CariDotMy

Title: Jutawan Speedmart99 Adalah Lelaki Cacat, Belajar Setakat Darjah Enam [Print this page]

Author: novelloverzz    Time: 6-8-2012 12:44 PM
Title: Jutawan Speedmart99 Adalah Lelaki Cacat, Belajar Setakat Darjah Enam


Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.

Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu.

Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah.



Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).

Lee berkerusi roda semenjak kecil.

Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan

polio dan hilang fungsi kakinya.
Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.

Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.

” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”

Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit



Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’

Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.

Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.

Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.

Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.

Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.

Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.

Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.

Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.

Last edited by novelloverzz on 6-8-2012 12:47 PM \n\n Last edited by novelloverzz on 6-8-2012 12:49 PM \n\n Last edited by novelloverzz on 6-8-2012 12:49 PM \n\n
Author: novelloverzz    Time: 6-8-2012 12:48 PM
Daripada pengalaman dan kejayaan  Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.

Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.

Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.

Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar.

Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.

Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.

Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.


Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.

Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.



Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.

Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.

Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.



” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.

” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.

Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.

Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.

Hebat bukan?

Kredit: http://boyzonne-hijaurimba.blogspot.com/

Author: iniaroonz    Time: 6-8-2012 01:08 PM
aku suka beli kat speed mart...kedai dia luas dan tak sesak...
Author: hakuu    Time: 6-8-2012 01:27 PM
wow! cacat bkn halangan utk berjaya. tabik org macam ni
Author: Ayu61279    Time: 6-8-2012 02:18 PM
slalu beli brg dapur kat speedmart ni sbb ada sesetgh brg dia lg murah dr tmpt lain
Author: leylapple    Time: 6-8-2012 02:30 PM
see?kalau ada usaha, mesti akan berjaya..kalo masih tak berjaya, kene lebih usaha lagi...

nie sikit2 mengeluh~adeh~

p/s peringatan kepada diri sendiri jugak~
Author: anees~nuhara    Time: 6-8-2012 02:31 PM
kasik tabik spring sama dia...
Author: missus_meow    Time: 6-8-2012 02:39 PM
hebat encik lee nih, patut jd contoh
Author: bianglala    Time: 6-8-2012 02:47 PM
bagusnya... memang seorang yang kuat semangat.
Author: cik_pink    Time: 6-8-2012 02:47 PM
wow! impressive!
99 ni harga dia kadang2 tu lagi murah dari tempat lain...
haritu harga telur dia seplo bijik xsampai RM3.00 pon...
tapi skang da naik sket ar...
but overall, harga barang2 dia boleh dikatakan agak murah
Author: cmf_Kimmy    Time: 6-8-2012 02:52 PM
tak pernah lak nampak kedai ni kat tempt aku, atau aku sorang je yg tak tahu......
Author: LeyyaHanna    Time: 6-8-2012 02:58 PM
satu contoh yang sangat bagus...
Author: poison_paradise    Time: 6-8-2012 03:08 PM
Bagusnyer...wpon cacat masih bole berfikir sb suatu hari nt,tiada sape nk tlg die yg oku tu kan....sb tu die berusaha..
Author: lonso    Time: 6-8-2012 03:20 PM
alahai.. hebatnye org ni..
Author: wan_fizah    Time: 6-8-2012 03:29 PM
wah..kagum
Author: gekkou    Time: 6-8-2012 04:18 PM
bagus
dpt jadi contoh pada kita yg sihat walafiat
yg lengkap anggota ni


*peringatn utk diri sendiri yg malas nk keje skang ni
Author: Donatello86    Time: 6-8-2012 04:45 PM
bagus la..aku suke baca resepi kejayaan peniaga2 ni...

dari org susah jadik jutawan...

speedmart99 mmg murah..selesa dan tak crowded sgt...
Author: norzyy    Time: 6-8-2012 04:55 PM
sangat respek... bila la produser drama/filem nak pi interview dia than terbit drama/filem kisah2 mcm ni... dah boring tengok drama yg "tup-tup dah kaya"
Author: kawasakininja    Time: 6-8-2012 06:06 PM
susu tepung , susu pekat - speed mart murah.. unless pasar raya lain buat sales..

semanagat, jati diri beliau..mmg hebat..
Author: dani_5353    Time: 6-8-2012 07:48 PM
Respek arr kat orang macam nih...
Author: Artemesiaa    Time: 6-8-2012 10:31 PM
Semangat dan kesungguhan dia untuk berjaya harus dicontohi
Author: hunny_sapik    Time: 6-8-2012 11:14 PM
selama ni ingat speedmart ni franchise jepun or US.xsangka org malaysia punya.tahniah mr lee!
Author: izumiza    Time: 7-8-2012 12:00 AM

Author: spiderman80    Time: 7-8-2012 12:09 AM
hunny_sapik posted on 6-8-2012 11:14 PM
selama ni ingat speedmart ni franchise jepun or US.xsangka org malaysia punya.tahniah mr lee!

Untuk pengetahuan kamu, Encik Lee ni duduk di sebuah taman perumahan yang sama dengan saya... cumalah sebuah taman biasa bernama Klang Utama, bukannya kawasan mewah. Rumahnya pun cumalah rumah teres satu tingkat. Kawan saya yang beritahu saya satu masa dulu, cuma waktu tu saya tak percaya boss kaya macam dia tinggal kat situ. (BTW, rumahnya masa tu ada sebiji Audi yang nombor platnya 99 )

Author: hakass009    Time: 7-8-2012 02:33 AM
susu anak aku murah kat cni....
Author: daiman    Time: 7-8-2012 06:13 AM
aku banding harga : kat 99 ni lg murah compare giant,tesco n seangkatan denganya.
Author: hunny_sapik    Time: 7-8-2012 10:43 AM
spiderman80 posted on 7-8-2012 12:09 AM
Untuk pengetahuan kamu, Encik Lee ni duduk di sebuah taman perumahan yang sama dengan saya... cuma ...

he's a very selfless man then.agaknye simpan duit utk buke more speedmart franchises kot.hehe
Author: veriton77    Time: 7-8-2012 10:52 AM
respectlah orang mcm nie....
Author: MyLovelyHoney    Time: 7-8-2012 11:23 AM
barang2 kat speedmart99 lagi murah pada mydin
Author: cemp    Time: 7-8-2012 12:08 PM
tetiap bulan memang aku beli barang kat 99 ni..
da penah gi giant, tesco, carefour, mydin tp 99 lg murah..
kalo dorang buat point cam tesco tu kan bez huhuhu..

ni la tauke nye ye..memang hebat..
kurang upaya bukan penghalang utk berjaya..
Author: shernazz    Time: 7-8-2012 01:35 PM
susu nan murah kat sini..
tp dh naek sket..aku beli kat kedai singseh
Author: mafilee    Time: 7-8-2012 04:37 PM
kedai ni mmg murah..aku selalu beli kacang tanah kat sini sb murah..aku suka giler mkn kacang bakar...
Author: solstice    Time: 7-8-2012 08:00 PM
norzyy posted on 6-8-2012 04:55 PM
sangat respek... bila la produser drama/filem nak pi interview dia than terbit drama/filem kisah2 mc ...

Bosan ahh tengok drama yg tunjuk org kaya berlebih2an
Author: salimrock    Time: 8-8-2012 01:56 AM
spiderman80 posted on 7-8-2012 12:09 AM
Untuk pengetahuan kamu, Encik Lee ni duduk di sebuah taman perumahan yang sama dengan saya... cuma ...

skrg duduk situ lagi ke?

mesti dah pindah kot...

kalo jutawan pasaraya duduk rumah teres 1 tingkat,

apa la agaknye bisnes org kaya yg duduk area palm groove yg besar mcm istana tu ek...

mgkn dia selesa rumah mcm tu kot...
Author: malikselamat    Time: 8-8-2012 06:30 AM
syarat seorang peruncit utk berjaya
adalah mesti lokek....
sebab dier senang jer
untung hari ini tak semestinya
besok pun untung
jimat cermat mmg kemestian
sesapa klau nak ceburi bidang peruncitan...
Author: kueh_kueh    Time: 8-8-2012 09:40 AM
kagum sangat...dari susah kepada senang...sanghat memberi iols perangsang utk berjaya dimasa hadapan...kalau org oku lain siap dah standby kat pasar ramadhan utk minta sedekah kekdahnya
Author: LENS2U    Time: 8-8-2012 10:29 AM
siapa berusaha dia berjaya....
Author: mrsT    Time: 8-8-2012 10:50 AM

Author: cmf_lemontea    Time: 8-8-2012 10:53 AM
inilah namanya orang hebat....
Author: sapp73    Time: 8-8-2012 10:56 AM
orang macam nilah yang lebih memberikan inspirasi...dari mana-mana anak datuk/orang kaya yang kaya dan ada perniagaan sendiri tapi dapat fund dari parents.
Author: spiderman80    Time: 8-8-2012 11:08 AM
salimrock posted on 8-8-2012 01:56 AM
skrg duduk situ lagi ke?

mesti dah pindah kot...

Sekarang saya tak tahu pulak sebab saya dah pindah rumah ke tempat lain.

Author: nurklfish    Time: 8-8-2012 11:49 AM
suke kedai nie... baru tau tokey cina....
Author: mjla    Time: 8-8-2012 11:54 AM
Nama speedmart99 pun amik dr kekurangan diri dia...
Author: none88    Time: 8-8-2012 04:19 PM
aku x penah masuk kedai ini....
Author: ejai601    Time: 9-8-2012 01:52 PM
susu murah kt sini
Author: tucenmeow    Time: 9-8-2012 02:43 PM
toiletries n susu anak murah kt speedmart.....
Author: syaiful    Time: 2-10-2012 12:30 PM
wow, tapi betui laaa...
speedmart nie, hair lotion dia lagik murah dari watsons/guardian
and then kalau duduk hotel bajet, memalam leh pi beli air mineral/air kotak kat situ nak buat minum pagi
harga pun better dari 7E
Author: bluecrystal    Time: 2-10-2012 01:37 PM
hari2 mmg beli brg kering kt sini je..sbb murah bnyk
Author: nanie    Time: 2-10-2012 02:16 PM
slalo beli brg kat speedmart je. murah gak
Author: dhafir    Time: 2-10-2012 02:52 PM
brg rumah mmg kebanyakan murah kat speedmart
Author: akughi    Time: 2-10-2012 03:20 PM
patut org melayu jadikan OKU ni sbg contoh
Author: orchird    Time: 2-10-2012 04:48 PM
mmg tabik spring. bukan semua orang mampu. manusia yang normal pun belum tentu
Author: rospinki    Time: 2-10-2012 10:24 PM
ooo..rupanya. penah jumpa dia ni life masa bukak cawngan kedai diorg kt tpt keje sy. pagitu sy terhegeh2 cari barang..tiba2 ditegur dr belakang diorg nk amik gambar. sy cuma tersengih2 dan pelik sapa yg berkrusi roda ni..rugi x salam dia hritu amik berkat
teringat pepatah omputih "luck is when the prepration meet the opportunity" persedian dan usaha adalah tuah badan sebenarnya.
thanks tt..nice info!
Author: pinkpunk    Time: 3-10-2012 10:23 AM
selalu gak pergi speedmart99..
memang betul ada barang tertentu murah... x semahal 7e...
beratur pun xlama..
Author: shania88    Time: 12-11-2012 11:11 AM
rospinki posted on 2-10-2012 10:24 PM
ooo..rupanya. penah jumpa dia ni life masa bukak cawngan kedai diorg kt tpt keje sy. pagitu sy terhe ...

ruginyer kau...huhu...

Author: Spiral    Time: 12-11-2012 11:49 AM
wahhh respek tabik spring
Author: jin_lampu    Time: 12-11-2012 11:57 AM
the best....
Author: Hessa    Time: 12-11-2012 02:35 PM
speedmart99...dekat & murah
Author: scarlett-jo    Time: 12-11-2012 02:58 PM
wah,kagumnya dgn semangat dia
Author: maja07    Time: 13-11-2012 01:31 AM
Singgah beli air jap tadi. Terkejut pampers yg anak gua pakai murah singgit dari Giants.
Author: sophyz    Time: 13-11-2012 08:45 AM
Setiap kekurangan itu pasti ade kelebihann...kegigihan nya harus dicontohi..
Author: chazey    Time: 13-11-2012 04:41 PM
barang murah tu sebab mungkin dia sindri pun bukan asal orang senang kan. dah nak jadikan kedai ni mampu dikunjungi oleh sesapa saja.

aku harus print out cerita ini dan jadikan contoh untuk anak2 bumiputera pemalas bangsa aku sindri yang disuruh buat karangan 350 perkataan pun muka cam nak bunuh diri saja.
Author: parasitology    Time: 13-11-2012 05:40 PM
tersentuh hati ini....semoga lebih berjaya mr.lee...
Author: HaMiZiE    Time: 13-11-2012 09:39 PM
tabek pring kat ankle nie....
he is definitely a good example to be followed ...
Author: tweetytweety    Time: 13-11-2012 09:48 PM
once a while beli jugak barang-barang kat sini.. memang harga murah sket dari giant tesco mydin sebagainyer.

store locations - mak ai.. banyaknyer.. refer kat sini

http://www.99speedmart.com.my/storeloc.htm

Author: Gegancu    Time: 17-1-2013 02:10 PM
tengok bangsa mereka..
cacat pun usaha..
Author: ctaz    Time: 17-1-2013 03:10 PM
cara mereka berfikir....
dgn org2 melayu berfikir....
Author: rikamiyuki    Time: 17-1-2013 03:45 PM
Suka bl kat speedmart.harga agak murah tapi pilihan xbyk sgt

kagum ngan kgigihan Mr.Lee
Author: vionna007    Time: 17-1-2013 03:59 PM
....kagum aku dgn semangat dia....patutnyer OKU melayu pun bole jd mcm dia....tak payah asek minta simpati org jer.....
Author: hellblazer666    Time: 18-1-2013 12:46 PM
mmg respek laaa dgn tokey spedmart nih..slalu nye beli susu anak n pampers kt cni yg plg murh dr giant n hipermket len..
Author: mamiayu    Time: 24-2-2013 09:21 PM
Tabik springgggg dgn dia
Author: AmyElina    Time: 25-2-2013 12:43 AM
kagum dgn Mr Lee,, juga pengajaran utk diri sendiri,
tiada jln singkat utk berjaya. dia yg serba kekurgn pn mampu buat,takkan kita yg sempurna tubuh badan nk mengadu itu susah, ini susah..n create pelbagai alasan.
mulai hari ini, idola saya ialah Mr Lee Thiam Wah.
Author: cikatilia    Time: 25-2-2013 09:55 AM
aku suka speedmart..

1 contoh aje la aku letak

dia punya cottage fries - jajan tu.. RM3.99 yg beso
tempat lain semua 4.00++..

murah!!!

Author: h0ney    Time: 25-2-2013 10:13 AM
akan ku jadikan inspirasi..
Author: fazzrules    Time: 25-2-2013 10:21 AM
wow..mmg hebat la pakcik ni....aku dulu tanya2 gak sapa owner brand speedmart ni...tak sangka sorang OKU...
Author: BeasT    Time: 25-2-2013 01:14 PM
tak pernah tengok pun speed mart niee
Author: umm4amr    Time: 25-2-2013 01:49 PM
pernah baca artikel psl dia dulu... wife dia cantik & seksi..
Author: asrisha    Time: 25-2-2013 01:55 PM
wow... baru tau... dasar pemalas nak google...

kat sini suka beli susu, milo, minyak, bawang, indocafe murah berbanding giant dan tesco dan juga mydin...

tempat teman ada diskaun beli Roti gardenia.... RM2.15, asal RM2.40

Author: oxychucky    Time: 25-2-2013 02:30 PM
kagumnya..malu plak kt diri sendiri..
Author: aries_cowboy    Time: 4-3-2013 11:44 AM
Dulu mase membe aku tny landmark yg dekat ngn umah aku, aku ckp la dekat ngn kedai runcit Hiap Hoe, tak sangke itula kedai yg dah jadi Speed mart ni...
Dulu masuk je kedai ni, mcm kedai runcit kampung je, lantai pun simen je, ade mesin tikam kat luar (rajin tikam kad dragon ball). Sekarang...dah maju...  
Author: sarinah99    Time: 4-3-2013 12:18 PM
respect
Author: Mscapsicum    Time: 4-3-2013 05:48 PM
Cayalaaaah dia ni
Author: alestorm    Time: 17-8-2013 09:08 PM
Aku suka speedmart kat taipan sbb sgt convenient. Aku tak suka speedmart putrajaya sbb byk brg xde.
Author: mitnick    Time: 19-8-2013 03:57 AM
dimana ade kemahuan, disituee ade highway
Author: kintan    Time: 19-8-2013 09:01 AM
speedmart99 mmg murah... dari giant, tesco & care4

kalo tak caya gi lah compare harga..
Author: amyainsamad    Time: 19-8-2013 10:57 AM
suka bli shampoo n pncuci muka kt cni..murah bbanding pasaraya lain


smua murahla kt speedmart ni
Author: supernaturalee    Time: 19-8-2013 12:17 PM
norzyy posted on 6-8-2012 04:55 PM
sangat respek... bila la produser drama/filem nak pi interview dia than terbit drama/filem kisah2 mc ...

aku antara yg terawal akn pg tonton di pawagam

Author: theflash    Time: 19-8-2013 02:01 PM
huhuhu kagum dan inspiredd
Author: RedClip    Time: 19-8-2013 04:27 PM
gigih usaha ni
Author: missmarvolo    Time: 19-8-2013 10:18 PM
kagum dengan semangat juang mr lee ni...
Author: abby_R    Time: 21-8-2013 07:38 AM
byk jugak brg2 murah kat speedmart neh...
ribena kat jayen rm12.99 klu x silap..
kat speedmart rm8.99 je...mmg murah
soya 1liter tu rm1.85....
Author: bantal_busuk    Time: 21-8-2013 08:48 AM
itulah orang kata tak semestinya tak belajar tinggi tak boleh berjaya..
inilah bukti nyer..syabas bro..
Author: matchstick    Time: 25-10-2013 01:54 PM
suka shopping kt speedmart. murah. xpyh susah2 nak pegi tesco, giant dh la jauh dr umah aku. brg asas sume aku beli kt speedmart. bwk rm50 mcm2 dpt.
Author: ikinbest    Time: 25-10-2013 03:47 PM
ahah .. suke juga soping kt speedmart .. murah dan dekat dengan rumah ..
Author: InVendeTTa    Time: 25-10-2013 05:25 PM
what an inspiring tale
aku suka gak g speedmart ni kalo nak membeli bende2 asas
agak murah n sama harga ngan mydin
xdelah propa mcm kedai 1Malaysia tu
Author: BelovedTaeyeon    Time: 26-10-2013 08:12 AM
Salaam.

Aku pun suka beli kat cawangan2 dia.

Cuma cashier jer kekadang ada peel....budak Melayu.
Tak mesra pelanggan.


Moga2 jutawan nie diberi hidayah.

Author: tepung    Time: 29-7-2014 08:38 AM
Iols pun suke sopim brg dapur kt 99 speedmart sbb murah n affordable
Author: DeMax    Time: 29-7-2014 02:05 PM
iniaroonz posted on 6-8-2012 01:08 PM
aku suka beli kat speed mart...kedai dia luas dan tak sesak...

Ummah keris ke hulu ke hilir yg tak OKu bila lagi nak buka kedai ayaq jampi
Author: gigahertz    Time: 30-7-2014 10:33 PM
daiman posted on 7-8-2012 06:13 AM
aku banding harga : kat 99 ni lg murah compare giant,tesco n seangkatan denganya.

speedmart punya stail satu kilomter ada 3 cawangan. tesco giant dan lain lain bukak satu tanah kosong radius cover 10km.  kalau setakat order 100 karton tu sekejap dah kering dah. speedmart99 barang dia mmg utk keperluan kita. tapi tesco giant bende merapik rapik

Author: gigahertz    Time: 30-7-2014 10:41 PM
abby_R posted on 21-8-2013 07:38 AM
byk jugak brg2 murah kat speedmart neh...
ribena kat jayen rm12.99 klu x silap..
kat speedmart rm8 ...

speedmart stok konsisten.barang habs cepat. tesco giant stok campak merata rata. bila stok x gerak brang x boleh clear so kos masih ikut harga lama. (old stok orang kata) speedmart ni aku beli bende bende kecik bende bende murah biasa makanan atau snek. biskut ke.

mineral water kat Speedmart 0.50 sen kat tesco giant mana nak dapat.?




Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4