Sumber: Malaysian Digest
. Dikalangan peminat Melayu, mungkin ada yang masih kurang mengenai siapa Raja Ilya. Walaupun begitu, aktres yang wajahnya persis bintang Bollywood ini sebenarnya sedia dikenali dikalangan peminat-peminat berbangsa India. Pelakon kacukan Melayu-Malayalam ni dikenali menerusi drama tamil lakonannya seperti Tup Periyum Pulli, Agguran serta sebagai teraju utama dalam filem Appalam iaitu filem Papadom arahan Afdlin Shauki versi Tamil. Begitupun dia mengakui terkejut apabila namanya tersenarai dalam top5 Anugerah Bintang Popular (ABPBH2013) dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Lebih-lebih lagi saingannya bukan calang-calang iaitu Ana Dahlia, Fasha Sandha, Neelofa da Siti Saleha. "Saya terkejut apabila nama saya dalam Top 5. Betul-betul tak sangka. Tapi tercalon ni pun saya dah bersyukur kerana usaha saya selama ini berbaloi apabila ramai yang mula menyedari kehadiran saya", katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 ABPBH2013, bertempat di Hotel Royal Chulan, semalam. Dalam pada itu Raja Ilya meluahkan rasa terharu dan percaya yang pemilihannya dalam Top 5 adalah hasil usaha gigi peminat-peminatnya terutama peminatnya yang berbangsa India. Menurut pelakon drama bersiri Dahlia dan Kalimah Jiwa ini, sewaktu pencalonan awal ada dikalangan peminatnya yang berbangsa India memberitahu yang mereka mengundi dirinya hampir setiap hari. "Saya mempunyai lebih ramai peminat kaum India berbanding Melayu. Di Facebook, peminat-peminat saya yang berbangsa India mereka ada tag gambar mereka sedang isi borang undian. Saya akui mereka juga memainkan peranan yang besar dalam meletakkan saya dalam senarai Top 5. Saya terharu dengan usaha mereka",ujarnya. Dalam perkembangan lain Raja Ilya akan bakal membintangi sebuah drama untuk slot carekarama di TV3 berjudul Kata Hati. Selain itu pada bulan Februari ini dia dijangka terbang ke India bagi menjalani penggambaran sebua filem Tamil arahan sutradara terkenal, Venket Prabu. Ini merupakan kali kedua...........................................................
Baca artikel penuh: http://malaysiandigest.com/hibur ... minat-indianya.html
|