View: 38088|Reply: 195
|
[Pelbagai]
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). 28 APRIL - 07 MEI 2017
[Copy link]
|
|
Edited by bianglala at 14-4-2017 08:38 AM
INFO PENTING #PBAKL2017
1) #PBAKL2017 akan berlangsung dari 28 April - 7 Mei 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. MASUK ADALAH PERCUMA!
2) Masa Operasi:
Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam)
Jumaat - Ahad & Cuti Umum (10 pagi - 9 malam)
3) Anda digalakkan untuk mengguna pengangkutan awam (LRT Ampang Line – PWTC Station ST8) ke #PBAKL2017 di PWTC bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
4) Sentiasa mengawasi anak anda! – Hujung minggu biasanya #PBAKL akan menerima jumlah pengunjung yang sangat ramai, sehingga mampu ‘mewujudkan kesesakan lalu lintas’ di dalam PWTC! Oleh itu, sekiranya anda membawa anak kecil, anda dinasihatkan untuk sentiasa mengawasi pergerakan anak anda.
JOM KE #PBAKL2017 DI PWTC!
http://kualalumpurbookfair.my/
https://www.instagram.com/pbakl2017/
https://www.facebook.com/kualalumpurbookfair/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa-apa pasal PBAKL 2017 boleh kongsi kat sini
- booth publisher
- senarai buku yang nak dibeli di PBAKL
- sesi bertemu penulis
- et cetera
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik buat semula kat PWTC. Buat kat maeps susah nak pergi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau ingat nak pegi la..
lama tak pegi pesta buku.. |
|
|
|
|
|
|
|
insya allah akan pergi |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
antara buku baharu di PBAKL oleh publisherTHUKUL CETAK, SIMPTOMATIK PRESS dan GUE.RIL.LA
BOOTH L049 - L051
|
|
|
|
|
|
|
|
publisher STUDIO ANAI ANAI (booth SELUT-SFP-ROMAN).
Lokasi 1: DEWAN TUN HUSSIEN ONN : HL11 - HL22
Lokasi 2: DEWAN TUN RAZAK 4 : 4009 - 4011
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita baik buat semua 'PENCINTA BUKU'. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL 2017) kembali menemui anda bermula 28 April hingga 7 Mei ini. Kali ini kembali beraksi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan "Menyantuni Pencinta Buku" di Dewan Tun Hussein Onn. Pelbagai aktiviti menarik yang akan disajikan untuk anda semua.
Antaranya:
1. Temu Mesra bersama - sama Penulis Buku DBP
2. Pantas Jawi
3. Sembang Majalah Dewan Sastera
4. Pelancaran dan Bicara Buku Pelesenan Karya A. Rahmat Haroun dan T. Alias Taib
5. Sambuntan 50 Tahun Dewan Pelajar
6. Kenali Tan Sri Johan Jaafar
7. Kuasa Wanita: Cakna Sastera
8. Dialek Kita bersama - sama Imuda dan Mat Over
9. Sembang Seni: Siti Zainon Ismail
10. Pertandingan Penyampaian Syair
11. Kenali Budaya Malaysia
dan banyak lagi.. Jangan lepaskan peluang ini.
Ingat Dewan Tun Hussein Onn, Ingat DBP !
.........................
|
|
|
|
|
|
|
|
publisher PUTEH PRESS. Dewan Tun Razak 4 dan Dewan Tun Hussein Onn (Walkway Corner)
|
|
|
|
|
|
|
|
PTS Media Group menjemput tuan dan cikpuan yang budiman hadir ke PWTC untuk mendapatkan buku-buku yang berkualiti dan memeriahkan acara MEMANDAIKAN BANGSA:
.
Tarikh: 28 April - 7 Mei 2017
Masa:
10 pagi - 7 petang
10 pagi - 9 malam (cuti umum, hujung minggu)
.
Pavilion PTS terletak di
Dewan Tun Razak 4 (TR4) PWTC, Kuala Lumpur.
.
Pavilion PTS menawarkan:
- Diskaun dari 15% sehingga 80%
- Buku serendah RM4
- Peluang bertemu penulis-penulis terkemuka
- Buku-buku percuma kepada semua pembeli bertuah
.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017. Acara gilang-gemilang untuk MEMANDAIKAN BANGSA.
.
MASUK PERCUMA
. |
|
|
|
|
|
|
|
...........................
Siapa yang pi PBAKL 2017? Tak tahu nak pilih novel apa? Mehla saya share apa yang saya tahu novel yang akan keluar di PBAKL 2017. Kita sama-sama share info!
- kredit ZUHRI MOHD
Karya Seni/Penulisan2u
1.Lelaki Lingkungan Cinta - Lily Haslina Nasir
2.Lelaki Kiriman Tuhan - Umie Nadzimah
3.Mr.Grey - Syamnuriezmil
4.Mua Mos Wanted - Aifa Batrisya
5.Aku Shark - Ameera Ameer
6. Dr.Alpha Male - Anjell Homosapien II
7.Suamiku Si Mata Biru - Evelyn Rose
8.Novel baru Rehan Makhtar
Alaf 21 / Buku Prima
1.Kerana Kasih - Aisya Sofea
2.Projek Seram Kolej (antologi)
3.KIUB - Arifful Baqi
Kaki Novel
1.Ti Amo Sweetheart 100 hari! - Suri Ryana Full
2.Best Father Ever - Sha Ibrahim
3.Mencari Hilang - Hanni Ramsul
Idea Kreatif
1.Wanita Terakhir - Nur Ezzah Maisarah Mokhtar
2.Hey, Mister! - Farah Husain
3.Ku Tunggu Dudamu - Emy Roberto
4.Biar Kita Terus Setia - Nani Yuhanna
5.Kekasih Depan Mata - Lily Suriani
6.Teman Lelaki Cik Bos - Illa Shanahila
Penerbitan Kaseh
1.Dia Dato... Terlajak Sengal - Cik Tet
2.Jodohku Mamat Dot Dot...Dot... - Nurul Jannah Jen NJ
3.The Misadvantures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek - Maya Adira
4.Encik Pengacau - Rafina Mimi Abdullah
Penerbitan Anaasa
1.Suami Tuan Isteri - Wardina Aisyah
2.Dikaulah Seluruh Cinta - Adnil Zaff
3.Hessa Its Me! - Jaja Ahmad
4.Bukan Kemahuan Fikiran - Dilla Ahmad
Penerbitan Love Novel
1.Adel... I Love You! - Dhiyana Novelist
2.Bukan Encik Sempurna - Yumi Hyra
3.Sweet & Dangerous - Fazlyn Ridz
4.Bibik Milenium - Aein Dhiyauddin
5.Cinta Asma & Ferhad - Shima Awang
6.Mr.Babe Magnet??? Not! - Lynn Safiya
Penerbitan BesQ
1.Dimensi - Ida Anuar
2.KHAN - Wawa Taufik
3.Mencintai Satu Nama - Rose Aleyna
4.GIO - Shamien Basit
Intens Idea
1.Honey Bunny - Ammara Ayash
2.Tuah Kasihnya Teja - Anarif
3.Cikgu, Kan ku Gari Hatimu - Sophilea
4.Berarak Awan Cinta - Syina Hamdan
5.Akulah Aryana - M Mariam
DearNovel / Fajar Pakeer
1.Sarangheyo Arumi & Mianheyo Aiyani - Rose Harisa
2.Cik Diari Hati - Hanny Esandra
3.Kahwin- kahwin (antologi cerpen)
4.Uwan Konah- Haida Hassan
5.Ganggu- Ayumi syafiqah
6.Cermin- Hasrudi Jawawi
7.Suntik- Zarini Mansor
8.Lelaki Versi Hero Novel - Shazie Kamaruzaman
9.Duda Dara (antologi mini novel)
SR Publication
1.Jangan Menangis Cinta - Siti Rosmizah Semail
KarnaDya
1.Pemangsa (Revenge 2) - Muhammad Fatrim
2.Kerana Kau... Aku Kembali - Sophilea
3.Penunggu - Siti Rozilah
4.OH! My hubby... Mr Dentist - Bunga Amani
5.Terus Mencintaimu - Eliza AB
6.Bulan Cinta - Mimie Afinie
Prolog Media
1.Jika Aku - Anna Lee
2.Infiniti - Farrah Izzlorna
3.NADI - Pasha
Penerbitan Mania
1.Kompilasi novel BELLA & Love Unlikely - Acik Lana & Lynn Safiya
FIXI
1.Asrama (hardcover edisi terhad) - Muhammad Fatrim
2.Amsterdam - Fahmi Mustaffa
3.Nota:3 - Shaz Johar
4.Ponteng - Mim Jamil
Tebook Press
1.Man katang - Uu Syaurah , CikPuan U Syaurah
2.Migau - Azani Quasha, Fatinilam Sari Novelis, Arisa Eriza
3.Aku, Nora & Adenocarcinoma - Zubayry Abady
4.KRISIS 1 - Syauqie MK, Alif Elyas, Ahmad Erhan
5.KRISIS 2 - Khairul Nizam Anarkis, B. MARYANI - Maryani Araz |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
publisher TERFAKTAB.
Tahun lepas 8 judul buku baru sempena PBAKL2016.
Tahun ini dengan konsep berpada-pada dan penyesuaian keadaan ekonomi termasuk kocek duit semua orang (termasuk kau!),
6 judul buku baru sahaja sempena PBAKL2017.
Yang penting, judul-judul buku baru kali ini adalah daripada para penulis yang prolifik dan meningkat naik.
1. Julai - Koleksi cerpen dan prosa.
Embun Karina , pemuisi dan penulis skrip yang pernah release buku Bandaraya Bougainvillea bergabung dengan Marl Ghibly (M Faiz Syahmi) yang merupakan novelis buku Siong.
2. Februari - Koleksi certot dan entri.
Rafiuddin Rabu , jejaka berkelulusan sastera Inggeris ini telah menghasilkan 2 buku sebelum ini berjudul Cerita Bangsa Gemok dan Ujian. Dua-dua laris teruk!
3. The Worthiest Kiss - Short story collection.
Birsilah Bakar kembali setelah pernah terkenal dengan novel Kapal Terbang Yang Terhempas di Subang Jaya dan terjemahan novel The Fault In Our Stars (John Green) berjudul Tertulis di Bintang-Bintang. Kali ini, beliau tampilkan full English short-stories!
4. Sepandai-Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Kena Tembak. - Koleksi ulasan ekonomi dan politik.
Saiful Bahari Baharom , penulis ini mula mendapat perhatian warga media sosial setelah banyak entri beliau dikongsi di dalam Facebook. Dalam dunia ekonomi dan bank, tidaklah perlu diperkenalkan lagi. Bekas Managing Director CIMB Securities HK ini muncul dengan buah tangan pertama, sesuai dengan keadaan nak pilihanraya!
5. Buku Terakhir Tentang Hantu - Non-Fiksyen tentang Hantu!
Wooooo, ini buku daripada penulis prolifik Hamka (Kereta Mayat) yang sudah terkenal di seluruh Malaysia dengan buku Kamar Sutera, Permata yang Hilang Kini Dijumpai, dan Kisah Laki Bini. Kali ini beliau tampil berbeza, dengan gabungan bersama Nazrul Ali membentuk sebuah buku yang mempunyai ilustrasi-ilustrasi comel!
6. Rentaka Sekalian Bijasura - Koleksi catatan sejarah yang digelapkan.
Cik Srikandi kembali dengan buku baru yang dinanti-nantikan oleh penggemar sejarah nusantara. Selepas Emas Para Dapunta & Maharaja dan Baiduri Segala Permaisuri yang mencipta kontroversi arena sejarah negara, adakah buku ini akan terus mendedahkan sejarah-sejarah tanah air kita yang tidak kita ketahui?
Maka dengan ini, silakan simpan duit dan borong di PBAKL2017. Jumpa di sana!
Kredit : FB Terfaktab
|
|
|
|
|
|
|
|
publisher KATA PILAR BOOKS - DEWAN TUN RAZAK 4 - booth 4126 - 4127
Ya!
Bakal terbit PBAKL nanti. Asalnya nak buat surprise tapi dah ada orang bocor.
Ahah.
Jangan lupa!
V for Vandetta
Eh... silap. V FOR VETERINAR!
|
|
|
|
|
|
|
|
Forum Sains Fiksyen sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017
Julung-julung kali diadakan. Bersama penulis-penulis terkemuka.
- Lokman Hakim
- Sri Rahayu
- Ted Mahsun
- Cikgu Rosli
- Nisah Haron (Moderator)
Pada 29 April 2017
Pukul 4 petang
Di Dewan Tun Razak 4, PWTC, Kuala Lumpur
Siapa peminat Datuk Abdul Rahim Awang, penulis novel Jin-Tina dan Khairul Nizam Anarkis penulis novel Anarkis dan Anarkis Bangkit, korang kena datang event ni.
Novel baru Datuk Abdul Rahim Awang akan mula dijual di acara ini dan novel terbaru Anarkis Bangkit boleh dibeli di #PBAKL2017
Jumpa di Dewan Tun Razak 4, PWTC
Pada 30 April 2017
Pukul 4 petang
sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BAKAL TERBIT
Antara judul yang bakal terbit di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL) .
1. SIRI WARISAN SASTERA KLASIK: HIKAYAT PEREMPUAN BERNAMA LATIFAH
2. MENULIS MENGATUR DIRI BERFIKIR
3. KALAM FITRAH
4. KUMPULAN CERPEN: SEHELAI DAUN DARI POHON SIDRAH
5. SAYEMBARA
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|