CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13717|Reply: 83

Cantik kerana jamu

[Copy link]
Post time 20-10-2011 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Norhayati Nordin
[email protected]
        

   
                 
MELIHATKAN penampilannya yang masih jelita dan tampak muda, tidak diduga penyanyi pop terkenal Indonesia, Ruth Sahanaya kini berusia 45 tahun. Malah, Ruth mengakui dia tidak melakukan pembedahan plastik dan penggunaan botox.
Kata penyanyi lagu Kaulah Segalanya ini, tiada rahsia dalam penjagaan kecantikannya.

Ujar Ruth, dia hanya mengamal-kan minum jamu, bersukan, selalu bersyukur, berfikiran positif dan sentiasa berusaha dalam kehidupan sehariannya.

Ditemui pada sidang akhbar sempena penganjuran Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya di Hotel The Royale Chulan, kelmarin, Ruth berkata, dia cuma melakukan pembedahan plastik pada payudara sekitar 2005 kerana ingin lebih yakin pada diri.



“Saya membuat keputusan melakukan pembedahan itu bukan mahu menunjuk-nunjuk hebat tetapi sekadar meyakinkan diri dan lebih gembira. Pada saya, ia juga bukan satu kesalahan bagi seseorang wanita melakukan pembedahan kecantikan.


“Ini kerana saya yakin mereka mempunyai alasan tersendiri demi kepuasan diri.
Apapun, saya sendiri setakat ini tidak lagi memerlukan penggunaan botox untuk kekal cantik,” katanya turut mengakui sentiasa senyum juga wajah boleh kelihatan muda.

Berbicara pula mengenai penganjuran konsertnya, Ruth berkata, selepas 25 tahun melayari karier nyanyiannya di negara ini, baru kini dirinya berpeluang dan memiliki ruang buat kali pertama muncul pada persembahan berskala besar hujung tahun ini.

“Jujurnya, saya sangat teruja untuk menjayakan Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya yang akan berlangsung pada 17 Disember nanti di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ini kerana, saya juga memiliki kelompok peminat yang ramai di sini.

“Sepanjang perjalanan karier saya, Malaysia juga sudah umpama rumah kedua kerana sering sangat diundang mengadakan persembahan di negara ini. Oleh itu, sekarang adalah masanya untuk saya melakukan konsert ini buat semua peminat,” katanya.

Menurut Ruth, dia mengharap-kan penganjuran konsertnya mendapat sambutan menggalakkan. Katanya, dia akan menghiburkan penonton dengan 30 lagu popular daripada 15 album yang pernah dihasilkannya selama dua setengah jam persembahan.

Terdahulu, sempena meraikan ulang tahun ke-25 perjalanan seninya, Ruth sudah melakukan sesi jelajah konsert istimewa-nya itu di Indonesia pada 25 November 2010 serta Singapura (10 Jun lalu). Bahkan, kini dalam perancangan ke Brunei pula.   

Dianjurkan A’caralis Kuala Lumpur Sdn Bhd, ia turut mendapat kerjasama daripada badan kebajikan, Anak Darul Aman Malaysia (ADAM). Malah, sebahagian hasil jualan tiket konsert ini  disumbangkan kepada beberapa badan kebajikan  memerlukan.

Selain Ruth, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim juga akan tampil menghiburkan penonton dengan empat lagu. Ujar Ruth, dia sungguh berbesar hati dapat bergandingan dengan penyanyi tersohor Malaysia seperti Khadijah.

Sehubungan itu, bagi menyaksikan konsert ini tiket dijual pada harga RM1,500, RM588, RM388 dan RM128. Malah, untuk maklumat tiket boleh ke laman web www.ilassotickets.com atau sebarang keterangan lanjut konsert, layari www.meportal.net.
kredit:hmetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 10:47 AM | Show all posts
mane gambanyer....nak tengokkk....tapi jamu pahit....errkkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 10:47 AM | Show all posts
nih seleb TEMPATAN!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 10:50 AM | Show all posts
retis indon mmg amal jamu..tu sbb usia meningkat pun nmpk cantik..retis malaysia umo 60,kulit tegang,licin deme kata berkat amik wuduk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:02 AM | Show all posts
retis mesia x amik jamu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:02 AM | Show all posts
guna jamu je ke..bagus laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2011 11:05 AM | Show all posts
retis mesia x amik jamu?
jepp Post at 20-10-2011 11:02



    local artis jamu jamuan..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:09 AM | Show all posts
ingatkan nek nita tadi....rupa2nya ruth.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 11:12 AM | Show all posts
my mom amalkan mkn jamu..sbb tu my mom kekal langsing n xnampak dmamah usia..pahit xpa asal tampak bgetah dari tua sblm usia..skg byk kapsul jamu so sng la nak telan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:19 AM | Show all posts
Indon.. biasalah
Ramai kawan2 jantan aku yg mengaku pompuan Indon memang mantapppp & ketat
Walao pon muka hazab tapi... fuhhhhh
Tu yg cleaner/ org gaji pon kena sapu
Pompuan Mulayu... sundri mau ingat lah

Bila laki kena sapu ngan pompuan Indon, mula lah tuduh pakai guna2 la.. itu la, ini laa...
Wal hal x reti nak jaga Miss Vagina & Miss Payu dara sundri
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:41 AM | Show all posts
retis indon mmg amal jamu..tu sbb usia meningkat pun nmpk cantik..retis malaysia umo 60,kulit tegang ...
harkktuih Post at 20-10-2011 10:50



    hahaha..konon2 tegang sbb berwuduk je ye...hehe...hipokrit sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:48 AM | Show all posts
indon ni...mkn jamu since 9 years old....popmpuna msia mknjamu time bsalin jek....abis pantang..x jaga......tu la yg tbrai sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:48 AM | Show all posts
indon ni...mkn jamu since 9 years old....popmpuna msia mknjamu time bsalin jek....abis pantang..x jaga......tu la yg tbrai sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:56 AM | Show all posts
dia pun ngaku buat pembedahan payudara......bagusla x hipokrit.  walaupun utk kepuasan diri tp tetap haram kan.....

nek nita bila nak ngaku plak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 11:57 AM | Show all posts
Aku x de la kerap sgt makan mende2 nie..tapi kalo minum air kunyit hidup campur dengan asam limau, asam jawa sket...senggugut kurang n badan terasa ringan....jangan makan jamu tu main taram je semata2 untok cantik...x semua jamu itu bagus ..ikut pada diri kita ape yang kita mampu terima
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:00 PM | Show all posts
retis tempatan amalkan awet muda sbb tu kulit tegang semacam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 12:12 PM | Show all posts
retis mesia amek ayer sembahyang... tuh tegang2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:30 PM | Show all posts
tetiba tingat jamu yg dibeli tapi tak abih2 makan lagik kat dlm gobok
insappp aku weh, lps nih aku nak telan jamu gak ari2 heheh sempat lagik kot aku menggetahkan diri sendiri hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:59 PM | Show all posts
aku mkn jamu masa pantang anak pertama jer...tu pun 5thn lps...tp aku mkn jamu tu tak hbs..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 01:06 PM | Show all posts
sHEila majid pon masih cantik usia pon lebih kurang Roh Sahanaya nie mgkin lebih tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069576 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list