagi sesetengah orang, namun tidak bermakna keperluannya boleh dipandang sebelah mata.


Mengambil kisah dikongsikan seorang pakar perubatan ini mungkin boleh membuka mata anda dengan lebih meluas.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/205723d0l7g23rm35vzx0i.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/205729ypr8dyjy5ebhbkfg.jpg



Kata Dr Muhammad Izzat, beliau berat hati selepas membuat pemeriksaan CT scan kepada seorang ibu hamil apabila tempurung kepala bayinya tidak terbentuk secara normal.


Lebih mengejutkan, wanita berkenaan tidak hadir ke check up air gula tanpa menyedari bahawa masalah diabetesnya sudah di tahap membimbangkan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/205932r9qz06di665d669x.pngKredit foto: FB




Menangis kesal ibu terbabit, namun nasi sudah menjadi bubur. Apalagi jangka hayat bayi yang menghadapi masalah 'anenchephaly' ini berkemungkinan tidak lama.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/210026bxckx9hk166qyrkb.jpgKredit foto: FB




Justeru, Dr Izzat menegaskan mengenai kepentingan pemeriksaan air gula selain menyarankan ibu hamil memulakan pengambilan vitamin asid folik tiga bulan pertama sebelum hamil.




Sumber: Kisah Dunia

doubleA Publish time 9-2-2021 09:20 PM

Dr @ipes2 kalau ada GDM masa pregnant dulu, lepas lahir minum air gula takda dah kencing manis. Then kalau try to concieve let say dalam masa setahun lagi, advisable untuk check kencing manis dulu ke sebelum ttc?

mizzmimi Publish time 9-2-2021 09:57 PM

Sedihnya kalu jadi camni.

Chah21 Publish time 10-2-2021 01:45 AM

doubleA: Dr  @ipes2  kalau ada GDM masa pregnant dulu, lepas lahir minum air gula takda dah kencing manis. Then kalau try to concieve let say dalam masa setahu ...
Sorry terkomen.. biasanya x digalakkan sebelum 2 tahun coz risiko ada gdm tu tinggi.. then klu berulang gdm,ada risiko lekat dm type 2 dlm masa 5 taun klu xkawal pemakanan.. seeloknya check bacaan gula secara berkala sblum plan tmbh baby

Asdira Publish time 10-2-2021 02:58 AM

Klu yg kes baby kepala besar apa puncanya ye? Ada yg tau?

Belibis Publish time 10-2-2021 09:30 AM

Nauzubillah..kesian,macam baby kena virus zika jadinya.

bulan_gerhana Publish time 10-2-2021 11:21 AM

yup last pregnancy,, detected diebetic gdm... tu lah pelik.. 3 anak sebelum ni.. memang xde.. but lepas naak 1st ade 3x miscarriege less than 12 weeks.. dah buat investigation.. no solution.. incomplete pregnancy.. check glucose pun xde positive ade diebetic.. lepas tu try conceive.. siap pegi pakar.. x menjadi.. bila try natural.. alhamdulillah... 2nd prgnant.. suspected big baby 3rd baby normal and 4th baby tiber byk kerenah.. low hb sgt rendah.. glucose test failed.. terus la kene buat bsp tiap bulan.. dah la report lambat sbb enviroment keje.. tiber kene ceramah nutrisi.. anak nak 4.. mcm jadi bodo kejap..bermulalah diet segala gula.. carbo..duit x berapa ade.. xde gatal nak gi swasta.. tau mmg high risk..
duk dendiam je pegi klinik ibu dan anak terdekat... yea... gdm ni x leh buat main... faktor umur.. hormon badan... jgn skip konon nak elak glucose test... keluh kesah... ini cerita generasi ke generasi.. bukan diri kita je..

Tinot7 Publish time 10-2-2021 11:53 AM

Ingatkan ibu berdarah manis ni ada risiko dpt baby besaq je..

spy^patrick Publish time 11-2-2021 04:40 PM

so maksudnya kena wt checkup selalu ke?

ipes2 Publish time 21-2-2021 10:37 PM

doubleA replied at 9-2-2021 09:20 PM
Dr @ipes2 kalau ada GDM masa pregnant dulu, lepas lahir minum air gula takda dah kencing manis. Then ...

maaf tak tgk tag section, lupo lak

firstly before sy lupa, nak tnaya avatar itu adalah penyanyi kan? siapa ya?

Berkenaan GDM, sekali kita da GDM, chance utk dapat DM betul in one's lifetime is 1 in 5
ie dari 10 wanita sebegini, 2 dari mereka akan mendapat DM nanti
juga once ada GDM, maka next time utk dapat lagi GDM semasa pregnant is high

berbalik kepada topic dari wartawan cari, yes congenital abnormality sgt high jika tidak jaga pemakanan atau tidak ambil tahu kadar sugar sebelum pregnant. jika bacaannya teruk, kami disini tidka benarkan wanita utk pregnant.

doubleA Publish time 22-2-2021 12:11 AM

ipes2 replied at 21-2-2021 10:37 PM
maaf tak tgk tag section, lupo lak

firstly before sy lupa, nak tnaya avatar itu adalah penyanyi ...

Thanks doc. No worries lambat pun. Aah avatar saya penyanyi zamani, vokalis kumpulan slam yg popular lagu gerimis mengundang tahun 90an dulu hehe

Oh kiranya nak check sugar level tu boleh cek macam BSP atau ada test lain? Sebab kalau BSP boleh cek sendiri pakai mesin tu. Cuma ada GDM masa pregnant dulu, BP ke HB semua ok. Tu pun bacaan kurang cantik sebelum breakfast, lepas bgn tido tu. Kalau bacaan 2 jam lepas makan ok. Makan ubat juga la start 6 bulan ke atas pregnancy dulu. Now baby umur setahun dah, plan kalau nak concieve balik pun dalam 1.5 tahun lagi tunggu baby 2-3 tahun umur

doubleA Publish time 22-2-2021 12:22 AM

Chah21 replied at 10-2-2021 01:45 AM
Sorry terkomen.. biasanya x digalakkan sebelum 2 tahun coz risiko ada gdm tu tinggi.. then klu ber ...

It's ok, tq reply. Baru perasan bila buka balik benang ni, tak dapat noti.

Plan juga lepas 2 tahun sebab yg sulung czer, memang kena jarak. Cek bacaan gula tu sendiri cek BSP atau ada test lain?

Chah21 Publish time 22-2-2021 01:08 AM

doubleA replied at 22-2-2021 12:22 AM
It's ok, tq reply. Baru perasan bila buka balik benang ni, tak dapat noti.

Plan juga lepas 2 t ...

Bsp la sis tp check pg2 sblum mkn dlm keadaan puasa.. boleh monitor jgk melalui situ.. n jga pmknn la yg pastinya

doubleA Publish time 22-2-2021 01:13 AM

Chah21 replied at 22-2-2021 01:08 AM
Bsp la sis tp check pg2 sblum mkn dlm keadaan puasa.. boleh monitor jgk melalui situ.. n jga pmknn ...

Aiyoo bacaan pagi2 lepas puasa tu la i fail masa pregnant dulu. Normal nak 5.7 ke 5.9 entah i skor 6.2 ke terlebih sikit la. Tak makan malam, pakar pemakanan pun cakap mungkin hormon imbalance. Bacaan time sebelum makan waktu lunch ke dinner semua ok, lepas bangun tido tu fail

Tu masa pregnant dulu la, skg tak cek pulak

ipes2 Publish time 22-2-2021 05:43 AM

doubleA replied at 22-2-2021 12:11 AM
Thanks doc. No worries lambat pun. Aah avatar saya penyanyi zamani, vokalis kumpulan slam yg popul ...

gold standard untuk test for DM tetap yang minum air gula tu, ie Oral Glucose Tolerance Test (ie OGTT); alah yg kita puasa from midnight, bgn pagi gi clinic dan depa ambil darah kat lengan lalu awak minum 75g glucose in water, tunggu 2 jam dan ambik darah lagi di lengan dan boleh lah buka puasa after that.

anak dah setahun dah? alhamdulillah :)sangat indah mereka masa2 ini, kita geletek perut dia la etc.. cuma poop je yg tak tahan

ipes2 Publish time 22-2-2021 05:44 AM

doubleA replied at 22-2-2021 12:11 AM
Thanks doc. No worries lambat pun. Aah avatar saya penyanyi zamani, vokalis kumpulan slam yg popul ...

oh zamani ya. ok beres. mekasih

Chah21 Publish time 22-2-2021 03:16 PM

doubleA replied at 22-2-2021 01:13 AM
Aiyoo bacaan pagi2 lepas puasa tu la i fail masa pregnant dulu. Normal nak 5.7 ke 5.9 entah i skor ...

Try check sis.. kot dh ok..mna tahu rezeki boleh tmbh
Pages: [1]
View full version: Tak Guna Menangis Bayi Tiada Tempurung Kepala Jika Tak Datang Check Up Air Gula


ADVERTISEMENT