CariDotMy

Title: 5 jenis Ikan Termahal Di Malaysia [Print this page]

Author: anees~nuhara    Time: 10-3-2014 04:17 PM
Title: 5 jenis Ikan Termahal Di Malaysia
Malaysia - sebuah negara yg sinonim dgn pelbagai jenis makanan yang lazat daripada pelbagai kaum yg hidup dgn aman damai & harmoni. Jika seseorang mahu menulis tentang kepelbagaian jenis makanan yg diperolehi dlm negara ini, pasti tidak akan habis. Makanan lazat yg terdapat di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada ikan. Ikan telah wujud sejak 530 juta tahun dahulu & evolusi hidupan ini telah membawa kepada sumber makanan yg divariasikan. Bacalah tentang 5 jenis ikan termahal yg boleh didapati di Malaysia.

1. Ikan Empurau






Ini adalah ikan yg paling mahal. Sekilogram boleh mencecah sehingga RM550. Dan ini adalah harga yg termurah yg boleh anda dapat! Namun tiada yg mustahil kerana inilah yg dilakukan oleh pecinta ikan tawar yang dikenali dengan nama Empurau. Empurau adalah sejenis ikan daripada spesies Tortambroides atau dikenali juga sebagai "Wong Bu Liau" dalam bahasa Cina. (abaikan bagaimana ia disebut). Ikan ini hanya boleh ditemui di Sarawak & harganya mahal kerana rasanya yg sangat mani, serta isi & teksturnya yg lembut.Apa yg membuatkan isinya begitu lembut & harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2000 sekilogram, adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan jenis "Engkabang".

2. Ikan Jelawat

  

Sejenis lagi ikan yg mempunyai rasa yg manis & isi yg lembut sama seperti ikan Empurau tetapi tanda harga yg melampau mahal adalah ikan jelawat. Ikan ini terdiri daripada spesies  Leptobarbus hoevenii & berasal daripada keluarga Barb. Isi ikan jelawat yg tergolong dlm jenis omnivor ini sgt lembut dan rasanya agak manis & mempunyai lemak ikan di bawah kulitnya yg mungkin disebabkan ikan ini hanya memakan buah-buahan hutan yg gugur di sepanjang pinggir sungai. Buat masak tempoyak mmg sodappp

3. Ikan Semah



Ikan Semah berasal daripada spesies Tor Labeobarbus, hanya boleh didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di kawasan lain selain daripada habitat asalnya. Ikan Semah adalah haiwan omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pertanian, pembalakan & penangkapan ikan secara berleluasa. Oleh kerana teksturnya yg berbeza dgn ikan air tawar yg lain & juga kerana ia sgt ekslusif, harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300.

4. Ikan Tengadak

  

Bagi anda yg menginginkan sesuatu hidangan yg lazat, apa kata anda cuba ikan tengadak, sejenis ikan yg boleh didapati di perairan Borneo. Harga sekilogram ikan ini adalah RM250. Ikan ini mempunyai bentuk tulang halus berbentuk "Y" tetapi rasanya sangat manis & sedapserta isinya yg amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yg menggemari ikan segar berkualiti tinggi dengan harga yg berpatutan.

5. Ikan Ketutu



"Marble Goby Fish" atau "Soon Hock" yg juga dikenali dengan nama ikan ketutu dalam bahasa melayu merupakan antara spesies terbesar dalam keluarga ikan gobi. Ia berasal daripada spesies Oxyeleotris Marmoratus dan habitat semulajadinya adalah di perairan air paya, terusan & tasik. Seperti biasa, ikan yg mahal memiliki tekstur halus & lembut serta rasanya yg amat manis. Ikan ketutu boleh didapati dengan harga RM100 sekilogram & ianya terdiri di tangga yg ke-5 ikan termahal di Malaysia.


Jenis Ikan-----------Harga sekilogram

Ikan Empurau----------------RM550
Ikan Jelawat-----------------RM320
Ikan Semah-------------------RM250
Ikan Tengadak---------------RM250
Ikan Ketutu------------------RM100

  




Author: ais_kosong    Time: 10-3-2014 04:22 PM
xmenarik rope ikan2 nih..
Author: dubuk    Time: 10-3-2014 04:22 PM
fuyyoh fuiyoh fuyyoooohh
Author: Cik_Eena    Time: 10-3-2014 04:27 PM
takpelah koi makan ikan pelaling kembung.....ajelah...ikan sungai mahal amat weh penuh tulang temulang pulok tu....mer terasa nok sgt..beli aje hak siap dah begulai...
Author: AdamBillionaire    Time: 10-3-2014 04:35 PM
patin buah tak masuk list..

sedih datuk ct...
Author: amiraira    Time: 10-3-2014 04:43 PM
nampak mcm x sedap je...

Author: PulutDereyan    Time: 10-3-2014 05:16 PM
yang last tu gerun nk makan.. cm rupa ikan bandaran pun ada gak..
Author: stillen    Time: 10-3-2014 05:21 PM
Mana Patin Buah? Mana Kelah?
Author: taji2906    Time: 10-3-2014 05:27 PM
ikan ketutu tu mahal ke? masa aku nak beli ikan yg aku bela tu ada je jual ketutu ni.. jual hidup la.. dalam rm20-rm30 je kat pudu tu.. tp sebab rupa buruk dan ikan ni jenis statik je aku tak beli.. tokey kata tangkap kat sungai perak..
Author: twins    Time: 10-3-2014 05:27 PM
kalau makan gulai patin buah ngan kelah pun pelanggan dah komplen sampai masuk sokkabar bagai... rasanya kalau makan ikan2 yg dalam senarai ni harus di bakor nya terus restoran tu bila dapat bil kott...
Author: daunkesum    Time: 10-3-2014 05:39 PM
Ikan ketutu? Hemmm.... takut lak nak makan. Cam pelik jer ikan dia.

Buat masa ni eden suko ikan keli. Ikan keli goreng masak berlado.....hehehe.
Author: robotech    Time: 10-3-2014 05:42 PM
Mahal sebab susah nak jumpa. Majoriti ikan termahal tu banyak didapati di sungai2 di Sabah dan Sarawak je.
Author: myakayina    Time: 10-3-2014 06:20 PM
nak mkn pun ngeri.. jelawat tu ok lagi la kot..
Author: suefai    Time: 10-3-2014 06:25 PM
Ikan ketutu memang sedap biasanya wat masak stim halia

Author: Paput    Time: 10-3-2014 07:21 PM
stillen posted on 10-3-2014 05:21 PM
Mana Patin Buah? Mana Kelah?

Ikan semah adalah Ikan Kelah

Author: hasniey    Time: 10-3-2014 07:24 PM
kelah xde dlm senarai ke?

teringin pulak ai nk mkn ikan empurau tu
dpt seketul pon jd lah
Author: pakweneelofa    Time: 10-3-2014 07:24 PM
itu rupa ikan ketutu tu..dak2 kecik kalau mulut muncung nenek aku kata budak kecik tu buat mulut ikan ketutu..lol
Author: arish9867    Time: 10-3-2014 07:59 PM
stillen posted on 10-3-2014 05:21 PM
Mana Patin Buah? Mana Kelah?

ikan patin muncung lagi mahal dari patin buah

Author: vespa_oren    Time: 10-3-2014 09:11 PM
arish9867 posted on 10-3-2014 07:59 PM
ikan patin muncung lagi mahal dari patin buah

Ikan arowana gold lagi mahal

Author: azahan    Time: 10-3-2014 09:22 PM
ikan kelah tak termasuk ke
Author: Artemesiaa    Time: 10-3-2014 10:08 PM
Menarik infonya
Author: ice98    Time: 10-3-2014 10:11 PM
Bese je aku tgk ikan2 kat pasar malam.
Author: matchstick    Time: 10-3-2014 11:09 PM
ikan semah ada jugak..x penah dgr. ikan rosmah mansor ke ni? mmg beliau je la mampu beli & makan tiap2 hari.
Author: lucky_peace    Time: 10-3-2014 11:16 PM
azahan posted on 10-3-2014 09:22 PM
ikan kelah tak termasuk ke

ipon tertanye dimana ikan kelah?

Author: shuk_one    Time: 10-3-2014 11:31 PM
semua tak mampu nak beli.. huhu
Author: roblucci    Time: 10-3-2014 11:32 PM
ikan laut kalah dgn ikan sungai
Author: Tok_Batin    Time: 11-3-2014 07:05 AM
Apa beza Ikan Semah (sarawak) dengan Ikan Turongou (Sabah)?


Ikan Semah


Ikan Turongou




Author: chinta89    Time: 11-3-2014 08:12 AM
twins posted on 10-3-2014 05:27 PM
kalau makan gulai patin buah ngan kelah pun pelanggan dah komplen sampai masuk sokkabar bagai... ras ...

tapi tak penah lak masuk sotkobar.. agaknya tgh waiting list kot?

Author: zainuddinmaidin    Time: 11-3-2014 08:27 AM
ikan yang mahal di mesia yang aku jumpa kat mudah:
1. Stingray RM7000 !!!!!!!!

http://www.mudah.my/Stingrays-25342639.htm


Author: zainuddinmaidin    Time: 11-3-2014 08:29 AM
ikan koi lagi mahal!!! RM15,000
tercirit lah kalau beli ikan sekor rm15,000 = bersamaan kalau aku makan ikan yang aku beli selama 370 tahun


http://www.niigata-nishikigoi.co ... ikigoi.com/node/442[/url] Last edited by zainuddinmaidin on 11-3-2014 08:31 AM


Author: twins    Time: 11-3-2014 08:49 AM
zainuddinmaidin posted on 11-3-2014 08:29 AM
ikan koi lagi mahal!!! RM15,000
tercirit lah kalau beli ikan sekor rm15,000 = bersamaan kalau aku m ...

errrr.....ikan koi boleh makan ke ?
Author: fifie_olin    Time: 11-3-2014 08:56 AM
perasan x seme jenis ikan mhl ni bersisik tebal...
org kata elok amalkn memkn ikan yg bersisik ni....elok utk kesihatan..
ikn tenggiri x masuk list plak...
lama gile x mkn ikn tengiri...kalo msk lemak cili api...pergghhhh
Author: scythe_blade    Time: 11-3-2014 09:31 AM
ikan2 nie boleh dimakan ke?
Author: anees~nuhara    Time: 11-3-2014 10:03 AM
zainuddinmaidin posted on 11-3-2014 08:29 AM
ikan koi lagi mahal!!! RM15,000
tercirit lah kalau beli ikan sekor rm15,000 = bersamaan kalau aku m ...

bkn ikan koi tu utk hiasan je ke? bkn utk dimakan.. haishhh..

Author: larikesurga    Time: 11-3-2014 11:28 AM
seb bek aku tak makan ikan air tawar..jimaat duit..hehe
Author: baruli_san    Time: 11-3-2014 11:53 AM
Apsal banyak nama ikan yang mahal aku xtau ek? hehe
Author: -electrifying-    Time: 11-3-2014 11:56 AM
aku mkn ikan selar je. hmm tu je mmpu
Author: anees~nuhara    Time: 11-3-2014 12:39 PM
azahan posted on 10-3-2014 09:22 PM
ikan kelah tak termasuk ke

Ikan Semah tu Ikan kelah la...adehh...bace statement kt bwh ni

Ikan semah (Tor spp., syn. Labeobarbus, suku Cyprinidae; juga dipakai untuk jenis-jenisNeolissochilus dan Naziritor di India) adalah ikan air tawar yang berasal dari Indo-Australia dan anak benua India. Nama lain ikan ini adalah kancra (Sunda), tambra (Jawa), sapan(Kalimantan)[1], ihan batak atau curong (bahasa Toba)[2], mahseer, atau kelah (Malaysia). Nama "semah" populer dipakai di Sumatra bagian tengah hingga ke selatan.

Author: xytol    Time: 11-3-2014 12:47 PM
ikan jelawat masak stim limau, ikan semah stim lobak, tengadak goreng garing dan ketutu masak lemak cili api...
Author: coolie83    Time: 11-3-2014 01:40 PM
laaa...aku ingatkan jenis ikan dlm akuarium...baru nk fefeling teka ikan kelisa paling mahal...skali ikan sungai utk dimakan daaa...hahahaha
Author: go_kart    Time: 11-3-2014 02:14 PM
yg orang slalu dok meroyan kata patin kelah mahal nk mampos tu tak masuk list ka  
Author: anees~nuhara    Time: 11-3-2014 02:45 PM
go_kart posted on 11-3-2014 02:14 PM
yg orang slalu dok meroyan kata patin kelah mahal nk mampos tu tak masuk list ka

ikan semah tu la ikan kelahh...well..maybe ikan patin jatuh tangga ke-6 kot.lps ikan ketutu

Author: munchkin    Time: 11-3-2014 03:47 PM
tak pernah makan empurau. tapi my father kata sedap. and kena inform / tempah.
Author: harmerz01    Time: 11-3-2014 04:30 PM
Empurau ni kalau kat semenanjung adalah spesis ikan tengas.
Author: fanaz82    Time: 11-3-2014 04:58 PM
shuk_one posted on 10-3-2014 11:31 PM
semua tak mampu nak beli.. huhu

mampu makan ikan cencaru je lah..

Author: ratna    Time: 11-3-2014 05:08 PM
setau kita....ikan kelah lagi mahal dari ketutu..
Author: cikatilia    Time: 11-3-2014 05:15 PM
wow.. sure sedap gila.. aku kenal jelawat je kot..
Author: anees~nuhara    Time: 11-3-2014 05:34 PM
ratna posted on 11-3-2014 05:08 PM
setau kita....ikan kelah lagi mahal dari ketutu..

ikan kelah ialah ikan semah...sekian mekaseh kan lg mahal hargenye tuuu

Author: bluberi    Time: 12-3-2014 08:20 AM
HOHHHH
ikan ketutu tuuu
sedap woo
encik hubby sy penah tangkap ikan ni masa menjala
cadang nak jual je, maklum la mahal
tapi last2 jadik lauk..sbb x penah makan ikan mahal
Author: azradiza    Time: 12-3-2014 08:52 AM
aku penah makan ikan ketutu tu ... rasenye mmg sedap .... masak stim  ... kat sarawak banyak nih
Author: Orange_7491    Time: 12-3-2014 09:37 AM
ikan sungai mmg sedap. kalo bakar cicah air asam pun dah heaven.
abg ipar aku  kaki pancing dptla jugk rasa ikan patin, jelawat, baung.
Author: anees~nuhara    Time: 12-3-2014 01:09 PM
Orange_7491 posted on 12-3-2014 09:37 AM
ikan sungai mmg sedap. kalo bakar cicah air asam pun dah heaven.
abg ipar aku  kaki pancing dptla  ...

wat msk tempoyak sdap tu...

Author: raihaneem    Time: 13-3-2014 08:15 AM
ikan jelawat sedap..bakaq..

slalunya la..ikan yg byk tulang sedap...
Author: lyza2474    Time: 13-3-2014 12:21 PM
geli lah tgk ikan no 5 tu

Author: abduldel    Time: 13-3-2014 12:47 PM
Tok_Batin posted on 11-3-2014 07:05 AM
Apa beza Ikan Semah (sarawak) dengan Ikan Turongou (Sabah)?

ikan turongou ni kalau di Tawau Sabah, kami panggil ikan 'Merah Mata' hahhaha x tau la kenapa tp klu perasan dekat matanya tu ada kaler merah.
ikan ni x besar sangat selalu dpt pancing kecil2 saja paling besar saya pernah dpt lebar dalam 3 jari dewasa. lagi satu badan dia mesti ada 3 titik hitam sebelah kiri dan kanan. x pernah mkn pun ikan ni , klu pancing bagi dengan kawan saja sbb memang x berapa gemar ikan sungai.

Tapi ikan empurau memang the best pernah makan semasa kerja di sarawak. mula2 tu macam geli mau mkn maklumlah tidak suka ikan sungai sekali rasa pergh......... dengan sisik sisiknya sekali di bedal. saya sendiri masak stim ikan tu kawan cina yang bawa ikan  dari kem (pendalaman / tempat pembalakan) tidak pandai masak so sayalah menjadi chef.
Author: ALWAYSREDA    Time: 13-3-2014 04:34 PM
Ikan terubuk panggang balut daun kunyit best gak...tapi kena hati2 tulang banyak..halus2 plak tu
Author: missDollie    Time: 13-3-2014 04:34 PM
kalau dapat makan aku nak masak yang tak banyak rencah..nak rasa isi ikan sebenar gitu..ala2 sushi..
Author: NyuNyu    Time: 13-3-2014 08:24 PM
Ikan ketutu? X pernah makan.. Selalu masak pa sedap..
Author: rendangayam    Time: 13-3-2014 10:00 PM
ikan no 1 ni eksklusifnya makanan dia..padanlah mahe


Author: syanis4114    Time: 13-3-2014 11:54 PM
Sebab isi dia manis ke dan susah ditangkap sebab tu kot mahal. Kalau cecah budu, campur2 juga rasa.
Author: richard303    Time: 15-3-2014 06:20 PM
Paput posted on 10-3-2014 07:21 PM
Ikan semah adalah Ikan Kelah

empurau tu ialah kelah.. bole rujuk blog ni http://empurauagro.blogspot.com/
dlm peti ais ada ikan kelah 2 ekor lagi.. hehehe 1.5kg. 3.4kg. dan isi sebahagian 1kg
jgn jeles uollsss

Author: ratuiphone    Time: 16-3-2014 08:00 PM
Byk tulang sumer nye
Author: Zamzari    Time: 17-3-2014 12:42 AM
sisik empurau yg  besar tu pun boleh dimakan...
Author: richard303    Time: 17-3-2014 11:16 PM
Zamzari posted on 17-3-2014 12:42 AM
sisik empurau yg  besar tu pun boleh dimakan...

btoi tu..sedap...

Author: ratna    Time: 18-3-2014 11:56 AM
anees~nuhara posted on 11-3-2014 05:34 PM
ikan kelah ialah ikan semah...sekian mekaseh kan lg mahal hargenye tuuu

oo....ikan sama tp nama len...huhu..baru tau...
mekasih atas info..


Author: abduldel    Time: 18-3-2014 02:26 PM
richard303 posted on 17-3-2014 11:16 PM
btoi tu..sedap...

yup betul tu sedap.... klu masak stim dia akan lembut  klu goreng dia rangup.. nyaman ..

Author: udahudahler    Time: 21-3-2014 04:40 PM
scythe_blade posted on 11-3-2014 09:31 AM
ikan2 nie boleh dimakan ke?

awk org bandar ek..xkenal semua ikan tu..
ikan jelawat tu sedap masak lemak cili api/masak tempoyak..

Author: udahudahler    Time: 21-3-2014 04:42 PM
-electrifying- posted on 11-3-2014 11:56 AM
aku mkn ikan selar je. hmm tu je mmpu

ikan selar pun mahal jugak sekilo...tambah selar papan tu..
hehe

Author: udahudahler    Time: 21-3-2014 04:43 PM
ALWAYSREDA posted on 13-3-2014 04:34 PM
Ikan terubuk panggang balut daun kunyit best gak...tapi kena hati2 tulang banyak..halus2 plak tu

sama taste kita..terubuk bakar..
sedapkan...lemak2 isinya...

Author: SUHA    Time: 22-3-2014 04:08 PM
Semahal mahal ikan2 ni, sikt pun xnmpak menarik pd aqu, huhu
Author: MuLan_GurLz    Time: 10-4-2014 03:20 PM
Ikan Merah bukan mahal jugak ke?
Author: selipar_hijau    Time: 10-4-2014 04:48 PM
Aku makan ikan temenung ja
Author: mattzzx    Time: 10-4-2014 05:58 PM
Dalam 5 jenis ikan tu hanya pernah dengar ikan jelawat sajeeee.........
Author: KimoraHakim    Time: 10-4-2014 07:35 PM
mahal! makan ikan kembong sudah.
Author: nanie    Time: 10-4-2014 08:53 PM
mampu mkn ikan kembung je
Author: Suchi    Time: 10-4-2014 11:30 PM
ler selama nih aku ingat ikan tenggiri antara yg mahal huhuhuhu

sampaikan tak mampu nk beli nya
Author: SayaSayangMama    Time: 12-2-2015 08:36 AM
Ikan patin?
Author: SayaSayangMama    Time: 12-2-2015 08:36 AM
Ikan kelah..
Author: skywee_2015    Time: 12-2-2015 12:34 PM
tunggu kaya baru boleh merasakannya, haha...
Author: pia250110    Time: 12-2-2015 02:12 PM
semue ikang mahal

Author: anees~nuhara    Time: 12-2-2015 03:27 PM
x lame lg ikan pon ade gst pulak
Author: diary_oren    Time: 13-2-2015 11:59 AM
nasib baik saya ni tak makan ikan sungai.. Kalau tidak, haruslah kumpul duit banyak2, nak merasa makan ikan mahal
Author: mjla    Time: 14-2-2015 10:17 AM
Tapi makcik2 kat pasar selalu meroyan harg ikan kembung dan caru yg mahal....


Mana satu yg betul ni....
Author: alphawolf    Time: 15-2-2015 09:14 AM
Ikan air tawar ni ada niche dia...tu pasal paling mahal....ikan caru kembong tu kira nak bedal hari2....
Author: mokcikKSKB    Time: 16-2-2015 04:55 PM
Rupa ikan2 ni mcm semua ikan air tawar jah kan.mesti byk tulang.mocik suka jelawat tu.isi dia lembut manis jah tp xtau plak dia mahal.
Author: alphawolf    Time: 17-2-2015 07:57 AM
Mokcik mesti orang kaya sampai tak tahu ikan jelawat tu mahal...
Author: insulin    Time: 17-2-2015 08:20 AM
Aku fikir, ikan patin dan kelah je yang termahal di Malaysia ni. Rupanya x.
Author: bianglala    Time: 17-2-2015 08:21 AM
pelik-pelik nama ikannya. tak pernah dengar / baca ... kecuali ikan jelawat.
Author: arira_arora    Time: 17-2-2015 12:33 PM
Ikan Jelawat je penah dgr... tp tk penah makan pn..
tk taw la kalo penah makan.. dok kg bantai je ape yg makcik aku msk..
hehehehe...
Author: anees~nuhara    Time: 18-2-2015 11:37 AM
ikan jelawat msk tempoyakk....mmg sdappppp
Author: CrowneGlory    Time: 21-2-2015 02:00 AM
Jelawat je yg hensem..
Author: jejaka00    Time: 21-2-2015 11:25 AM
kawe tok berapo suko ike air tawor nih
Author: sekngucing    Time: 21-2-2015 01:33 PM
aku pernah bela ikan ketutu tp semua mati




Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4