along3746 Publish time 23-11-2009 10:14 AM

Bisik-Bisik Mingguan-Masalah Jalanraya di Ibu Negara.

TERLUPA yang di bawah...

Apa sudah jadi dengan kualiti jalan raya di Kuala Lumpur? Berkeretalah atau tunggang motosikal di ibu negara dan sekitarnya, anda pasti selalu terlanggar permukaan jalan raya yang tidak rata, berlubang dan bercompang-camping.
Keadaan tersebut sukar disaksikan jika menyusuri jalan-jalan yang biasa digunakan oleh pemimpin negara dan orang kenamaan (VIP) tetapi cukup ketara di laluan yang menjadi tumpuan rakyat. Jalan Genting Kelang dekat Setapak misalnya asyik berlubang dan tidak rata hampir sepanjang tahun. Banyak lagi jalan yang sibuk dengan kenderaan terutama menghubungkan ke taman-taman perumahan, berkualiti rendah.
Adakalanya Awang tidak percaya bahawa keadaan jalan-jalan seperti itu terletak di ibu negara yang mahu dijadikan bandar raya bertaraf dunia.
Bagi penunggang motosikal, ia umpama jerangkap samar, yang boleh mengakibatkan mereka terjatuh atau terlibat dengan nahas apabila cuba mengelak lubang, lebih-lebih lagi ketika hujan dan waktu malam.
Jika kita berpeluang meninjau keadaan jalan raya di Jakarta dan Bangkok, sukar untuk melihat jalan yang berlubang, tidak rata dan rosak di laluan-laluan yang penting dan sibuk.
Itu belum bercakap tentang perbandingan dengan kota Singapura, yang Awang sentiasa cuba elakkan.
Lebih aneh, kerosakan jalan biasanya berlaku setiap kali selepas kerja-kerja pengorekan permukaan jalan oleh kontraktor mewakili pelbagai agensi. Penurapan semula yang dilakukan tidak berkualiti, menjadikan jalan mudah rosak.
Sekali lagi yang aneh, ia seperti tidak dipantau oleh PBT dan jika dipantau sekalipun, ia tidak dilakukan dengan tegas. Manakan tidak, banyak laluan di lorong kiri (daripada dua lorong) sentiasa cuba dielak oleh kenderaan kerana selalu menjadi mangsa kualiti turapan buruk para kontraktor, menyebabkan pemandu bertumpu di lorong kanan. Permukaan jalan sebegitu hanya sesuai untuk kenderaan lasak pacuan empat roda. Sepatutnya kontraktor yang gagal menurap jalan dengan kemas dan baik, didenda selain ditamatkan kontrak mereka.
Berdasarkan pengamatan Awang, banyak jalan yang rosak itu terpaksa diturap secara menyeluruh oleh DBKL apabila ia semakin teruk dan berbahaya. Tetapi tidak lama selepas diturap, kerja pengorekan jalan dilakukan maka berulang lagi kerosakan.
Bayangkan berapa banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk projek membaik pulih jalan yang rosak di ibu negara? Siapa yang untung untuk projek penurapan berulang kali ini?
Bercakap tentang isu korek jalan dan kualiti jalan di bandar-bandar Lembah Klang, ia memang menyakitkan hati sejak dahulu lagi. Anak-anak remaja pun boleh bertanya kenapa sampai begitu keadaannya? Mengapa PBT kita tidak mahir menurap jalan atau gagal menjaga kualiti turapan kontraktor?
Kita mungkin berbangga dengan kepesatan fizikal Kuala Lumpur termasuk dari segi bangunan pencakar langit tetapi dalam soal pengurusan kualiti jalan rayanya, kita masih ketinggalan.
Aduan mengenai jalan rosak dan berlubang adalah antara yang terbanyak disalurkan oleh warga kota tetapi penyelesaiannya tidak ke mana. Sedangkan antara perkara paling asas untuk menilai imej sesebuah bandar raya ialah kualiti jalan rayanya.
Awang cadangkan seluruh barisan anggota Kabinet menaiki kenderaan secara konvoi mengelilingi Kuala Lumpur dan perhatikan sendiri kualiti jalan di merata pelosok. Mungkin kita asyik mendongak ke atas dan terlupa memberi perhatian kepada yang di bawah. Silakan...

shazuyi Publish time 23-11-2009 10:15 AM

jalan gombak-setapak tu dah ok dah ke?lame x lalu situ.jalan paling teruk lam kl.

JohnDeSouza Publish time 23-11-2009 10:20 AM

awat la depa wat projek kabel kat bawah permukaan jalan gak?x ada kei alternatif lain?sesapa yg keje eng sila bg penjelasan.

shazuyi Publish time 23-11-2009 10:21 AM

awat la depa wat projek kabel kat bawah permukaan jalan gak?x ada kei alternatif lain?sesapa yg keje eng sila bg penjelasan.
JohnDeSouza Post at 23-11-2009 10:20 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

kalo atas jalan ganggu lalu lintas la!baik ko tanye kenape paip air dalam tanah,why tak atas jalan.:lol:

along3746 Publish time 23-11-2009 10:23 AM

lagi memalukan jalan raya di KL ni lagi teruk rupanya kalau nak di bandingkan dgn Jakarta dgn Bangkok. siapa yg patut dipersalah kan ni, DBKL, JKR atau yg yg korek jalan tanam paip tu??

BlueHand Publish time 23-11-2009 10:24 AM

inilah tanda2 akhir zaman:shakehead3:

marumaru Publish time 23-11-2009 10:27 AM

kat tempat aku ni, besarkan jalan tak sampai 1km pun dah setahun lebih tak siap2 lagi...
perlu masa untuk bagi mendap betul2 supaya tak jadi lah masalah macam naik kuda...

Maideen. Publish time 23-11-2009 10:27 AM

inilah tanda2 akhir zaman:shakehead3:
BlueHand Post at 23-11-2009 10:24 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
Kita harus kembali kepada ajaran Al Quran dan sunnah...:D:D:D

zidlan Publish time 23-11-2009 10:28 AM

bukan ke skrg jalan yg dimaksudkan dlm proses naik taraf?

BlueHand Publish time 23-11-2009 10:28 AM


Kita harus kembali kepada ajaran Al Quran dan sunnah...:D:D:D
Maideen. Post at 23-11-2009 10:27 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

kalau naik ontaa ka, kudaa ke.. kompom xda masalah.. :D

kpt Publish time 23-11-2009 10:31 AM

dinegara maju atau sesetengah negara membangun, dibawah bumi atau jalanraya bandar bandar telah ada terowong air, kabel letrik, kabel IT/phone, salur gas. semua ini telah ada dari awal. so.. next time jika ada penambahan, diaorang tak payah korek jalan, just lay new cable je..
KL bukan bandar terancang, KL bandar ujud semula jadi secara tradisi asalnya..

JohnDeSouza Publish time 23-11-2009 10:35 AM

ok shazuyi, aku ndak tanya pihak yg berkenaan , x boleh ka elak drpd tanam paip kat bawah jalan?

Maideen. Publish time 23-11-2009 10:37 AM



kalau naik ontaa ka, kudaa ke.. kompom xda masalah.. :D
BlueHand Post at 23-11-2009 10:28 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Kereta pon boleh sebab Islam tidak pernah menolak pemodenan. :D tapi kemodenan itu mustilah berlandaskan Islam. :D:D:D

http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020lI9AlL778ACZajzbkF/SIG=12ghbs71r/EXP=1259029960/**http%3A//www.angehr.com/images/AfganiMobileAssaultTank_jpg.jpg

capiloton Publish time 23-11-2009 10:59 AM

memang pun.. jalan malaysia ni macam sial...
tengah2 jalan manhole ada yg mendap.. ada yg tersembul..
jalan raya ada yg berlubang2.. ada pulak yg dah jadi macam bonggol..
dah la kereta nasional mahal.. takdak kualiti pulak tu..
jalan raya pulak buruk..
di sebabkan kualiti jalan raya n kualti kereta yg buruk..
maintenance kete jadi tinggi..
tu belum masuk eksiden di sana sini di sebabkan kualiti jalan raya n kualiti kereta yg macam sial..
pendek kata, JKR ni tak buat keje ker? sibuk makan RASUAH ker apa !!

BlueHand Publish time 23-11-2009 11:01 AM

http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020lI9AlL778ACZajzbkF/SIG=12ghbs71r/EXP=1259029960/**http%3A//www.angehr.com/images/AfganiMobileAssaultTank_jpg.jpg

wahaha.. yang ni barula maju bersama isele meden:lol:

shazuyi Publish time 23-11-2009 11:02 AM

ok shazuyi, aku ndak tanya pihak yg berkenaan , x boleh ka elak drpd tanam paip kat bawah jalan?
JohnDeSouza Post at 23-11-2009 10:35 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

paip tu kan sambungan die panjang.kalo melintang atas jalan,cam ne kete nak lalu?tu sebab buat bawah tanah..

capiloton Publish time 23-11-2009 11:02 AM

ok shazuyi, aku ndak tanya pihak yg berkenaan , x boleh ka elak drpd tanam paip kat bawah jalan?
JohnDeSouza Post at 23-11-2009 10:35 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

london tu LAGI LAMA usianya dari KL..

pihak yg berkenaan tak payah la kasik alasan bodo..
konon KL ni bandaraya yg wujud secara tradisi n semula jadi..
perancangan bandar n penguatkuasaan yg lemah, termasuk RASUAH di sana sini..
tu pasal boleh jadi camni..

Pikir Publish time 23-11-2009 11:05 AM

peruntukkan becky jalan dah termasuk ke peruntukkan utk tukar bunga sebulan sekali kot:D

Pocahontas Publish time 23-11-2009 11:07 AM

Bukan kat KL jek. Area umah aku kat Seremban pon camtuh jugak. Jalan baru bukak awal tahun nie tp dh penuh lubang. Nak-nak time hujan nie lagi teruk jalan tu rosak. Letihla asik nak elak lubang...

raven Publish time 23-11-2009 11:09 AM

kebanyakan permukaan jalan kat KL ni mmg amat menyedihkan..
kekdah nya macam KL ni ada gempa bumi tiap2 minggu.. :o
Pages: [1] 2
View full version: Bisik-Bisik Mingguan-Masalah Jalanraya di Ibu Negara.


ADVERTISEMENT