CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19793|Reply: 106

[Tempatan] Sekiranya tadika tidak dibenarkan beroperasi sehingga dec 2020. Adakah anda akan

  [Copy link]
Post time 29-5-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ibu bapa tersepit kerana masih perlu membayar ratusan ringgit yuran tadika dalam keadaan ada di kalangan mereka yang kehilangan punca pendapatan.

Pengusaha tadika pula menanggung beban kos kerana masih perlu membayar komitmen seperti gaji pekerja dan sewa, dalam keadaan ramai ibu bapa meminta penangguhan bayaran.

Selepas genap sebulan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, kedua-dua belah pihak menjadi serba salah.

Bagi seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 32, dia benar-benar terbeban memandangkan diminta untuk tetap membayar yuran buat dua anaknya yang bersekolah tadika, seorang berusia 6 tahun manakala seorang lagi 4 tahun dengan yuran berjumlah RM740.


“Dia tak ada apa-apa tindakan (mengajar secara dalam talian), lepas tu minta bayaran. Saya rasa macam tak patut lah minta bayaran.

[...] Sebab semua orang tengah susah sekarang ini. Bukannya semua ibu bapa kerja dapat gaji penuh buat masa sekarang. Kita minta dia (bertimbang rasa),” kata Ana yang mengusahakan perniagaan cenderahati dan coklat, serta perkhidmatan pelancongan.

Katanya, hanya setelah dia menyuarakan soal berkenaan, barulah pihak tadika bersetuju membuat potongan yuran 50 peratus untuk bulan April dan memberikan kerja rumah sejak dua hari lepas, tetapi tidak melibatkan pembelajaran dalam talian.

“Rasa terbebanlah. Macam mana pun, saya masih kena kerja juga. Anak di rumah. Sebelum sempat nak cari duit untuk nak makan untuk diri sendiri, kena bayar komitmen yang kita tak guna (tadika),” katanya merujuk tadika yang menutup operasi sejak 18 Mac lalu.

Kena buat pinjaman bank

Mengakui perniagaannya merosot teruk sehingga hanya mampu meraih 20 peratus sahaja daripada jualan biasa.

Menurutnya, ia prestasi terburuk sejak empat tahun menceburi bidang perniagaan dan kini dia juga masih perlu membayar sewa premis, utiliti, dan sebagainya untuk perniagaannya.

“Tapi jualan tak cukup nak tampung (semua kos), kena minta pinjaman (bank) untuk tampung overhead sekarang ini. Perniagaan itu dah jadi komitmen buat masa sekarang (berbanding hal lain), dan pekerja pun sudah ada yang letak jawatan,” katanya lagi.

Bagi seorang petugas barisan hadapan yang hanya mahu dikenali sebagai Ida, 30, selain daripada yuran tadika untuk anaknya berusia 5 tahun, dia kini perlu pula membayar upah pengasuh sepanjang PKP.

Jelas Ida, ini kerana dia dan suaminya masih perlu bekerja.

Katanya, dia menghantar anaknya ke pengasuh dengan upah RM10 sehari, dan memandangkan sebagai seorang jururawat, dia perlu bekerja enam hari seminggu sepanjang PKP ini, dia perlu membayar lebih RM200 sebulan untuk bayaran upah pengasuh sahaja.


Gambar hiasan.
Itu tidak termasuk yuran asuhan RM350 sebulan yang menurut Ida memang sedia ada perlu dibayar buat seorang lagi anaknya yang baru berusia setahun.

Menurutnya, kira-kira seminggu lalu, tadika anaknya bersetuju memberikan potongan sebanyak RM80 daripada yuran bulanan RM315 yang harus dibayar ibu-bapa, tapi jumlah itu belum dimuktamadkan.

“Kalau dekat pengasuh pun saya dah bayar, jadi saya rasa macam agak tak adil lah. Saya bayar pengasuh, dan saya perlu bayar (penuh) ke tadika juga, kan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, dia bukanlah meminta penangguhan bayaran seratus-peratus kerana memahami komitmen ditanggung pengusaha tadika itu sendiri, namun mencadangkan bayaran sekitar 30 ke 40 peratus daripada yuran asal.

“Saya rasa kena ada situasi menang-menang. Tadika bagi diskaun yang munasabah, ibu bapa juga bayar sedikit kepada tadika (berbanding yuran asal), supaya lepas habis PKP tadika dapat beroperasi seperti biasa.

“Saya pun tak nak tadika tutup, cikgu pun semua baik-baik dengan anak saya. Jadi saya nak mereka beroperasi lagi selepas ini,” katanya yang tinggal di Kota Kinabalu.


Gambar hiasan.
Bagi pengurus projek sebuah syarikat pembinaan, Hazlami Rosli, 33, yang mempunyai dua orang anak di tadika, seorang 6 tahun dan seorang lagi 4 tahun, dia tidak kisah membuat bayaran penuh kepada pihak tadika asalkan pembelajaran masih tetap berjalan secara dalam talian.

Walaupun pada mulanya dia tidak bersetuju dengan permintaan tadika untuk membuat bayaran penuh, kira-kira RM1100 sebulan untuk kedua-dua anaknya, namun dia mengubah fikiran setelah nampak inisiatif tadika yang mula membuat pembelajaran dalam talian bermula Rabu lepas.

“Masalahnya adalah dari segi apakah ada input untuk anak saya? Kalau saya buat pembayaran tapi tak ada input untuk anak, itu tak berapa sesuailah,” katanya kepada Malaysiakini.

“Jadi, kedua-dua belah pihak kena ada usaha. Saya buat pembayaran, mereka pun kena lakukan sesuatu untuk anak saya, sebab duit itu memang dibayar untuk pembelajaran anak saya, kan?” Katanya yang menetap di Gelugor itu.

Katanya, gaji untuk bulan ini dipotong 50 peratus malah Hazlami memberitahu bahawa dia akan dipotong gaji 100 peratus untuk bulan-bulan seterusnya sekiranya tempoh PKP dilanjutkan.

Menurut Hazlami lagi, situasi menang-menang adalah apabila tadika memberikan potongan sebanyak 50 peratus yuran sepanjang tempoh PKP yang masih belum pasti sama ada akan dilanjutkan atau tidak.

Ibu bapa hentikan anak dari taska

Sementara itu, seorang pengusaha taska di Petaling Jaya yang enggan dinamakan berkongsi kemelut yang dihadapi apabila sudah ada segelintir ibu bapa memberhentikan anak mereka bagi mengelak membayar yuran, meskipun setelah diberikan pengurangan 40 peratus bagi bulan April.

“Bagi bulan Mei, kami masih tidak tahu nasib taska …

“Kos operasi taska besar termasuk sewa premis, gaji, (pembayaran) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) (untuk) pekerja dan guru, masih berjalan walaupun PKP.

“Pendapatan taska sememangnya bergantung sepenuhnya kepada yuran bulanan yang dibayar oleh penjaga dan jika tiada yuran tiada juga pendapatan kami untuk terus beroperasi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tiga hari lepas, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin berkata penjarakkan sosial yang sukar dilakukan di tadika menjadi faktor pertimbangan untuk tidak membuka tadika atau prasekolah, meskipun selepas PKP tamat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya (Puspajaya), Husna Abdul Rahaman (gambar, bawah) berkata, situasi runcing yang dihadapi pengusaha taska dan tadika di musim PKP ini mendedahkan sebahagian pengusaha kepada risiko terpaksa menutup operasi.


Katanya, hanya taska dan tadika yang menyewa di premis kerajaan dan badan berkanun sahaja mendapat pengecualian bayaran sewa, namun bagi pengusaha di premis lain, sewa masih perlu dilunaskan seperti biasa.

Husna turut menggesa kerajaan mengambil perhatian masalah yang dihadapi pengusaha taska dan tadika dan memberikan bantuan sewajarnya agar pengusaha dapat meneruskan operasi setelah PKP ditamatkan nanti, termasuklah bantuan dana kepada pengusaha.

Dia turut meminta kerajaan membantu pihak taska dan tadika dalam memberikan makluman yang jelas kepada ibu bapa mengenai kos operasi mereka.

“Pemberian subsidi yuran kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska dan tadika berdaftar juga boleh dilaksanakan untuk adil bagi kedua-dua pihak.

“Kami cuma berharap boleh membayar sewa premis dan membayar gaji guru-guru sekiranya ibu bapa tidak mahu membayar yuran sepanjang PKP ini,” katanya.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.
Single Polls, Total 35 Users voted
5.71% (2)
94.29% (33)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bayar dah kut.
Anak iols umur 4y, rugi betul bayar bulan2.
Bukannya pegi tadika pun.
Yuran tadika dpt diskaun Rm40 je
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak sebut pasal tadika ni belum print lagi form pra sekolah masa daftar bulan 3 aritu. Ikutkan lepas daftar online kena print dan hantar kat sekolah. Tp kan dh sek pun tutup cemana ye.
Itu yg pra, yg tadika pun tak gi mohon kt mana2 padahal tahun depan anak dh 5 tahun. Sbbnya semua tadika pun tutup lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
I byr ms bln 3-5 je..bln ni punya da x byr..tadika pun da x minta..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Transit anak i takde pula minta..sbb yg bulan 4 dh byr full..bln 5 pun tak minta..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 29-5-2020 06:27 PM
Tak bayar dah kut.
Anak iols umur 4y, rugi betul bayar bulan2.
Bukannya pegi tadika pun.

Mmg wjb byr ke sis??cemane nk byr taska tutup??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedara iolss citer, taska anak dia bayar full masa bulan 3 haritu. Bulan 4,5 ni satu sen pun tak yah bayar. Bulan2 akan datang ni tak sure la. Van/bas sekolah pun sama.

Mak iolss pun amik separuh je duit jaga budak masa bulan 3 haritu. Cumanya ada sorg ni je la yg bayar full sebab dia hantar sampai hujung bulan 3.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kafa beri diskaun rm20 je utk parents yg tak terjejas pendapatan... So RM100 still kena bayar.. To those yg terjejas fees kira FOC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu bapa perlu demand juga.  Letak juga lah syarat,  jika perlu bayar kepada taska tadika,  cikgu mesti datang ke rumah mengajar.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg buat business mcm ni bkn boleh minta yg gomen bg tu... Byrn utk pekerja.. Sewa di kecualikan bank... Kan?  Ke aku yg salah.. Hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu...biaq betui dia byq pengasuh rm10 sehari...anak duduk rmh pengasuh at least 7/8 jam...so sejam pengasuh dpt kurang dr rm2...sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pusat tuisyen anak iols xde.minta apa apa setakat ni
Kumon bayar rm110 saja 1 subjek..anak iols dua org masuk situ
Pastu tadika anak iols xde ngomel apa apa lagi
Daycare anak iols pon xtau apa cita
Sebab depa xde buat group pun..jadi mmg xde update dari owner..
Weols just bayar servis yang ada saja lah...iaitu.kumon...

Kelas kelas lain semua xde apa update..jadi weols just tunggu saja lah update mcmana..kesian juga depa dan kita kita semua...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:28 PM | Show all posts
x yah byr untuk service yg kita x dpt
berentikan ajer bebudak dari tadika tuh
later cari tadika baru bila keadaan dah pulih
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:28 PM | Show all posts
Serba salah jadinya kan.

Anak aku sorang umur 6 tahun ni sejak tak hantar tadika memang dah tak bayar yuran. Takda pula admin tadika call minta bayar yuran. Tadika ni olskool sikit kena bayar cash, so dah tak pergi memang tak bayar lah.

Sorang lagi umur 7 tahun sebelum ni aku hantar daycare dan tuition masih kena bayar yuran sampai sekarang. Dapat diskaun rm100 okayla sebab ada online teaching dua jam sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
aku byr jer pengasuh ank aku biarpun x hantar, prebet yg ambil hntr org rmh aku gie keje pun byr full setakat nie
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:36 PM | Show all posts
adik tadika 50 je
abg drjh 4 sek ren agama,  150

abg kakak besar tahfiz byr full..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Serba salah jadinya. Anak aku 2 org yuran taska 800 sbln. Kna byr half walau xhantar anak pun. Pening2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 29-5-2020 06:54 PM
Mmg wjb byr ke sis??cemane nk byr taska tutup??

Awal april hri tu bayar la juga kn.
Full payment.
Bulan seterusnya terpikir gak pesal kena bayar sbb anak bukan pegi pun tadika.
Cikgu pun diam je.
Takde minta payment dah lepas tu.
Cikgy kena lah terima kan keadaan skrg. Bukan kita sengaja taknak bayar, tp nak bayar untuk apa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 29-5-2020 08:27 PM
Awal april hri tu bayar la juga kn.
Full payment.
Bulan seterusnya terpikir gak pesal kena bayar ...

Tu la...kt pn kesian dia jugak ....tp pd mase yg same kena hntr anak kat pengasuh lain kena byr...so byrn td dah tpakse salur kat org lain...bkn free2 jaga anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Brainy bunch, little caliph bukan murah tu bawar bulan bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.077421 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list