CariDotMy

Title: ~MERGED~ Sejarah Kesultanan Brunei [Print this page]

Author: the_khan    Time: 29-3-2006 10:02 AM
Title: ~MERGED~ Sejarah Kesultanan Brunei
Silsilah kerajaan Brunei didapatkan pada Batu Tarsilah yang menuliskan Silsilah Raja-Raja Brunei yang dimulai dari Awang Alak Betatar, raja yang mula-mula memeluk agama Islam (1368) sampai kepada Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke-19, memerintah antara 1795-1804 dan 1804-1807).

Brunei adalah sebuah negara tua di antara kerajaan-kerajaan di tanah Melayu. Keberadaan Brunei Tua ini diperoleh berdasarkan kepada catatan Arab, China dan tradisi lisan. Dalam catatan Sejarah China dikenal dengan nama Po-li, Po-lo, Poni atau Puni dan Bunlai. Dalam catatan Arab dikenali dengan Dzabaj atau Randj.

Catatan tradisi lisan diperoleh dari Syair Awang Semaun yang menyebutkan Brunei berasal dari perkataan baru nah yaitu setelah rombongan klan atau suku Sakai yang dipimpin Pateh Berbai pergi ke Sungai Brunei mencari tempat untuk mendirikan negeri baru. Setelah mendapatkan kawasan tersebut yang memiliki kedudukan sangat strategis yaitu diapit oleh bukit, air, mudah untuk dikenali serta untuk transportasi dan kaya ikan sebagai sumber pangan yang banyak di sungai, maka mereka pun mengucapkan perkataan baru nah yang berarti tempat itu sangat baik, berkenan dan sesuai di hati mereka untuk mendirikan negeri seperti yang mereka inginkan. Kemudian perkataan baru nah itu lama kelamaan berubah menjadi Brunei.

Replika stupa yang dapat ditemukan di Pusat Sejarah Brunei menjelaskan bahwa agama Hindu-Buddha pada suatu masa dahulu pernah dianut oleh penduduk Brunei. Sebab telah menjadi kebiasaan dari para musafir agama tersebut, apabila mereka sampai di suatu tempat, mereka akan mendirikan stupa sebagai tanda serta pemberitahuan mengenai kedatangan mereka untuk mengembangkan agama tersebut di tempat itu. Replika batu nisan P'u Kung Chih Mu, batu nisan Rokayah binti Sultan Abdul Majid ibni Hasan ibni Muhammad Shah Al-Sultan, dan batu nisan Sayid Alwi Ba-Faqih (Mufaqih) pula menggambarkan mengenai kedatangan agama Islam di Brunei yang dibawa oleh musafir, pedagang dan mubaligh-mubaliqh Islam, sehingga agama Islam itu berpengaruh dan mendapat tempat baik penduduk lokal maupun keluarga kerajaan Brunei.

[ Last edited by  amazed at 22-12-2008 04:00 PM ]
Author: the_khan    Time: 29-3-2006 10:03 AM
Kesultanan Brunei pada abad ke-6 itu memiliki wilayah yang cukup luas meliputi Sabah, Brunei dan Sarawak yang berpusat pada kesultanan Brunei. Kesultanan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua penguasa besar pada waktu itu, yaitu Sriwijaya di Sumatera dan kemudian Majapahit di Jawa.

Pada awal abad ke-15, Kerajaan Malaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan kemudian mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kesultanan Brunei memperluas pengaruhnya ke utara hingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Kalimantan.

Pada tahun 1658 Sultan Brunei menghadiahkan kawasan timur laut Kalimantan kepada Sultan Sulu di Filipina Selatan sebagai penghargaan terhadap Sultan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul Mubin dengan Pengeran Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang menyebabkan kejatuhan kerajaan tersebut.

Pada Tahun 1839, James Brooke dari Inggris datang ke Serawak dan menjadi raja disana seerta menyerang Brunei, sehingga Brunei kehilangan kekuasaannya atas Serawak. Pada tanggal 19 Desember 1846, pulau Labuan dan sekitarnya diserahkan kepada James Brooke. Sedikit demi sedikit wilayah Brunei jatuh ke tangan Inggris melalui perusahaan-perusahaan dagang dan pemerintahnya sampai wilayah Brunei sendiri di bawah protektorat Inggris sampai berdiri sendiri tahun 1984.

Saat ini Brunei memiliki wilayah yang lebih kecil daripada masa lalu, dengan berbatasan dengan Serawak dari sebelah barat sampai timur wilayah itu, serta sebelah utara berbatasan dengan Laut China Selatan.
Author: the_khan    Time: 29-3-2006 10:04 AM
Sultan-sultan Brunei

Author: Dunhill.    Time: 29-3-2006 10:07 AM
baguslah the_khan ni .. good job :clap:
Author: Nathan    Time: 29-3-2006 01:58 PM
Can put some picture in by the way u did very well GOOD JOB
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:21 PM
Title: SULTAN-SULTAN BRUNEI
Sultan-Sultan Brunei


Sultan Muhammad Shah (TM 1363 - 1402)
Sultan Islam Brunei yang pertama (sebelumnya terkenal dengan nama Awang Alak Betatar).  Setelah berkahwin pada TM 1368 dengan Puteri Dayang Pingai iaitu Puteri Johor atau Temasek (Singapura Tua) Baginda dikenali dengan nama Sultan Muhammad Shah. Pada TM 1371, menghantar utusan ke China.  Dalam catatan China Baginda disebut Ma杊a杕o杝ha. Puteri Baginda, Puteri Ratna Dewi berkahwin dengan adinda kerabat Maharaja China iaitu, Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela).  Baginda lindung pada TM 1402.
  
Sultan Abdul Majid Hasan (TM 1402 - 1408)
TM 1402, naik takhta. Tidak pernah disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei tetapi ada dicatatkan dalam riwayat China. TM 1406, menghantar utusan ke China, orang Cina menyebut baginda Ma-na-je-ka-na. TM 1408, berangkat ke China dan lindung di sana ketika berusia 28 tahun, meninggalkan putera bernama Hsia-wang berusia 4 tahun.
  
Sultan Ahmad (TM 1408 - 1425)
Baginda naik takhta pada TM 1408, sebelum itu terkenal dengan nama Pateh Berbai. Pengiran Bendahara yang pertama bagi Brunei. Baginda disebut dengan gelaran Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Berkahwin dengan adinda Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela). Menjadi mertua kepada Sultan Sharif 慉li.  Baginda lindung pada tahun TM 1425 dan digantikan oleh menantu Baginda, Sultan Sharif 慉li.  
  
Sultan Sharif Ali (TM 1425 - 1432)
Sultan Sharif 慉li ibnu Sharif 慉jlan naik  takhta  pada TM 1425 bagi menggantikan mertua Baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris (putera).  Baginda dijunjung untuk menjadi Sultan atas persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat Brunei.  Baginda keturunan Arab, berasal dari Taif.  慞edang Si Bongkok
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:22 PM
[IMG}[/IMG]

Sultan Omar Ali Saifuddin II (TM 1828-1852)Baginda naik takhta pada tahun 1828. Pada tahun 1839, James Brooke datang ke Sarawak. Tahun 1842, James Brooke dilantik menjadi Rajah Sarawak. Tahun 1845, Baginda menyerahkan Pulau Labuan kepada Inggeris. Tahun 1846 angkatan yang diketuai oleh James Brooke menyerang Brunei. Tahun 1847, menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan dengan Inggeris.  Baginda lindung pada tahun 1852.
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:24 PM


Sultan Abdul Momin (TM 1852-1885)

Baginda naik takhta pada tahun 1852.  Tidak mempunyai zuriat. Pada tahun 1853, membuat perjanjian dengan James Brooke mengenai hak-hak kekuasaan kedua杁ua belah pihak. Pada tahun 1856, membuat perjanjian dengan Inggeris mengenai perbicaraan rakyat Inggeris yang melakukan kesalahan jenayah dan pertelingkahan di Brunei. Pada tahun 1858, Pengiran Shahbandar Pengiran Muhammad Salleh terbunuh setelah dilemaskan oleh pengkhianat yang memusuhinya. Pada tahun 1877, membuat perjanjian dengan Gustavus Baron de Overback dan Alfred Dent mengenai pemajakan ke atas wilayah杦ilayah Brunei di Sabah.  Baginda lindung pada tahun 1885 ketika berusia lebih 100 tahun.

[ Last edited by  LailaTempawan at 7-11-2006 03:25 PM ]
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:24 PM



Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (TM 1885-1906)Baginda naik takhta pada tahun 1885.  Pada tahun 1887, membuat permohonan bertulis kepada Kerajaan Baginda Queen untuk mengadakan Residen British di Limbang tetapi tidak dipersetujui oleh pihak Kerajaan Baginda Queen kerana masalah kewangan. Pada tahun 1888, membuat perjanjian dengan Inggeris dengan meletakkan pengawalan hubungan luar negeri Brunei di bawah pentadbiran Inggeris.  Baginda lindung pada tahun 1906
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:25 PM


Sultan Muhammad Jamalul Alam II (TM 1906-1924)
Baginda naik takhta pada tahun 1906, ketika berusia 17 tahun. Pada tahun 1906, penubuhan Pasukan Polis Brunei; Brunei mempunyai Bendera Kebangsaannya sendiri. Pada tahun 1911, Sekolah Melayu mula didirikan. Pada tahun 1922, rancangan pembangunan mula giat dijalankan. Pada masa zaman Baginda kerja杒erja cari gali minyak giat diusahakan.  Pada tahun 1922 berpindah dari Istana Kampong Ayer ke Istana Majlis. Baginda lindung pada tahun 1924.
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:26 PM


Sultan Ahmad Tajuddin (TM 1924-1950)
Baginda naik takhta pada tahun 1924 Dalam usia 11 tahun. Pada tahun 1927, merasmikan pembukaan jalan raya Brunei朤utong. Pada tahun 1929, merasmikan pembukaan Rumah Sakit Bandar Brunei. Tahun yang sama minyak mula ditemui di Seria. Pada tahun 1932, berangkat melawat England dan Eropah.  Pada tahun 1941, Jepun menduduki Brunei. Pada tahun 1945, Tentera Bersekutu mendarat di Brunei. Manakala pada tahun 1946, Lagu Kebangsaan Brunei mula digubah oleh Awang Besar Sagap dan senikatanya oleh Yura Halim. Pada tahun 1946, mengambil alih kuasa memerintah daripada British Military Administration (BMA). Tahun 1949, menyambut Jubli Perak 25 tahun pemerintahan. Baginda lindung pada tahun 1950.
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:33 PM


Sultan Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967)

Tahun 1947, diarak menjadi Pengiran Bendahara. Tahun 1950, naik takhta. Tahun 1951, menunaikan Fardhu Haji kali pertama. Tahun 1951, mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat; Lagu Kebangsaan Brunei 慉llah Peliharakan Sultan
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:34 PM


Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (1967 - Sekarang)
1946
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:41 PM


MAKAM AL MARHUM SULTAN SHARIF ALI ("SULTAN BERKAT")
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:42 PM


MAKAM SULTAN BOLKIAH
Author: LailaTempawan    Time: 7-11-2006 03:43 PM


MAKAM SULTAN MUHAMMAD KANZUL ALAM


*** thanks to website rasmi, Pusat Sejarah Brunei atas segala info dan gambar-gambar yang tertera di atas.. www.gov.bn

[ Last edited by  LailaTempawan at 19-11-2006 06:31 AM ]
Author: CRK    Time: 8-11-2006 09:36 AM
awang alak betatar tu sultan brunei yg pertama ke?? atau ada pemerintah sebelumnya?
Author: LailaTempawan    Time: 8-11-2006 01:42 PM
Originally posted by CRK at 8-11-2006 09:36 AM
awang alak betatar tu sultan brunei yg pertama ke?? atau ada pemerintah sebelumnya?



ASAL USUL AWANG ALAK BETATAR
Awang alak betatar tu adalah sultan Brunei yang pertama.. Mungkin ada raja-raja sebelumnya, tapi tak dapat dipastikan.. lagipula, mengikut ahli sejarah banyak bersetuju, awang alak betatar atau Sultan Muhammad Shah ini adalah orang yang mula mula menemui brunei ini... jadi, mengikut batu tersilah brunei, telahpun juga cuma tercatat sultan muhammad shah adalah SULTAN Brunei yang pertama.. ada juga satu penemuan batu nisan yang tertulis, bahawa batu nisan itu kepunyaan Maharaja Brunei... tetapi tidak diketahui siapa yang sebetulnya empunya batu nisan tersebut.. lagipula, mengikut cerita lisan rakyat, awang alak betatar berserta 13 or 14 (kurang pastilah aku pula) adik beradiknya telah tiba dibrunei, dan mengarahkan adinda baginda kesemua, untuk mencari sebuah tempat untuk dijadikan sebuah kerajaan. maka ditemuilah ia sebuah tempat, lalu berkatalah mereka sambil menunjuk  kepada tempat itu "BARU NAH ! ", dan dari saat itu, banyak yang berpendapat asal perkataan brunei adalah daripada perkataan BARUNAH tersebut iaitu iras iras bunyi perkataan BERUNAI atau Brunei...

[ Last edited by  LailaTempawan at 8-11-2006 07:03 PM ]
Author: CRK    Time: 8-11-2006 03:44 PM
Originally posted by LailaTempawan at 8-11-2006 01:42 PM



Awang alak betatar tu adalah sultan Brunei yang pertama.. Mungkin ada raja-raja sebelumnya, tapi tak dapat dipastikan.. lagipula, mengikut ahli sejarah banyak bersetuju, awang alak betatar at ...


another question, awang alak betatar berasal dari mana?
Author: zilandi    Time: 8-11-2006 05:33 PM
tak tahulah tapi saya rasa Awang Alak Betatar adalah orang asal kepulauan Borneo kerana pengikut-pengikut mereka adalah dari suku kaum Sakai (mungkin orang Sakai)
Author: LailaTempawan    Time: 8-11-2006 06:40 PM
Originally posted by CRK at 8-11-2006 03:44 PM


another question, awang alak betatar berasal dari mana?



Awang Alak Betatar adalah dipercayai berasal dari Indonesia iaitu adalah seorang anak Raja semasa pemerintahan Kerajaan Srivijaya, kerana ada tercatat dalam sejarah mengatakan bahawa Nenda Awang Alak Betatar adalah  'Sang Aji' yang mana gelaran Sang Aji bermaksud Pemerintah atau Raja. Memang betul pengikut baginda adalah berasal dari golongan orang orang Sakai dan untuk bukti nya adalah dalam adat istiadat diraja Brunei bahawa syarat syarat bagi pemegang Sinipit (sejenis adat kebesaran diraja Brunei yang berbentuk seperti bujak tetapi hujung nya dihiasi dengan bendera pisang2 yang berwarna merah)  digalakkan dipegang oleh peranakan Sakai, tetapi memandangkan tiadalah ada banyak lagi golongan ini dan mengikut arus kemodenan, maka pemegang sinipit ini telah diarahkan kepada Askar-askar diraja Brunei untuk memegangnya.




Di atas adalah gambar sejenis alat kebesaran diraja Brunei yang dipegang oleh peranakan Sakai bagi mengiringi Sultan, Pengiran Muda Mahkota dan Wazir-Wazir, kira kira 40 orang ramainya, dipakai dengan pakaian serba merah (seperampun merah) berdastar dan berseluar  berbismin kuning. Alat kebesaran diraja ini menjadi satu lambang keberanian menghadapi sesuatu yang hendak merosakkan keamanan dan keadilan.

[ Last edited by  LailaTempawan at 8-11-2006 06:59 PM ]
Author: CRK    Time: 9-11-2006 12:04 PM
parameswara (sultan pertama melaka) juga dari keturunan srivijaya. jadi ada kemungkinan alak betatar dan sultan melaka punya pertalian darah??
Author: LailaTempawan    Time: 9-11-2006 02:26 PM
Originally posted by CRK at 9-11-2006 12:04 PM
parameswara (sultan pertama melaka) juga dari keturunan srivijaya. jadi ada kemungkinan alak betatar dan sultan melaka punya pertalian darah??



Mungkin ya... kerana kebanyakan Raja-Raja ditanah melayu ini, kebanyakan berasal  dari keturunan raja-raja atau pemerintah diraja Indonesia, terutama sekali empayar Majapahit dan Srivijaya, memandangkan merekalah di antara Kerajaan atau Empayar yang mendominasi di Asia Tenggara ini.. Selepas itu, mereka melarikan diri atau diperintahkan untuk memerintah sesebuah negeri jajahan untuk dijaga mereka, dan kekadang yang telah diperintahkan ini, kemudian mendirikan Kerajaan sendiri..

[ Last edited by  LailaTempawan at 9-11-2006 02:29 PM ]
Author: LailaTempawan    Time: 10-11-2006 09:26 AM
[Asal-usul Brunei
Artikel utama: Sejarah Brunei, dan [[]], dan [[]], dan [[]], dan [[]]
Silsilah kerajaan Brunei didapatkan pada Batu Tarsilah yang menuliskan Silsilah Raja-Raja Brunei yang dimulai dari Awang Alak Betatar, raja yang mula-mula memeluk agama Islam (1368) sampai kepada Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke-19, memerintah antara 1795-1804 dan 1804-1807).

Brunei adalah sebuah negara tua di antara kerajaan-kerajaan di tanah Melayu. Keberadaan Brunei Tua ini diperoleh berdasarkan kepada catatan Arab, China dan tradisi lisan. Dalam catatan Sejarah China dikenal dengan nama Po-li, Po-lo, Poni atau Puni dan Bunlai. Dalam catatan Arab dikenali dengan Dzabaj atau Randj.

Catatan tradisi lisan diperoleh dari Syair Awang Semaun yang menyebutkan Brunei berasal dari perkataan baru nah yaitu setelah rombongan klan atau suku Sakai yang dipimpin Pateh Berbai pergi ke Sungai Brunei mencari tempat untuk mendirikan negeri baru. Setelah mendapatkan kawasan tersebut yang memiliki kedudukan sangat strategis yaitu diapit oleh bukit, air, mudah untuk dikenali serta untuk transportasi dan kaya ikan sebagai sumber pangan yang banyak di sungai, maka mereka pun mengucapkan perkataan baru nah yang berarti tempat itu sangat baik, berkenan dan sesuai di hati mereka untuk mendirikan negeri seperti yang mereka inginkan. Kemudian perkataan baru nah itu lama kelamaan berubah menjadi Brunei.

Replika stupa yang dapat ditemukan di Pusat Sejarah Brunei menjelaskan bahwa agama Hindu-Buddha pada suatu masa dahulu pernah dianut oleh penduduk Brunei. Sebab telah menjadi kebiasaan dari para musafir agama tersebut, apabila mereka sampai di suatu tempat, mereka akan mendirikan stupa sebagai tanda serta pemberitahuan mengenai kedatangan mereka untuk mengembangkan agama tersebut di tempat itu. Replika batu nisan P'u Kung Chih Mu, batu nisan Rokayah binti Sultan Abdul Majid ibni Hasan ibni Muhammad Shah Al-Sultan, dan batu nisan Sayid Alwi Ba-Faqih (Mufaqih) pula menggambarkan mengenai kedatangan agama Islam di Brunei yang dibawa oleh musafir, pedagang dan mubaligh-mubaliqh Islam, sehingga agama Islam itu berpengaruh dan mendapat tempat baik penduduk lokal maupun keluarga kerajaan Brunei.

*dipetik daripada Wikipedia: Brunei


[ Last edited by  LailaTempawan at 10-11-2006 09:28 AM ]
Author: LailaTempawan    Time: 10-11-2006 09:29 AM
Sejarah dan wilayah Kesultanan Brunei
Kesultanan Brunei pada abad ke-6 itu memiliki wilayah yang cukup luas meliputi Sabah, Brunei dan Sarawak yang berpusat pada kesultanan Brunei. Kesultanan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua penguasa besar pada waktu itu, yaitu Sriwijaya di Sumatera dan kemudian Majapahit di Jawa.

Pada awal abad ke-15, Kerajaan Malaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan kemudian mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kesultanan Brunei memperluas pengaruhnya ke utara hingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Kalimantan.

Pada tahun 1658 Sultan Brunei menghadiahkan kawasan timur laut Kalimantan kepada Sultan Sulu di Filipina Selatan sebagai penghargaan terhadap Sultan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul Mubin dengan Pengeran Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang menyebabkan kejatuhan kerajaan tersebut.

Pada Tahun 1839, James Brooke dari Inggris datang ke Serawak dan menjadi raja disana seerta menyerang Brunei, sehingga Brunei kehilangan kekuasaannya atas Serawak. Pada tanggal 19 Desember 1846, pulau Labuan dan sekitarnya diserahkan kepada James Brooke. Sedikit demi sedikit wilayah Brunei jatuh ke tangan Inggris melalui perusahaan-perusahaan dagang dan pemerintahnya sampai wilayah Brunei sendiri di bawah protektorat Inggris sampai berdiri sendiri tahun 1984.

Saat ini Brunei memiliki wilayah yang lebih kecil daripada masa lalu, dengan berbatasan dengan Serawak dari sebelah barat sampai timur wilayah itu, serta sebelah utara berbatasan dengan Laut China Selatan.


[ Last edited by  LailaTempawan at 10-11-2006 09:30 AM ]
Author: bettyboops    Time: 10-11-2006 02:35 PM
sesiapa yg biasa ulang alik mengikut jalan ampang mesti perasan ada satu rumah bernama rumah awang alak betatar.. adakah itu rumah persinggahan kerabat diraja brunei..?? ada sesiapa yg tau..??
Author: tyrone    Time: 10-11-2006 02:52 PM
kesianyerrrrr
Author: LailaTempawan    Time: 13-11-2006 02:47 PM
Originally posted by tyrone at 10-11-2006 02:52 PM
kesianyerrrrr



kesian aper?
Author: TunJanaKhatib    Time: 13-11-2006 05:02 PM
Title: Akoms..
:lebai: Lailatempawan...

apa maksud "lindung" & puspaan??? :stp:
Author: LailaTempawan    Time: 13-11-2006 06:51 PM
Originally posted by TunJanaKhatib at 13-11-2006 05:02 PM
:lebai: Lailatempawan...

apa maksud "lindung" & puspaan??? :stp:



[font=ArialLindung ini adalah seerti dengan perkataan MANGKAT. Lindung biasanya digunakan kat Brunei, kalau kat malaysia, mungkin jarang sekali digunakan.

Perpuspaan ialah istiadat pemasyhuran selepas seorang Raja atau Sultan itu ditabalkan. Kalau mengikut adat istiadat diraja Brunei, seseorang raja yang telah ditabalkan itu akan di PUSPAKAN di Istiadat Perpuspaan selepas 12 bulan atau setahun selepas baginda di tabalkan menjadi sultan. Selepas sultan itu di PUSPAKAN, maka baginda adalah bukan sahaja sultan bagi Negara Brunei Darussalam yang permai ini, akan tetapi " SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM"


[ Last edited by  LailaTempawan at 13-11-2006 11:01 PM ]
Author: yramlee    Time: 15-11-2006 12:25 PM
Terima kasih atas info keturunan sultan brunei...saudara laila Tempawan..
info ini lah yg saya cari selama ini..
Apa yang menarik nya ialah semasa pemerintahan Sultan Nasruddin ( TM 1690 - 1710 )
Dato Godam melawat Brunei .........mengikut cerita org tua di tempat saya daerah Saribas Sarawak..Dato gGodam  ini berasal dari pagar royong sumatera indonesia...Kedatangan beliau ke Brunei adalah kerana nak menyelamat anak Tememggong Kadir.....Dayang Chee ..( temenggong kadir adalah temenggong yang bertugas di istana sultan Brunei) tidak puas hati kerana tindakan sultan Brunei  ( mungkin sultan Nasuddin ) mengambil anak beliau sebagai gundik...dan beliau lari dari istana dan membawa diri ...dan menetap di Sungai saribas di sarawak....Setelah menyelamatkan Dyg chee ..Dato Gadom berkahwin dgn Dyg chee....dari keturunan mereka ini .......keturunan PERABANGAN di daerah saribas..........Saya adalah keturunan ke 15 generasi Dato Godam.......
Minta respond dari saudara laila tentang perkara ini....Makam Dato Gadom ada di kpg Pusa di daerah saribas sarawak..
Author: LailaTempawan    Time: 15-11-2006 02:01 PM
Originally posted by yramlee at 15-11-2006 12:25 PM
Terima kasih atas info keturunan sultan brunei...saudara laila Tempawan..
info ini lah yg saya cari selama ini..
Apa yang menarik nya ialah semasa pemerintahan Sultan Nasruddin ( TM 1690 - 1710 ) ...



oh ye.. terima kasih banyak banayk kerana respond kat thread ni.. yes,maybe kesemua info yang telah diterangkan itu, memang betul. Tetapi sebetulnya, sejarah keturunan Dato Godam ni dan kisah kisah nya  Laila memang kurang mahir sedikit.. tetapi keturunan Awang-Awang kat Brunei adalah juga keturunan dari Dato Godam ini. Keturunan PERABANGAN ini contohnya Abang Roli bin Abang Mohiddin tu kan? yer, memang juga ada kaitannya dengan keturunan Awang-Awang kat Brunei ini.

Untuk pengetuan yramlee, sebetulnya, kat Brunei, ada sebuah Buku yang bertajuk DATO GODAM yang telahpun dibuat oleh Yang Berhormat Pehin Dato Seri Utama Haji Awang Jamil Al-Sufri. Dalam buku tersebut ada mengenai sejarah yang detail mengenai Kedatangan Dato Godam serta keseluruh nama-nama keturunan Dato Godam yang dulu-dulu dan yang ada masa sekarang. Tetapi Laila tak dapat nak terangkan kat yramlee tentang sejarah Dato Godam ni, pasal buku tersebut tak ada di tangan Laila masa ni..

Kalau Laila dah ada buku tu, Laila akan terangkan tentang Dato Godam ni yer.. Sorry yramlee.. kerana kisah  tentang Dato Godam ni Laila kurang mahir..

but, I'd like to hear any info from you too if you nak ada nak share (regarding Dato Godam dll)..


Thanks for your respond towards this thread..

:tq:


[ Last edited by  LailaTempawan at 15-11-2006 02:06 PM ]
Author: fly_in_d_sky    Time: 15-11-2006 02:21 PM
Originally posted by zilandi at 8-11-06 05:33 PM
tak tahulah tapi saya rasa Awang Alak Betatar adalah orang asal kepulauan Borneo kerana pengikut-pengikut mereka adalah dari suku kaum Sakai (mungkin orang Sakai)


org sakai nie org ape?
raja2 brunei nie keturunan sakai ke?

Author: LailaTempawan    Time: 15-11-2006 02:48 PM
Originally posted by fly_in_d_sky at 15-11-2006 02:21 PM


org sakai nie org ape?
raja2 brunei nie keturunan sakai ke?



sakai ni adalah pengikut pengikut serta pengawal, panglima kepercayaan Sultan-Sultan Brunei sejak dari Sultan mohammad Shah iaitu Sultan Brunei yang pertama lagi. Mereka adalah pengikut pengikut Sultan yang taat setia dalam membela dan menjaga keamanan serta keselamatan Sultan.

Jadi, menerusi penerangan diatas, Sultan Brunei bukanlah berketurunan Sakai, tetapi kalau fly_in_the_sky semak @ check post saya yang ke berapa kat thread ni kat page satu, Laila ada terangkan asal usul keturunan Sultan Brunei, yang mana Sultan brunei ini berasala daripada keturunan diraja dari kerajaan empayar Srivijaya, Indonesia.Kalau nak info yang detail, sila semaklah kat page 1..
Author: yramlee    Time: 15-11-2006 02:53 PM
Originally posted by LailaTempawan at 15-11-2006 02:01 PM



oh ye.. terima kasih banyak banayk kerana respond kat thread ni.. yes,maybe kesemua info yang telah diterangkan itu, memang betul. Tetapi sebetulnya, sejarah keturunan Dato Godam ni dan kisah ...


kalau nak share...info adalah  sangat dialu-alukan..Di tempat saya cerita Dato Godam ini memang tidak asing lagi di mulut org tua2...yang di turunkan dari generasi ke generasi ..tapi terlalu sedikit bahan rujuk spt buku , dll sebagai mengesahkan sejarah itu benar atau tidak....Kalau megikut sasilah yg saya dapat dari org tua..di dearah saribas..Dato Godam ini bukan sebarang orang ..beliau merupakan dari keturuan kerabat di raja sultan pagar royong minangkabau sumatera..
Beliau membawa diri ..keluar istana pagar royong..dalam perjalanan menaiki kapal ( lancang kuning )..terkandas di Muara sungai Saribas di sarawak....di sana beliau dan pengikut nya bertemu dgn perkampungan org melayu ..Dato temenggong kadir..( yang membawa diri lari dari istana sultan brunei )...Dato temenggong Kadir minta pertolongan Abg Godam ( Dato Godam ) supaya menyelamatkan anak nya dayang Chee....di istana sultan Brunei.
            Satu pertanyaan kepada kita di sini....? macam mana Dato godam boleh mengenali Dyg Chee sedangkan Beliau tidak pernah berjumpa pun dgn dyg Chee... Satu tanda telah di beri oleh Dato temenggong kadir..Meriam Kecil di letak di haluan kapal...Dyg Chee akan kenal meriam ini kepunyaan bapa nya ( saudara laila kalau saya silap tolong betulkan) sebab cerita ini di turunkan dari generasi ke generasi di daerah kami.. Kalau nak bercerita panjang kisah Dato Godam ini..
Kalau saudara laila  ada sedikit info tolong jelaskan....
            Selepas berjaya membuat keluar membawa Dyg Chee dari istana sultan Brunei...mereka akhirnya sampai ke Saribas ( sebuah daerah di sarawak )......dan mereka berkahwin....Dan keturuan mereka ini lah keturuan PERABANGAN di daerah saribas....lama kelamaan...keturunan mereka ini di angkat oleh penduduk tempatan sebagai peminpin ( ketua kaum) terutama sekali kaum dayak di kawasan itu..Sebelum kedatangan james brooke...penduduk di kawasan ini amat di geruni..dgn pertolongan org melayu amat sukar di tewaskan terutama di era head hunter ( ketua kaum  dari keturunan Dato Godam di daerah ini pernah di anugerahkan oleh sultan brunei dgn gelaran DATO PATINGGI ( DATO PATINGGI KEDIT , DATO PATINGGI MOLA )

[ Last edited by  yramlee at 15-11-2006 02:56 PM ]
Author: LailaTempawan    Time: 15-11-2006 02:54 PM
---- hehe, tak per lah, Laila paste jer mengenai info tu specially untuk fly_in_the_sky.. hehe.. enjoy



Awang Alak Betatar adalah dipercayai berasal dari Indonesia iaitu adalah seorang anak Raja semasa pemerintahan Kerajaan Srivijaya, kerana ada tercatat dalam sejarah mengatakan bahawa Nenda Awang Alak Betatar adalah  'Sang Aji' yang mana gelaran Sang Aji bermaksud Pemerintah atau Raja. Memang betul pengikut baginda adalah berasal dari golongan orang orang Sakai dan untuk bukti nya adalah dalam adat istiadat diraja Brunei bahawa syarat syarat bagi pemegang Sinipit (sejenis adat kebesaran diraja Brunei yang berbentuk seperti bujak tetapi hujung nya dihiasi dengan bendera pisang2 yang berwarna merah)  digalakkan dipegang oleh peranakan Sakai, tetapi memandangkan tiadalah ada banyak lagi golongan ini dan mengikut arus kemodenan, maka pemegang sinipit ini telah diarahkan kepada Askar-askar diraja Brunei untuk memegangnya.




Di atas adalah gambar sejenis alat kebesaran diraja Brunei yang dipegang oleh peranakan Sakai bagi mengiringi Sultan, Pengiran Muda Mahkota dan Wazir-Wazir, kira kira 40 orang ramainya, dipakai dengan pakaian serba merah (seperampun merah) berdastar dan berseluar  berbismin kuning. Alat kebesaran diraja ini menjadi satu lambang keberanian menghadapi sesuatu yang hendak merosakkan keamanan dan keadilan.

[ Last edited by  LailaTempawan at 15-11-2006 03:01 PM ]
Author: LailaTempawan    Time: 15-11-2006 03:00 PM
Originally posted by yramlee at 15-11-2006 02:53 PM


kalau nak share...info adalah  sangat dialu-alukan..Di tempat saya cerita Dato Godam ini memang tidak asing lagi di mulut org tua2...yang di turunkan dari generasi ke generasi ..tapi terlalu se ...



Ketua kaum tu dianugerahkan dengan gelaran apa?
Author: yramlee    Time: 15-11-2006 03:08 PM
Originally posted by LailaTempawan at 15-11-2006 03:00 PM



Ketua kaum tu dianugerahkan dengan gelaran apa?


DATO PATINGGI
Author: yramlee    Time: 15-11-2006 03:19 PM
Banyak ilimu pengetahuan berkembang pada era dato Godam ini di daerah Saribas....spt Membuat perahu ..perahu pengayau ( Perahu Perang ) pertukangan membuat rumah , ilmu melawan musuh...ilmu kebal ( maklumlah waktu itu masih zaman head hunter......ilmu pantas perjalanan, dan banyak lagi..semua di turun oleh dato Godam kpd anak cucu nya...
Di beritakan keturunan mereka ini ada 10 orang , orang suruhan ( ulun bahasa tempatan 0
Author: LailaTempawan    Time: 15-11-2006 03:21 PM
Mengikut sebuah salasilah yang ada terdapat dalam sebuah buku ni,

DATO GODAM ada beberapa orang anak, di antara mereka ini adalah MANTERI PUTEH. Dan Manteri Putih ini ada beberapa orang anak juga, mereka ialah, MANTERI OMAR, MANTERI ABDUL HARITH dan MANTERI HUSAIN.

Manteri Omar, anaknya ialah Pehin Orang Kaya Digadong Liwaddin ( Aliuddin), dan Pehin Liwaddin ini, mempunyai anak bernama Pehin Jawatan Dalam Awang Ahad yang beranakkan Dayang Siti Aishah. Dayang Siti Aisyah ini berkahwin dengan Haji Muhammad Taha, yang mana beranakkan Pehin Khatib Haji Abdul Latif. Pehin Abdul Latif berkahwin dengan Sharifah Azizah. Hasil perkahwinan itu pula beranakkan Tuan Aisyah, dan Tuan Aisyah ini berkawin pula dengan Haji Othman Betawi yang bernakkan Pehin Datu Perdana Manteri Sh. Haji Abdul Rahman dan Pehin Siraja Khatib Haji Muhd Daud.

Manteri Abdul Harith, beranakkan Pehin Datu Perdana Menteri, dan beranakkan Tuan lampong (Awang Badaruddin), beranakkan Tuan Hafsah dan berankkan Tuan Zaidah yang selepas itu, Tuan Zaidah ini bersuamikan Sultan Omar Ali Saifuddin II (Brunei).

Manteri Husain pula, beranakkan Dayang Aishah yang berkahwin dengan Sultan Muhammad Tajuddin (Brunei), yang bernakkan Pengiran Anak Yusof, yang beranakkan Pengiran Anak Saiful Rijal, yang bernakkan Pengiran Isteri Fatimah. Pengiran Isteri Fatimah mendapat gelaran Raja Isteri setelah berkawin dengan Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (Brunei)
Author: yramlee    Time: 15-11-2006 03:30 PM
Ya...dari sasilah orang tua di daerah saribas...
info ini pernah di bukukan oleh mezium sarawak...karangan benedict sandin ....saya pernah baca buku tersebut....buku itu sampai sekarang tidak di jumpai lagi..mungkin di simpan oleh pihak tertentu kot..

Hasil perkahwinan Dato Godam dgn Dayang Chee....
anak Mereka Bernama AbANG DRAHMAN .....menyambung zuriat nya di Daerah kami..
Author: LailaTempawan    Time: 15-11-2006 03:34 PM
Originally posted by yramlee at 15-11-2006 03:30 PM
Ya...dari sasilah orang tua di daerah saribas...
info ini pernah di bukukan oleh mezium sarawak...karangan benedict sandin ....saya pernah baca buku tersebut....buku itu sampai sekarang tidak di j ...



oh begitu... kalau nak kirakan, sejarah keturunan Melayu ni begitu unik sekali, kerana setiap sesuatu suku kaum itu, ada pertaliannya dengan yang lain... so, tak heran kalau keseluruh negeri di alam melayu ini bersaudara...
Author: yramlee    Time: 15-11-2006 03:45 PM
Nak tanya saudara laila......kalau ikut info dari Brunei siapa kah nama isteri Dato Godam ini?
sebagai info makam dato godam ini ada di kampung Pusa di Daerah saribas bahagian Betong sarawak..
ada sebuah kpg di situ nama nya kampung Dato godam sempena mengambil nama sejarah Dato Godam...
Ahli sejarah Brunei pernah datang ke tempat ini sedikit masa dulu...peruntukan dari kerajaan Brunei supaya makam Dato Godam dan Dato temenggong kadir ini di bersihkan ...sebagai tempat bersejarah..
Author: LailaTempawan    Time: 15-11-2006 04:00 PM
Originally posted by yramlee at 15-11-2006 03:45 PM
Nak tanya saudara laila......kalau ikut info dari Brunei siapa kah nama isteri Dato Godam ini?
sebagai info makam dato godam ini ada di kampung Pusa di Daerah saribas bahagian Betong sarawak..
ad ...


Maaf ye saudara yramlee, Laila tak tahu pulak siapa nama isteri dato Godam ni, kerana Laila kekurangan reference book masa ni..

Yer, memang Laila pernah dengar Ahli Sejarah Brunei pernah pergi Sarawak untuk mengkaji sejarah dan tidak mustahil juga mereka nak kasi perbelanjaan ubah suai dll terhadap mana mana Makam-Makam penting. Lagi pula, ketua Ahli Sejarah iaitu Pengetua Pusat Sejarah Brunei sendir adalah keturunan dari Dato Godam,beliau ialah Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Dato Seri Utama Haji Awang Jamil Al-Sufri bin Awang Omar. Lagipula, Ahli sejarah brunei pada waktu dahulu berminat tentang Makam slah seorang anaknda Sultan Brunei yang ada di Sarawak iaitu Sultan Tengah.
Author: yramlee    Time: 15-11-2006 04:30 PM
Saya pernah dtg ke makam ini saudara laila...makam dato godam , temenggong kadir , dayang isah tandang sari..
pada masa dulu makam ini tidak di jaga dgn baik....
Makam ini terletak tidak berapa jauh dari tebing sungai saribas..yang unit nya makam ini walaupun besar mana paras air ( high tide ) air pasang besar lah...makam ini tidak pernah di tengelami air..
makam ini tidak boleh sebarang usik....kalau di usik tebuan yang ada di kws itu akan datang menyerang...ini adalah pengalaman saya sendiri...
Author: LailaTempawan    Time: 15-11-2006 04:52 PM
Originally posted by yramlee at 15-11-2006 04:30 PM
Saya pernah dtg ke makam ini saudara laila...makam dato godam , temenggong kadir , dayang isah tandang sari..
pada masa dulu makam ini tidak di jaga dgn baik....
Makam ini terletak tidak berapa j ...



ohh begitu.. yramlee ada tak gambar gambar makam  makam ni.. kalau ada.. shre lah..
Author: fly_in_d_sky    Time: 15-11-2006 06:10 PM
sori ek ....
fly tersalah baca .......
baca sekali lalu jer .........
neway .... org sakai nie mcm org laut ke?
dia setia pd keluarga diraja .......

Author: fly_in_d_sky    Time: 15-11-2006 06:11 PM
Originally posted by yramlee at 15-11-06 03:19 PM
Banyak ilimu pengetahuan berkembang pada era dato Godam ini di daerah Saribas....spt Membuat perahu ..perahu pengayau ( Perahu Perang ) pertukangan membuat rumah , ilmu melawan musuh...ilmu kebal ( ...


ada lagi ke org yg menuntut ilmu2 cam tuh?
cam besh jer ilmu jalan pantas ........

Author: LailaTempawan    Time: 15-11-2006 10:30 PM
Originally posted by fly_in_d_sky at 15-11-2006 06:10 PM
sori ek ....
fly tersalah baca .......
baca sekali lalu jer .........
neway .... org sakai nie mcm org laut ke?
dia setia pd keluarga diraja .......  



boleh jadi juga mereka ni orang laut.. tapi Laila tak boleh nak pastikan lah.. pasal Laila tak begitu tahu tentang asal usul mereka ni.. tetapi mereka ni memang taat dan setia kepada raja lah..
Author: yramlee    Time: 16-11-2006 07:30 AM
Originally posted by fly_in_d_sky at 15-11-2006 06:11 PM


ada lagi ke org yg menuntut ilmu2 cam tuh?
cam besh jer ilmu jalan pantas ........


Itu lah kau tak baca info dgn betul....
apa yang saya cerita ini ialah pada zaman head hunter di sarawak...
1600 - 1800 ........200 tahun yang lalu.
Author: yramlee    Time: 16-11-2006 07:33 AM
Originally posted by LailaTempawan at 15-11-2006 04:52 PM



ohh begitu.. yramlee ada tak gambar gambar makam  makam ni.. kalau ada.. shre lah..


Gambar makam itu saya tak ada. masa saya melawat ke situ 5 tahun yang lalu tak ada bawa camera.
insyakAllah kalau saya dtg sekali lagi saya akan usahakan..
Author: yramlee    Time: 16-11-2006 07:43 AM
Nak tanya sdr laila...
Pernah tak tercatit di dalam sejarah brunei peristiwa yang berlaku masa lawatan Dato Godam ke Brunei?
Temenggong Kadir yang lari dari istana sultan Brunei........ada tak nama Temenggong kadir ini di dlm sejarah Brunei?
Apa kah title ABANG ini pernah ujud di Brunei dan adakan  sama taraf dgn title Awangku?..
Kalau mengikut sasilah org tua Title ABANG ( PERABANGAN) di tempat saya orang yang ada kelas lah. lebih kurang Royal Family lah.
kalau sdr laila berkesempatan boleh cari info Dato Godam ini dgn saya..
Author: LailaTempawan    Time: 16-11-2006 01:40 PM
Originally posted by yramlee at 16-11-2006 07:43 AM
Nak tanya sdr laila...
Pernah tak tercatit di dalam sejarah brunei peristiwa yang berlaku masa lawatan Dato Godam ke Brunei?
Temenggong Kadir yang lari dari istana sultan Brunei........ada tak na ...



Mengenai sejarah yang ada tercatit mengenai semasa kedatangan Dato Godam ke Brunei tu, Laila pernah terbaca, tapi tak ingat pulak buku yang mana satu, tetapi baru baru ni, yelah, info info mengenai Dato Godam ni ditimbulkan semula di dalam buku yang baharu dibuat pada tahun lepas seperti yang Laila kata tadi iaitu buku yang bertajuk DATO GODAM. Tetapi Laila kurang ingat mengenai sejarah tu..

Mengenai status Abang (perabangan) kat Brunei, tidak lah diketahui bagaimana, kerana Perabangan ini BUKANLAH satu status gelaran Asli  tradisi Brunei sepertimana yang ada seperti gelaran AMPUAN, AWANGKU, DAYANGKU, PENGIRAN dan lain lainnya. Tetapi memandangkan Perabangan ini ada menggunakan nama dayang bagi anak perempuan, dan Laila mungkin dapat merumuskan bahawa Perabangan ini MUNGKIN taraf nya sama dengan gelaran keturunan "AWANG-AWANG" yang ada di Brunei, memandang penggunaan perkataan gelaran Dayang dan juga memandangkan, keturunan Awang-Awang ini adalah sama juga dengan keturunan Perabangan iaitu daripada Keturunan DATO GODAM. Mengenai status Awang-Awang kat Brunei, mereka ini BUKANLAH KELUARGA DIRAJA, tetapi mereka ini adalah golongan yang dihormati dikalangan masyarakat Brunei dahulu kala, kerana mereka adalah orang kepercayaan para Sultan serta Kerabat Diraja yang setia dan juga mereka ini dikirakan orang yang rapat dengan keluarga dirajalah. Tetapi status Awang Awang ini, mendapat penghormatan yang mana gelaran gelaran Pehin Pehin Manteri (gelaran Pembesar Diraja bagi golongan rakyat jelata) adalah mereka yang diberikan keutamaan untuk digelar. Tetapi setelah mengikut arus kemodenan ini, gelaran Pehin -Pehin manteri ini juga dianugerahkan kepada orang orang kebanyakan iaitu golongan rakyat biasa (bukan pengiran atau keturunan Awang Awang).


Mengenai Temenggong Kadir, memang ada disebutkan dalam sejarah Brunei, tetapi cuma ada dinyatakan sedikit sahaja. Mungkin cuma kisah pemberian gelaran TEMENGGONG kepada Awang Kadir ini oleh Sultan brunei pada masa itu..

p/s: Ini adalah pendapat Laila secara peribadi dan logik lah, dan juga sebagai pencinta sejarah.. tetapi apa yang Laila katakan dan definasikan tadi itu cuma pendapat, dan Laila kurang pasti mengenai status SEBENARnya dan Laila TIDAK DAPAT memutuskan yang itu benar dan yang ini salah, cuma pandangan dalam samar samar jer.
:tq:


[ Last edited by  LailaTempawan at 16-11-2006 01:55 PM ]
Author: nangada    Time: 16-11-2006 03:01 PM
dia itu kawan saya..saya selalu PM dia

[ Last edited by  nangada at 16-11-2006 03:41 PM ]
Author: LailaTempawan    Time: 16-11-2006 03:27 PM
Originally posted by nangada at 16-11-2006 03:01 PM
terima kasih sdr laila ...rasanya info ini amat berguna untuk saya membuat perbandingan dgn sasilah yang org tua perturunkan kepada generasi sampai ke saat ini..
Ada mungkinan juga pendapat sdr bo ...



yer.. Memang asli rakyat jati, Melayu Brunei...

yramlee dan nangada ini orang yang sama ker?

[ Last edited by  LailaTempawan at 16-11-2006 03:32 PM ]
Author: nangada    Time: 16-11-2006 03:42 PM
Originally posted by LailaTempawan at 16-11-2006 03:27 PM



yer.. Memang asli rakyat jati, Melayu Brunei...



rakan sekerja...sama kpg
Author: yramlee    Time: 16-11-2006 03:44 PM
Hai adik nangada....
Author: yramlee    Time: 16-11-2006 03:49 PM
bukan sdr laila ...dia itu dtg dari daerah yg sama dgn saya..dia adalah staff saya 2 tahun yg lalu..
dia selalu Pm dgn saya..

oklah sdr laila....ada dpt info Dato Godam itu kah?
Author: LailaTempawan    Time: 17-11-2006 07:49 AM
Kad Hari Raya yang dikirim oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.





[ Last edited by  LailaTempawan at 17-11-2006 07:51 AM ]
Author: LailaTempawan    Time: 17-11-2006 08:11 AM
Salasilah Sultan-Sultan Brunei (dipetik daripada buku Perpuspaan 1 Ogos 1968)[/font]


[ Last edited by  LailaTempawan at 17-11-2006 08:14 AM ]
Author: yramlee    Time: 17-11-2006 10:53 AM
Kalau kita perhatikan sasilah sultan Brunei ini.adalah .sezaman nya kesultanan melayu melaka..1402 - 1511
sdr laila ada tak di catit dlm sejarah brunei bila agama islam mula bertapak di brunei??
Pernah tak menjalin perhubungan dgn kesultanan Melayu melaka..??
Pada era sultan Naruruddin 1690 - 1705 ....kedatangan Dato Godam di Daerah saibas sarawak ...bertapak nya orang melayu di tempat saya. ..orang di kws saya bukan dari keturunan Dato merpati jepang spt di dakwa oleh setengah pihak dan di dlm sejarah...Temenggong kadir / dato Godam adalah orang melayu pertama berpindah dari brunei seterusnya mendiami daerah ini ( saribas )........
Author: LailaTempawan    Time: 17-11-2006 01:59 PM
Originally posted by yramlee at 17-11-2006 10:53 AM
Kalau kita perhatikan sasilah sultan Brunei ini.adalah .sezaman nya kesultanan melayu melaka..1402 - 1511
sdr laila ada tak di catit dlm sejarah brunei bila agama islam mula bertapak di brunei??
...



Sebetulnya, begitu banyak ahli-ahli sejarah masih kurang pasti dengan kedatangannya Islam di Brunei, ada yang mengatakan bahawa Islam telah pun datang di Brunei pada kurun ke 13.. tetapi ada juga yang berpendapat ia telah datang pada kurun ke 12 dan ada juga yang mengatakan Islam telah datang sebelum daripada kurun-kurun yang telah disebutkan tadi. Ketidakpastian ini adalah disebabkan oleh beberapa penemuan batu-batu nisan Islam, contohnya ada sebuah batu nisan yang dipunyai oleh seorang Cina Islam, yang betarikh pada kurun 12 dan. Akan tetapi, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) adalah sultan Brunei yang pertama memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan puteri Johor.

Mengenai jalinan hubungan dengan Melaka tu, mungkin ada juga, sebab semasa zaman Sultan Bolkiah (Zaman Kegemilangan Brunei) pernah tercatit dalam sejarah Brunei bahawa Sultan Bolkiah telah melawat negeri-negeri seperti Jawa, Johor, MELAKA dan menakluki negeri-negeri Solok dan Luzon **.



** info didapati daripada buku Perpuspaan 1 Ogos 1968

[ Last edited by  LailaTempawan at 17-11-2006 02:08 PM ]
Author: abu_nawas    Time: 18-11-2006 12:07 PM
nak tanya sikit.... apa beza antara AwangKu ngan Awang?
Author: AwgSagi    Time: 18-11-2006 02:27 PM
Secara ringkas... Awangku... bagi anak lelaki yang masih mempunyai saki-baki darah kerabat diraja brunei dari sebelah ayahnya... maknanya... ayahnya mestilah seorang pengiran... awang pula ialah bagi rakyat kebanyakan... sama seperti encik atau mister.

Nota tambahan... ada juga mereka-mereka yang telah membuang gelaran pengiran mereka atas sebab-sebab tertentu akan mengunakan awang di awal nama mereka... hatta... ianya tertulis dan berdaftar di dalam kad pengenalan.
Author: LailaTempawan    Time: 18-11-2006 05:12 PM
Originally posted by abu_nawas at 18-11-2006 12:07 PM
nak tanya sikit.... apa beza antara AwangKu ngan Awang?




DEFINASI AWANGKU, DAYANGKU DAN AWANG DAN JUGA DAYANG

AWANGKU
(bagi lelaki)
DAYANGKU
(bagi perempuan)
- adalah gelaran bagi anaknda kepada golongan Pengiran-Pengiran (dari belah ayahnda sahaja) dan Pengiran adalah gelaran bagi keturunan Diraja Brunei sepertimana gelaran keturunan Diraja Malaysia yang ada di Malaysia iaitu seperti Tengku, Raja dan sebagainya. Tidak kiralah, bonda mereka ini dari golongan pengiran atau bukan. Jika Awangku atau Dayangku ini telah kawin, secara automatik mereka ini akan bergelar pengiran. Akan tetapi, jika perempuan itu pengiran dan berkawin dengan orang bukan pengiran (commoner), maka anakda pengiran perempuan ini tidaklah akan digelar sebagai Awangku dan Dayangku lagi kerana ia cuma mengikut takrif ayanda.



AWANG
(bagi lelaki)
DAYANG
(bagi perempuan)


Definasi (1)- adalah KETURUNAN bagi golongan orang orang golongan rakyat  yang dipercayai oleh Sultan atau kerabat diraja pada dahulu kala atau orang terdekat istana. Kebanyakan keturunan ini yang juga disebut sebagai keturunan 'Awang-Awang' ini adalah terdiri dari keturunan Dato Godam. Dari segi kedudukan sebutan nama  untuk golongan awang awang ini, adalah, contoh bagi lelaki yang bergelar Awang ialah " HAJI AWANG SULAIMAN BIN HAJI AWANG AJI, dan bukan AWANG HAJI SULAIMAN BIN AWANG HAJI AJI, bagi perempuan adalah, HAJAH DAYANG HALIMAH BINTI HAJI AWANG LAKI, dan bukan DAYANG HAJAH HALIMAH BINTI AWANG HAJI LAKI. Kedudukan sebutan gelaran Awang atau dayang ini adalah penting. kerana ini lah sahaja yang membezakan sama ada orang tersebut terdiri dari golongan Awang -Awang atau sebutan Awang bagi golongan rakyat biasa yang mana definasinya adalah seperti Definasi (2) di bawah ini.


Definasi (2)-adalah sebutan bagi ganti nama panggilan Tuan / encik bagi lelaki, Puan / Cik bagi perempuan, sebagai adat sopan bahAsa Brunei. Sebutan kedudukan nama adalah seperti berikut bagi lelaki ialah  AWANG HAJI ALI BIN HAJI KARIM, dan perempuan ialah DAYANG HAJAH SYAFIQAH BINTI  HAJI ALI.


---Definasi bagi gelaran Awangku dan Dayangku adalah dipetik dari buku "Adat Mengulum Bahasa oleh Yura Halim".

Author: yramlee    Time: 20-11-2006 04:08 PM
asalamualaikum sdr laila..
dah 4 hari tak respond di sini...
mcm mana dah dapat kah info tentang Dato Gadom.?
kalau ada jangan lupa share infor.........
Author: St.Yeepi    Time: 21-11-2006 12:25 AM
How about waris hulun hulun or ulun ulun? Care to explain?
Author: abu_nawas    Time: 22-11-2006 01:02 PM
so kalau nama AWANG Z**** bin Awang Z****** tu kira keturunan Dato' Godam ker?
Author: abu_nawas    Time: 22-11-2006 01:04 PM
Di Sabah, ada kah lagi keturunan Dato' Godam ni?
Author: LailaTempawan    Time: 22-11-2006 07:27 PM
Originally posted by abu_nawas at 22-11-2006 01:02 PM
so kalau nama AWANG Z**** bin Awang Z****** tu kira keturunan Dato' Godam ker?



70-80% mungkin keturunan Dato Godam.. kerana asal usulnya perlu diperiksa juga..
Author: LailaTempawan    Time: 24-11-2006 10:46 AM
Originally posted by yramlee at 20-11-2006 04:08 PM
asalamualaikum sdr laila..
dah 4 hari tak respond di sini...
mcm mana dah dapat kah info tentang Dato Gadom.?
kalau ada jangan lupa share infor.........



Sorry yramlee, musim sibuk kerja.. kerja melambak, belum ada masa nak belak belak buku..

tunggu jer dua tiga hari ni ye..
:tq:
Author: LailaTempawan    Time: 24-11-2006 10:55 AM

Author: LailaTempawan    Time: 6-12-2006 08:19 AM
Adakah golongan Ampuan-Ampuan dan sesetengah golongan Awang-Awang ni adalah berketurunan Pengiran-Pengiran?


Laila, cuma tahu Ampuan dan ada sesetengah Awang2x ni adalah memang berketurunan Pengiran pengiran.. Laila ada cerito mengenainya, tetapi laila tak sure sangat kalau ia adalah betul...
Author: LailaTempawan    Time: 6-12-2006 08:36 AM


Pengiran Raja Muda Hashim, iaitu yang telah menyerahkan Sarawak kepada James Brooke

[ Last edited by  LailaTempawan at 6-12-2006 08:39 AM ]
Author: LailaTempawan    Time: 6-12-2006 08:37 AM


Peta Negeri Brunei dalam tahun 1841-1905

[ Last edited by  LailaTempawan at 6-12-2006 08:39 AM ]
Author: yipun78    Time: 6-12-2006 08:50 AM
Laila, Sultan Ahmad Tajuddin (1924 - 1950) tidak mempiunyai waris ke sbb kat dalam info yg Laila paste kan tu, xde tertulis nama waris, so adakah Sultan Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967) anakanda kepada Sultan Ahmad Tajuddin?
Author: LailaTempawan    Time: 6-12-2006 09:52 AM
Originally posted by yipun78 at 6-12-2006 08:50 AM
Laila, Sultan Ahmad Tajuddin (1924 - 1950) tidak mempiunyai waris ke sbb kat dalam info yg Laila paste kan tu, xde tertulis nama waris, so adakah Sultan Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967) anak ...



Sultan Ahmad Tajuddin ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam telahpun melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Ampuan Raihanibinti Sultan Alaudin Sulaiman Shah, Selangor. Diatas hubungan ini, telah lahirlah seorang puteri yang gahara, iaitu YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI HAJAH NOREHSANI BINTI ALMARHUM SULTAN AHMAD TAJUDDIN. Akan tetapi disebabkan anaknda Sultan Ahmad Tajuddin ini adalah seorang puteri, jadinya hak untuk menaiki takhta kerajaan adalah tidak ada, jadi mengikut adat istiadat diraja brunei, jika anaknda Sultan itu tidak layak untuk tabalkan menjadi sultan, maka orang ke dua yang layak untuk digelar ialah mana mana adinda lelaki kepada Sultan yang memerintah pada masa itu yang gahara atau orang yang bergelar Pengiran Bendahara. Jadinya, mengikut adat istiadat itu, maka orang yang paling layak diangkat menjadi Sultan selepas kemangkatan Sultan Ahmad Tajuddin itu tidak lain tidak bukan iaitu adinda gahara Sultan Ahmad Tajuddin iaitu YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI DULI PENGIRAN BENDAHARA PENGIRAN MUDA TENGAH OMAR ALI SAIFUDDIEN IBNI ALMARHUM SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM ( DYMM Paduka Seri Baginda Maulana Al-Sultan Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien). Jadi dipersetujuilah juga oleh kesemua ahli-ahli Majlis Mensyuarat Mengangkat Raja untuk mengangkat YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI DULI PENGIRAN BENDAHARA PENGIRAN MUDA TENGAH OMAR ALI SAIFUDDIEN IBNI ALMARHUM SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM ini menjadi Sultan Brunei yang ke 28.





DULI YANG MAHA MULIA ALMARHUM SULTAN AHMAD TAJUDDIN AKAZUL KHAIRI WADDIEN IBNI ALMARHUM SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN RAIHANI BINTI SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH, SELANGOR

[ Last edited by  LailaTempawan at 6-12-2006 10:06 AM ]
Author: LailaTempawan    Time: 6-12-2006 10:18 AM
Yang menariknya, sebelum Sultan Ahmad Tajuddin mangkat, baginda sempat membuat wasiat yang mana jika Tengku Ampuan melahirkan anak lelaki, maka baginda berharap yang putera tersebut akan ditabalkan menjadi Sultan Brunei, hal ini telah menimbulkan beberapa keraguan siapa yang akan menjadi sultan brunei seterusnya, tetapi setelah disiasat dan diperiksa, surat itu telah mencatatkan bahawa "jika  Tengku Ampuan melahirkan ANAK LELAKI", akan tetapi baginda Tengku Ampuan telah melahirkan seorang puteri, maka puteri tersebut tidaklah layak melainkan Pg Muda Tengah Omar Ali.


SALASILAH KHAS DIBUAT OLEH LAILA SENDIRI MENGENAI SULTAN AHMAD TAJUDDIN NI..

[ Last edited by  LailaTempawan at 6-12-2006 10:45 AM ]
Author: LailaTempawan    Time: 6-12-2006 10:41 AM

Author: yipun78    Time: 6-12-2006 10:45 AM
Pengiran Anak Puteri Norehsani, walaupon hanya Puteri tetapi kedudukan baginda adakah sama level dgn Sultan Brunei, i mean walaupon dikatakan x layak untuk menjadi pemerintah Brunei dan tanah jajahan? Bagaimana dgn anakanda PA Puteri? adakah mereka menerima segala benefit yg diterima oleh paduka kerabat yg lain?
Author: LailaTempawan    Time: 6-12-2006 10:50 AM
Originally posted by yipun78 at 6-12-2006 10:45 AM
Pengiran Anak Puteri Norehsani, walaupon hanya Puteri tetapi kedudukan baginda adakah sama level dgn Sultan Brunei, i mean walaupon dikatakan x layak untuk menjadi pemerintah Brunei dan tanah jajah ...


Wo, ni yang susah laila nak cakap ni, tetapi ini yang laila fikir secara logik lah yer, ni jawapannya:

Yes, sudah semestinya segala benefit yang patut ada pada seorang puteri sultan brunei yang gahara memang ada untuk Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Norehsani hinggalah ke anaknda-anaknda Paduka Seri Puteri, kerana memandangkan mereka adalah masih kerabat terdekat diraja dan juga cucu kepada Sultan Ahmad Tajuddin. This is maybe to be fair, memandangkan hubungan 揵atang tubuh擺/i] masih boleh dikatakan sebagai 揹arah daging擺/i] sultan Brunei.

p/s: segala logiknya begitulah, Laila tak lah berani sangat nak kata apa apa mengenai ini, sebab itu orang atasan jer yang tahu betul mengenai ni, takutlah pulak jadi kesalahan.. semua jawapan diatas adalah secara "MUNGKIN" jer. Tetapi kalau ada soalan yang lain lagi, meh lah, tanya laila.. insya Allah laila boleh jawap..

Ampun Tuanku Puteri
Author: LailaTempawan    Time: 6-12-2006 11:59 AM


YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI HAJAH NOREHSANI BINTI ALMARHUM SULTAN AHMAD TAJUDDIN AKAZUL KHAIRI WADDIEN
(HER ROYAL HIGHNESS PRINCESS HAJAH NOREHSANI)


[ Last edited by  LailaTempawan at 6-12-2006 12:02 PM ]
Author: yipun78    Time: 6-12-2006 01:10 PM
Thanx Laila sbb berusaha gak menjawab persoalan Yip
Author: LailaTempawan    Time: 7-12-2006 05:36 PM
Originally posted by yipun78 at 6-12-2006 01:10 PM
Thanx Laila sbb berusaha gak menjawab persoalan Yip



ok.. no problemo...  kalau kak Yip ada nak tanya lagi, sila lah yer.. kekadang laila tak tahu apa nak kata atau nak sumbangkan kalau tak der orang yang nak tanya nih.. tetapi kekadang tu otomatik juga nak nyumbang tu.. hehe
Author: LailaTempawan    Time: 28-12-2006 03:58 PM
Moga seluruh kerabat diraja serta rakyat Brunei akan sentiasa hidup aman damai sentosa dan dilindungi oleh Allah SWT selalu daripada mala petaka, ketidakserasian, perbalahan, daripada melakukan kesilapan dan segala kejahatan akan tetapi moga dikurniakan rahmat dan kebahagiaan dunia dan akhirat
Author: LailaTempawan    Time: 28-12-2006 04:00 PM
Moga seluruh kerabat diraja serta rakyat Brunei akan sentiasa hidup aman damai sentosa dan dilindungi oleh Allah SWT selalu daripada mala petaka, ketidakserasian, perbalahan, daripada melakukan kesilapan dan segala kejahatan akan tetapi moga dikurniakan rahmat dan kebahagiaan dunia dan akhirat.. Amiin
Author: GRINDSAKHTANIC    Time: 28-12-2006 08:58 PM
sebab tuh ler kebanyakan sultan2 yang ada di tanah melayu,indonesia dan brunei sendiri merupakan dari satu keturunan....
Author: GRINDSAKHTANIC    Time: 28-12-2006 09:01 PM
Originally posted by LailaTempawan at 28-12-2006 03:58 PM
Moga seluruh kerabat diraja serta rakyat Brunei akan sentiasa hidup aman damai sentosa dan dilindungi oleh Allah SWT selalu daripada mala petaka, ketidakserasian, perbalahan, daripada melakukan kes ...

DAULAT TUANKU!!!!
Author: LailaTempawan    Time: 28-12-2006 09:05 PM
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 28-12-2006 09:01 PM

DAULAT TUANKU!!!!



itulah semangat yang di cari..
Author: daun_jampi    Time: 18-11-2007 04:47 PM
Originally posted by LailaTempawan at 6-12-2006 11:59 AM


YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI HAJAH NOREHSANI BINTI ALMARHUM SULTAN AHMAD TAJUDDIN AKAZUL KHAIRI WADDIEN
...


PAP ni dah kawin ker belum??
Author: daun_jampi    Time: 18-11-2007 04:49 PM
Title: Reply #88 GRINDSAKHTANIC's post
Ko daulat kat sapa Grind?
Author: my_3A    Time: 4-12-2007 08:43 PM
Originally posted by LailaTempawan at 7-11-2006 03:21 PM
Sultan-Sultan Brunei


Sultan Muhammad Shah (TM 1363 - 1402)
Sultan Islam Brunei yang pertama (sebelumnya terkenal dengan nama Awang Alak Betatar).  Setelah berkahwin pada TM 1368 dengan  ...




takder ker catatan Sejarah Kerajaan Melayu Brunei sebelum Islam?
Author: Naru    Time: 6-12-2007 02:15 PM
good info.....
Author: daun_jampi    Time: 6-12-2007 03:30 PM
Originally posted by my_3A at 4-12-2007 08:43 PM




takder ker catatan Sejarah Kerajaan Melayu Brunei sebelum Islam?


ader...
Author: gigi.tembaga    Time: 6-12-2007 07:06 PM
Laila....bagaimana dengan Sultan Isnin yang pernah diperkatakan dulu..tetapi didiamkan ceritanya...
Author: LanoG    Time: 6-12-2007 08:48 PM
Aku nak tahu sebelum-sebelum kedatangan Islam, macam mana bleh muncul kerajaan Brunei nie....
Author: Lloni    Time: 7-12-2007 12:03 PM
salam..

Just nak tanya saja..

1. macamana rupa bentuk pedang "si bongkok" yang dibawa oleh Syarif Ali yg menunjukkan beliau adalah amir mekah.

2. siapa nama sepupu-sepupu Syariff Ali

3. macamana rupa bentuk keris "si naga" kepunyaaan syariff Ali.
Author: Lloni    Time: 30-1-2008 11:58 PM
salam...takde perkembangan ke..
Author: HangPC2    Time: 31-1-2008 01:16 PM
Brunei Satu2 nyer Negeri Melayu yang masih mempamerkan Senjata lama yang tiada lagi di Negeri Lain semasa adat istiadat...


Contoh :-  Pemuras





Author: feldboy    Time: 31-1-2008 03:10 PM
Apa-apapun aku nak ucapkan berjuta-juta TAHNIAH dekat Brunei sebab berjaya menjaga kedaulatan MELAYU di negerinya.... Langkah-langkah Brunei mengawal kewarganegaraan rakyatnya memang aku tabik spring... Biarlah para pendatang tu sedar siapa sebenarnya yang berkuasa di negeri Tanah Melayu ini...




Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4