CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-7-2010 11:06 PM | Show all posts
“Kenapa Farid tak tegur kita sekarang ya?” sambil melipat baju, Lina mengerutkan dahinya berfikir. Acapkali mereka terserempak dengan Farid di mana2, Farid memalingkan muka atau bersikap tidak mengendahkan kehadiran mereka. Diana juga sama, seolah2 kewujudan Farid tiada di situ.

“Kau bergaduh dengan dia ke?” soal Lina lagi. Diana yang sedang baring, bangun mendapatkan meja belajarnya. Headphone di pasang ke telinganya. Komputernya dibuka lalu tangannya ligat mencari fail yang memuatkan lagu2 MP3 kegemarannya.

Lina ternganga dengan tingkah laku Diana. Baju yang hendak dilipat tidak jadi dilipat.

Dushhh!!!!T-shirt di hayun ke bahu Diana.

“Aku bercakap dengan kaulah mangkuk!!!” Lina bercekak pinggang. Diana masih diam. Hayunan baju tadi masih tidak cukup kuatkah? Lina merenung Diana yang berlagak seolah2 tiada apa yang berlaku. 1…2…3….tiada reaksi dari Diana.

“Sah!!!Kawan aku ni dah bengong!!!” Lina meninggalkan bilik Diana. Bibirnya diketapkan geram. Sahih diorang gaduh! Kalau tak, tak adalah hujan ribut macam ni!!

Lina terus menghumban dirinya ke katil. Aku nak tidur!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2010 11:06 PM | Show all posts
Petang itu Diana keluar sendirian meninggalkan Lina. Dia jemu dihujani pertanyaan Lina yang tak ubah seperti rancangan ‘Terjah’ Nas Ahmad. Niat di hati mahu membeli beberapa helai baju baru. Ya! Baju baru! Untuk semangat baru! Diana angguk sendirian.

Melompat dari satu kedai ke satu kedai membuatkannya penat. Perut sudah berdendang lagu Raja Gelek. Apa ku kesah! Diana tidak peduli. Perutnya ni, kalau dilayan sangat, habislah masanya untuk membeli belah.

Dua tiga kedai dimasukinya. Beg plastic sudah berat di tangannya. Perutnya kini memulas lagi. Dah masuk angina agaknya. Diana mengusap perutnya. Okaylah perut…aku bagi kau makan…. Langkah diatur menuju ke DOME yang dari luar, kelihatan agak suram tanpa pengunjung.

Sebaik memesan makanan, Diana melemparkan pandangannya ke ruang tingkap kaca. Nafasnya ditarik dalam2. Memendam perasaan begini rupanya lebih sakit berbanding dikecewakan oleh Hadi dahulu…

“Hai sayang!!!” nafasnya terhenti serta merta bila dia disapa seseorang. Diana pantas menoleh ke depannya. Matanya bulat merenung wajah lelaki di hadapannya yang tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 11:07 PM | Show all posts
“Kau masih cantik Di…” Hadi merenung seluruh wajah Diana. Hati Diana berdebar-debar. Lelaki ini masih sama gilanya seperti dulu!

“Kau nak apa? Kalau kau tak ada hal, sila berambus dari depan mata aku.Aku tak nak tengok muka kau lagi Nanti terbantut pulak selera aku,” kasar ayat yang dituturkan Diana. Dia sengaja mahu menyakitkan hati Hadi.

Hadi mengukir senyum sinis.

“Aku nak kita rujuk semula..” tegas suara Hadi sambil merenung tepat kemata Diana. Segera Diana berpaling merenung wajah Hadi. Tangan yang memeluk tubuh dieratkan.

“Rujuk?” seakan tidak percaya dengan kata2 Hadi, Diana merenung Hadi lagi.

“No way! Dulu kau yang buang aku kan?” cukuplah segala keperitan yang pernah ditanggungnya  dulu! Diana bersumpah tidak mahu berulang kembali.

“Tapi aku masih cintakan kau!” kata Hadi keras. Darahnya mula naik ke kepala bila Diana menolak. Pantang betul bila perempuan menolaknya.

“Cinta apa…cinta taik kucing…” Diana mendengus geram.

“Aku boleh bagi apa yang kau mahu. Just say it!!” Hadi masih bersabar. Dia mahu memiliki Diana semula. Dia mahu wajah Daniel yang menumbuknya dahulu tercalit malu jika Diana menerimanya semula. Dendamnya pada Daniel tak pernah padam.

“I have everything Mr.Hadi…” Diana mengeraskan suaranya. Hadi tersenyum sinis. Dia menepuk meja perlahan.

“Okay…” Hadi terdiam sejenak. Melihat air muka Diana, rasanya Diana sudah berkeras. Dia tak seperti dulu lagi, yang mengikut sahaja apa katanya. Cubaannya gagal. Hati gadis ini mesti kusakiti!Seperti sakitnya penumbuk abangnya di muka aku dulu!

Hadi senyum sinis. Wajah Diana dipandang benci.

“Kirim salam dengan abang kau bila kau pulang nanti! Kau ingat sikit, kau tu bekas bini aku. Kau dah tak ada harga Diana. Kau bukan dara lagi. Kau ingat kalau aku tak kutip kau, ada orang lain yang nakkan kau? Aku Cuma kesiankan kau. Sebab tu aku nak kita rujuk. Tapi…since kau pun nak membujang sampai ke tua…silakan. Duduklah bawak ketiak mak kau tu sampai tua…okay?!!!” kuat suara Hadi, sehingga membuatkan seisi restoran memandang mereka.

Hadi beredar dari situ meninggalkan Diana. Diana terkesima. Beberapa pasang mata yang merenungnya kelihatan berbisik. Masing2 kembali merenung meja sendiri bila Diana memandang mereka. Telinga Diana dirasakan panas. Bibirnya diketap geram. Begitu sekali penghinaan yang diterimanya dari Hadi???
Pantas Diana bangun. Begnya dicapai lalu Diana melangkah laju keluar dari restoran itu tanpa sempat menjamah sesuatu pun. Hatinya  bernanah tika itu. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia mengejar Hadi dan melempang jantan itu. Tapi, dia masih bersabar. Langkahnya datur selaju mungkin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 11:08 PM | Show all posts
Malam itu, ketika orang lain sibuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan esok hari, Diana berteleku mengadap jendela biliknya yang terbuka luas. Pintu biliknya sudah dikunci sejak maghrib tadi. Matanya sudah bengkak menangis. Bagai jatuh ditimpa tangga, pertemuan dengan Hadi siang tadi benar2 mengoyak hatinya yang sedang lara.

Kau duduklah bawah ketiak mak kau sampai tua!!!Hadi!!!Laknat kau! Diana mengetap bibir menahan rasa. Kalau aku nak membujang sampai ke tua pun apa salahnya??? Aku ni jijik sangatkah??? Diana mengesat airmata yang jatuh ke pipinya. Angin sepoi2 meniup ke mukanya dari tingkap. Dingin!

Diana terdiam sejanak. Mungkin ada benarnya juga kata2 Hadi. Dia terlalu dilindungi oleh keluarganya. Mungkin kerana dia satu2nya anak perempuan bongsu dalam keluarganya, maka kasih sayang yang mencurah padanya melimpah ruah hingga dia digelar manja dan tidak tahu berdikari??

Tapi...aku pernah membuat keputusan dalam hidup aku. Dan nyatanya, keputusan yang ku buat itu telah membinasakan diri aku.

Diana bungkam. Semua persoalan bermain di benaknya. Satu persatu rentetan hidupnya bertandang di mindanya kala itu. Satu demi satu dianalisanya.

Esok adalah hari terakhirnya di kampus ini. Usai saja peperiksaan, dia akan pulang kerumahnya. Abangnya sudah pun berjanji mahu mengambilnya esok tengahari.Semua barang2nya sudah pun dihantar balik kerumah minggu lepas.

Lalu, apa arah tujuan aku selepas ni? Kerja? Atau menolong ibu dan ayah menyambung perniagaan mereka? Atau aku akan jadi kacang hantu di kedai abang? Itukah yang aku mahukan?

Diana terdiam merenung gelap malam yang disimbah cahaya bulan sabit. Dia perlahan2 menggeleng. Diana merenung kehidupannya yang silam. Benar, dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarganya. Hinggakan, rambutnya pun ibunya yang menyikat. Tiada apa yang perlu dirisaukan dalam hidupnya.

Baru saja usianya menginjak 13 tahun, ibu sudah membelikannya gincu bibir.Namun, mungkin kerana keakrabannya dengan abangnya, ciri2 feminin itu agak kurang. Diana menarik nafas lemah. Lalu, apa akan jadi dengan hidup aku 5 tahun dari sekarang? Akan ku lalui perjalanan yang samakah seumur hidupku???
Tapi..sekurang2nya, sebelum aku mati, aku mahu membuat sesuatu diluar kemampuan aku. Moga apa yang bakal aku lakukan itu, akanku kenang seumur hidupku. Benar. Sepanjang hidupku ini, tak pernah aku lakukan sesuatu yang bermakna. Terutamanya buat orang lain. Segala2nya untuk diri sendiri sahaja.

Hadi!!Walaupun aku akan membujang sampai ke tua dan bersama ibuku kehujung hayatnya pun, sekurang2nya, aku akan jadi seorang yang berdikari!

Ya! Aku mahu lakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup aku! Aku bukan budak manja lagi! Itu kau perlu tahu Hadi!!!Itu kau perlu tahu!!! Diana mengukir senyum sinis merenung malam. Satu azam ditanamkan di lubuk hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 11:09 PM | Show all posts
Farid merenung Diana dari jauh. Diana kelihatan tergesa2 menghampiri lelaki yang seiras dengannya. Abangnya barangkali. Hari ini hari terakhir di universiti itu. Mungkinkah Diana akan ditemuinya lagi nanti?

Farid merenung secebis kertas ditangannya. Nombor telefonnya dicatitkan di kertas itu. Niatnya ingin menyerahkan kertas itu kepada Diana sebaik peperiksaan tamat. Namun, malang. Sebaik keluar dari dewan peperiksaan, Diana sibuk menjawab panggilan telefon. Kemudian, dia sudah berlari2 menghampiri lelaki tadi.

Farid mengeluh kecil. Kertas itu dironyokkan dan dilontar tanpa arah.Langkahnya diatur menuju ke biliknya. Meski rata2 pelajar2 sudah pulang ke kampung halaman hari itu, tapi Farid tidak. Dia ada agenda tersendiri. Agenda yang telah membuatkan emaknya dikampung menjerit geram sebaik dia memberitahu akan hasratnya itu.

“Apa?????!!!!Palestin????Adik ni biaq betui!!!” jeritan ibunya masih lagi terngiang2 saat dia menuturkan hasratnya kepada emaknya tatkala dia berkunjung kerumah kakaknya hujung minggu lepas.

“Ala mak…bagila adik peluang. Bukan semua orang boleh ikut pasukan sukarelawan ni mak. Ini peluang adik mak. Adik nak sangat pergi..” Farid sudah memeluk lengan emaknya. Emaknya mengurut dada. Sesak nafas dengan budak ni!

“Tapi Id, tak ada tempat lain ka adik nak pi? Adik bukan tak tau keadaan kat sana macammana sekarang..” muka Farid kelat disoal emaknya yang suka membaca suratkhabar. Agaknya, kalau disoal isu semasa  kepadanya dan emaknya, emak akan lulus 100% dan dia pastinya akan mendapat markah 10% sahaja. Itupun markah kesian!

“Please mak…tolonglah mak….2 bulan saja…tolong mak…” rayunya lagi. Kali ini tangan emaknya sudah dikucup berulang kali.2 hari memujuk, barulah emaknya mengangguk lemah. Itupun diiringi derail airmata.
Farid menarik nafas lemah. Bukan dia mahu jadi anak derhaka, tak mahu mendengar kata. Tapi, dia mahu melakukan sesuatu yang akan memberinya makna sepanjang hidupnya. Menyaksikan penderitaan anak2 Palestin di dalam akhbar dan media massa, buat hatinya runsing.

Kebetulan, persatuan Humanitarian Mission dikampusnya mengadakan kolaborasi dengan AMAN Malaysia untuk menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza. Dasuki, ketua persatuan itu, rakan sebiliknya. Lantaran teruja melihat Dasuki yang tak pernah duduk diam bermesyuarat dengan AMAN Malaysia di luar, dia memohon untuk menjadi sukarelawan.

Farid sudah pun hampir sampai ke biliknya. Raja sudah pulang ke kampungnya pagi tadi. Kini Farid keseorangan . Dasuki masih seperti biasa, jika tiada peperiksaan, pastinya berada di pusat persatuan itu.

Farid menolak pintu biliknya. Pen dan kertas diletak dimeja belajar. Farid duduk dikatil, melemparkan pandangannya ke tingkap bilik yang menghadap tasik di belakang asrama mereka.

Diana!!Kau akan kekal dalam memori aku. Aku doakan kau berjaya dalam hidup kau! Ah…pastinya Diana langsung tak terkenangkannya sedikit pun sekarang kan? Budak tu..apa dia tahu tentang perasaan???

Farid menghela nafas lemah. Minggu depan dia akan bertolak ke Mesir.Menurut dasuki, mereka akan memasuki Gaza melalui Rafah, iaitu sempadan Mesir dan Palestin. Sejuta perasaan bermain di benaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:10 AM | Show all posts
kesian DIANA ngan FARID...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 12:16 PM | Show all posts
Fizz cepat sambung
cite ni pasti menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 03:38 PM | Show all posts
Rumah kosong sunyi sepi. Ayah, ibu dan abangnya sudah awal2 lagi keluar. Diana mengerling kea rah jam di meja. Sudah pukul 10 pagi. Diana bangun lemah. Orang lain penat kerja, aku penat tidur. Selipar berbulu pink disarung. Tanpa mengemaskan katilnya, Diana keluar dari biliknya.

Dapur dituju. Peti sejuk dibuka. Susu Dutch Lady dibuka lalu terus diteguk tanpa memasukkannya ke dalam gelas. Kalau ibu nampak aku minum macam ni, mau dia menjerit!!Diana tersengih sendirian mengenangkan ibunya. Sebiji anggur dikutisnya.

Langkah diatur menuju ke ruang tamu utama. Akhbar di atas meja dicapai. Berita muka depan ditatap. Gambar seorang lelaki tua berserban sedang menggendong anak kecil yang mungkin baru 3 tahun barangkali sedang berlumuran darah. Diana merenung gambar itu. Wajah lelaki tua itu keruh, namun tiada riak dia sedang menangis. Anak kecil itu digendong kemas dalam pelukannya. Keningnya yang sudah memutih, menggambarkan lelaki itu barangkali datuk kepada kanak2 kecil itu.

Wajah anak kecil itu putih bersih. Di bibir anak kecil itu, kelihatan kotoran seperti debu putih bercampur dengan darah. Nafas Diana seakan terhenti. Tajuk berita itu diteliti.

“Gaza perlu bantuan makanan menjelang  musim sejuk”. Serta merta matanya melorot pada sebiji anggur ditangannya. Diana merenung sebiji anggur di depannya. Kalau aku pos anggur ni ke Palestin, agak2 sampai tak???Hmm…mulala nak mengarut ni Diana…

Diana tidak jadi hendak makan anggur ditangannya. Seleranya tiba2 mati.Wajah lelaki tua di dada akhbar itu direnungnya lagi. Melihat kesengsaraan di negara orang, barulah aku sedar betapa bertuahnya berada di bumi Malaysia. Agak2nya, kalaulah aku sendiri yang mengalami situasi seperti itu, kuatkah aku nanti untuk berhadapan dengan semua ujian Tuhan itu? Adakah aku boleh mempamerkan muka setenang wajah lelaki tua ini?Diana terdiam sejenak.

Diana merenung seisi rumah yang kosong. Apa fungsi aku di dunia ni? Kalau aku ada kemampuan untuk membantu orang lain, kenapa aku tak sama2 menghulur bantuan? Seumur hidup aku, aku tak bersedekah dari harta milik aku sendiri kan? Sedangkan begitu banyak nikmat yang TUhan berikan kepada aku.

Apa yang aku tak ada? Aku ada semuanya! Lalu???Pernahkah aku bersyukur? Cukupkah dengan sekadar bersyukur? Diana…

Diana terdiam sendirian. Kalau aku duduk macam ni sorang2 tiap2 hari, cukup 40 hari mesti aku jadi gila!Ah!!! Diana segera bangun. Dia mahu mandi dan pergi ke suatu tempat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2010 03:39 PM | Show all posts
Diana melihat deretan kotak2 yang tersusun kemas di dalam garaj khas yang dibina oleh pak longnya. Apa yang terdapat di garaj itu Cuma suku daripada jumlah sebenar kata mak long nya. Baki kotak2 itu masih banyak di pusat gerakan.

“Minum Di..” Mak Long Siah meletakkan dulang air dan sepiring kek buah. Diana segera mengangguk. Mak Long Siah senyum senang melihat anak gadis adiknya yang sudah besar panjang.

“Ibu bagi pulak Di bawak kereta tu..” sapa Mak Long Siah. Tangannya ligat menyorong cawan berisi air teh strawberry kepada Diana.

“10 kali pujuk…dia bagilah.” Balas Diana sambil tersenyum. Ibunya cukup bimbang jika dia memandu sendirian tanpa ditemani abangnya. Kadang2, Diana terfikir juga, ibunya tak pernah mempercayai kemampuannya langsungkah? Takkan dia hendak bergantung seluruh hidup kepada abangnya saja.

“Akil bila habis belajar?” soal Diana yang merujuk kepada sepupunya yang masih belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir.

“Bulan 6 tahun depan. Tapi, raya haji nanti dia balik..” balas Mak Long Siah.

“So, apa plan Di lepas ni? Tolong ayah?” soal Mak Long Siah sambil turut minum bersama Diana. Pokok2 bunga orkid yang berderetan di sekeliling gazebo di halaman rumahnya benar2 mendatangkan ketenangan kepadanya tiap kali memandang.

Diana senyum simpul. Cawan diletak. Kepalanya menggeleng. Mak Long Siah mengerutkan dahinya.

“Tak tau lagi…” pendek jawapan Diana. Benar, dia jua sebenarnya belum pasti apa yang mahu dilakukannya.

“Sebenarnya…” Diana tunduk, sambil memintal2 hujung tali baju t-shirtnya yang bertali di hujung.

“Sebenarnya apa?” soal Mak Long Siah. Dia merenung Diana yang tunduk di depannya. Diana melemparkan pandang kea rah garaj yang memuatkan bertimbun kotak2 berwarna coklat.

“Boleh Di kerja dengan Pak Long?” soal Diana sambil memandang Mak Long Siah kembali. Mak Long Siah terdiam. Diana direnung tidak percaya.

“Di tak mintak upah! Di Cuma nak tolong saja…tolong susun2 barang dalam kotak pun, jadilah..”pujuk Diana sungguh2. Mak Long Siah ternganga.

“Betul2 ni Mak long…” melihat Mak Long Siah yang terkedu, Diana menyatakan kesungguhannya.

“Mak long pun tak percayakan kemampuan Di ya?” suara Diana lemah menyoal. Kenapalah semua orang anggap aku ni lemah sangat…..

“Err..bukan macam tu…” Mak Long Siah merenung Diana di depannya. Budak ni tak tahu apa yang dia nak agaknya…Dia ingat kerja2 ni senang?

“Di..bekerja dengan Pak Long, bukan sekadar menuntut kekuatan fizikal. Tapi, yang paling penting, kekuatan mental…” Mak Long Siah bersuara perlahan. Hendah menolak permintaan Diana bulat2, menangis pulak budak ni…

Diana terdiam mendengar jawapan mak long Siah. Diana tunduk. Jadi, aku ni lembik sangat???
Melihat Diana yang terdiam, Mak Long Siah serba salah. Dahla penat2 budak ni datang rumah aku. Aku kecewakan dia pulak… Mak Long Siah terdiam.

“Macam nilah Di. Di balik dulu…bincang dengan ibu.kalau ibu, ayah dan abang Daniel setuju, mak long akan bagitau pak long yang Di akan kerja dengan Pak Long..okay?” Mak Long Siah memberi harapan. Maunya adiknya itu bersetuju…takkan dia nak lepaskan anak perempuan dia buat kerja macam tu?

Diana mendongak. Secebis sinar kelihatan di wajahnya. Diana mengulum senyum.

“Di akan balik bincang dengan ibu. Tapi, boleh tak mak long janji satu perkara dengan Di?” soal Diana. Kotak idea di kepalanya mula merancang sesuatu yang lebih dari permintaan sebelumnya.

“Apa?” soal Mak Long Siah. Diana senyum lebar.

“Kalau ibu, ayah dan abang Daniel setuju, Di nak ikut rombongan sukarelawan pak long ke Gaza. Di dengar, pak long akan ke sana dua bulan kan?” Diana sengih. Mak Long Siah ternganga lagi. Macamlah mak kau tu nak setuju Diana…hai…Mak Long Siah senyum lucu.

“Mak Long janji Di. Yang penting, Di balik bincang dengan family dulu…” balas mak long Siah. Diana angguk. Puas hati. Matanya bersinar2 bak matahari pagi.Hatinya yang gembira sukar diungkap lagi.

“Mak long dah masak? Di lapar ni…” soal Diana. Perutnya tiba2 lapar pulak. Sejak pagi tadi masih belum makan.

“Ohh…belum…hari ni, Di tolong mak long masak…jom..” Diana bangun membuntuti langkah mak longnya menuju ke dapur. Mak longnya pula tak henti2 bercerita tentang lauk pauk yang bakal dimasak. Diana angguk saja sambil sekali sekala menambah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 03:42 PM | Show all posts
Hmmmmm....best citer nie....sambungla lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 03:51 PM | Show all posts
tengah giat menaip....
esok dah keje..takut tak sempat taip lak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 03:57 PM | Show all posts
x pe take your time k...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 04:18 PM | Show all posts
sambung laa lagi ya
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 04:26 PM | Show all posts
smbg la fizz..lama benar xde smbgan..nasib baik masih ingat jln citernya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 12:13 AM | Show all posts
Diana merenung tepat penuh harapan ke wajah ibu, ayah dan abangnya. Ketiga2nya memandangnya tak berkutik. Diana cuba mengukir senyum, meminta simpati dari ketiga2nya. Oh please…please…let me go…please…..hatinya tak putus2 berdoa.

“Ibu…”Diana merenung ibunya yang kelihatan lemah. Sorotan matanya tak putus meminta simpati dari ibunya.

“Emm…Di…” ayahnya bersuara memecah kesunyian sejak dari tadi. Ibu tunduk sahaja. Abangnya masih merenungnya. Diana memandang ayahnya.

“Ada banyak cara untuk kita menolong. Since pak long dah ada dalam AMAN Malaysia, kerja kita lagi mudah. Betul kata Di tadi, kita banyak nikmat yang TUhan bagi. Jadi, salah satu cara yang ayah syorkan, apakata kalau Di bungkus semua apa yang Di nak derma, then bagi pada pak long. Pak Long akan berikan derma Di tu, pada orang2 di Gaza….” Kata2 ayah mengecewakan Diana.

“Tapi ayah…” Diana mencari kata2 yang sesuai untuk meyakinkan keluarganya.

“Ayah tahu, mungkin paparan media massa terlalu luas terhadap isu ini. Baik di TV, mahupun di akhbar. Saban hari ada saja sisipan muka depan tentang isu ini. Isu Palestin ini, bukan perkara baru. Sejak tahun 1940-an lagi Di. Ayah faham, hati mana yang tak kesian bila tengok kekejaman Israel terhadap orang2 di Palestin. Tanyalah mana2 muslim, semuanya mahu ke Palestin untuk membantu. Tapi, Di kena ingat, jihad yang lebih besar, bukan sekadar jihad di medan perang. Bukan sekadar jihad melawan kafir. Tapi..jihad dengan diri sendiri. Jihad dengan hawa nafsu kita.” Ayahnya terdiam sejenak.

“Di ingat lagi tak kisah Rasulullah ni? Waktu tu, mereka nak pergi berperang. Kemudian, ada seorang sahabat, ibunya sakit. Tapi, kerana kecintaanya terhadap mati syahid, dia menggalas pedangnya dan menuju kepada Rasulullah s.a.w. Katanya, wahai Rasulullah, bawalah aku bersamamu ke medan perang. Tapi, Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya ibumu sedang sakit bersendirian di rumah. Itu jihad yang terbesar bagimu. Dari peristiwa itu, Di patut tahu, walaupun kita kasihankan nasib orang2 di Palestin, tapi bukanlah bermaksud kita kena tinggalkan tanggungjawab kita yang ada sekarang semata2 untuk mengejar jihad…” kata2 ayah tak ubah macam seorang ustaz. Diana bertambah kelu.

Ibu dan abang masih diam tak berkutik. Masing2 berpeluk tubuh. Air kopi yang dihidangkan sejak tadi sudah menjadi sejuk. Langsung tidak berusik.

“Kalau Di berniat mahu menolong orang2 di sana pun sebenarnya, Tuhan sudah mencatat sepuluh kebaikan bagi Di. Cubalah fikir kata2 ayah ni…Di perempuan, Di tak pernah kemana2 berseorangan. Inikan pula nak ke Palestin. Kalau orang lain dengar pun, diorang  kata agaknya ni macam drama fairy tales.Agak tak munasabah bunyinya Di…” pujuk ayahnya lagi.

Diana menarik nafas lemah. Kata2 ayahnya memang banyak benarnya. Tapi…

“Ayah…ibu..abang…betul kata ayah. Jihad sebenar kita ada dalam diri kita.Betul kata ayah jugak, semua orang ada tanggungjawab sendiri yang perlu dipikul. Tapi, itu orang lain ayah, ibu..abang. Cuba ayah, ibu dan abang lihat Di. Lihat keadaan Di. Apa tanggungjawab Di sekarang? Di tak ada keluarga yang nak nak Di beri makan pakai. Di tak ada keluarga yang sakit atau tua hinggakan Di terpaksa menjaga mereka. Di bukan tak ada duit. Di sihat tubuh badan. Di tak ada anak yang Di perlu sara. Di tak ada kerja yang Di perlu laksanakan sekarang. Dari semua sudut, Di memiliki kemampuan untuk pergi ke sana. Kalau orang lain, mungkin agak sukar sebab diorang tak mempunyai peluang. Tapi, cuba ayah fikirkan, Di ada kemampuan atas segala2nya dan Allah mudahkan laluan Di dengan adanya Pak Long. So, why I can’t go there whereas I got the chances?” Diana cuba meyakinkan keluarganya sungguh2. Dia benar2 mahu pergi.

Kali ini, seluruh keluarganya terdiam pula. Abangnya membetulkan duduknya yang agak kurang selesa.

“Tolonglah Di ayah…ibu..abang. Selama Di hidup, tak pernah Di buat sesuatu yang bermakna dalam hidup Di. Kalau boleh, bagilah peluang kepada Di. Ini saja jalan yang Di nampak untuk Di belajar sesuatu yang baru dalam hidup. Lagipun, takkan Di nak bergantung pada ayah, ibu dan abang seumur hidup Di?? Tolonglah…” Diana sudah menyusun sepuluh jarinya merayu kepada ahli keluarganya. Airmatanya mula berderai. Namun, semuanya masih senyap.

Ayah kelihatan menggeleng2 perlahan. Diana sudah tidak dapat menahan airmatanya lagi. Kecewa, remuk rendam..semua sudah berlagu menjadi satu.

“Tolonglah Di kali ni. Di berjanji pada semua orang, ini kali terakhir meminta sesuatu dari ayah, ibu dan abang…tapi tolonglah Di kali ni…2 bulan saja…2 bulan saja…” suara Diana yang merintih benar2 memilukan di telinga. Puan Nariah menarik nafas panjang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 12:14 AM | Show all posts

b

Post Last Edit by fizziany at 14-7-2010 00:22

“Pergilah Di…ibu benarkan…” tiba2 ibu bersuara perlahan. Ayah dan abang segera memandang kea rah Puan Nariah. Puan Nariah membetulkan duduknya. Kebas sudah punggungnya bila duduk terlalu lama tanpa bergerak.

“Are you serious?” Encik Tahir merenung Puan Nariah. Puan Nariah angguk. Diana yang terkejut masih terpinga2. Dia masih tidak percaya dengan kata2 ibunya. Biasanya, ibunya lah yang paling susah untuk memberi kebenaran untuk dia melakukan sesuatu perkara, termasuk berkahwin dengan Hadi dahulu.

“I’m serious. Di betul. Kita bukan nak hidup menongkat langit selama2nya bang. Daniel pun bukan selama2nya nak membujang. Dia pun pasti ada keluarganya sendiri. Mungkin cara kita telah membuatkan Diana jadi seorang yang kurang berdikari sampaikan kita sendiri pun susah nak percayakan kemampuan dia. Jadi, jika kita tak boleh beri dia peluang belajar, biar dia belajar sendiri bila dia sendiri jumpa peluang tu…” Puan Nariah merenung Diana di depannya.
Diana yang ternganga, segera meluru kea rah ibunya. Tubuh ibunya dipeluk erat.

“Thanks ibu! Thanks…so much!” Diana sudah tidak tahu hendak berkata apa lagi. Encik Tahir memandang Daniel.

“Well…Daniel ikut ibu saja. Tak salah bagi peluang pada Di..” kata2 Daniel, membuatkan Diana bangun dan merangkul leher Daniel pula. Pipi Daniel diciumnya.

“Thank you abang!!!!Rupanya baik jugak hati abang!!!” senyum melebar di pipinya. Encik Tahir terpaksa akur walaupun agak keberatan.

“Habis, kau ingat selama ni... hati abang ni jahatlah??” marah Daniel pula. Diana angguk sambil tersengih.


“Okaylah Di…2 bulan saja…” tutur Encik Tahir. Di dalam kepalanya, pelbagai rencana sedang diatur untuk pertemuannya dengan abang iparnya esok. Banyak pesanan yang mahu diberikan kepada adik iparnya itu nanti.

Diana sudah terlompat2 kegirangan. Malam itu malam terindah buat Diana.

“Jangan suka sangat!!!Kau bukan nak pergi Bali cik adik oii!!!!” Daniel sudah memekik apabila pening melihat gelagat Diana yang terlompat2 kegirangan. Namun, jauh di dalam sudut hati Daniel, masih tersimpan secebis walang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 01:28 AM | Show all posts
Di nak itutttt gi Gaza
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 08:27 AM | Show all posts
nnti dapat laa Farid & Di jumpa kt GAZA...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 08:34 AM | Show all posts
nnti dapat laa Farid & Di jumpa kt GAZA...
kendOS Post at 14-7-2010 08:27


betullah nanti mesti jumpa ngan FARID...
cinta pun berputik kembali...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 08:59 AM | Show all posts
wah fizzi...... gigh n3, tq.... nanti mesti cinta terpaut di pelestin.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.466397 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list