Semenjak zaman ZainalAbidin 1lagi, penyertaan aktif sultan dalam pentadbiran dan pengurusan negeridan masyarakat begitu ketara, termasuk dalam bentok pengagihan daerahkepada kerabat diraja dan orang kenamaan yang berjasa,sebagaimana yangberlaku di negeri-negeri Melayu lain semenjak Kesultanan Melaka. Rajaselaku pemerintah menjadi paksi dalam susunan birokrasi, yangmelibatkan golongan istana, para pembesar dan慾uak-juak
Author: BeachBoys Time: 13-6-2009 02:23 PM
Title: Pinang kotai
Penglibatan anak Terengganudalam bidang komersil telah menyebabkan lanskap kehidupan sosiol danekonomi mengalami perubahan sebegitu rupa sehingga Kuala Terengganubertukar wajah menjadi sebuah bandar "typical of an Asian bazaar".Nukilan berikut memperihalkan kedudukan ibu negeri itu dalambabak-babak penting sejarahnya. Seorang pegawai pentadbir kolonialBritish, Sir William Maxwell, mendapati bahawa pada tahun-tahun1890an,di sebuah pasar terbuka di Kuala Terengganu, setiap peniagaadalah wanita:
"Some came from the villages with poultry and eggs, fruits andvegetables an anything that their husbands, fathers or children grew,and others were the wives and daughters of the fisher-folk. All weredressed in the brilliant and flaunting colours of Terengganu-made silksand cloths". Beliau seterusnya menambah "...and their beauty and charmwere equaled only by their business acumen. It was the gayest and mostdelightful scene imaginable"
W.W.Skeat dan F.F.Laidlaw,dalam pengamatan mereka pula merujuk kepada aktiviti industri pendudukibu negeri Terengganu sekitar masa yang sama: "KualaTerengganu appearedto be a hive of industry, and we were truly astonished at the range ofactivities, and in parts at the high qualityof the work." Ringkasnya,sebagaimana yang pernah dirumuskan oleh seorang pegawai dan pemerhatiBritish, Hugh Clifford, "The natives of Terengganu are of a verydifferent type. First and foremost, they are men of peace. Their soleinterest in life is the trade or occupation which they ply...." SarjanaJ. De V. Allen, berpandangan serupa, ketika menghuraikan pendirianClifford:"...this is not the only evidence wehave of the growth ofsomething like a Malay middle-class and the development of acapitalist-style economy: there was the emergence of a large group ofskilled craftmen; and the method of marketing thefishing-catch...clearly suggests a form of indigeneouscapitalism".Gambaran-gambaran seperti ini mungkin tidak mewakilisepenuhnya kenyataan hidup yang terdapat di Negeri Terengganu umumnya,dan di Kuala Terengganu khususnya, namun ia sedikit sebanyakmemperlihatkan suatu pembabitan yang telah menarik pandangan danmenyentuh perasaan banyak pihak lantaran ia begitu menyerlah danmenonjol.Keislaman-Kemelayuan penduduk Terengganu juga telahmembolehkan bangsa lain yang bukan beragama hidup aman damai semenjakKurun ke 18 lagi.
Seorang pelawat Perancis, JeanFrancois de Surville, ketika mengunjungi Kuala Terengganu pada tahun1769, mendapati tiga buah bazaar membeli belah,satunya Pasar OrangMelayu, satu lagi Pasar Orang Cina dan yang satu lagi Pasar Orang Siam.Pada tahun 1828, seorang pengembang agama Kristian, W. Medhurst, pulamengesahkan bahawa penduduk Cina di sekitar bandar bebas bertutur dalambahasa ibunda mereka, suatu ciri yang kekal terdapat hingga kini.Kampung Cina dengan penempatan penghuninya seperti sediakalamenjelaskan taraf toleransi yang telah diperlihatkan oleh golongan yangterlibat dalam pengembangan budaya Melayu-Islam.
Author: BeachBoys Time: 13-6-2009 02:27 PM
Perhatikan bahasa yang tertulis pada salah satu bahagian batu bersurat terengganu (setelah diterjemahkan):
RasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam.
Dengan benar bicara, derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
Di benuaku ini pembantu agama RasuluLlah SallaLlahu alaihi wasallamrajamandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalambumipebantu itu fardhu pada sekalian raja mandalika Islam menurutsetitahDewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri PadukaTuanmenduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat dibulanRejab di tahun Saratan di sasanakala.Baginda RasuluLlah telahlalutujuh ratus dua.
ini pula tulisan yang terdapat pada batu bersurat minye tujuh aceh
hijrat nabi mungstapa yang prasida
tujoh ratus asta puluh sawarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah
gutra barubasa mpu hak kadah pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi Tuhan samuha
taruh dalam swarga Tuhan tatuha
Author: sayapghaib Time: 14-6-2009 12:57 PM
Originally posted by BeachBoys at 13-6-2009 14:27
Perhatikan bahasa yang tertulis pada salah satu bahagian batu bersurat terengganu (setelah diterjemahkan):
RasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya ...
Yang perkataan Acheh tu kat batu bersurat Minye Tujuh ke, kat Batu Nesan kat Pasai. Bunyi macam perkataan kat batu nesan puteri Sultan Kedah yg juga cucu Sultan Al Malikul Dzahir Raja Samudera Pasai jer.
Author: BeachBoys Time: 14-6-2009 04:49 PM
Title: Reply #10 sayapghaib's post
Pasai tu kat mana letaknye ye?
Author: BeachBoys Time: 14-6-2009 06:15 PM
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-10-2009 11:43
CATATAN MENGENAI TERENGGANU DALAM SEJARAH NEGARA CHINA DAN PENEMPATAN AWAL KOMUNITI CINA DI TERENGGANU
2,000 Tahun Dahulu
Dinasti Han Barat (206SM - 8M)
Negara Du-Kun () Negara Koli () Kua-Du-Kun ()/Kuala Dungun
Artifak Gendang Dong So'n () - 2,500 Tahun
Sebuah catatan Cina, "Han Shu" yang ditulis oleh Bangu ada menyebut pada zaman Dinasti Han Barat menyatakan bahawa Duta Han telah diarah belayar ke Wong Zhi (India) dan pelayarannya bermula daripada Pelabuhan Hup-Pu di Semenanjung Luizhou di Negeri Kanton, Negara Cina.Mereka belayar ke Selatan dan mengambil masa selama 5 bulan untuk sampai kesebuah Negara yang bernama Du-Yuan 4. Selepas pelayaran Duta Han ini,beberapa buah buku lain juga ada mencatatkan mengenainya dengan ejaan yang berdekatan dengan nama ini seperti Du-Kun "Tong Tain" (m/s 188),"Tai Peng Ye Chang"(m/s 888),Kua-Du-Kun"Liang Shu, Fo Nam Chuan" dan Kua-Du-Kan "Nam Chuan Shu. Ling Yi Chuan".Ahli sejarah tempatan professor Kho Yuanqiao berpendapat " Kua-Du-Kun" itu adalah Kuala Dungun.
Pada zaman Dinasti Song, buku "Tai Peng Ye Chang" yang ditulis oleh Lee Fang ada mengatakan bahawa penduduk di Kua-Du-Kun seramai 2,000 orang yang berhijrah dari Daerah Chu Woo di Negeri "Jenam" (Vietnam) yang pada masa itu Negeri Jenam terletak dibawah jajahan Negara Cina. Mereka adalah petani dan berbangsa Han yang telah lari dari tempat asalnya kerana mereka tidak berpuas hati dengan Pegawai Kerajaan yang ketika itu sentiasa memaksa mereka membayar cukai yang terlalu tinggi dan mereka tidak mampu untuk membayarnya.Artifak Dong So'n yang dijumpai di Kampung Batu Buruk dan Jerteh adalah barangan dari Negeri Jenam (Vietnam) yang pertukangannya berasal daripada Yun Nam di Negara Cina.
Pada ketika itu, sebuah Negara bernama Gouli telah pun dicatatkan berkali-kali di dalam buku "Tong Tain" 6 (m/s 188) yang ditulis oleh Toh You pada zaman Dinasti Tang.Nama Koli/Coli seperti ini telah disebut oleh seorang penulis berbangsa Yunani /Greek iaitu Pegawai Perpustakaan di Pelabuhan Besar Alexandria (Iskandariah) di Negara Egpyt lama pada zaman Empayar P'Tolemy. Dalam bukunya "Alam dan Sejarah" yang dicatatkan sekitar abad pertama sebelum Masihi penulis berkenaan telah melakar petanya sekali. Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu telah dikesani oleh pengembara Egypt (Mesir) sebagai Semenanjung Emas (Golden Chersonness).Peta tersebut menunjukkan Koli (Kemaman), Polimols (Terengganu) dan Terrha (Kuala Terengganu).
Catatan Cina mengenai Malaysia pada Zaman Dinasti Han dan Tang
Negara Peng Dou (atau Bang Dou),Negara Du Kun (atau Du Kan), Negara Koli (atau Ko Lee), Negara Bekow,selalu boleh didengar pada masa Dinasti Sui.Dari Fu Nam belayar melalui Teluk Kim Lee,sejauh 3,000 Lee (1,500 KM ) ke Selatan yang terletak diempat buah Negara (tersebut).Pertanian di Negara ini sama seperti di Negara Kim Lee (Ratburi/Nakhon/Pathon Siam).Kebanyakan rakyatnya berkulit putih.Du Kun mengeluarkan candan,cendana dan belerang yang bermutu.Pokok cendana boleh hidup beribu-ribu tahun lamanya,malah akarnya terlalu besar dan ia mengambil masa selama 4 hingga 5 tahun untuk ditebang.Isi kayu didalamnya semua buruk dan hanya teras sahaja yang paling keras dan masih berwangi untuk dijadikan colok.
--"Tong Tai" ( Peng Dou ) --
Negara Pok Ci,selalu dapat didengari pada masa Dinasti Sui di Selatan Teluk Koli .... -- "Tong Tai" ( Pok Ci ) --
- Ditulis oleh Du You
Author: sekngucing Time: 14-6-2009 07:13 PM
ganu n kelantan memang berperang sejqk zaman dulu lg ke?
Author: BeachBoys Time: 15-6-2009 10:05 AM
Title: Reply #13 sekngucing's post
dok eh...perang sebab krisis takhta kerajaan kelantan dulu je....
Author: sayapghaib Time: 15-6-2009 12:17 PM
Originally posted by BeachBoys at 14-6-2009 16:49
Pasai tu kat mana letaknye ye?
Pasai tu nama negeri di Pulau Sumatera yang kemudiannya berkembang menjadi Negara Samudra Pasai (merangkumi Acheh).Raja yg pertamanya bernama Meurah(Merah)Silu yg bergelar Sultan Malikul Sallih dan kemudian diwariskan pula kepada Sultan Malikul Dzahir.
Author: sayapghaib Time: 15-6-2009 12:21 PM
Originally posted by sekngucing at 14-6-2009 19:13
ganu n kelantan memang berperang sejqk zaman dulu lg ke?
dengar citer nama Besut tu berasal dari perkataan busuk sempena bau mayat askar Terengganu dan Kelantan yang terkorban dalam medan perang kat situ.Betul ker?
Author: BeachBoys Time: 15-6-2009 01:00 PM
Title: Reply #15 sayapghaib's post
Jadi betullah nama artifak tu batu bersurat minye tujuh Aceh.....sebab dijumpai di aceh
Author: BeachBoys Time: 15-6-2009 01:07 PM
Originally posted by sayapghaib at 15-6-2009 12:21
dengar citer nama Besut tu berasal dari perkataan busuk sempena bau mayat askar Terengganu dan Kelantan yang terkorban dalam medan perang kat situ.Betul ker?
dok tau la plok aku...masa konflik tu berlaku, kelantan lah medan utama berlakunya peperangan tu...Perang tu berlaku pada tahun 1798 dan seterusnya ditakluk oleh terengganu sehinggalah kelantan berjaya membebaskan dirinya dari terengganu antara tahun 1800 dan 1801 masehi.Masa tu tentera terengganu tidak menumpukan untuk menyerang kawasan pedalaman kelantan menyebabkan Long Muhammad berjaya menyatupadukan kembali pengikutnya di kawasan tersebut....akibatnya terengganu mengalami kekalahan dan Tengku Muhammad berundur kembali ke Terengganu setelah memerintah Kelantan selama 2 tahun
[ Last edited by BeachBoys at 15-6-2009 13:27 ]
Author: sayapghaib Time: 16-6-2009 10:33 AM
Originally posted by BeachBoys at 15-6-2009 13:00
Jadi betullah nama artifak tu batu bersurat minye tujuh Aceh.....sebab dijumpai di aceh
tapi kalau perkataan" Kedah Pasema" tu memang dari Batu Nesan.Perkataan tu lah yg digunakan oleh Blog Sejarah Kedah Pasaima sebagai nama rasmi Kedah dalam blog tu.Sedangkan ahli sejarah Indonesia telah menyatakan bahawa itu batu Nesan milik cucu Sultan Samudera Pasai dan anak kepada Sultan Kedah pada waktu itu.Mungkin juga batu nesan itu juga ditakrifkan sebagai batu bersurat di Indonesia kerana wujud perkataan yang panjang kat situ.
Author: dCrook Time: 16-6-2009 06:20 PM
mmg la batu bersurat tu takde perkataan mon sbb org semenanjung dipaksa-melayukan oleh orang srivijaya lepas depa konker langkasuka..lebih tepat, kedah tua
Author: homer_simpson Time: 16-6-2009 09:31 PM
yg kat muzium tulis asasl Terengganu yg aku ingat ade 2:
Taring Anu, yang bermaksud taring harimau.
Terang Nung, merujuk kepada kilat.
ingat2 lupa sebab lame doh dok gi muzium.
Author: BeachBoys Time: 17-6-2009 05:40 PM
Title: Reply #20 dCrook's post
pegi survey kat palembang nung, mcm mana stail percakapan diorang...kalau tak dah lama orang jawa tu cakap melayu...
Author: dCrook Time: 17-6-2009 08:47 PM
Title: Reply #22 BeachBoys's post
dipaksa melayukan dari segi bahasa maybe.. sbb tu terbentuknya loghat2 unik utara n timur tuh. dari segi culture, aku still rasa ade perbezaan
Author: BeachBoys Time: 18-6-2009 03:35 PM
Title: Reply #23 dCrook's post
mcm mane plak dengan loghat minang,aceh...?
Author: dCrook Time: 18-6-2009 04:22 PM
Title: Reply #24 BeachBoys's post
aceh tu tak salah aku satu bahasa yang lain ,manakala loghat minang lak kalo diindonesia lah, masih diperdebatkan sama ada satu bahasa yang lain atau loghat. loghat negeri sembilan lak berbeza sedikit dari minang sbb bunyinya lebih Rawa dari Padang.
Author: BeachBoys Time: 18-6-2009 05:34 PM
Title: Reply #25 dCrook's post
bior betul...yang aku tahu dialek diorang lebih kurang je dengan minangkabau....
Author: dCrook Time: 20-6-2009 07:54 PM
Post Last Edit by dCrook at 20-6-2009 20:00
26# BeachBoys
contoh simple la, dekat n9 , perkataan kambing
n9 : Kambing
Minang/Padang : Kambiang
ini yang diperkatakan oleh ayah aku, dia sendiri orang negeri sembilan , suku anak aceh. walaupun name suku anak aceh, tapi sebenarnya suku tu ialah orang minang2 yang berasal dari aceh.
Author: cmf_BeachBoys Time: 27-6-2009 08:47 AM
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-6-2009 08:49
27# dCrook
aku ingatkan orang kat sana panggil kambing tu unta....xde beza pun ,bro..kambing ke,kambeng ke,kambiang ke semua tu serupa saja.contohnya perkataan minangkabau berasal dari perkataan 'menang kerbau' atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil sebagai 'victorious buffalo' selepas diorang berjaya menewaskan angkatan majapahit.disebabkan pada waktu tu diorang guna kerbau sebagai kavalri dalam peperangan tu maka diorang pun menggunapakai nama minangkabau sebagai nama tribe diorang.dan sejak dari itulah bumbung2 rumah mereka direkabentuk menyerupai tanduk kerbau dan wanita2 mereka mengenakan hiasan kepala berbentuk tanduk kerbau.sume nye same saja.bahasa melayu jugak...lagipun mereka ni berketurunan rapat dengan serivijaya
Author: dCrook Time: 28-6-2009 09:14 AM
28# cmf_BeachBoys
rasenya cerita Menang Kerbau ni versi dia terlampau berbeza dari apa yang engkau katakan ni..
Author: cmf_BeachBoys Time: 28-6-2009 09:19 AM
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 28-6-2009 10:06
peta abad ke-15 yang dilukis semula dari peta yang dilukis oleh ptolemy pada tahun 150 masehi menunjukkan kedudukan Aurea Chersonesus atau semenanjung emas (bulatan merah)
Author: cmf_BeachBoys Time: 28-6-2009 09:23 AM
29# dCrook
lebih kurang la.point die, minangkabau tu asal dari perkataan 'menang kerbau'.
Author: cmf_BeachBoys Time: 28-6-2009 10:15 AM
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 28-6-2009 10:16
2 buah gendang era dong-son yang dijumpai di Kg.Batu Buruk Kuala Terengganu pada 24/10/1964
Author: cmf_BeachBoys Time: 9-7-2009 11:45 AM
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 9-7-2009 12:25
- RasululLah dengan yang orang sahabi mereka
- Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
- Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
- Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
- Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
- Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
- Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
- Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
- Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
- Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
- Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
- Keluarga di Benua jauh kan
- Datang berikan.keempat orang berpiutang.
- Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
- Kelima derma barang orang....(mar)dika.
- Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
- Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
- Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
- Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
- Seratus ratun jika merdeka beristeri.
- Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
- Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
- Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....
- Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
- Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
- Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
- Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
- Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
- Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............
- ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
- ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
- ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
- ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
- ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.
Author: cmf_BeachBoys Time: 9-7-2009 12:36 PM
Perahu Bedar
Author: cmf_BeachBoys Time: 9-7-2009 12:37 PM
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-7-2009 16:27
Perahu Bedar Besar atau lebih dikenali sebagai Perahu Besar Terengganu
Author: cmf_BeachBoys Time: 9-7-2009 12:40 PM
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 9-7-2009 12:47
Diaspora Terengganu
Etnik Terengganu pada zaman dahulu kala merupakan bangsa pedagang. Mereka berdagang ke Siam, Singapura,Kuching, Kalimantan dan juga Riau.
Saya akan memberi fokus kepada perdagangan antara Terengganu dengan Singapura. Ini kerana terdapat banyak bukti yang menyokong pandangan ini. Sepanjang pesisiran Pantai Timur Semenanjung terdapat banyak penempatan etnik Terengganu. Contohnya di Beserah, Tanjung Lumpur,Kuala Pahang, Nenasi, Kuala Rompin, Mersing dan hinggalah ke Sedili.Pedagang ini berulang alik dengan menggunakan Perahu Besar Terengganu ang masih boleh dilihat di Muzium Terengganu.
Saya yang bekerja di Kuala Rompin pernah bertemu dengan generasi kedua dan ketiga keturunan Terengganu yang tinggal di Tanjung Lumpur, Kuala Pahang,Kuala Rompin dan juga Mersing. Mereka ini masih lagi dapat bertutur dalam dialek Terengganu malah dapat memberitahu dengan terperinci tempat asal nenek moyang mereka di Terengganu. Ada seorang guru dari Kuala Pontian di Kuala Rompin yang memberitahu yang keturunan beliau merupakan pedagang yang berulang alik ke Singapura. Sampai satu masa,dia membuka penempatan di Kuala Pontian. Guru ini yang keturunannya yang berasal dari Kg. Pulau Rusa di Kuala Terengganu masih lagi dapat bertutur dialek Terengganu dengan baik. Di Bandar Lama Kuala Rompin terdapat beberapa jalan yang dinamakan sempena nama pulau di Terengganu seperti Jalan Perhentian,Jalan Lang Tengah, Jalan Lang Kiri.
Namun, saya berpendapat bahawa dialek Terengganu di Kuala Rompin akan hilang kerana kebanyakan generasi ketiga tidak lagi bertutur dengan Terengganu. Tambahan pula tiada persatuan atau badan yang berusaha untuk mengekalkan warisan Terengganu di sini. Tempat-tempat yang lain seperti di Mersing ataupun Sedili tidak pula saya ketahui. Di Mersing, ramai etnik Terengganu yang terlibat dalam perusahaan keropok lekor.
Di Singapura, ada satu jalan yang dinamakan Marang Road. Nama Marang diberikan kerana terdapat satu kubur yang mana pada batu nesannya tertulis yang si mati itu berasal dari Marang. Di Kuching pula terdapat Kg. Terengganu yang mana penduduknya berasal dari Terengganu yang menetap di sana keranaberdagang kain songket pada zaman sebelum merdeka. Di Kalimantan,terdapat tempat bernama Dungun sempena nama tempat asal penduduk Dungun yang berpindah ke sana untuk berdagang dan juga berdakwah. Di Riau,terdapat tempat bernama Maras sempena nama Kuala Maras di KualaTerengganu yang mana ada penduduknya pergi berdagang dan berdakwah disana dan terus menetap di sana.
Namun begitu, penghijrahan etnikTerengganu sekarang tidak serancak dahulu. Diaspora seperti yang saya ceritakan di atas merupakan mereka yang berhijrah sebelum zaman merdeka lagi. Nampak seperti semangat mengembara, berdagang dan berdakwah semakin hilang dalam generasi baru Terengganu. Semoga etnik Terengganudapat menguatkan semula semangat mengembara dalam diri tanpa mengenal erti ombak yang mengganas di lautan. Semoga dapat menyumbang kepada ketamadunan Melayu Islam seperti yang telah dilakukan oleh nenek moyang Terengganu zaman dahulu.
http://langsanah.blogspot.com/2009/01/diaspora-terengganu.html
Author: cmf_BeachBoys Time: 9-7-2009 01:28 PM
Tok Ku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman Muhammad Al-Idrusmerupakan ulama terkenal Terengganu yang menjadi tulang belakangpentadbiran Sultan Zainal Abidin III (1881-1919M). Dilahirkan pada 1817di Kampung Chabang Tiga, Kuala Terengganu, Tok ku Paloh mewarisiketokohan bapanya Sayid Muhamad Zainal Abidin yang mempunyai salasilahkekeluargaan sampai kepada Rasulullah S.A.W. melalui cucunya SayidinaHussin bin Ali Abu Talib. Tok ku dikatakan dari nasab ke-32 Rasulullahdi kalangan keluarga Al-Idrus.
Author: cmf_BeachBoys Time: 11-7-2009 01:34 PM
Author: cmf_BeachBoys Time: 11-7-2009 01:36 PM
both issued in Terengganu during the reign of Sultan Zainal Abidin Shah 11, 1793 - 1808.
Author: cmf_BeachBoys Time: 11-7-2009 01:36 PM
Terengganu's leading Malays meet with the British Adviser 1. L. Humphreys (seated fourth from the left) for a 'Peace Celebration' at Padang Raya Bunya, Kuala Terengganu, on 4 August 1919.
Author: cmf_BeachBoys Time: 13-7-2009 04:32 PM
Surat Emas
Dari Sultan Ahmad Shah ibn Sultan Zainal-Abidin kepada Gabenor Belanda ,Jeneral Batavia, Baron van der Capellen
Shahdan daripada itu adalah kita Menyatakan kepada Tuan Generalakanhal kici (kinci) kita itu maka ada kita muatkan daganganwangkangsedikit-sedikit ala kadarnya maka hendak pun kita menyuruhkepadasegala kantur [g-n-t-u-r?] yang lain membawa dagangan wangkangitumenjadi larangan dengan sabda itulah maka kita menyuruhkan juraganMandan Wan Saleh bin Wan Abdul Rahim dan Uthman dan Abdul Samad itudatangmendapatkan Tuan General ke Betawi maka telah harablah kitaTuanJeneral menolong suruhan kita itu daripada sebarang hal ehwalnyadidalam negeri Betawi itu dan lagi jikalau menjadi kebenaran kepadaTuanJeneral serta dengan penolong Tuan Jeneral akan kita melainkanmintaTuan Jeneral menyuruh akan dia lalu ke Semarang kici kita itusertadengan tanda Tuan Jeneral sekali adanya maka sekelian perkarayangtersebut itu telah sangatlah harap kita akan Tuan Jeneral menolongjuaadanya dan lagi akan hal Tuan Jeneral pun jikalau ada kesukaandankeridaan maka janganlah kiranya berputusan bersuruhan datangkeTRengganu berniaga berjual beli sedikit dan barang apa yangdimaksudkanoleh Tuan Jeneral barang yang ada di dalam negeri Trengganuitu bolehTuan Jeneral menyatakan di dalam Surat dengan seboleh bolehnyakitatolong ikhtiarkan maka suatu pun tiada hadiah kita akan TuanJeneralakan dalil tulus dan ikhlas kita hanyalah keris panjang sebilahdanlembing sepasang dan kain besar sepasang dan gading sepasangtiadalahdengan sepertinya adalah seumpama bunga setangkai adanya TAMAT.
Author: cmf_BeachBoys Time: 13-7-2009 04:33 PM
Pertama Kali Negeri Terengganu Menjalankan Banci Penduduk
Bancianpenduduk sering dilakukan bagi menentukan jumlah penduduk sebenar.Bancian juga akan memudahkan segala perancangan yang akan dijalankandi masa akan datang.
Dalamsejarah negeri Terengganu, bancian penduduk buat pertama kali telahdiadakan pada 10 Mac 1911. Daripada bancian yang dijalankan di dapatijumlah penduduknya seramai 154,073 orang dengan 149,379 adalah orangMelayu. Bakinya ialah bangsa lain termasuklah 10 orang Eropah.Denganbancian yang dijalankan Kerajaan Negeri telah dapat mengenalpastijumlah penduduk, kawasan padat dan taburan penduduk.Selain itu bilanganpenduduk dari segi jantina dan umur juga telah dikenalpasti.
Usaha-usahayang dijalankan bagi membanci penduduk ini menggambarkan KerajaanTerengganu sudah pun mempunyai pandangan jauh dalam perancanganpembangunan penduduknya di masa akan datang.
Author: cmf_BeachBoys Time: 13-7-2009 04:35 PM
Bunga Emas
Lambang perhubungan diplomatik yang disalah tafsir juga sebagai lambang penguasaan Siam ke atas Terengganu
Gendang Dong Song
Penemuan di Batu Buruk Terengganu membuktikan kewujudan tamadun lama.
Author: cmf_BeachBoys Time: 13-7-2009 04:39 PM
A SEKUCHI off the coast of Terengganu, 1981
Author: dCrook Time: 14-7-2009 10:44 AM
cube bace kisah pelayaran abdullah ke pahang terengganu dan kelantan..
Author: cmf_BeachBoys Time: 14-7-2009 12:38 PM
cube bace kisah pelayaran abdullah ke pahang terengganu dan kelantan..
dCrook Post at 14-7-2009 10:44
aku kene beli buku ke?
Author: dCrook Time: 14-7-2009 09:03 PM
46# cmf_BeachBoys
bace la kat google books, ade.. tapi aku suggest beli la sbb yg kat situ diorang translate dalam bahasa indonesia sket bagi indon paham.. aku sampai skang pon still cari buku tu
Author: cmf_BeachBoys Time: 14-10-2009 02:28 PM
Author: cmf_BeachBoys Time: 14-10-2009 02:30 PM
Nama tempat lama yang dicatatkan dalam sejarah negara China |
Terengganu |
| Deng Ya Nong (D. Song)
Ding Jia Lu (Dinasti Yuan)
Ding Jia Lu (Dinasti Ming) |
Pulau Perhentian |
| Ji Long Dao (Dinasti Sui) |
Pulau Redang |
| San jiao Yu (Dinasti Song) |
Pulau Tenggul |
| Dou Yu (Dinasti Ming) |
Dungun |
| Kuo Du Kun (Dinasti Han) |
Paka |
| Po Jia (Dinasti Ming) |
Kemaman |
| Gou Li (Dinasti Sui) |
Kuala Berang |
| Fo Luo An (D.Song - Yuan) |
Author: kriesz Time: 14-10-2009 03:19 PM
nie citer dari nenek moyang aku..ntah betul ntah idak..saje ar aku nk cerite2 kt sinie..kate opah aku..tok moyang aku or atas lg ke..aku pun x baper ingt ar..dulu sultan terengganu..die gie belajar ke mekah ke mengembara..cenggitu ar..so..die kasik sekejap kt cousin die pegang takhta...tup2 bile die balik..cousin die xnak kasik balik..so..die merajuk bawak diri merantau sampai ke utara..berkeluarga le die kt situ sampai le ke generasi aku skarang..die tukar nama jd abdullah..sume bukti2 sume die dah bakar sbb xnak waris die tuntut balik..adik die pun larik gak..ape ntah name adik pompuan die..aku pun x ingt..aku try gak belek2 sejarah terengganu..aku tgk satu pun xde kaitan..agaknye dakyah org tua je kot..ehehehehe
Author: genot Time: 14-10-2009 03:58 PM
Ada laporan sejarah pasal kerajaan Brahmin lama kat Terengganu nama Tung Sung... Bunyi macam Dong Song pn ada noh... Aku da kawan ngan orang Besut gak, baik n ramah, aku bleh masuk ngan orang belah pantai timur banding dengan belah selatan, mungkin ada persamaan budaya n bahasa skit kot...
Author: HangPC2 Time: 14-10-2009 04:39 PM
Terengganu kiranya Famous sejak Dinasti Han lagi.....
Author: cmf_BeachBoys Time: 15-10-2009 08:49 AM
51# genot
ada lagi satu, kota tamir...
Author: cmf_BeachBoys Time: 15-10-2009 08:55 AM
52# HangPC2
negeri ni negeri lama, lbh lama dari kedah tua.Buktinya, seperti yang aku selalu cakap, peta abad ke 2 masehi yang dilukis oleh ptolemy hanya mempunyai 3 nama saja yang ditulis di atas peta semenanjung emas, primula,kole dan terrha.takde nama lain.langkasuka pun xde lagi..
Author: winamp05 Time: 15-10-2009 02:49 PM
pergh.... banyak info thread ni.
Author: cmf_BeachBoys Time: 15-10-2009 04:13 PM
Pada pandangan aku la, terrha seperti yang ada dalam peta kuruk ke-2 masehi tu adalah nama lama terengganu.asal nama 'tera' yang dugunakan oleh orang terengganu mungkin diambil dari perkataan 'terrha'....kemudian muncul tamadun Tan-Tan dan seterusnya terengganu...
Author: ajis_kg Time: 15-10-2009 04:35 PM
nie citer dari nenek moyang aku..ntah betul ntah idak..saje ar aku nk cerite2 kt sinie..kate opah aku..tok moyang aku or atas lg ke..aku pun x baper ingt ar..dulu sultan terengganu..die gie belajar ke ...
kriesz Post at 14-10-2009 15:19
yup.. aku pon dengar citer same dari org Melaka.. bhw sultan skrg bukan original punye..
Author: senjakala Time: 16-10-2009 12:52 PM
aku ank besut terengganu..
Author: samax Time: 16-10-2009 10:48 PM
aku ank besut terengganu..
senjakala Post at 16-10-2009 12:52
biasanya orang besut tak mengaku orang terengganu..dia ghoyak dia ore klate
Author: cmf_BeachBoys Time: 17-10-2009 12:07 PM
59# samax
dah memang diorang keturunan dari pelarian perang, nak buat macam mana....kalah perang pastu dtg ke terengganu.pahtu claim besut tu negeri lain...apadaa...
Author: cmf_BeachBoys Time: 17-10-2009 12:37 PM
Terengganu menerima Islam dari Benua Cina, lebih awal daripada Melaka.
Author: cmf_BeachBoys Time: 17-10-2009 12:39 PM
Batu bersurat yang ditemui di Terengganu, menyatakan piagam yang menuliskan hukum-hakam. Bukti pemerintahan bertamadun bermula.
Author: cmf_BeachBoys Time: 17-10-2009 12:41 PM
Jumpaan kajian arkeolog. Rangka manusia ditemui di gua di Kenyir.
Author: cmf_BeachBoys Time: 17-10-2009 12:42 PM
Ada beratus manuskrip lama. Setiap satunya dapat dijadikan bahan kajian untuk sarjana dan kedoktoran.
Author: kismis Time: 18-10-2009 12:55 AM
menariknya.. aku anak jati trg pun baru tau byk benda.. tq...
Author: cmf_BeachBoys Time: 18-10-2009 04:43 PM
28# cmf_BeachBoys
rasenya cerita Menang Kerbau ni versi dia terlampau berbeza dari apa yang engkau katakan ni..
dCrook Post at 28-6-2009 09:14
lupa nak reply yang ni..hehe...emmm..kalu macam tu,cerita skit pasal minang ni pasal yang aku baca ni dari artikel sebuah majalah berbahasa inggeris....
Author: sekngucing Time: 20-10-2009 11:15 PM
aku rasa negeri2 melayu utara mcm kedah, tganu dan kelantan memang negeri2 terawal di tanah melayu
Author: cmf_BeachBoys Time: 21-10-2009 11:41 AM
67# sekngucing
mmg doh...
Author: HangPC2 Time: 22-10-2009 01:04 PM
Setakat Masih Tak jumpa bukti bergambar tentang pakaian masyarakat Langkasuka dan Srivijaya, Kedah Tua, Gangga Negara, Terengganu... kalau ada cuma Kerajaan Champa sahaja (pakaian ala-ala masyarakat Siam tetapi lebih kepada unsur Hindu)
pakaian Masyarakat Melayu sekarang hasil pengaruh dari Kebudayaan Langkasuka dan Kebudayaan Srivijaya.....
kena cari rekod dari China sebab setiap dinasti ada melukis gambaran Duta dari Asia Tenggara...
Author: cmf_BeachBoys Time: 22-10-2009 01:07 PM
Setakat Masih Tak jumpa bukti bergambar tentang pakaianmasyarakat Langkasuka dan Srivijaya, Kedah Tua, Gangga Negara,Terengganu... kalau ada cuma Kerajaan Champa sahaja (pakaian ala-alamasyarakat Siam tetapi lebih kepada unsur Hindu)
pakaian Masyarakat Melayu sekarang hasil pengaruh dari Kebudayaan Langkasuka dan Kebudayaan Srivijaya.....
kena cari rekod dari China sebab setiap dinasti ada melukis gambaran Duta dari Asia Tenggara...
HangPC2 Post at 22-10-2009 13:04
ko lah antara forummer kat CARI ni yang aku paling respek.ok,aku menanti-nantikan persembahan ko...;)
Author: HangPC2 Time: 22-10-2009 03:02 PM
Kalau Tengok Rekod dari China yang aku baru jumpa gambaran duta asing ke China cuma dari champa (lin yi) dan Annam (Vietnam)......
Author: genot Time: 22-10-2009 04:05 PM
Tengok baju orang Kemboja, lebih kurang la kot ngan orang2 istana belah kita zaman dulu2... Depa besa pakai pendokoh kaki emas untuk tunjok kasta...
Pastu aku dengaq orang jantan zaman dulu ikat kepala macam chao panawa (pertapa)... Budak2 Kemboja lani terlampau "kebangsaan" sangat, jangan suka2 cakap ngan depa pasai budaya... Satgi silap2 kena penendang ngan NAZI orang ulu depa... Meluat aku Hun Sen... Zaman dia la stat orang Kemboja jadi pikiran sempit... Dlu2 sblom depa kena semeleh ngan Pol Pot, depa xmacam ni...
Bukti sejarah kuno depa kata, bapak atau tuk wan Brahmin Prah Thong masuk Kemboja dari tanah kita kat Langkasuka ikot Laut Andaman (Hanuman) n penah dok sat kat koloni Brahmin kat Selatan Thai (Patani), Brahmin Hindu xleh lintas laut, tapi Brahmin Prah Thong lintas laut dari Gujerat, aku agak dia beragama Buddha, bukan Hindu... Tu sebab ramai orang percaya Brahmin Prah Thong tu ada darah Melayu, bukan India tulen lagi n kerajaan Funan sana tu kerajaan Melayu gak...
[youtube]eCinXsCJzTU&feature=[/youtube]
Author: HangPC2 Time: 22-10-2009 04:42 PM
Pakaian Pegawai Kerajaan Siam (Bukan Thai) semasa melawat Perancis siap ada Keris dan cara mengadap raja macam cara orang melayu mengadap sultan (gambaran dari lukisan orang perancis) ....
berbeza dari yang aku tengok dalam filem thai kalau nak sembah raja siap sembah kebawah habis....
Author: genot Time: 22-10-2009 05:12 PM
Sembah ke bawah habes tu sembah Tewaraja... Raja dianggap sebagai jelmaan dewa Visnu... Benda ni ajaran dari Raja Kemboja Jayawarman I... Dia pernah kena penjara kat Istana Jawa...
Contoh movie kuno, Phra Narai (Naresuan)... Beliau ni orang suku Tai dari bahagian bapak dari kerajaan Phitsanulok n jadi pengganti raja Siam Mahintharathirat dari kerajaan Suvarnabumi... Mak dia kerabat diraja Mon... Bapak dia gelaran Maha Thammarat Thirat... Zaman dia ni, Burma xbrani kacau n dia ni penah kena penjara kat Burma masa kecik2 dlu... Dia dah besar baru balik Siam n bapak dia pernah mengkhianat Siam dan sebelah Burma... Raja Burma pernah nak bunuh dia, n orang Mon selatan Burma (sami Buddha) tolong selamatkan dia...
[youtube]PqMzeJnAWmc&feature[/youtube]
Istana Siam, ada Brahmin sekoq pakai baju putih... Yang suasana Istana Burma pon ada dlm vid-O...
Author: HangPC2 Time: 23-10-2009 12:40 AM
Post Last Edit by HangPC2 at 23-10-2009 01:24
Filem Naresuan Tepat ke Fakta Sejarah ?
Author: genot Time: 23-10-2009 01:19 AM
Post Last Edit by genot at 23-10-2009 01:21
Ni filem Thailand punya depa pakai fakta sejarah... Depa taw pasai Thai n Siam... Siam wujud cuma pada abad ke-13 M... Sebelom tu tak ada Siam... Thai tu kat Phitsanulok... Filem ni sekitar abad ke-16 M.... Abad ke-14 bukan dinasti Thai (Sukhothai) yang perintah, tapi dinasti Suvarnabhumi (orang asli berpengaruh Hindu-Buddha)...
Author: HangPC2 Time: 23-10-2009 11:37 AM
Post Last Edit by HangPC2 at 23-10-2009 11:56
yang menarik dalam filem Thai
Scene Filem Suriyothai ada di tunjuk orang melayu berniaga di kota Ayutthaya.
Scene Filem Naresuan ada ditunjuk macam sambutan hari jubli emas pemerintah Burma yang memerintah Ayutthaya, ada Duta-duta dari negeri Naungan yang menghantar Bunga Emas...
Author: HangPC2 Time: 23-10-2009 12:10 PM
19th Century Terengganu Jokoh (Tin coin)
Terengganu Keping (Pitis)
Terengganu Pitis/Keping
Estimated to circulate in the state of Terengganu around late 18th century until early 19th century.
SS33
Arabic words, read: Kali Malik Al Adil
Translation: The Reign of the Just Ruler
Reverse: Plain
Edge: Plain
Composition: Tin
Source: The Encyclopaedia of The Coins of Malaysia Singapore And Brunei (Saran Singh)
Sources : http://alephcoin.blogspot.com/
Author: sayapghaib Time: 25-10-2009 05:40 PM
Aku harap Terengganu jadi juara Piala Malaysia tahun ni.he he he
Author: HangPC2 Time: 26-10-2009 10:34 AM
hehehe masuk bab Bola lak
Author: sayapghaib Time: 26-10-2009 11:56 AM
80# HangPC2
he he he.Pasal ada sebut Terengganu juga he he.Nasi Dagang dan Laksam fuuhhh meletop.
Author: cmf_BeachBoys Time: 26-10-2009 12:54 PM
Pakaian Pegawai Kerajaan Siam (Bukan Thai) semasa melawat Perancis siap ada Keris dan cara mengadap raja macam cara orang melayu mengadap sultan (gambaran dari lukisan orang perancis) ....
berbeza ...
HangPC2 Post at 22-10-2009 16:42
gambar?
Author: HangPC2 Time: 26-10-2009 01:16 PM
gambar?
cmf_BeachBoys Post at 26-10-2009 12:54
Siamese embassy to Louis XIV led by Kosa Pan in 1 September 1686, by Nicolas Larmessin
Kosa Pan (Ok-Phra Visut Sunthorn)
La Loubere Kingdom of Siam
Author: HangPC2 Time: 26-10-2009 01:26 PM
Siamese embassy by Jacques Vigouroux Duplessis (1686)
Author: cmf_BeachBoys Time: 26-10-2009 01:58 PM
84# HangPC2
adakah orang sukkothai pakai perhiasan kepala yang sama seperti orang siam ni?
Author: sayapghaib Time: 26-10-2009 02:01 PM
OIC ingatkan keris betul kat pinggang diorang.Lebih kepada parang kat dalam gambar tu.Cara menyisip senjata kat gambar yg atas(black white) tu pun tak sama dengan cara menyisip keris Melayu.Melayu menyisip keris ,sarung tersembunyi didalam kain samping.Kat gambar yang berwarna pula ,ulu senjata yg mereka sisip lebih kepada ulu pedang.Budaya menyisip senjata ni agak meluas dan bangsa yg paling gemar menyisip senjata di pinggang ialah Arab Yaman.Siap sisip Jembiah masa solat jumaat masa kat tempat aku.Maybe dia tak tahu undang-undang Malaysia.
Author: cmf_BeachBoys Time: 26-10-2009 02:07 PM
cara berpakaian tu mungkin pelik sikit dari cara kebiasaan orang melayu.tapi mungkin itu pengekalan daripada cara berpakaian empayar langkasuka.kilas kain celah kangkang.tapi kalau benarlah mereka ni sebahagian dari dunia melayu maka kita ada alasan yang kukuh untuk tuntut balik kawasan segenting kra dari pihak sukkothai...
Author: cmf_BeachBoys Time: 26-10-2009 02:11 PM
konsep rumah berkaki tinggi ni agak menarik kerana sepengetahuan aku, orang melayu je yang bina rumah berkaki tinggi seperti yang ada dalam gambar tu....bangsa lain yang bina rumah berkaki ni ialah jepun tapi diorang punye rendah je...
Author: genot Time: 26-10-2009 02:37 PM
Robam Sukhothai abad ke-12 M
[youtube]Ar3Ptvc45Xw[/youtube]
[youtube]Z05eKKUueyc&feature[/youtube]
Macam tu la kot gambarannya kat Sukhothai... Sukhothai ni dipengaruhi Khmer sebab depa memang dok atas tanah jajahan empayar Angkor sebelom panglima etnik Tai nama Ramkhamheng n adik dia Sri Inthiraphothit memeberontak n kemudian jajah plak seluruh kawasan yang macam peta Thailand lani pada abad ke-12 M. Jajahan depa sampai ke Ligor saja sbenarnya. Tu sebab orang Ligor mengaku depa Kon Thai padahal depa Melayu gak. Depa yang dijajah tu kena cakap bahasa Thai masa tu, jadi benda ni berlarutan sampai lani...
Srivijaiya-Mala (Tanah Melayu) abad ke-7 M
[youtube]W-VnV4afGiA&feature[/youtube]
Kalu etnik Mon, agak2nya...
Robam Dvaravadi (Bangkok, Suvarnabumi), abad ke-6 M
Sblom Bangkok wujud, tapak tempat tu nama dia Dvaravadi. Satu kerajaan purba yang mula di negeri Pongthuk n Pra Phrathom. Ada banyak negeri kat situ sebenarnya. Abad ke-9 M, negara Dvaravadi ni kena serang dengan Angkor (Khmer). Semua tamadun depa hancor n lani Khmer kata orang Siam termasuk la yang Dvaravadi tu mencuri budaya depa. Celaka dak? Lani sejarawan antarabangsa kena buat kajian mendalam n korek2 balik kat tapak negeri tu.
[youtube]p3Cx6GkPW4A[/youtube]
Semua jenis kostum n gerak tari atas tu cuma kajian n agak2 saja. Bukan semestinya macam tu tapi nak semacam la...
Author: cmf_BeachBoys Time: 26-10-2009 05:39 PM
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-10-2009 11:59
Nobat DiRaja
Boleh dikatakan kebanyakan Negeri-Negeri Beraja di Malaysia menggunakan Nobatsebagai sebahagian daripada alat kebesaran DiRaja. Demikian juga di Negeri Terengganu dimana Sultan yang memerintah menggunakan Nobat sebagai tanda dan alat kebesaran DiRaja.Menurut cerita, Nobat Negeri Terengganu Darul Iman ini berasal dari Riau dan muladigunakan semasa pemerintahan Sultan Ahmad. Orang yang pertama sekali menggunakan Nobatialah Puteri Bulan Pulau Bentan iaitu isteri kepada Demang Lebar Daun atau Telani Bentanyang juga digelar dengan nama Tun Telanai. Nobat DiRaja mengandungi sebuah Gendang Saku yang dikenali sebagaiNegara, dua buah Gendang Nobat, sebatang Nafiri, sepasang Kopak-Kopak dan sebatangSerunai. Nafiri ini diperbuat daripada perak manakala Serunainya pula diperbuat daripadagading yang di bahagian hujungnya diperbuat daripada pera.
Negara dan Gendang Nobat dimainkan oleh empat orang daripadaketurunan Raja pada hari istiadat. Ia mempunyai tiga belas lagi iaitu :-
Lagu Iskandar Shah
Lagu Ibrahin Khalid
Lagu Seri Istana ( Semang )
Lagu Anak Kuda Ragam/Raja Beradu
Lagu Seri Istana
Lagu Petang Khamis
Lagu Palu-Palu Melayu
Lagu Papan
Lagu Petang Jumaat
Lagu Palu-Palu Nigiri
Lagu Petang Khamis Perak
Lagu Arak-Arak
Lagu Perang
Bagaimanapun tiga buah lagu yang selalu dimainkan dalan Istiadat diSinggahsana. Lagu-lagu berkenaan ialah :-
Lagu Iskandar Shah
Lagu Ibrahin Khalid
Lagu Seri Istana
Nobat dimainkan pada tiap-tiap hari, pagi dan petang, semasaberlangsungnya Istiadat Perkahwinan DiRaja dan pada waktu-waktu tertentu. Ia dibunyikanpada tiap-tiap petang sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadhan dan petang Aidil Fitri danAidil Adha. Nobat turut dimainkan pada tiap-tiap hari Khamis ( Petang Jumaat ) di Istana.
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telahmenerima kembali Nafiri asal istana Sultan Terengganu yang telah dikembalikan olehkeluarga Tengku Hamid bin Tengku Mansur yang berasal dari Singapura pada 17 Mac 1990.
Author: cmf_BeachBoys Time: 26-10-2009 05:58 PM
Adapun segala anak cucu Telanai Terengganu semuanya lari ke Melaka, maka dipersembahkanlah ke bawah duli Sultan Alau’d-Din, “Bahawa Telanai telah dibunuh Sultan Muhammad, sebab mengadap ke Melaka. Seri Akar Raja yang datang membunuh,” dan peri raja Pahang hendak melanggar balairung Melaka, akan merebut kerajaaan Baginda itu, semuanya dipersembahkan. Maka Sultan Alau’d-Din pun terlalu murka; titah baginda, “Raja Pahang hendak menunjukkan makarnya kepada kita. Baiklah kita suruh serang negerinya.” Maka baginda menyuruh berlengkap hendak menyerang Pahang. Maka sembah Bendahara Paduka Raja, “Ampun tuanku, beribu-ribu ampun di atas batu kepala patik, pada bicara patik, hamba tua ini, jangan taajal kita membinasakan Pahang itu; barang suatu hal paduka kakanda, tunkulah yang rugi. Baik patik itu Laksamana kita utuskan ke Pahang.” Maka titah Sultan Alau’d-Din, “Baiklah, yang mana kata Bendahara kita turut.” Maka ada cucu Telanai Terengganu tiga orang lelaki; disuruh Sultan Alau’d-Din peliharalah baik-baik kanak-kanak itu. Megat Sulaiman seorang namanya; Megat Hamzah seorang namanya; dan lagi seorang Megat Omar namanya. Maka Laksamana pun berlengkaplah; setelah mustaed, maka surat pun diarak oranglah ke perahu. Setelah itu maka Laksamana pun pergilah.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, hlm. 181-182, DBP, 1996)
Author: cmf_BeachBoys Time: 27-10-2009 11:06 AM
Perang Saudara 1857-1863
Pada tahun 1853, Bendahara Ali mengambilkesempatan untuk membebaskan Pahang dari Johor apabila Johor menjadi lemah.Sebelum dia meninggal dunia, Bendahara Ali berundur ke Lami di Sungai PahangTua. Mengikut wasiatnya yang bertarikh 25 Mei 1856, pentadbiran Pahang akandiserahkan kepada putera Wan Mutahir dan Wan Ahmad pula dianugerahkan kawasanEndau dan Kuantan.
Pada tahun 1857, BendaharaAli meninggal dunia. Wan Mutahir yang dilantik sebagai Bendahara dengan gelaranBendahara Seri Maharaja enggan menyerahkan Endau dan Kuantan kepada Wan Ahmadsebagaimana yang diwasiatkan. Wan Ahmad yang diusir dari Pahang telah pergi keSingapura untuk memohon bantuan British bagi mendapat kembali haknya. GabenorNegeri-negeri Selat, Blandell enggan membantunya kerana ketika itu Britishmengamal dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Wan Ahmadkemudiannya ke Terengganu dan membuat serangan ke atas Pahang melalui Kemaman.
Perang saudara Pahangbertambah hebat kerana Wan Ahmad dan Wan Mutahir mempunyai penyokong-penyokongyang menyokong mereka kerana sesuatu kepentingan. Sultan Mahmud Lingga yangditurunkan takhta oleh Belanda mendakwa beliau berasal dari keturunan raja-rajayang memerintah Johor (termasuk Pahang) pada abad ke-18. Beliau mahu membantuWan Ahamd dengan tujuan mengembalikan pertuanannya ke atas Pahang. Apabila bapasaudaranya, Sultan Omar (Terengganu) enggan membantunya untuk membantu WanAhmad, beliau memohon bantuan Siam. Permohonannya dipersetujui oleh Siam keranaSiam bercita-cita untuk memperkuatkan pengaruhnya di Terengganu danmengembangkan pengaruhnya ke Pahang. Pada tahun 1861, Sultan Mahmud Linggaberangkat ke Bangkok untuk memohon bantuan Siam. Pada Oktober 1862, Sultan MahmudLingga tiba di Terengganu dengan angkatan Siam untuk membantu Wan Ahmadmenyerang Pahang. Kehadiran angkatan Siam membimbangkan British keranamenyedari Siam memang bercita-cita untuk mengembangkan pengaruhnya di seluruhTanah Melayu. Kebimbangan British bertambah apabila tersebar khabar anginmengatakan bahawa angkatan Siam bukan sahaja membantu Wan Ahmad tetapi jugamembantu Sultan Mahmud Lingga merampas takhta Terengganu dari bapa saudaranya,Sultan Omar. Siam mahu menggulingkan Sultan Omar kerana Sultan Omar tidakmenerima pertuanan Siam ke atas Terengganu. British menghantar bantahan kepadaRaja Mongkut di Siam menegaskan tindakan Siam bertentangan dengan PerjanjianBurney 1826. Gabenor Negeri-negeri Selat Cavenagh telah mengarahkan Sultan MahmudLingga dan Siam berundur dari Terengganu dan tidak melibatkan diri dalam PerangSaudara Pahang kerana bimbang penglibatan mereka akan memperhebatkan lagiPerang Saudara Pahang. Apabila arahannya tidak mendapat layanan, Cavenagh telahmenghantar kapal perang ke Kuala Terengganu dan membedil Kuala Terengganu pada4 November 1862. Akibatnya, Sultan Mahmud Lingga dan Siam kembali ke Bangkok.Tindakan British telah berjaya menghalang Sultan Mahmud Lingga dan Siammembabitkan diri dalam Perang Saudara Pahang.
Pada mulanya British tidakmahu melibatkan diri dalam Perang Saudara Pahang dan menganggapnya sebagaimasalah dalam negeri Pahang. Selain itu, British mengamalkan dasar tidak campurtangan di Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, British campur tangan dalamPerang Saudara Pahang untuk melindungi kepentingan British. Tujuan utamanyaialah untuk menyekat pengaruh Siam daripada merebak ke Pahang. Selain itu,ialah untuk menamatkan Perang Saudara supaya perhubungan antara Singapuradengan Pahang tidak terganggu. Walaupun British tidak mengamalkan polisi campurtangan di Negeri-negeri Melayu tetapi telah terdapat pedagang-pedagang Britishterlibat dalam perdagangan di Pahang. Mereka mendesak British supaya campurtangan bagi melindungi pelaburan dan kepentingan mereka. Desakan diterima kuatoleh British, Syarikat Patterson F. Simons yang menjalankan kegiatanperlombongan bijih timah di Kuantan. Mereka mendesak Perang Saudara Pahangtelah menjejaskan pelaburan mereka.
Permohonan Wan Ahmad untukmendapat bantuan Terengganu telah dipersetujui oleh Sultan Omar. Sultan Omartelah membenarkan Wan Ahmad menggunakan Kemaman sebagai pangkalan untukmenyerang Pahang. Selain itu, Wan Ahmad juda mendapat bantuan-bantuan lain dariTerengganu seperti senjata, makanan, tentera dan sebagainya. Semasa bermulanyaserangan Wan Ahmad ke atas Pahang pada Disember 1857, Wan Mutahir telah memohonbantuan Johor. Permohonan Wan Mutahir dipersetujui oleh Temenggung Ibrahimkerana beliau bercita-cita untuk mengembalikan ketuanan Johor ke atas Pahangdisebabkan sebelum 1853, Pahang merupakan sebahagian daripada Johor. KeinginanTemenggung Ibrahim untuk membantu Wan Mutahir juga kerana adanya hubungankekeluargaan antara mereka di mana putera Wan Mutahir iaitu Tengku Koris telahberkahwin dengan puteri Temenggung Ibrahim, iaitu Cik Engku Besar. HasratTemenggung Ibrahim untuk membantu Wan Mutahir di haling oleh British yangbimbang penglibatan Johor memperhebtkan lagi Perang Saudara Pahang. SelepasTemenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, Temenggung Abu Bakar yangmenggantikannya dengan sokongan British telah menghantar bantuan Johor kepadaWan Mutahir. Walau bagaimanapun, ketibaan tentera Johor terlewat kerana ketikaitu hampir seluruh Pahang telah ditawan oleh Wan Ahmad.
Wan Ahmad berjayamenguasai Pahang pada Mei 1863 dan ditabalkan sebagai Bendahara dengan gelaranBendahara Seri Wak Raja pada Pktober 1863. Antara tahun 1866-1868, terdapatbeberapa percubaan menyerang Pahang oleh putera-putera Wan Mutahir, Wan Aman,Wan Da dan Wan Abdullah. Walau bagaimanapun, percubaan tersebut berjayadihancurkan oleh Wan Ahmad. Pada tahun 1875, Gabenor Negeri-negeri Selat,William Jervois, telah melawat Pahang dan mendesak Wan Ahmad menerima seorangResiden British. Permintaan tersebut tidak dipersetujui oleh Wan Ahmad yangbimbang sistem Residen akan menjejaskan kewibawaan dan kekuasaannya. Pada tahun1882, Wan Ahmad menggunakan gelaran Sultan.
Author: cmf_BeachBoys Time: 27-10-2009 11:12 AM
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-10-2009 11:22
Pada masa dahulu,saudagar-saudagar Tionghua ( Cina ) berniaga dengan Asia Tenggara termasuk Negara-negara lama di Benua Terengganu yang berlokasi sepanjang Laluan Sutera Maritim.Barang yang mereka dagangkan adalah kain sutera, porselin dan lain-lain keluaran dari Negara Cina.Barangan Terengganu yang dibeli adalah hasil tempatan seperti biji timah, emas,sarang burung,gading,kayu laka,kayu gaharu,kayu cendana,candan,cengkih,lada,kapur barus, gamat dan lain-lain menggunakan sistem "Barter Trade". Kadangkala saudagar Tionghua menjalankan perniagaannya dengan menggunakan duit syiling tembaga yang mudah dibawa oleh mereka.
Pada tahun 1993, kumpulan Expidisi Azmi Ngah (Timbalan Pengarah Muzium Terengganu) dan Rashid Hamat (Pegawai Sejarah Muzium Terengganu) telah menjumpai sebuah tempayan yang sarat di Kampung Cermai,Pasir Raja,Hulu Dungun, Terengganu.Di dalam tempayan tersebut berisi berbagai jenis duit syiling lama sebanyak 4,000 keping yang berasal dari Negara Cina semasa Zaman Dinasti Tang sehingga Dinasti Song antara 618M hingga 1279M.Duit Syiling ini adalah berikut : -
a) | Duit Syiling Kai-Yuan-Tong-Bao1 yang dicatatkan oleh Maharaja Tang Kow Tzou2 (618M - 626M) pada tahun 621M. |
b) | Syiling Jia-You-Tong-Bao3 yang mencatatkan nama Maharaja Song Ren Zong4 (1023M - 1063M) pada tahun 1056M. |
c) | Syiling Shao-Sheng-Yuan-Bao5 yang mencatatkan nama Maharaja Song Zhe Zong6 (1056M - 1100M) pada tahun 1094M. |
d) | Syiling Ta-Kuan-Tong-Bao7 yang mencatatkan nama Maharaja Song Wai Zong8 (1101M - 1125M) pada tahun 1107M. |
e) | Syiling Zheng-He-Tong-Bao9 pada tahun 1110M. |
Pada hakikatnya,duit Syiling ini membuktikan bahawa pada masa dahulu Orang Cina Lama berhubung rapat dengan Terengganu dari segi perniagaan dan mewujudkan ekonomi tempatan.
Duit Kai-Yuan-Tong-Bao yang dicatatkan oleh Maharaja Tang Gao Zhu (618M - 626M) pada tahun 621M.
Syiling Da-Guan-Tong-Bao yang dicatatkan oleh Maharaja Song Wei Zhong (1101 - 1125M) pada tahun 1107M
Syiling Shao-Sheng-Yuan-Bao yang mencatatkan nama Maharaja Song Zhe Zong (1056M - 1100M) pada tahun 1094M.
Pada tahun 1993, tempayan itu dijumpai di Pasir Raja. Di dalamnya berisi berbagai jenis duit syiling lama sebanyak 4,000 keping yang berasal dari Negara Cina, semasa Zaman Dinasti Tang sehingga Dinasti Song antara 618M hingga 1279M.
Author: cmf_BeachBoys Time: 27-10-2009 11:46 AM
FO-LO-ANN
Peta yang dicatat dari rakaman Ling Wai Tai Ta menunjukkan nama "FO-LO-AN" (Kuala Berang) "SEJARAH DARUL IMAN HINGGA 1361H = 1942M" Oleh Dato' Setia Jasa
- pg.50.
Author: cmf_BeachBoys Time: 27-10-2009 11:52 AM
Saiyed Husin bin Ghulam al Bukhari yang menjumpai Batu Bersurat di surau lama Kampong Buloh, Kuala Berang dalam tahun 1902.
Author: cmf_BeachBoys Time: 19-5-2010 10:42 PM
Sekiranya tasik kenyir dikeringkan kembali,mungkin banyak kota-kota lama akan ditemui kerana aku berpendapat terengganu adalah kerajaan terawal yang wujud di semenanjung emas ini.
Author: cmf_BeachBoys Time: 19-5-2010 10:56 PM
Diharapkan kerajaan negeri terengganu akan menubuhkan sebuah pasukan ekspidisi utk mencari kota-kota lama di kuala berang kerana disanalah asal-usul kerajaan yang mewakili orang terengganu...nama terengganu tidak pernah berubah sejak lebih 700 tahun dahulu sehinggalah ke hari ini,ianya masih dikenali sebagai terengganu.
terengganu wujud dengan dibayangi oleh perkembangan tamadun di tanah besar china dan perkembangan tamadun ini lebih cepat berbanding di asia tengah dan eropah...tidak mustahil adanya kota-kota lama di kawasan hulu terengganu dan mungkin juga di kuala terengganu dan kemaman.
Author: mifune Time: 20-5-2010 10:45 AM
Reply 50# kriesz
ada pantang larang keturunan tak?
Author: morpheus Time: 20-5-2010 03:54 PM
empayar suci islam temir....... kembayat negara...... benua terqanun (tanah ketetapan)...
Author: cmf_BeachBoys Time: 22-5-2010 06:50 PM
empayar suci islam temir....... kembayat negara...... benua terqanun (tanah ketetapan)...
morpheus Post at 20-5-2010 15:54
cerita dengan lebih detail skit.sebab ramai orang tak tahu pasal negeri terengganu ni.orang cina lebih dahulu mengenal terengganu sebelum melaka,kedah dan patani.terengganu pernah menjadi hidden state dan mengamalkan dasar tutup pintu sehingga tiada catatan yang tertinggal dari kerajaan lama di terengganu.nasib baik ada Batu Bersurat yang menjadi bukti kewujudan terengganu.kalau boleh cerita skit pasal kota temir atau tamir yang pernah aku dengar satu ketika dulu.
Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) |
Powered by Discuz! X3.4 |