CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20702|Reply: 102

Rozita Che Wan Tahu Rahsia Shahir....

[Copy link]
Post time 20-8-2011 07:18 AM | Show all posts |Read mode

SAMA CANTIK...bersama Erra dan Lisa Surihani yang akan menghiasi rangkaian utama Astro sepanjang musim perayaan ini.
      

BIARPUN pernah menafikan hubungan mereka tidak membabitkan soal hati mahupun  perasaan dan hanya sekadar teman rapat, perkara itu masih sukar untuk dipercayai wartawan serta peminat.
Masalahnya, apa juga yang berlaku ke atas Rozita Abu Bakar atau Rozita Che Wan, 39, pasti juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir akan tahu dan begitulah sebaliknya.
  


Lumrahnya, hanya mereka yang ada hubungan istimewa saja akan tahu apa saja perkara yang berlaku kepada pasangannya kecuali kalau antara mereka cuba merahsiakan sesuatu dek takut ada yang cemburu atau sudah curang.

Jika benar Shahir dan Rozita tiada perasaan cinta, masakan pelakon utama filem 4 Madu itu tahu apa yang berlaku kepada sahabatnya itu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni buat sementara.   



Sewaktu ditemui pada majlis pelancaran saluran baru dan program menarik sempena musim perayaan anjuran Astro di Restoran Saloma, baru-baru ini,  pelakon jelita itu menjelaskan Shahir tidak akan meninggalkan dunia seni sebaliknya membuat keputusan untuk berehat buat seketika saja.


Rozita baru saja pulang dari menunaikan umrah pada 14 Ramadan lalu menjelaskan bahawa Shahir ada memberitahu sebab utama mengapa dia mengambil keputusan terbabit.

“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini, keputusan bersara itu tidak benar. Perkara itu timbul akibat salah faham. Shahir hanya berehat dan perlukan masa untuk menenangkan diri. Masa yang diambil juga tidak panjang kira-kira dua bulan hingga enam bulan.

“Pada saya sendiri secara peribadi artis berehat panjang bukan masalah besar. Perkara itu biasa dilakukan orang lain sebelum ini termasuk saya dan tidak sepatutnya ia dijadikan isu panas,” katanya.

Tambah Rozita, sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi segala ditentukan Allah s.w.t. Mengambil contoh dirinya sendiri yang sebelum ini pernah mengambil keputusan sama, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sebaik dia mengumumkan mahu bersara, tawaran berlakon datang mencurah-curah sehingga tidak dapat menolaknya. Apatah lagi sebagai pelakon dia berpeluang melakonkan watak penuh mencabar.

Rozita turut menafikan apa yang dilakukan Shahir itu adalah atas nasihat dan tunjuk ajarnya, sebaliknya ia datang daripada diri penyanyi lagu Luar Biasa itu sendiri. Malah, pelakon berasal dari Alor Setar, Kedah itu sudah pun dimaklumkan Shahir sendiri sebab mengapa dia berbuat demikian.

Didesak apakah punca yang menyebabkan jejaka berasal dari Ipoh, Perak itu membuat keputusan itu seperti apa yang diberitahu kepadanya, kata Rozita biarlah ia menjadi rahsia antara mereka berdua.

“Saya tak boleh beritahu kepada media kerana ini amanah. Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, berilah dia (Shahir) masa. Apa juga keputusan yang diambil adalah haknya. Sebagai teman rapat, saya akan memberikan sokongan.

“Bukan itu saja, kita juga perlu menghormati keputusan dibuat. Kalau benar pun ia berkaitan dengan masalah dihadapi, kita tidak boleh mendesak. Cerita sebelum ini yang digembar-gemburkan membabitkan keputusan dibuat Shahir dilihat memang sangat menekan, jadi atas alasan itu saya nasihatkan agar semua pihak memberikan ruang kepada Shahir,” katanya.

Sewaktu menghadiri majlis diadakan Rozita seperti biasa kelihatan begitu cantik dengan penampilan serba hitam. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian hadirin apabila dia tampil menutup rambut. Adakah ia menjadi petanda bahawa pelakon Kiah Beraya dan akan disiarkan di Astro Warna Aidilfitri nanti akan berhijrah dan sekali gus bertudung?

“Owh... saya bertudung ini disebabkan mahu menghormati keadaan memandangkan semalam (14 Ogos) saya barunya pulang dari menunaikan umrah. Bagaimanapun, sebenarnya susah untuk saya terus kekal bertudung kerana tuntutan kerja. Seperti minggu hadapan saya akan kembali ke lokasi dan watak dipegang tidak begitu mengizinkan.

“Bagaimanapun, insya-Allah kalau tiba masa dan izin-Nya pasti saya akan bertudung juga nanti. Waktu sama saya mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik untuk saya,” katanya.   
  
Bercerita mengenai ibadat umrah yang dilakukan kali kelima tahun ini jelas Rozita dia bersyukur kerana segala urusannya berjalan lancar walaupun terdapat beberapa dugaan termasuk jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga pihak berkuasa di Tanah Suci terpaksa bertindak tegas bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

“Memanglah saya dengar juga cerita di sana ada jemaah yang dihalau pulang agar bersembahyang di bilik saja. Saya bagaimanapun bersyukur kerana apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selain itu saya pastikan sejam sebelum masuk waktu saya sudah berada di dalam masjid,” katanya.

Lebih menarik pemergiannya kali ini turut ditemani bonda tersayang. Sementara anak-anak ditinggalkan buat sementara bersama bekas suami.

“Sepanjang menunaikan ibadat itu sudah tentu saya mengambil kesempatan itu untuk berdoa. Kata orang doa kita di hadapan Kaabah sangat dekat dengan doa kita kepada Tuhan.

“Macam-macam yang saya doakan termasuklah diberikan kekuatan, kesihatan berpanjangan, rezeki dan termasuklah soal jodoh. Maklumlah saya sendiri tidak sanggup untuk terus beraya seorang diri. Harap-harap biarlah Aidilfitri tahun ini menjadi hari raya terakhir saya sambut berseorangan. Mudah-mudahan apa yang saya doakan itu akan dimakbulkan Allah,” katanya seraya mengakhiri perbualan.

PROFIL

Nama Penuh: Rozita Abu Bakar @ Che Wan
Panggilan: Rozita Che Wan
Tarikh Lahir: 9 Mac 1971
Usia: 39 tahun
Asal: Alor Setar, Kedah
Adik-Beradik: Anak kedua daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon dan model
Status: Ibu tunggal
Anak: Ammar Effendy, 12, dan Aniq Ezzra, 10 tahun.
Filem: 4 Madu
Drama: Cinta Terhalang, Manjalara, Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2, Anissa, Ayyad, Hati, Cerciter Cinta, Iparku Diva, Goyang Syafiq, Kiah Beraya Solo, Kiah Pekasam, Hilang, Dewi Di Sebalik Cermin, Sesuci Cinta Sofiya, Hati Yang Terpinggir, Bila Suami Jadi Suri, Pontianak Beraya di Kampung Batu.
Iklan: Petronas, 999, Rorine
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2011 07:24 AM | Show all posts
Laaaa...! Aku ingatkan Makcik ni tahu rahsia yang Shahir tu ada kurap kt celah mana ke....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 07:28 AM | Show all posts
Popular Acik Ita sekarang...hari2 ade saje kisah dia ni........{:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 08:44 AM | Show all posts
belambak thread pasal cik ta ngn saher skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:12 AM | Show all posts
mcm xde retis lain je...huhuuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:16 AM | Show all posts
retis nih klw g mekah klw boleh nk canang satu dunia...klw wt bnde baik diam2 sudah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2011 09:17 AM | Show all posts
cik ta tengah naik sekarang.....hari-hari ada je kisah dia....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:22 AM | Show all posts
kai tudung cuma nk hormati majlis sj..bukan ikhlas dr ati..emmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2011 09:26 AM | Show all posts
Nama Penuh: Rozita Abu Bakar @ Che Wan
Panggilan: Rozita Che Wan
Tarikh Lahir: 9 Mac 1971
Usia: 39 tahun.
serulingsenja Post at 20-8-2011 07:18



   kalo lahir 1971, 40 lah kansss....vukan 39
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:29 AM | Show all posts
bukit kak ita lg tinggi dari bukit erra dan lisa...hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:31 AM | Show all posts

Hari tu kata setuju jer kalau Shahir nak bersara
Hari ni lak kata... kesah nak bersara tu tak benar...
Mana satu ni....????
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:39 AM | Show all posts
depa berdua ni, kalau nikah pun ok aje, bukan bini org dan bukan laki orang. Kalau nikah pun mesti boleh dapat anak punya.....barangkali 3 org....cukup la....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:48 AM | Show all posts
usia 39 tapi cantik lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:54 AM | Show all posts
brapa puluh thread daa pasal ini dua makhluk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:01 AM | Show all posts
aku rasa Shahir tu elok la bersara terus
ni bukan kali pertama dia memencilkan diri & berehat
dia ada Bipolar Disorder ke mcm Isma Yusof tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2011 10:04 AM | Show all posts
rcw ni ckp berbelit!!!hr tu ckp jgn kaitkan dia ngan shaher..ni plk kata yg dia tau rahsia...propa sgt ko kn..ke dh nyanyuk?......pape je la ko ni..baik bersara je la nenek kebayan oii
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:06 AM | Show all posts
kalo lahir 1971, 40 lah kansss....vukan 39
alyssasarah Post at 20-8-2011 09:26


tak pe la noks... janji bukan 37. dah bertahun asyik 37 je umo cik ta nih  
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:06 AM | Show all posts
baik 2,2 bersara je la..habis citer!!!!!!!!!!:@rasa dh muak la dgr gossip2 cmni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:26 AM | Show all posts
Artis... mmg ckp berbelit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.395998 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list