CariDotMy
Title: melayu di australia nata de cocos [Print this page]
Author: sehLemahAbang Time: 28-2-2013 10:09 PM
Title: melayu di australia nata de cocos
Katanning merupakan sebuah pecan kecil yang dihuni hampir 500 orang masyarakat melayu yang berasal dari Pulau Cocos. Juga terdapat beberapa orang melayu yang berkahwin dengan masyarakat cocos berasal dari Indonesia, Singapura dan juga Malaysia.
Komuniti lain yang tinggal di sini seperti biasa, mat saleh, mat hitam, mat cina, mat Burma, dan lain-lain yang hanya kecil jumlahnya. Kawasan ini masih didominasi oleh masyarakat orang putih tempatan. Mengikut perangkaan jumlah penduduk di sini, aku difahamkan mencecah hampir 5000 orang sahaja.
Masyarakat melayu yang berasal dari Pulau Cocos ini kebanyakannya sudah menetap di sini hampir 40 tahun dan lebih. Tetapi hubungan mereka bersama masyarakat di pulau masih erat. Bahasa, adat dan juga cara hidup tidak lari jauh dengan suasana di cocos, cuma jarak rumah dan juga luas daratan yang membedakannya.
Tak hairan lah jika ketika aku di masjid ada orang dari sini yang menegur aku kerana dia hanya menonton video khutbah hari raya yang aku bacakan. Video sambutan hari raya di Pulau Cocos dahulu juga sudah tersebar di sini. Sangat kuat ingatan mereka.
Sebuah masjid tersergam indah di Katanning. Ini juga hasil tangan masyarakat melayu cocos yang tinggal di sini. Sangat teruja apabila melihat papan tanda perasmian masjid itu yang disempurnakan pada tahun 1981 oleh Allayarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia!
Terdapat juga sebuah madrasah di belakang masjid ini yang digunakan sebagai kelas pengajian anak-anak masyarakat melayu setiap kali hujung minggu. Penggunaan bahasa melayu cocos masih menjadi bahasa utama di sini. Walaubagaimanapun anak-anak melayu di sini sudah tidak lagi bertutur bahasa melayu bersama ibu bapa mereka. Mereka masih memahami bahasa melayu tetapi tidak mampu menjawab dengan baik. Maka berlakulah perbualan unik antara hang tuah dan Robin Hood.
Terdapat golongan veteran di sini yang sudah risau memikirkan nasib bahasa melayu cocos suatu hari nanti. Adakah mampu anak cucu mereka sekarang yang berhidung penyet mampu bertutur bahasa melayu.
Author: MissNigga Time: 28-2-2013 10:42 PM
cocos... christmas island.... tempat buangan nasionalist negara jaman jaman dulu
Author: Elle_mujigae Time: 28-2-2013 10:52 PM
Owhh.......baru tahu....
Author: Artemesiaa Time: 28-2-2013 10:55 PM
Harap mereka terus berpegang teguh pada jatidiri dan asal usul mereka walaupun dah lama ditempat orang.
Author: sehLemahAbang Time: 28-2-2013 10:55 PM
ambo pong baru tawww, huahuahua...
Author: Acong Time: 28-2-2013 11:33 PM
harap suatu hari dpt melawat sini.....
Author: kizuna80 Time: 28-2-2013 11:58 PM
wahhh macam nk gie sini jah
Author: ninja boy Time: 1-3-2013 01:51 AM
mau saja menetap di sini boleh kah
Author: lonso Time: 1-3-2013 07:37 AM
boleh tak keje situ ngaja bahasa melayu... boleh dijadikan peluang pekerjaan.............
Author: aTiKah_aYuNi Time: 1-3-2013 07:45 AM
x ku sangka.....
Author: cuki Time: 1-3-2013 09:14 AM
Author: amyainsamad Time: 1-3-2013 09:19 AM
Author: abby_R Time: 1-3-2013 09:54 AM
pernah masuk majalah 3 dulu pasal melayu kat pulau cocos nih
Author: supernaturalee Time: 1-3-2013 10:03 AM
"Komuniti lain yang tinggal di sini seperti biasa, mat saleh, mat hitam, mat cina, mat Burma, dan lain-lain yang hanya kecil jumlahnya.
Mereka masih memahami bahasa melayu tetapi tidak mampu menjawab dengan baik. Maka berlakulah perbualan unik antara hang tuah dan Robin Hood."
bagus ayatnya...komikal
Author: kivio Time: 1-3-2013 11:13 AM
bleh tunjuk petanya???
harus lawat..
Author: atreyu05 Time: 1-3-2013 11:15 AM
boleh mengajar bahasa melayu kek sini
Author: intandanial Time: 1-3-2013 11:47 AM
supernaturalee posted on 1-3-2013 10:03 AM
"Komuniti lain yang tinggal di sini seperti biasa, mat saleh, mat hitam, mat cina, mat Burma, dan la ...
hehehe..mudah pahamm
Author: shakirajefrydin Time: 1-3-2013 12:27 PM
macam org2 indonesia yg buat perkampungan kat malaysia lah ni?
Author: HannahMontana Time: 2-3-2013 12:31 AM
ninja boy posted on 1-3-2013 01:51 AM
mau saja menetap di sini boleh kah
boleh kalau berani...
ko cari spouse di sana..
ko hidup disana..
ko akan merasa tinggal disana.
coconut man
Author: rospinki Time: 2-3-2013 11:51 AM
Located at 10°30′S 105°40′E, the island is a quadrilateral with hollowed sides, about 19 kilometres (12 mi) in greatest length and 14.5 km (9.0 mi) in extreme breadth. The total land area is 135 square kilometres (52 sq mi), with 138.9 km (86.3 mi) of coastline. The island is the flat summit of a submarine mountain more than 4,500 metres (14,800 ft) high,[31] the depth of the platform from which it rises being about 4,200 m (13,780 ft) and its height above the sea being upwards of 300 m (984 ft).[32] The mountain was originally a volcano, and some basalt is exposed in places such as The Dales and Dolly Beach, but most of the surface rock is limestone accumulated from the growth of coral over millions of years.[33] "The summit of this mountain peak is formed of a succession of tertiary limestones ranging in age from the Eocene (or Oligocene) up to recent reef-deposits, with intercalations in the older beds of volcanic rocks."[34]
Steep cliffs along much of the coast rise abruptly to a central plateau. Elevation ranges from sea level to 361 m (1,184 ft) at Murray Hill. The island is mainly tropical rainforest, of which 63% is National Park.
The narrow fringing reef surrounding the island can be a maritime hazard.
It is 2,600 kilometres (1,600 mi) northwest of Perth, Western Australia, 500 km (310 mi) south of Indonesia, 975 km (606 mi) ENE of the Cocos (Keeling) Islands, and 2,748 km (1,708 mi) west of Darwin, Northern Territory. Its closest point to the Australian mainland is 1560 km from the town of Exmouth, Western Australia.[citation needed]
The climate is tropical, with heat and humidity moderated by trade winds.
Author: rospinki Time: 2-3-2013 12:01 PM
shakirajefrydin posted on 1-3-2013 12:27 PM
macam org2 indonesia yg buat perkampungan kat malaysia lah ni?
tak..tak sama sekali, populasi melayu disini telah dikira pada awal penerokaan ke atas pulau christmas oleh orang putih british yang kerjanya mengkaji kewujudan pulau serta mencari sumber mineral untuk dibawa pulang. setelah pulau tersebut didapati mempuynai sumber mineral yang tinggi seperti phospate maka dengan kerjasaam singapore (time tu british colony) invented minig serta menghantar pekerja lombong yang terdiri dari cina serta orang melayu. banyak terjadi pertumpahan darah perebutan kuasa ke atas pulau christmas yang akhirnya berada dibawah kuasa kerajaan Australia.
apa yang pasti orang melayu disana adalah asal yang datangnyake pulau Christmas tetapi bukan cara mencuri masuk seperti indon kat malaysia serta orang melayu banyak membawa nilai budaya melayu yang masih nampaknya tidak banyak tercela sifatnya.
kalau diberi kesempatan mau juga saya pergi menetap disana..
Author: Leyla Time: 2-3-2013 12:22 PM
Acong posted on 28-2-2013 11:33 PM
harap suatu hari dpt melawat sini.....
nak ikut...
Author: shakirajefrydin Time: 2-3-2013 06:28 PM
rospinki posted on 2-3-2013 12:01 PM
tak..tak sama sekali, populasi melayu disini telah dikira pada awal penerokaan ke atas pulau chris ...
tq for d infos.. now i knew!
Author: qislea Time: 2-3-2013 11:11 PM
mcm cantik pulaunya..........
harus masuk dalam list ni......
Author: sehLemahAbang Time: 3-3-2013 12:58 PM
qislea posted on 2-3-2013 11:11 PM
mcm cantik pulaunya..........
harus masuk dalam list ni......
erk, nak masuk list ape tuh?
utk mcm survival list ke?
atau amazing race?
atau contest mencari bakal suami yg gagah menampung 2 bijik kelaper terberat?kihkih...
acah jer
Author: hellblazer666 Time: 4-3-2013 08:05 AM
Author: penchintadea Time: 4-3-2013 01:21 PM
Terima kasih for the info TT..baru tau..
Author: fletch Time: 4-3-2013 01:29 PM
ruginya budak-budak kat situ tak boleh ckp Melayu
Author: Mscapsicum Time: 4-3-2013 05:51 PM
Suka tgk gmbr dia. Mcm menenangkan
Author: anees~nuhara Time: 5-3-2013 03:37 PM
br tawu...thanx for the info
Author: gjoy_chester Time: 5-3-2013 03:52 PM
gambar penduduk dia takde ke?? nak tengok gaya hidup dioarang camna..
Author: Body_language Time: 6-4-2013 06:32 PM
Aku saja2 search kat utube aritu, jumpa 2 video
video 1 - Perkahwinan org melayu kat sana
[youtube]BUE184bmON8[/youtube]
Video 2 - double standard terhadap org melayu kat Australia
[youtube]E8vIc19niSw[/youtube]
(kesian, pulau cocos tu pulau kosong, org melayu di import jadi hamba tanam coconut. Pastu mereka merdeka. Kerajaan Australia setuju jadikan org melayu as penduduk asal. Tp diorg mcm ditindas)
Author: TravelerPoyo Time: 7-4-2013 07:56 AM
baru tau ade pulau christmas ni dekat dgn indonesia.
Author: sehLemahAbang Time: 11-4-2013 11:02 AM
Indonesia itu pelbagai resam ada, kristian ada Islam ada hindu ada budhhist ada....macam2 adoooo
Author: reeny Time: 11-4-2013 12:06 PM
teringin nk pergi ke Pulau Cocos nie..
Author: sehLemahAbang Time: 11-4-2013 02:05 PM
adakah nata de cocos punye produk tu berasal dari sana yer???
Author: mafilee Time: 11-4-2013 03:21 PM
aku duk cari ayat mungkin melayu kat sini ada buat perusahaan nata de coco tp rupanya sekadar gimik semata - mata...
Author: cikatilia Time: 11-4-2013 03:50 PM
wah
mcm best aje
mcm belong la kot bila kitap i sana
ada sample tak muka org sana?
Author: sehLemahAbang Time: 17-4-2013 09:10 PM
ahahah...google la cik adekkk
Author: CintaPink Time: 18-4-2013 12:21 PM
Author: brown_pupil Time: 18-4-2013 02:50 PM
mcm best jer... at least kalau pegi sana xde la risau nak cari makan sebab mesti halal kan..
Author: sri_iman Time: 25-4-2013 01:18 AM
takkan melayu hilang di dunia.. hilang terus mungkin takderlah kut..dna jer hilang separuh
Author: MissNigga Time: 23-6-2013 10:33 PM
[youtube]LhHJLsLSgRU[/youtube]
nah...iols tambah lagi bidio memaparkan masyarakat melayu cocos
Author: roblucci Time: 24-6-2013 01:17 AM
Patutnya 'Selamat Datang Ke Home Island'
Author: salimrock Time: 24-6-2013 01:19 AM
kalo tgk google map..jauh terpinggir pulau coco ni...mmg betul la ckp forumers tu..tmpat buangan org ..
Author: salimrock Time: 24-6-2013 01:20 AM
pulau krismas pun sama...jauh terpinggir...
Author: miszaimi Time: 24-6-2013 10:32 AM
cantekkkkkk
Author: shamsadis Time: 24-6-2013 11:17 AM
banyak tempat2 dia Australia bunyi cam kat tempat kita...cer teka cer teka...tak silap kiraan aku ada 7 tempat
Author: sehLemahAbang Time: 29-6-2013 11:20 PM
apa yg 7 tempat tu, ce citer ce citerrr hehehehe
Author: azrain98 Time: 30-6-2013 02:24 AM
uyoooooooooooo baru tau ni kih3
Author: al-tapahi87 Time: 30-6-2013 01:13 PM
teringin nak ke sana....anak2 dara sana lawa x agaknya..hehe
Author: zuerinaBP Time: 1-7-2013 10:14 AM
parent kena ajar anak2 meka bahasa melayu...
Author: intanku Time: 3-7-2014 02:00 PM
semalam ada documentary pasal melayu kataning...yg berasal dari cocos island...interesting
Author: chazey Time: 5-7-2014 09:55 PM
Di Sabah, ummah Cocos ini seperti Mas AF2 dengan Yazer AF3 itu lar.
Author: yeos Time: 8-7-2014 12:53 PM
kagum... harap suatu hari dapat sampai ke sana lihat mcamane kehidupan as a cocos malaise... mesti rasa macam balik kg je...
Author: tengokjerrr Time: 8-7-2014 01:01 PM
kagum dgn mereka .. dapat kekalkan budaya dan bhs melayu.
Author: PongKang Time: 8-7-2014 04:32 PM
seronok tgk tempat ni
Author: dauswq Time: 18-9-2015 01:05 AM
mmg asal sane kah?
bukan lahir kt sabah?
Author: ladybird_ Time: 18-9-2015 04:37 PM
Rasa macam nak pindah tinggal sini.
Kat Malaysia asyik tunding jari sana sini.
Tak tenang langsung!
Author: ladybearpink Time: 18-9-2015 05:30 PM
Tanah Merah, Queensland
Author: friedfishsoup Time: 18-9-2015 08:25 PM
Author: nabyha Time: 19-9-2015 12:54 AM
cam besh jek tempat nih. semoga dorang terus maju.
Author: mondou Time: 19-9-2015 12:19 PM
Edited by mondou at 19-9-2015 12:22 PM
[attach]160445[/attach]
Cocos Malays in MalaysiaThe Cocos Malays in Malaysia primarily reside in a village known as Kampung Cocos near Lahad Datu in Tawau Division of Sabah. Originally from the Cocos Islands, they settled on this area in the 1950s after been brought by the British. The number of those who participated in the first emigration is thought to be around twenty, but it increased when they expanded their settlement in Lahad Datu. Their culture is closely related to the Malay peoples in Malaysia and their current population in Sabah is around 4,000, about eight times larger than the population remaining in the Cocos Islands. They are accorded Bumiputera status by the Malaysia government.
Author: Mokcun Time: 19-9-2015 04:58 PM
oh..ada orang melayu ka kat sana?
tak melayu hilang di dunia...
Author: nozanoor Time: 22-9-2015 10:06 AM
cantik pulau ni
Author: darkzombie Time: 22-9-2015 12:13 PM
macamana nak pergi sana ya? klu ambik flight
Author: khairina07 Time: 23-9-2015 12:09 AM
Kome rasa nk kawin acah2 kacuk g cari jodoh kt sana...t org tnya kahwin dgn org mna...org australia...padahal org melayu haha
Author: hatikudus Time: 23-9-2015 10:13 AM
Macam aman damai aje kat situ...macam best aje
Author: chica_chica Time: 26-9-2015 05:24 PM
Cer tgk muka depa camne....malas nak google
Ni tempat orang kene buang daerah zaman zaman dulu kan
Mcm ada selangor royal yg kene buang ke seychelles tu
Author: ashraf5587 Time: 5-11-2015 01:48 PM
Nak pergi sini lalu australia ke?
Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) |
Powered by Discuz! X3.4 |