Peya Publish time 1-11-2010 08:05 AM

KIsah P.Ramlee Di Astro.. sapa ada tgk..

Salam...

Semalam ada tgk tak kisah hidup P. Ramlee kat astro History.. Mmg sedih cter dia selepas dia tinggalkan Show Brothers. Kesusahan dia sblm dia meninggal dunia. KEsian nasib dia sbb org x pedulikan dia. Nasib dia sama seperti MJ. Orang agungkan dia selepas kematiannyer...Aku bangga dgn P.Ramlee...

emiryn_darling Publish time 1-11-2010 08:10 AM

xtgk la plak...kesian arwah..al-fatihah

kaktuscute Publish time 1-11-2010 08:30 AM

dah ada thread ni kat bod tv

momomikomiki Publish time 1-11-2010 09:16 AM

To all of u that missed P Ramlee Docu, the repeats on History 555 - 1nov 1pm n 10pm, 2nov 4pm, 6nov 7pm, 7nov 10am, 15nov 10pm

momomikomiki Publish time 1-11-2010 09:21 AM

Reply 1# Peya

saya pun begitu bangga dengan P.Ramlee...takkan ada siapa boleh menggantikan dia...
tapi amat la sedih bila diakhir-akhir hidup dia diperlakukan begitu..agak2nye siapa la gerangan 'manusia itu' yang nak tengok p.ramlee tersungkur ye? ada siapa2 yg tahu boleh la kita share2 info...
dan kenapa saloma tidak kasi saadiah melawat jenazah p.ramlee?

mea Publish time 1-11-2010 09:44 AM

lama dah bangga ngan heols..

Iris_Putri Publish time 1-11-2010 09:50 AM

P.Ramlee byk kena tipu dgn org....
Dia kanbaik, takleh tgk org susah...ada sekali tuh mariani cakap...ada org dtg cerita masalah kat P.Ramlee...habis semua duit dia bagi kat org tuh...padahal dia sendiri pon takde duit.

iniaroonz Publish time 1-11-2010 09:59 AM

ada tgk..sian nasib dia di saat2 akhir..sepatut dia kena gi mahkamah pd hari kematian dia tu..sbb jamin org, dia kena gi mahkamah...sian betul Pak Aziz sampai nangis cite pasal dia makan nasi ngan telur aje..dek kerana kesusahan dia...sedih sgt..aku pun nangis sama..

cheton Publish time 1-11-2010 10:03 AM

ade ulangan tak?

redchilie Publish time 1-11-2010 10:10 AM

memang sedey..dah ragam manusia...bile org tu hidup dicaci2 ...bila dah tiada...baru nak sanjung2....sedey tgk life dia camtu ......kalo kat obersea person serba boleh mcam dia ni ...sampai dia mati ..sampai ke anak cucu makan royalti jek .....tapi dia.....so sad.....

Iris_Putri Publish time 1-11-2010 10:11 AM

Reply 9# cheton


    ada...tak silap aku..hari nih pon ada...tp tak tau pukul berapa...
mmg best kisah p.ramlee nih...
ada dia tunjuk masa hari pengkebumian p.ramlee..
interview dgn Mariani, Arwah saloma, arwah saadiah & arwah P.Ramlee sendiri..
kebanyakan ceritanya..yg kita tak pernah tau selama nih...

Vokuro Publish time 1-11-2010 10:14 AM

mungkin ini juga hukum allah, terima saja lah ketentuan nya.
bukan ada hikmah disebalik kejadian itu

che-cikL Publish time 1-11-2010 10:15 AM

docu tu ada DVD yg blh dibeli x?x dpt nak tgk di rantauan ni .... :( kami suka collect item2 allahyarham...

Al-Fatihah

sayang_mulut Publish time 1-11-2010 10:16 AM

kenape eh aku ni tak rase P Ramlee ni that great.. hurmm.. bukan benci cume macam overrated

iscol_klang Publish time 1-11-2010 10:32 AM

kenape eh aku ni tak rase P Ramlee ni that great.. hurmm.. bukan benci cume macam overrated
sayang_mulut Post at 1-11-2010 10:16 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
his not really2 great
tapi macam yg dokumentari semalam tu sebutla, kite semua dibelenggu oleh rasa bersalah terhadap p.ramlee
rasa bersalah kerana tak menghargai dia semasa dia hidup
yg membebankan lagi bila takde siapa bole ganti dia sampai skang, talent dia tu, mengarah, menyanyi, berlakon
tu yg afdlin kata semalam, kita rasa terbeban dgn karya p.ramlee, "filem aku bole celen p.ramlee ke?", "lagu aku bole celen p.ramlee ke?"

masa tengok filem keluarga 69 baru2 ni, mak aku kata "time ni orang dah tak suke kat p.ramlee dah" & that was what 1967, 1968..

peterfendi54 Publish time 1-11-2010 10:34 AM

kenape eh aku ni tak rase P Ramlee ni that great.. hurmm.. bukan benci cume macam overrated
sayang_mulut Post at 1-11-2010 10:16 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Aku pun setuju dgn pendapat kau ni cuma aku rasa kehebatan arwah juga kerana banyak publisiti oleh berbagai pihak dan banyak aspek lagi.Dulu bila seniman Ahmad Mahmud bagi komen ttg P.Ramlee secara jujur bnyk pihak melenting kerana mmg menjadi sifat masyarakat kita bila manusia itu dipuja jangan sekali2 dia di rendahkan......
Aku sendiri simpati dgn arwah bila kegiatan seni nya berakhir di Studio merdekamalah selepas tu dia terus dipinggirkan..

KimoraHakim Publish time 1-11-2010 10:34 AM

masa tengok filem keluarga 69 baru2 ni, mak aku kata "time ni orang dah tak suke kat p.ramlee dah" & that was what 1967, 1968..

kenapa mak awak cakap macam tu? sorry nak tau sebab sebelum ni tak pernah pulak dengar ayat macam tu...

momomikomiki Publish time 1-11-2010 10:36 AM

Reply 14# sayang_mulut


    mungkin kerana awak tak tahu menilai sumbangan dia...mungkin juga kerana awak x byk tau mengenai apa sumbangan dia pada industri seni negara.

tomet05 Publish time 1-11-2010 10:44 AM

boleh download kalau x sempat tengok k ..

iscol_klang Publish time 1-11-2010 10:44 AM

Reply 17# KimoraHakim
dia ingat lagi time tu, pop yeh yeh tengah top, p.ramlee punye muzik tak berubah
kan ramli kechik sebut dlm dokumentari semalam, masa show dgn l.ramlee & a.ramlee, p.ramlee kena boo
dlm filem keluarga 69 tu, part p.ramlee nyanyi lagu entah di mana, mak aku teringat kot, time tu lagu2 camtu manade orang suke
penghujung 60'an was the saddest part of his life
apa dia buat semua orang tak peduli
itu menunjukkan yg p.ramlee bukanla terlalu hebat
kalo tak, takdela zaman kejatuhan dia ye tak
cuma layanan kite terhadap dia, terlalu teruk
kalo ada orang yg setanding dgn dia, takpela..
sudirman, siti, m.nasir, tok pah, pun tak berlakon banyak & mengarah
ini langsung takde..itu yg menyedihkan
baru kite sedar p.ramlee tu siapa lepas dia mati
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: KIsah P.Ramlee Di Astro.. sapa ada tgk..


ADVERTISEMENT