View: 1627|Reply: 28
|
[Tempatan]
Dron dedah imej pembalakan di lokasi habitat harimau serang orang asli
[Copy link]
|
|
Dron rakam imej pembalakan di lokasi habitat harimau
ADILA SHARINNI WAHID | | 18 Januari 2022
Imej kesan daripada aktiviti pembalakan hutan dirakam dron didakwa sebagai habitat harimau di Gua Musang.
KOTA BHARU - Satu imej kesan daripada aktiviti pembalakan hutan dirakam dron aktivis alam sekitar didakwa sebagai habitat harimau yang terletak berdekatan dengan perkampungan orang asli di Pos Bihai, Gua Musang.
Imej daripada dron milik Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) itu dirakam semasa tinjauan pihak itu di lokasi berkenaan pada Isnin sehingga Jumaat lalu.
MEOR RAZAK
Penasihat Kuasa, Meor Razak Meor Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya merakam imej tersebut ketika menerbangkan dron ke lokasi Hutan Simpan Perias, Gua Musang yang dianggarkan terletak dalam jarak satu kilometer (km) dari Pos Bihai, Gua Musang.
“Minggu lepas, Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata kejadian serangan harimau di kampung orang asli Pos Bihai, Gua Musang yang membunuh seorang lelaki bukan disebabkan pembalakan.
“Kelmarin, kami ke tempat kejadian dan menaikkan dron. Memang dipercayai terdapat pembalakan tebang habis berdekatan kampung,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Gambar imej tersebut turut dimuat naik dalam ciapan di Twitter rasmi Kuasa pada Ahad.
Beliau yang juga Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata, penduduk mendakwa, lokasi pembalakan tersebut sememangnya kawasan harimau bahkan mengikut data, Hutan Simpan Perias adalah habitat harimau terbesar di Kelantan.
“Dulu harimau ini sangat takut dengan manusia, kini tidak lagi. Mungkin kerana terdesak hilang habitat.
“Ini bukti di lapangan, tidak jauh dari kampung, dipercayai terdapat kongsi balak bagi projek pembalakan tebang habis bagi tujuan pembukaan ladang getah sebesar 400 hektar di Hutan Simpan Perias. Ya, pembalakan sedang berjalan,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang orang asli suku kaum Temiar, Anek Along, 40-an, maut dibaham harimau di belakang rumahnya di Kampung Sau, Pos Bihai, 7 Januari lalu.
Bahkan lebih 2,000 masyarakat orang asli di 18 kampung di Pos Bihai, Gua Musang diselubungi ketakutan akibat tiga harimau belang berkeliaran di kampung itu sejak sebulan lalu hingga menjejaskan kehidupan harian mereka.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... asi-habitat-harimau
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mambalak bersama ulamak depa kata |
|
|
|
|
|
|
|
hanya balak yang mengenal manikam eh salah buah buahan kayangan termasuk buah buahan moskow |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah terang lagi bersuluh. Org lain yg kaut untung, orang lain yg jadi mangsa.
Jahanam woi.
lokasi pembalakan tersebut sememangnya kawasan harimau bahkan mengikut data, Hutan Simpan Perias adalah habitat harimau terbesar di Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu pasni lobai nak pusing kot mana pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
krn ulamak bbohong, org asli kne mkn rimau |
|
|
|
|
|
|
|
menunggang agama utk kepentingan politik. |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan asyik potong balak tapi miskin jugak duit balak tu pegi mane? |
|
|
|
|
|
|
|
membaja buah buahan import
|
|
|
|
|
|
|
|
sama mcm tganu duit minyat banyak
IStana termahal didunia tapi rakyat miskin juga
|
|
|
|
|
|
|
|
soalnya ko nak buat apa dengan semua gambar video drone ambil???????? |
|
|
|
|
|
|
|
Habitat harimau itu musnah bukan sebab pembalakan…tapi sebab parti DAP..ini semua salah DAP..jangan pitnah kerajaan melayu isle, nanti masuk neraka |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 19-1-2022 03:17 PM
kelantan asyik potong balak tapi miskin jugak duit balak tu pegi mane?
Jangan kata balak. Tu duit royalti rm400 juta pun dah dapat. Miskin dan sendu juga Kelantan. Hinanya lebai pas mengurus negeri. Sampaikan Kelantan dihina. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe, yang penting perantau kelantan di lembah klang,
akan balik undi pas,
sambil mencari rezeki di negeri yang kaye.
lobai gondol kan hutan sampai orang asli teraniaya hilang tempat cari makan,
itu lantak mereka lah,
lobai lebih maksom |
|
|
|
|
|
|
|
lobai pis kena cari duit lebih untuk tanggung belanja bini muda |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan lobai menipu???? |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 19-1-2022 07:15 PM
Jangan kata balak. Tu duit royalti rm400 juta pun dah dapat. Miskin dan sendu juga Kelantan. Hinan ...
Janji lobai naik merc, rakyat kena redho minum air telaga, sbb lobai dah ckp diorg minum air telaga pun blh jd MB...jgn kufur nikmat air teh tarik free ye |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 19-1-2022 01:09 PM
tunggu pasni lobai nak pusing kot mana pulak..
dia dah putar la kata kawasan yg gondol tu jauhhhh 5-6km dr tempat ghimau tu cuba pagarkan kawasan seluas 6km radius letak nik amar dgn ghimau lapar sekor jah, tunggu 24 jam hidup lagi ke idok nik amar tu |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 19-1-2022 07:15 PM
Jangan kata balak. Tu duit royalti rm400 juta pun dah dapat. Miskin dan sendu juga Kelantan. Hinan ...
lobai je yg makin bucikkk hasil telan hak milik rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
PAS ni pun baru sedar kot it takes a lot more than theology to rule a country. Zaman sekarang tak boleh dah jual syurga macam dulu. Convert je lah jadi NGO.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|