View: 3438|Reply: 73
|
[Tempatan]
Mufti: Boleh guna jantung babi dalam keadaan terdesak, kita masih boleh solat
[Copy link]
|
|
Edited by Friska at 13-1-2022 01:11 PM
Mufti: Boleh guna jantung babi dalam keadaan terdesak
Shakira Buang Diterbitkan: Jan 13, 2022 9:46 AM
Pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik ke dalam tubuh manusia dibolehkan dalam Islam jika dalam keadaan terdesak dan tiada alternatif lain.
Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata, bagaimanapun, pihak yang terlibat perlu mengikhtiarkan alternatif lain seperti daripada haiwan-haiwan yang halal terlebih dahulu.
"Tapi kalau dah tak ada dia kira hukum darurah, bolehlah nak guna (jantung babi)," katanya kepada Malaysiakini.
Wan Salim berkata demikian mengulas kejayaan universiti di Maryland, AS melakukan pindahan jantung babi kepada manusia.
Seorang lelaki Amerika Syarikat yang tenat menghidap penyakit jantung baru-baru ini dilaporkan telah mendapat pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik dalam pembedahan pertama seumpama itu di dunia dan sudah empat hari hidup dengan jantung haiwan itu.
Pembedahan itu, yang dilakukan oleh pasukan perubatan University of Maryland Medicine, antara yang pertama menunjukkan kebolehlaksanaan pemindahan jantung babi kepada manusia, bidang yang dimungkinkan oleh alat baru penyuntingan genetik.
Jika terbukti berjaya, saintis berharap organ babi dapat membantu mengurangkan isu kekurangan organ penderma oleh manusia.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata Islam mewajibkan membersihkan najis di luar tubuh, namun bukan yang berada di dalam badan manusia.
"Najis ini di luar tubuh kita. Kalau dalam badan kita ini memang macam-macam jenis najis ada, tapi kita masih boleh solat.
"Jadi, kalau dalam badan kita ini ada selain daripada dalam keadaan terdesak itu tadi dibenarkan dalam Islam
"Yang keduanya, dia di dalam tubuh badan kita jadi ia tak perlu disamak atau sebagainya. Tapi, jika di luar sama macam najis-najis lain yang perlu dibersihkan.
"Oleh itu, adalah dibolehkan (pindahan jantung babi kedalam tubuh manusia) dalam keadaan terdesak dan tiada alternatif lain yang halal," jelasnya.
Untuk rekod, kira-kira 110,000 rakyat AS sedang menunggu pemindahan organ, dan lebih daripada 6,000 pesakit meninggal dunia setiap tahun sebelum mendapatnya, menurut organdonor.gov.
Jantung babi yang diubah suai secara genetik untuk Bennett disediakan oleh Revivicor, sebuah syarikat ubat regeneratif yang berpangkalan di Blacksburg, Virginia.
Pada pagi pembedahan, pasukan pemindahan mengeluarkan jantung babi dan meletakkannya ke dalam alat khas untuk mengekalkan fungsinya sehingga pembedahan.
Babi telah lama menjadi sumber pemindahan berpotensi kerana organ haiwan berkenaan dikatakan sangat serupa dengan manusia. Jantung babi pada usia penyembelihan, misalnya, adalah kira-kira sama saiz jantung manusia dewasa.
Organ lain daripada babi yang sedang dikaji untuk pemindahan ke dalam tubuh manusia termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru.
Usaha sebelum ini untuk memindahkan organ babi ke dalam tubuh manusia telah gagal kerana perbezaan genetik yang menyebabkan penolakan organ atau virus yang menimbulkan risiko jangkitan kepada penerima.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke dalil yang kata babi tu najis dan kena samak? Yang ada cuma jangan makan je |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 13-1-2022 01:53 PM
Ada ke dalil yang kata babi tu najis dan kena samak? Yang ada cuma jangan makan je
Tak ada dalil, yang ada cuma dalil basuh dengan air tanah untuk kesan bekas makanan jilatan air liur anjing, lepas tu Imam Syafie pergi pandai-pandai qiyaskan babi lagi teruk daripada anjing, maka pegang babi pun tak pasal-pasal kenalah dibasuh dengan air tanah jua, akhirnya ugama daripada susah jadi bertambah-tambah susah dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lipans at 13-1-2022 02:26 PM
Al an'am - 145....
babi haram makan.
Tapi majoriti ulama kata tak perlu sertu. cukup air biasa sahaja. mazhab syafie je
|
|
|
|
|
|
|
|
smpai skrg iols wonder, pernah ke ada mana2 saintis pernah check bawah microscope yg kuman2 dari air liur anjing or even babi sekalipun betul2 hilang / mati lepas basuh dgan tanah & air mutlak 7x
|
|
|
|
|
|
|
|
babi x boleh cheling halal |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tengah tunggu pengertian "terdesak" itu merangkumi paksaan beruk-jaaan melalui orang tengahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak yah nak berjantung babi sangat ler
mati jer lah ...zaman penuh pitnah la ni
|
|
|
|
|
|
|
|
manzilla replied at 13-1-2022 02:32 PM
Aku tengah tunggu pengertian "terdesak" itu merangkumi paksaan beruk-jaaan melalui orang tengahnya. ...
Sbb dia tahu umat islam risau dgn babi tp byk manfaat babi so guna la pendekatan trdesak bole |
|
|
|
|
|
|
|
dalil perlu samak kalau pegang babi hanya dlm agama melayu hanat.. kesian babi |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la ..Friskies kalu tidak asyik dgn skandal selingkuh aja kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
zacEfron replied at 13-1-2022 05:27 PM
dalil perlu samak kalau pegang babi hanya dlm agama melayu hanat.. kesian babi
Betapa hinanya babi di mata melayu islam. Sama juga dgn anjing. Aku teringat video viral beberapa tahun lepas kejadian di surau Indonesia. Anak babi hutan terlepas masuk dalam surau. 2,3 org pukul babi tu dgn kayu, besi, sampai mati. Berdarah2 dan menjerit anak babi tu minta tolong. Dan paling tragis masa tu azan tengah berkumandang di surau tu. Tak pasal2 aku murung dan mengalir air mata tgk insiden tu. Aku sendiri rasa malu bila mana org islam hilang pertimbangan ambil tindakan bodoh kejam mcm tu. Panggil lah pihak berkuasa, perhilitan indon ke. Tapi indon caprut what you expect kan? Lagi2 kawasan ceruk kampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 13-1-2022 06:31 PM
Betapa hinanya babi di mata melayu islam. Sama juga dgn anjing. Aku teringat video viral beberapa ...
Teroknye.. Tangkap mcm biase jela.. Pastu samakk |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 13-1-2022 06:31 PM
Betapa hinanya babi di mata melayu islam. Sama juga dgn anjing. Aku teringat video viral beberapa ...
Bygkan kita buat camtu kat org yg makan rasuah, hisap dadah, hisap rokok... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku la kan...tak kira jantung binatang apa pun, koser nk guna...biaqla mati, dah ajal kan |
|
|
|
|
|
|
|
Fikir sendiri lah jika dalam keadaan darurat pun boleh makan babi.
Tetapi secara benarnya jika ianya berlaku kepada orang Islam yang menggunakan jantung babi adakah jiwa mereka akan merasatenang sepanjang kehidupan dia?
Mungkin tiap tiap hari dia akan fikir aku menggunakan jantung babi!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian Babi..takde hal diaorg ni..tuhan cipta alih2 kena hina. Takde mintak pun jadi Babi. Yang Babi menteri ngan perasan blue blood kayangan kat malaysia ni, satu sen tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya orang melayu akan memilih untuk mati
apa artinya hidup kalau orang tak nak sentuh ko sebab ko babi
|
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 13-1-2022 06:31 PM
Betapa hinanya babi di mata melayu islam. Sama juga dgn anjing. Aku teringat video viral beberapa ...
Tak paham napa org benci sgt dgn babi, sampaikan kalau kawan sekerja bawak bekal nasi ade lauk babi pun dorang kata busuk la itu la inilaah bohong sgt korang ni menda tu kalau tak sedap takdenya la dorang nk mkn.
Cite pasal babi ni tahun lepas umah makcik iols kat klang tibe2 dimasukki babi hutan. Sampai kebilik tidur babi tu terjah.
Kekdahnya babi tu ketakutan sbb ade org duk kejar2 dia tu yg sampai lari main masuk je mana2 umah org. Kebetulan makcik iols tu bukak pintu dapur nk tadah air kat luar.
Tak memasal abis kotor umah org, toksah diganggu la babi tu biar jela dia dgn life dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perintis jantung babi
Pig hearts have been transplanted successfully into baboons by Dr. Muhammad Mohiuddin, a professor of surgery at University of Maryland School of Medicine who established the cardiac xenotransplantation program with Dr. Griffith and is its scientific director. |
|
|
|
|
|
|
| |
|