Ibu bapa jangan malu minta maaf, ketepikan ego — Dr. Putri Afzan Maria
PENDEDAHAN berterusan terhadap bahasa kasar daripada ibu bapa boleh memberi kesan mendalam terhadap perkembangan emosi dan tingkah laku anak-anak.
Kanak-kanak yang sering mendengar ibu bapa bercakap dengan nada tinggi atau menggunakan kata-kata kasar berisiko tinggi untuk meniru dan membentuk corak komunikasi yang sama.
Ini kerana pada usia muda, otak mereka sedang aktif merakam dan menyimpan segala bentuk interaksi yang berlaku di sekeliling.
Pengamal Pendidikan Awal, Pembangunan Emosi dan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli bagaimanapun berkata, keadaan tersebut masih boleh diperbetulkan terutama apabila anak masih berada dalam fasa awal tumbesaran.
Namun menurutnya, perubahan itu mestilah bermula daripada ibu bapa sendiri.
"Kalau mak dalam keadaan penuh emosi, rasa terbeban, beliau rasa tiada ruang untuk bercakap dengan baik, ambillah masa untuk berhenti sekejap.
"Tarik nafas sekejap (dalam) limit minit, hembus nafas. Lepas itu, susun balik kata-kata dengan baik dan bercakap dengan anak.
"Apa-apa pun dengan anak-anak perlu berlandaskan komunikasi yang jelas. Maksudnya, okey sekejap ya, ibu tengah penuh sekarang. Cakap saja macam itu, perlahan-lahan kita akan ajar anak," katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program radio tempatan baru-baru ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan seorang pemanggil berkongsikan keadaan anaknya berusia empat tahun yang mula menggunakan kata-kata kasar.
Mengulas lanjut, Dr. Putri Afzan Maria berkata, komunikasi yang jelas dan tenang penting dalam membentuk emosi anak kecil.
“Kita kena beritahu anak apa sedang berlaku dalam diri kita. Contohnya, ibu penat saja angkat baju tadi, panas sangat. Boleh tak bagi dua minit, nanti ibu jawab balik," jelasnya.
Beliau juga mengingatkan bahawa walaupun anak kecil belum memahami sepenuhnya emosi dan perkataan diucapkan, mereka tetap boleh menyimpan nada suara, gaya percakapan dan perkataan kasar yang digunakan oleh ibu bapa.
Justeru, ibu bapa seharusnya mengubah semula kaedah komunikasi dan tiada salah juga untuk mereka meminta maaf kepada anak-anak.
“Letakkan ego ke tepi. Kalau terlepas cakap kasar, kita boleh perbetulkan balik.
"Cakap saja, tadi penat sangat, ibu tercakap kasar. Maaf ya, cara terbaik nak cakap sebenarnya begini...tidak ada masalah,” katanya.
Dr. Putri Afzan Maria menambah, peringkat umur antara dua hingga enam tahun adalah masa paling kritikal untuk anak belajar tentang nilai baik dan buruk.
Oleh itu, setiap interaksi harian menjadi peluang membentuk keperibadian dan emosi si kecil.
“Jangan takut untuk berubah dan jangan malu untuk tunjukkan kelembutan. Anak belajar daripada apa yang dilihat dan dengar daripada kita. Masa inilah peluang terbaik untuk bentuk emosi mereka dengan sihat,” kongsinya. — Majoriti
Acik kalo salah acik mnta maaf ke kt anak wpun rasa beratnya nk mengakui kesilapan tu. Haha betul tu, emotional management skill mesti diamalkan oleh setiap individu I Want To Testify About Dark Web Blank ATM Cards. What'sapp : +2348159250336 (The Official Automatic Teller Machine)They Sell Automatic Blank ATM Cards That You Can Use To Withdraw Money At Any ATM Machine Around The World Wide. Order Your Blank ATM Card Now With The Official Automatic Teller Machine.
What'sapp : +2348159250336
Email Address : [email protected] Now memang kena practice begini supaya anak pun sentiasa bersedia meminta maaf If you're dealing with infidelity or need digital access for personal clarity, I highly recommend contacting this cybersecurity expert. He helped me monitor my husband's phone discreetly—without physical access—and the evidence was crucial during my divorce.
His services include social media monitoring, call logs, SMS tracking, GPS location, WhatsApp and Viber access, iCloud support, school server access, and even credit score improvement—all at affordable rates. He also helps recover cryptocurrency from platforms that block withdrawals. No legitimate trading site should demand extra deposits to release your funds.
Email: hacksecrete gmail com
Call/Text/WhatsApp: +17742029445
Let him know I referred you—he’s truly trustworthy and professional... Kadang2 parent perlu duduk bersama dgn anak. Heart to heart Kids zaman skrg fragile tak mcm zaman dulu Emosi kena jaga, anak dan parent Berkompromi pun susah ... Inikan minta maaf.... Parents pun ada je buat salah, so kene saling beringat
Pages:
[1]