CariDotMy

Title: ANEKA RESEPI MASAKAN HALAL CINA [Print this page]

Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 09:42 AM
Title: ANEKA RESEPI MASAKAN HALAL CINA
Hai kakak semua..saya forum CARIchinese.
Orang Kuching Sarawak,sekarang duduk kat JB Johor

sebab dari kecik bergaul dengan kawan melayu,saya suka sangat lauk pauk orang melayu.
oleh kerana beberapa tahun ni kerja luar negeri,ingin mencari kwn melayu dan kongsi resipi bersama-sama.Kampung mak bapa saya di kampung melayu pusa seribas .:victory:
dari baby ,saya dan juga keluarga duduk di kem polis kuching(bapa saya bekas polis )..haha~95%jiran kami ialah bansa melayu.mak saya pandai buat kuih melayu,masa kecil,saya dan adik adik bembawa bakul menjaja rumah ke rumah




inilah teh tarik yang saya buat semalam..
senang aje nak buat ni

Cara menbuat teh tarik 3 warna
1cawan guna 2 uncang teh
uncang teh kosong kat satu cawan. air  panas setengah cawan sudah cukup
satu lagi cawan masukkan susu pekat dan cair secukup rasa..+air panas
lepastu tarik susu hingga berbuih
last sekali, masukkan teh o kosong tadi dengan perlahan lahan..hingga cawan pernuh
siap boleh minum~jangan pakai cawan warna atao lain..nanti tak nampak eh 3warna pulak ..pakai lah gelas transparen

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 25-10-2008 12:49 PM ]
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 09:47 AM
nasi Briyani ayam




masak dua jenis ayam
laokong i suka ayam goreng
i sendiri pula suka kari ayam..
Author: yujin    Time: 9-10-2008 10:12 AM
haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
welcome :pompom: :pompom: :pompom:
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 10:19 AM
hi..kaka dari mana???
Author: azharazhar91    Time: 9-10-2008 10:26 AM
Title: Reply #2 wizerntai's post
hai...

saya adik...
bleh join???
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 11:12 AM
boleh...
Author: emiliahani    Time: 9-10-2008 11:44 AM
cak...tompang lalu jek
Author: fathinaziz    Time: 9-10-2008 12:38 PM
hi wizerntai... ape kata u kongsi resepi masakan cina yg best dan mudah kat sini.
Author: muajam    Time: 9-10-2008 12:59 PM
cam sedap je beriani ayam tu...buat sendiri ke?

err...laokong tu ape??
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 01:09 PM
Originally posted by muajam at 9-10-2008 12:59 PM
cam sedap je beriani ayam tu...buat sendiri ke?

err...laokong tu ape??

mandarin cakap laokong tu "suami"
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 01:09 PM
Originally posted by fathinaziz at 9-10-2008 12:38 PM
hi wizerntai... ape kata u kongsi resepi masakan cina yg best dan mudah kat sini.

boleh..ada banyak yang halal dan sedap sedap~
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 01:27 PM
sandwich ham ayam





Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 01:30 PM
BBQ dalam rumah




cara-cara:
sayur atao daging yang suka hati ditabur garam,
lada hitam,
cucuk gdn lidi.
sapukan mentega di atas nya,
dan taburkan pasley cincang,

lepastu masuk dalam oven saja.
senang dan sedap!

[ Last edited by  wizerntai at 12-10-2008 08:42 PM ]
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 01:37 PM




nak beli boleh order..saya yang buat semua ni
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 01:49 PM
tang yuan

manisan orang cina

bentuk bulat lambang kerluarga yang sempurna+bersatu





cara-cara
tepung pulut
+air jadikan doh
boleh masuk inti yang suka atau kosong..
buat bulat bulat,rebus air denggan daun pandan(juga boleh masuk 1~2keping halia nipis..bebih wangi lagu:pompom: ).bila air dah didih,masuklah tangyuan.
bila nampak semuanya dah timbol ertinya sudah masak~
gaul kan dengan gula pasir yang secukupnya.

bila masak bubur cha cha pun boleh masuk kan ini..


[ Last edited by  wizerntai at 12-10-2008 08:43 PM ]
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 01:59 PM
batang keladi



Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 02:03 PM
ikan yu goreng sayur masin



Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 02:05 PM
sup ayam masak serai


Author: dianaris    Time: 9-10-2008 03:18 PM
terer lah u wizern.. welkam..
bila nampak gambar mmg bersemangat nak masak2 ni..
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:25 PM
bila dah masak nanti jangan lupa ambil bambar ya... sa ya put nak tengok
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:29 PM
kacang panjang goreng sambal ikan bilis



Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:32 PM
ikan pari bakar













Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:34 PM
kari ayam





Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:38 PM
bubur cha cha/momo cha cha



Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:40 PM
tangyuan +ubi keledek




Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:42 PM
nasi goreng adabi~



Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:51 PM
Tortilla burger Ayam














Twister



[ Last edited by  wizerntai at 9-10-2008 03:54 PM ]
Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:57 PM
kacang goreng serbuk mee maggie



Author: wizerntai    Time: 9-10-2008 03:58 PM
sayur campur dengan dada ayam





Author: CatLady    Time: 9-10-2008 06:22 PM
Hello Wendy...

Selamat datang...rumah nie sunyi sket sekarang cause masing masing masih sibuk beraya ..

tapi sila silalah berkongsi resepi dan sama sama belajar serta berkongsi ilmu
Author: luvpierre    Time: 9-10-2008 06:31 PM
wah sonoknya tgk mknn smua
nmpk sodap yo
Author: Baiduri Othman    Time: 9-10-2008 08:01 PM
Originally posted by wizerntai at 9-10-2008 09:42 AM
Hai kakak semua..saya forum CARIchinese.
Orang Kuching Sarawak,sekarang duduk kat JB Johor

sebab dari kecik bergaul dengan kawan melayu,saya suka sangat lauk pauk orang melayu.
oleh kerana b ...


I say man, sedap you punya masakan. Saya pun org Kuching, Swak & memang duduk Kuching.

BTW wizerntai, sharelah resipi kat sini. Saya minat masakan Cina esp dim sum.

[ Last edited by  Baiduri Othman at 9-10-2008 08:02 PM ]
Author: nanie    Time: 9-10-2008 08:18 PM
wahhhh sedap nye. lapa lak tgk
Author: wizerntai    Time: 10-10-2008 08:54 AM
Originally posted by CatLady at 9-10-2008 06:22 PM
Hello Wendy...

Selamat datang...rumah nie sunyi sket sekarang cause masing masing masih sibuk beraya ..
tapi sila silalah berkongsi resepi dan sama sama belajar serta berkongsi ilmu :lovel ...

ialah,saya pun rasa hairan kenapa macam dak ada orang post resipi kat sinni..
krn kat chinese forum meriah..hari hari ada resipi baru

Originally posted by luvpierre at 9-10-2008 06:31 PM
wah sonoknya tgk mknn smua
nmpk sodap yo

kakak pu boleh masak..senang je..


Originally posted by Baiduri Othman at 9-10-2008 08:01 PM


I say man, sedap you punya masakan. Saya pun org Kuching, Swak & memang duduk Kuching.

BTW wizerntai, sharelah resipi kat sini. Saya minat masakan Cina esp dim sum.


o.. kitak org kch?
kinektuk kmk tinggal kat jb.. laogong keja at sitok..
dolok mkm tinggal kat kem batu kawa.. kakak tinggal kat sine?
Author: wizerntai    Time: 10-10-2008 08:55 AM
Originally posted by nanie at 9-10-2008 08:18 PM
wahhhh sedap nye. lapa lak tgk



haha... jgn tengok aje ..boleh cuba buat.. senang aje..kalao nak resipi, jgn malu minta ngan i ye
Author: Baiduri Othman    Time: 10-10-2008 09:52 AM
Title: Reply #34 wizerntai's post
Kamek diam di Kuching. Di tgh bandaraya Kuching. Semuanya jln kaki jak sebab dekat. Kitak tauk wet market di Gambier Road dah pindah ke Stutong. Jauh dah. Khabarnya nak pindah gik ke area Matang somewhere tempat restaurant pizza. Okaylah. Cuba di Satok jak. Dpt parking di Wisma Satok jak.

wizerntai, kalau rajin paste Chinese recipes. Kamek selalu check blogs on Chinese recipes. Thanx.
Author: adialiafi    Time: 10-10-2008 11:42 AM
Wizentai, bagi la resipi sekali, boleh cuba bebila masa yg seswai
Author: yujin    Time: 10-10-2008 12:12 PM
Originally posted by wizerntai at 9-10-2008 10:19 AM
hi..kaka dari mana???

dok kt phg tp x la reti masak sgt
Author: fathinaziz    Time: 10-10-2008 01:48 PM
wah wizern....... rajinye u masak... semua nampak sedap
Author: wizerntai    Time: 10-10-2008 03:29 PM
Originally posted by Baiduri Othman at 10-10-2008 09:52 AM
Kamek diam di Kuching. Di tgh bandaraya Kuching. Semuanya jln kaki jak sebab dekat. Kitak tauk wet market di Gambier Road dah pindah ke Stutong. Jauh dah. Khabarnya nak pindah gik ke area Matang  ...

o... mak kmk ada letak kuih kat gerai stutong...
kuih cakoi.
yalh pempat ya dah lama sayang kan dah sik ada..bersejarah kan..hari minggu ktk leh gi sunday market.. banyak gik sayur kat sinun
sejak bapak kmk pencen kmk pindah gi bintawak... mak kmk jual kat pasar pintawak... juah kuih melayu,mi,bihun,cakoi,ngan juak nasi kari.
Author: wizerntai    Time: 10-10-2008 03:30 PM
Originally posted by adialiafi at 10-10-2008 11:42 AM
Wizentai, bagi la resipi sekali, boleh cuba bebila masa yg seswai

ok la..kalao senang nanti i pos kan resipi ya... sekarang sibuk sikit.. pasal kanteen kilang..
Author: wizerntai    Time: 10-10-2008 03:31 PM
o.. tak pa..yang tak paham boleh tanya.. yang saya pandai i boleh ajar
Originally posted by yujin at 10-10-2008 12:12 PM

dok kt phg tp x la reti masak sgt

Author: wizerntai    Time: 10-10-2008 03:33 PM
thank you..
skr nak belajar masakan negeri lain pulak... nak ambil alih kantin kilang bulan 11ni..
tapi belum dapat pekerja melayu lagi la...
Originally posted by fathinaziz at 10-10-2008 01:48 PM
wah wizern....... rajinye u masak... semua nampak sedap

Author: Baiduri Othman    Time: 10-10-2008 10:30 PM
Title: Reply #40 wizerntai's post
So far belum sempat pergi pasar Stutong. Jauh juak dr. Kuching. Paduhal emak kitak ada jual cakoi. Kamek minat juak cakoi. Prefer beli dr. molah. Cakoi belum expert molah.

Mun dim sum bolehlah. Kamek nang minat masakan Cina selain Indian food.

Tok dim sum kamek.

Dough - tepung mix with water
Filling - isi ayam, jagung dlm tin, sos tiram, garam & gula to taste

Dough di canai nipis2 dibulatkan. Baru masukkan inti & buat mcm karipap. Bila semua dah siap rebus dlm air menggeledak selama 10 - 15 minutes.

[ Last edited by  Baiduri Othman at 10-10-2008 10:35 PM ]
Author: wizerntai    Time: 10-10-2008 11:58 PM
pande na juak ktk molah dimsam.. kmk blem pernah coba agik.

Author: myariesa    Time: 11-10-2008 11:00 AM
wendy..saya nak minta resepi la,nk minta resepi udang garlic n kangkung belacan hari tu makan kat restoran cina di bukit bintang sedap sangat
Author: Baiduri Othman    Time: 11-10-2008 11:26 AM
Title: Reply #45 wizerntai's post
Paduhal...... Malu benar org Cina mcm kitak sik pernah cuba. Wizerntai, nanti pastelah recipes esp. yg dlm gambar tu kat sini. Ayam masak sos plum ada tak? Tortilla pernah cuba. Bubuh mayonaise, lettuce, ayam goreng, tomato etc.
Author: wizerntai    Time: 11-10-2008 01:19 PM
Originally posted by myariesa at 11-10-2008 11:00 AM
wendy..saya nak minta resepi la,nk minta resepi udang garlic n kangkung belacan hari tu makan kat restoran cina di bukit bintang sedap sangat

udang garlic yang macam mana?stim punya?
kangkung belacan senang aje
udang kering
cili merah
bawang merah
belacan

tumbuk semua bahan di atas..
lepas tu kuali masuk minyak tumis hingga wangi,masuk kangkung.
kalao tak cukup masin baru tambah garam,krn kadang kadang belacan dah masin
bila semua dah kena minyak atau kacao rata,masuk sedikit air.. bila didih boleh angkat.


bahan tumbuk tadi boleh di makan gitu saja,belacan tu di bakar dalam kuali sebelum bumbok.. lagi wangi.
boleh picit air limao kan bahan belacan tu dan makan dgn ulam
Author: wizerntai    Time: 11-10-2008 01:20 PM
Originally posted by Baiduri Othman at 11-10-2008 11:26 AM
Paduhal...... Malu benar org Cina mcm kitak sik pernah cuba. Wizerntai, nanti pastelah recipes esp. yg dlm gambar tu kat sini. Ayam masak sos plum ada tak? Tortilla pernah cuba. Bubuh mayonaise ...

ayam masak sos plum?ada gambar tak?
lemon chicken pandai la
Author: myariesa    Time: 11-10-2008 02:01 PM
Title: Balas #48 wizerntai\ catat
udang garlic tu digoreng
Author: yumna    Time: 11-10-2008 02:37 PM
  kak bai.. jgn la cakap sarawak ngan wztai.. yumna ni baru nak main masak2.. tak paham la..
Author: stokin    Time: 11-10-2008 06:43 PM
wahhh...sedapnyer nampak. boleh belajar ngan wendy nih. saya baru kifan dgn cindian. lou kong saya suka chinese food, boleh saya masak untuk dia nanti.
Author: rockyj    Time: 11-10-2008 09:09 PM
hai..
tempeklh resepi sekali...nanti kita blh try gak.. nmpk sedap semuanye...
Author: Baiduri Othman    Time: 11-10-2008 10:16 PM
Title: Reply #51 yumna's post
Yg resipi tu mana ada cakap Swak. Kan semua BM standard.
Author: Baiduri Othman    Time: 11-10-2008 10:18 PM
Title: Reply #49 wizerntai's post
Lebih kurang mcm ni lah ayam dgn sos plum.



Kalau ada resipi ayam lemon, paste je kat sini. Thanx.
Author: wizerntai    Time: 12-10-2008 02:31 PM
Originally posted by stokin at 11-10-2008 06:43 PM
wahhh...sedapnyer nampak. boleh belajar ngan wendy nih. saya baru kifan dgn cindian. lou kong saya suka chinese food, boleh saya masak untuk dia nanti.

ye..kita sama sama belajar nanti ya..
Author: wizerntai    Time: 12-10-2008 07:40 PM
Nasi Chicken Chop Hainamese




resipi:
dada ayam
serbuk roti
tepung gandum
1telur ayam

untuk sos masam manis:
sos tomato
sos cili-sedikit sahaja
sos tiram
gula.
sedikit air
air tepung kanji



untuk perap ayam:
sos tiram
lada hitam
sedikit garam
minyak bijan

side dish
suka hati
sayur apa pun boleh

ayam diperap selama 10 minit
lekat kan tepong gandum pada isi ayam
celupkan ayam yang kena tepung tadi pada telur
akhir sekali lekat kan serbuk roti.
dan guna api kecil gorreng hingga masak


campurkan semua bahan sos masam manis kecuali air tepung kanji
masa hingga didih,dan rasa sama ada cukup rasa.
bila dah didih, masukkan sedikit air kanji untuk jadikan sos tu sedikit pekat.
tutup api...

siram kan sos masam manis kat atas ayam...boleh dihidangkan denggan nasi


[ Last edited by  wizerntai at 12-10-2008 07:43 PM ]
Author: Baiduri Othman    Time: 12-10-2008 09:15 PM
Title: Reply #57 wizerntai's post
Ni kira ayam masam-manis versi Chinese. InsyaAllah nak cuba.
Author: wizerntai    Time: 13-10-2008 09:35 AM
Originally posted by Baiduri Othman at 12-10-2008 09:15 PM
Ni kira ayam masam-manis versi Chinese. InsyaAllah nak cuba.

kak,ktk mandei masak kari kan.. minta aya masak merah stlye kuching. kamek memang pernah masak.. tapi orang melayu masah lagi nyaman
kuh nyan ada campor susu cair kan..umah kamak ada susu cair .maok coba tuk.
Author: Baiduri Othman    Time: 13-10-2008 10:52 AM
Title: Reply #59 wizerntai's post
Alrite dik.

Here's the recipe for Ayam Masak Merah Swak style

Bahan2nya
1 kg ayam dibersihkan & dipotong
(ayam digaul dgn serbuk kunyit & garam)
segenggam cili kering diblender
3 senduk tomato sos or tomato puree
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai ditumbuk manja
2 keping asam keping
1/2 gelas susu cair (ikut taste masing2)
garam & gula secukup rasa

Cara2 membuatnya:-

1. Ayam yg sudah diperap dgn kunyit & garam digoreng ttp jgn overcook. Just cukup2 masak.
2. Bahan2 spt bawang merah, bawang putih & halia ditumbuk lumat. Baru tumis bersama serai & cili kering yg dah diblender lumat. Kacau sampai keluar minyak baru masuk sos tomato or tomato puree. Kacau lagi sampai ramuan masak. Baru masuk susu cair dgn sedikit air bersama ayam yg dah digoreng.
3. Masuk garam & gula. Kalau kurang masam, masuk asam keping. Bila kuah dah pekat tandanya dah masaklah tu.

PS. Ada jugak org masukkan kunyit serbuk time menumis.
Author: wizerntai    Time: 13-10-2008 01:03 PM
Originally posted by Baiduri Othman at 13-10-2008 10:52 AM
Alrite dik.

Here's the recipe for Ayam Masak Merah Swak style

Bahan2nya
1 kg ayam dibersihkan & dipotong
(ayam digaul dgn serbuk kunyit & garam)
segenggam cili kering diblender
3 sendu ...

TQ
Author: dianaris    Time: 13-10-2008 02:02 PM
kalau chinese style aku suka mcm konghu braised rice.. feveret aku kat cozy corner ampang park..
Author: aznie97    Time: 13-10-2008 05:17 PM
Originally posted by wizerntai at 9-10-2008 01:59 PM
batang keladi
[url=http://i299.photobucket.com/albums/mm320/wendy8420/070920082646.jpg]http://i299.photobucket.com/albums/mm320/wendy8420/070920082646.jpg[/url]
http://i299.photobucket.com/albums/mm320/wen ...
nampak sedap lah masak keladi ni.....nak resepi boleh ker.
Author: emas4me    Time: 14-10-2008 08:29 PM
bro , mana leh dpt chef yang leh masak makanan chinese style ni...nak la
Author: seroja    Time: 14-10-2008 09:46 PM
kmk suka gilak ngan sayo keladi ya! mun nenek molah alu sik makan nasik. nganyang sayo ya jak
Author: seroja    Time: 14-10-2008 10:00 PM
Title: Balas #63 aznie97\ catat
mang sedap. oja taw macak neh. tp tgu tuan umah la kasi resepi.
Author: Baiduri Othman    Time: 15-10-2008 09:29 AM
Title: Reply #65 seroja's post
Seroja, sayur keladi ya biasa molah di rumah. Boleh masak rebus, masak lemak & masak pedas2 mcm dlm pic wizerntai ya.

Kelak kamek post recipe. Tok gik gago benar ko.
Author: Baiduri Othman    Time: 15-10-2008 09:31 AM
Sayur keladi whether masak rebus, masak lemak, masak pedas sedap makan dgn ikan masin termasuk ikan terubuk masin. Lapar dah perut ttp sayang tak ada menu sayur keladi hari ni.
Author: french_fry    Time: 15-10-2008 09:49 AM
Wen, mak kamek pun asal dari Pusa Saribas juak. Tapi nenek datok dah sekda so sekali sekala ajak balit kampung.

Kamek pun suka chinese food. Tauk sik macam ney molah nasik goreng cina ?
Author: kodoklawa    Time: 15-10-2008 10:01 AM
Originally posted by Baiduri Othman at 10-10-2008 10:30 PM
So far belum sempat pergi pasar Stutong. Jauh juak dr. Kuching. Paduhal emak kitak ada jual cakoi. Kamek minat juak cakoi. Prefer beli dr. molah. Cakoi belum expert molah.

Mun dim sum bolehlah ...
bai..dim sum ni mkn dgn ape ? sambal kicap ke?  inti tu kene masak dulu ya? tingin sgt nak mkn dim sum..lum pernah cuba lg..
Author: ji_ji    Time: 15-10-2008 12:22 PM
wendy..........
jiji nak tau resepi nasi goreng hailam
nasi goreng ni sellunya dijual kedai yg menjual masakan hailam sajork..
simple jer nasi dia, ada daging/ayam dan udang,rasanya cuma pakai kicap tp xtau kicap jenis hapa..
Tapi..bkn nasi goreng hailam yg mcm ala thai atau melayu punya.
Yg goreng nasi then simbah kuah hailam tu akak tak nak..

then klu ada akak nk ayam goreng dgn gajus
Author: adiwish    Time: 15-10-2008 02:20 PM
hi sis, saya nak tanya... saya suka makan ban mian.. boleh mintak resepi tak?


file:///C:/DOCUME%7E1/Ayu/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-4.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/Ayu/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-5.jpg

[ Last edited by  adiwish at 15-10-2008 02:42 PM ]
Author: Baiduri Othman    Time: 16-10-2008 08:42 AM
Title: Reply #70 kodoklawa's post
Dim sum ni makan dgn kicap yg dicampur dgn halia tumbuk. Memang sedap tak terkata. Selain rebus boleh goreng. Memang simple sgt recipe ni. Inti pulak boleh dipelbagaikan. Selain jagung tin & isi ayam boleh guna chive (daun kucai), isi ikan, udang, rebung muda dsbnya.
Author: Baiduri Othman    Time: 16-10-2008 08:43 AM
Title: Reply #69 french_fry's post
Sik sabar tunggu recipe nasi goreng Cina wizerntai.
Author: french_fry    Time: 17-10-2008 08:43 AM
Originally posted by Baiduri Othman at 16-10-2008 08:43
Sik sabar tunggu recipe nasi goreng Cina wizerntai.

Nyalah ya, dah try dah ada resipi nasik goreng cina temu dalam forum tok tapi sik rasa kedak nak dimakan kat kedei cina. Ya la nak mintak resipi from a chinese herself. Ney tauk jadi sama
Author: katak_kiut    Time: 17-10-2008 09:57 AM
Originally posted by wizerntai at 9-10-2008 03:58 PM
sayur campur dengan dada ayam






bestnyer tgk colour combination sayur2 nie

meriah!!!!
Author: pinkylady11    Time: 17-10-2008 10:23 AM
hmmm lapar aku masuk sini.....

Author: wizerntai    Time: 17-10-2008 10:22 PM


Originally posted by seroja at 14-10-2008 10:00 PM
mang sedap. oja taw macak neh. tp tgu tuan umah la kasi resepi.



oja pun boleh nulis resepi nenek ktk..kmk agak agak jak kerana mak mkm baru benar benar pande..
Author: wizerntai    Time: 17-10-2008 10:24 PM
Originally posted by Baiduri Othman at 15-10-2008 09:29 AM
Seroja, sayur keladi ya biasa molah di rumah. Boleh masak rebus, masak lemak & masak pedas2 mcm dlm pic wizerntai ya.

Kelak kamek post recipe. Tok gik gago benar ko.

mak kmk masak asam goreng tok..kak, ktk tolong mek pos kan k
Author: wizerntai    Time: 17-10-2008 10:27 PM
Originally posted by french_fry at 15-10-2008 09:49 AM
Wen, mak kamek pun asal dari Pusa Saribas juak. Tapi nenek datok dah sekda so sekali sekala ajak balit kampung.

Kamek pun suka chinese food. Tauk sik macam ney molah nasik goreng cina ? :lovel ...
ktk put orang pusa?
kmk pun raya baru balit....sinun pun ikan terubok fresh la..
masa kecik kecik dolok asa ada cuti kmk mesti balit
nangkap gamak bah.. kinek tuk dah besar sik mauk gik ..malu
mun kmk free kmk masak ngan resipinya sekali k..
Author: wizerntai    Time: 17-10-2008 10:32 PM
Originally posted by ji_ji at 15-10-2008 12:22 PM
wendy..........
jiji nak tau resepi nasi goreng hailam
nasi goreng ni sellunya dijual kedai yg menjual masakan hailam sajork..
simple jer nasi dia, ada daging/ayam dan udang,rasanya cuma pakai ...

kuah tu?air tambah rasa garam dan bicin,serbuk lada hitam,bila dah didih masuk sikit air kanji,biar pekat sedikit.,tutup api,simbah atas nasi.. masak kue tiao/mee pun leh buat gitu
Author: wizerntai    Time: 17-10-2008 10:34 PM
Originally posted by Baiduri Othman at 16-10-2008 08:42 AM
Dim sum ni makan dgn kicap yg dicampur dgn halia tumbuk. Memang sedap tak terkata. Selain rebus boleh goreng. Memang simple sgt recipe ni. Inti pulak boleh dipelbagaikan. Selain jagung tin & isi  ...

cuba kicap tu campur sedikit cuka,, wangi lagi..

Author: wizerntai    Time: 17-10-2008 10:35 PM
Originally posted by adiwish at 15-10-2008 02:20 PM
hi sis, saya nak tanya... saya suka makan ban mian.. boleh mintak resepi tak?


file:///C:/DOCUME%7E1/Ayu/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-4.jpgfil ...
ban mian tu susah sikit..nanti senang saya buat dan tunjuk gambar ye

QUOTE:
Originally posted by french_fry at 17-10-2008 08:43 AM

Nyalah ya, dah try dah ada resipi nasik goreng cina temu dalam forum tok tapi sik rasa kedak nak dimakan kat kedei cina. Ya la nak mintak resipi from a chinese herself. Ney tauk jadi sama

sebenar nya nasi goreng cina mun mauk ada wangi nya menti goreng ngan udang..bau ada wangi nyaman.. pastu pakeh serbuk ayam maggie

[ Last edited by  wizerntai at 17-10-2008 10:43 PM ]
Author: wizerntai    Time: 17-10-2008 10:39 PM
Originally posted by katak_kiut at 17-10-2008 09:57 AM


bestnyer tgk colour combination sayur2 nie

meriah!!!!

hihi.. saya masak sayur memang suka cari sayur yang warna warni..baru la serela nak makan.. tak lah pucat aje




QUOTE:
Originally posted by pinkylady11 at 17-10-2008 10:23 AM
hmmm lapar aku masuk sini.....

masuk lah selalu..

[ Last edited by  wizerntai at 17-10-2008 10:42 PM ]
Author: amoilawa    Time: 22-10-2008 10:19 AM
hai..kamek pun orang sarawak juak..tp kamek di Miri..
suka ngan semua masakan kitak..
tambah gik byak2 resepi..
banyak2 resipi nok kitak letak sitok, kamek plg suka nok keladi ya..
my faveret..
Author: aznie97    Time: 22-10-2008 01:56 PM
winzerntai.......mana resepi masak keladi tu.
dah bertahun akak minta ni....
Author: ida29    Time: 22-10-2008 04:25 PM
Originally posted by wizerntai at 9-10-2008 03:51 PM
Tortilla burger Ayam
http://i299.photobucket.com/albums/mm320/wendy8420/210720082210.jpg

http://i299.photobucket.com/albums/mm320/wendy8420/210720082203.jpg

http://i299.photobucket.com/alb ...


wah twister homemade u nampak sedap. Blh try nie
Author: julyangel    Time: 22-10-2008 11:05 PM
hie ... im new here..
i pernah makan kuih cina dim sum....
yang isi kuih tu udang kering and mangkuang...wow best!!!
i likkkkkkkkkeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!
tau tak cmana nak buat????
nampak simple je....
Author: Baiduri Othman    Time: 23-10-2008 10:33 PM
Title: Reply #79 wizerntai's post
Kamek sik pernah masak goreng asam. Yg biasa cili merah ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih, belacan, ikan bilis & rebus bersama batang keladi (yg dah direbus terlebih dulu) & keladi. Masuk serai, daun singkel & daun kunyit. Bubuh asam jawa or asam keping, garam & ajinomoto secukup rasa.

Kalau masak lemak, bubuh air santan. Mcm tu je saya buat. Kalau ada tempoyak lagi lah sedap bubuh dlm lauk sayur keladi. Siap ada kerang rebus lagi. Yummy......

PS. Kalau yg jenis goreng tu rasanya tumis bahan2 dgn minyak. Cili kena lebih sikit sp. nampak warna merah mcm dlm gambar wizerntai tu.

[ Last edited by  Baiduri Othman at 23-10-2008 10:34 PM ]
Author: Baiduri Othman    Time: 23-10-2008 10:35 PM
Title: Reply #88 julyangel's post
Mcm resipi dim sum saya jugak. Cuma filling tu bubuh udang kering & mengkuang.
Author: pinky_izzu    Time: 24-10-2008 02:17 PM
Title: ikan bakar
wendy....saya nak resepi ikan bakar yg letak bende tu la..tq
Author: Dlynn_78    Time: 24-10-2008 04:04 PM
wendy... ada resepi Yee Mee cantonese style tak.. i suka la mkn ni.. sup dia best..kaler ala2 brown.. siap ada putey2 cam telor kacau...sedap laa...
Author: rimbun    Time: 26-10-2008 11:55 AM
wah banyak beno permintaan resepi kat sini.... rimbun pon suka chinese style tp susah nak cari resepinyer
Author: HangPC2    Time: 9-11-2008 11:35 AM
Makanan halal penyelamat




Muslim China terkecuali daripada pencemaran bahan kimia melamin



KAHERAH: Penduduk Muslim China khususnya di wilayah Xinjiang, 'terselamat' dalam skandal pencemaran makanan membabitkan bahan kimia melamin, kerana mengamalkan pemakanan halal.

"Makanan halal sememangnya sesuatu yang kami amalkan sejak turun temurun. Ia jauh lebih selamat kerana tidak membabitkan sebarang campuran bahan asing dan prosesnya juga jauh lebih bersih dan tidak mudah dicemari," kata Hui Li Luang, Pengurus Pasar Raya Makanan Halal Urumqi Arman.

China yang juga negara paling ramai penduduk di dunia, terjejas teruk akibat skandal pencemaran susu dan produk berkaitan yang paling memalukan dalam sejarah moden negara itu.

Sekurang-kurangnya empat bayi maut akibat masalah kegagalan buah pinggang manakala 53,000 kanak-kanak jatuh sakit selepas minum susu dicemari melamin yang juga bahan kimia industri. Bahan itu dicampurkan atas alasan menjadikan susu itu lebih kaya dengan hasil protein.

Pencemaran itu menyebabkan Beijing terpaksa menarik jualan produk berasaskan susu yang dijual di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, wilayah Xinjiang yang majoriti penduduknya beragama Islam, terselamat kerana selain amalan mengikut Islam yang mewajibkan makanan halal, standard atau piawaian makanan itu juga tinggi.

"Industri tenusu dikawal ketat institusi kerajaan serta agama," kata Wei Sheng Wang, Pengarah Suruhanjaya Perdagangan kerajaan Xinjiang. � Agensi

"Di sini, semua makanan perlu disahkan satu Majlis Islam tempatan yang dianggotai imam untuk memastikan makanan itu benar-benar menepati piawaian ditetapkan."

Anggota majlis itu dan pemeriksa makanan kerajaan, sering melawat kilang untuk memastikan makanan itu selamat dan bersih.

"Buat masa ini kami tidak berdepan dengan sebarang kes pencemaran makanan," kata Wei.

Di wilayah itu juga, sebahagian besar hasil tenusunya dikeluarkan di kawasan sama.

"Wilayah lain tidak dapat mengawal bekalan hasil tenusu kerana menerimanya daripada orang tengah," kata Pengurus Besar syarikat tenusu terbesar Xinjiang, Dan Feng Zhang.

Piawaian makanan halal itu terbukti meningkatkan keyakinan terhadap produk makanan Xinjiang yang turut digelar sebagai 'New Zealand China.' - Agensi



- Berita Harian -




Author: hylim007    Time: 1-12-2008 10:28 PM
Title: Masakan Cina Halal
Nak tahu, ramaikah orang Melayu yang teringin makan masakan Cina tetapi tidak buat demikian kerana takut tak Halal?
Sekiranya Halal, adakah orang Melayu akan cuba tanpa was-was ataupun perlu kawan yang rujuk baru berani cuba?

Masakan Cina jenis apa yang anda paling suka?
1. Daging/ayam
2. Ikan/makanan laut
3. Sayur
4. Dim sum
5. Lain-lain - nyatakan
Author: applepie01    Time: 1-12-2008 10:45 PM
sayer suka dim sum....yummy...tp susah nak cari yg halalnyer...tp chinese food sumer yummylicious...
Author: nir    Time: 1-12-2008 10:57 PM
suka segala jenis noodles terutama yang bersup. dimsum pun suka jugak. seafood pun jalan je. ehhhh nak dikatakan semuanya suka la .. asalkan HALAL. HALAL yang tiada was2

saya hanya akan makan kalau terpampang jelas sijil halal dari pihak yang berkenaan. kalau takat recommendation dari kawan tapi takde tu semua .. tak nak la. pastu mestila bersih

ada satu di tesco shah alam .. kat food court .. pengusaha dia memang chinese muslim. kalau nak merasa segala jenis mee bersup .. boleh la ke sana. tekak saya kata sedap
Author: auntie_girl    Time: 1-12-2008 10:59 PM
ayam mangga

tolong, nak resipi ayam mangga
Author: seroja    Time: 1-12-2008 11:01 PM
Title: Reply #1 hylim007's post
klu cara penyediaan mengikut hukum islam.. ta salah try.
Author: hylim007    Time: 1-12-2008 11:15 PM
Title: Balas #5 seroja\ catat
klu setakat cara penyediaan ikut hukum Islam tapi takda sijil Halal pun boleh juga ke?




Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4