Ismail Sabri beramah mesra dan menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir sempena Program Santunan Kasih Mangsa Banjir di pekarangan Masjid Kampung Guai hari ini. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang
BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Katanya, sektor ekonomi dan sosial serta pergerakan merentas negeri sudah dibenarkan kembali seperti biasa dan jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit saja.
"Sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lalu, namun jangan bimbang kita tidak akan tutup lagi seluruh negara atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.
"Pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD. Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu saja yang tidak boleh pulang," katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bera di Pejabat Kemas Bera di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) meluangkan masa beramah mesra dengan sebahagian kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan kakitangan KEMAS Bera hari ini. Turut kelihatan Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Yasid Bidin (kiri). - Foto BERNAMA
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, cadangan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dibentang dalam mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan turut dihadiri wakil parti-parti pembangkang.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan cadangan SOP itu secara terperinci kerana keutamaan adalah untuk mengelakkan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 akibat PRN itu, selain turut mengambil kira jumlah kes baharu yang kembali mencecah 4,000 kes sejak beberapa hari lalu.
"Kita tidak boleh selesa dan perlu terus membendung (penularan COVID-19) walaupun kita mengatakan perlu hidup dengan COVID-19 pada masa depan.
"Kita mengharapkan supaya kes terus menurun sehingga bawah 1,000 supaya kita boleh mengumumkan Malaysia sebagai endemik, bukan lagi pandemik.
"Kita serahkan kepada KKM untuk menentukan SOP secara terperinci dan saya boleh memanggil mesyuarat sidang khas MKN untuk membincangkannya," kata Ismail Sabri.
PRN Johor perlu diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa semalam selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran selepas menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. - BERNAMA
Post time 23-1-2022 06:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by delia3003 at 23-1-2022 06:07 PM
SOP mcm CNY tahun ni ler, takde open house. I lebih suka takde open house ni semua, janji lepas rentas negeri balik kampung raya dgn mak je, dah 2 tahun tak raya sbb kena 'kurung' time raya.
Tak boleh nak happy ler, sekali kampung korang/tempat korang kena PKPD, tak boleh balik raya jugak
Post time 23-1-2022 06:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 23-1-2022 05:59 PM
Mesti x de sop.....berpeluk cium berlaga pipi waktu raya tu mesti wujud....Malaysian mudah lupa
Tanak ahh hahah tp kalau famili takde pilihan woihh kena salam gak.
Iols penah alami situasi di mana lepas salam seorang saudara tgh atas jln otw balik umah dapat mesej dia positif covid plak huhuhu
So korang yg plan nak salam peluk2 tu pikir laa 2-3 kali.