CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24757|Reply: 30

[Politik] Pegang kemaluan, cium pipi penghantar makanan, lelaki ditahan polis

  [Copy link]
Post time 26-8-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Polis Perak menahan seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan dipercayai mencabul seorang lelaki yang merupakan pekerja penghantar makanan pada Selasa lalu. Gambar hiasan

TAPAH: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan dipercayai mencabul seorang lelaki yang merupakan pekerja penghantar makanan pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, mangsa lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa suspek memegang kemaluan dan mencium pipinya ketika menghantar pesanan makanan di sebuah rumah di Sungkai, di sini.

"Pada 24 Ogos sekitar jam 9.30 malam, pihak Polis Daerah Tapah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan.


"Mangsa menyatakan semasa menghantar pesanan makanan di sebuah rumah di kawasan Sungkai, Tapah, mangsa telah dicabul oleh seorang lelaki berusia 57 tahun dengan cara memegang kemaluan dan mencium pipi mangsa.

"Siasatan telah dijalankan dan tangkapan ke atas suspek telah dibuat pada hari sama lebih kurang jam 10.30 malam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam (25 Ogos).

Sehubungan itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cium la bantal...tak boleh ke?

Tak pun bela Oyen ...cium Oyen
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik Tapah.... Kalau kat Tambun aku tau la sape lelaki tua gay tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki pun dah tak selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 02:23 PM | Show all posts
Mcm mana boleh dibenarkan sampai cium pipi and pegang anu tu?
Kedua2nya serentak ke?
Kalau x serentak nape bg perbuatan kedua tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa camtulah
Teruih gi balai buat report
Takde nak karang2 content utk viralkan kat socmed dulu
Kasi ajar orang tua tu
Ni ntah mangsa ke berapa ntah & kudos to rider for ur prompt action
Harap acik tu takde kad oku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2023 05:46 PM | Show all posts
Kesiannya, entah2 trauma dia nak hangar makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah orang muda dan orang tua yg macai selalu pertikaikan dulu2. Konon orang muda ada tenaga, kuat..... sepak je situa tu....habis cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2023 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga..
Kau ingat rider tu Anak patung ke apa atau drama Hindustan ke yang cium boleh jatuh Cinta nyanyi2 bagai
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bgs mamat ni pi buat report.. selalunya org laki akan pendam sendri jer bila kene mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 07:57 PM | Show all posts
bukan main sangap lagi ko ye gayah tua harap ada gmbr bila masuk court untuk pendakwaan nanti. boleh sambung kutuk berjemaah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 09:32 PM | Show all posts
gelinya   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2023 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 26-8-2023 09:43 PM

Iols perasan gayah2 ni mkn tua mkn x tahu malu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti rider ni terkaku sebab terkejut sgt kena cabul
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 26-8-2023 09:55 AM
Kisah orang muda dan orang tua yg macai selalu pertikaikan dulu2. Konon orang muda ada tenaga, kuat. ...

Pernah la aku baca testimoni abang US military yang kena rape superior jantan dia. Dia kata nak melawan pun tak berdaya sebab terlalu terkejut tetiba kena serang pehtu raped liwat dari belakang. Antara percaya dengan tidak saja dah la penyerang tu superior jauh lagik tua dan berpangkat dari dia. Nak melawan pun otak takleh proses.

Lepas tu dia quit military.

So, ya - bukan senang nak melawan bila tetiba diserang sexually.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-8-2023 10:08 PM
Pernah la aku baca testimoni abang US military yang kena rape superior jantan dia. Dia kata nak me ...

Betul 100% Chazy. Mamat tu pun tak dapat buat apa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur x kena liwat . kalo dgn paknon , anus tu da habis kena
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 26-8-2023 09:41 PM
Iols perasan gayah2 ni mkn tua mkn x tahu malu.

Tak baik kutuk diri sendiri...haizzz
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm... kesian ek lelaki pun tak selamat sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 26-8-2023 02:07 PM
Nasib baik Tapah.... Kalau kat Tambun aku tau la sape lelaki tua gay tu

sapa agaknya???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 181822 Replies : 4094
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11027 Replies : 155
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 26147 Replies : 164
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2137 Replies : 8
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5803 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22619 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73471 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103368 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40184 Replies : 245
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7781 Replies : 82

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.117001 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list