CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

 Close [Copy link]
Post time 18-3-2009 11:47 AM | Show all posts

Kedah gagal lakukan kejutan

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusankedah@utusan.com.my



PEMAIN Kedah, Mohd. Khyril Muhymeen (kanan) menanduk bola sambil dihalang pertahanan Chonburi FC pada pertembungan Piala AFC di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam. Chonburi FC menang 1-0. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

--------------------------------------------------------------------------------

ALOR SETAR - Hajat membuat kejutan di gelanggang sendiri gagal ditunaikan Kedah apabila tewas 0-1 kepada Chonburi FC dari Thailand pada perlawanan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2009 di Stadium Darulaman, semalam.

Selepas tewas 1-3 kepada ACB Hanoi pada perlawanan terdahulu, Kedah yang cuba mencari kemenangan sulung beraksi garang pada awal permainan dengan mengatur beberapa asakan pantas tetapi dalam satu serangan balas pasukan pelawat, tuan rumah dikejutkan jaringan Kone Mohamed pada minit ke-33.

Dalam perlawanan semalam, sebaik pengadil dari China, Zhao Liang meniupkan wisel permulaan, Kedah tampak bersemangat mengatur asakan yang menyaksikan pada minit kedua, penyerang Badrol Bakhtiar memperoleh peluang keemasan tetapi rembatannya tersasar.

Ini membangkitkan semangat Kedah untuk meneruskan asakan tetapi kecetekan pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa dan ketiadaan penyudah menghampakan penyokong tuan rumah walaupun beroleh kesempatan.

Bagaimanapun, perlawanan kembali seimbang dengan Chonburi FC pula mencemaskan benteng pertahanan Kedah, namun tuan rumah tanpa beberapa tonggak masih mampu mengekang asakan pelawat yang membariskan tujuh pemain kebangsaan dan pemain import.

Akhirnya dalam satu gerakan, penyerang Chonburi FC, Kone mudah memperdayakan pemain pertahanan, Victor Andrag sebelum menyepak masuk ke penjuru gawang yang gagal diselamatkan penjaga gol, Helmi Eliza Alias pada minit ke-33 untuk pasukan pelawat mendahului 1-0.

Walaupun ketinggalan, Kedah tetap bersemangat untuk mencari jaringan penyamaan pada babak kedua dengan menyaksikan Badrol sekali lagi mempunyai peluang untuk merembat ke dalam pintu gol Chonburi FC ketika penjaga gawang, Kosin Hathairattanakool terlajak ke depan.

Namun, sepakan Badrol ditampan pemain pertahanan, Surat Sukha untuk bola yang melantun kembali ke dalam dakapan Kosin pada minit ke-46.

Permainan kemudiannya kembali seimbang tetapi tuan rumah ternyata gagal menembusi benteng Chonburi FC untuk kedudukan kekal dengan pasukan pelawat memungut mata penuh di Stadium Darulaman.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan melibatkan pasukan dari Malaysia, Johor FC turut gagal mencatat kemenangan apabila tumpas 3-1 kepada wakil Indonesia, PSMS Medan.

Johor bagaimanapun mengejutkan tuan rumah apabila terlebih dulu membuka jaringan di Stadium Jaka Baring menerusi gol Mohd. Azuwad Md. Arip pada minit ke-21.

Begitupun, bekas bintang penyerang Selangor, Elie Aiboy membantu kebangkitan PSMS dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-53 dan 64.

Satu lagi gol tuan rumah dijaringkan pemain tengah, Leonardo Martins Dinelli pada minit ke-55.

Kemenangan ini membolehkan PSMS melonjak ke tangga kedua Kumpulan F dengan mengutip tiga mata, tiga mata di belakang pendahulu, South China dari Hong Kong yang menumpaskan wakil Maldives, V.B Sport 2-1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 11:55 AM | Show all posts

Azraai puas walau tewas

Oleh Bashah Zainol Abidin
sukan@hmetro.com.my

KETUA jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berpuas hati terhadap prestasi anak buahnya yang mampu menyaingi kehebatan Chonburi Province FC walaupun tewas 0-1 dalam saingan Piala AFC di Stadium Darulaman, malam tadi.

Menurutnya, barisan serangan gagal memanfaatkan peluang diperolehi, memberi kelebihan kepada lawan meraih mata kemenangan menerusi gol tunggal pada minit ke-31 hasil jaringan pemain import, Mohamed Kone.

“Saya berpuas hati dengan semangat juang dipamerkan pemain hingga wisel penamat. Ketangkasan penjaga gol kebangsaan Thailand, Kosin Hathairattanakool menjadi penghalang kepada kami untuk memburu gol.

“Kami berasa bahangnya apabila beraksi tanpa pemain import, kita terpaksa terima hakikat dengan kekalahan itu tapi ia langsung tidak memadamkan harapan untuk ke peringkat seterusnya,” katanya.

Tambahnya, kekalahan kelab Vietnam, ACB Hanoi kepada Eastern Athletic FC dari Hong Kong, 3-0 membuka kembali peluang tiga pasukan selain Chonburi memburu tempat kedua teratas dalam kumpulan.

Sementara itu, jurulatih Chonburi, Kiatisuk Senamuang, memuji pemain Kedah kerana semangat juang tinggi sehingga sekadar meraih satu gol.

“Saya tahu memang sukar untuk menjinakkan Kedah di tempat mereka walaupun mereka beraksi tanpa pemain import. Saya mengakui kegagalan anak buah saya melakukan penyudah menjadi punca hanya satu gol dapat dilakukan.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Johor FC tewas 1-3 kepada PSMS Medan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 12:21 AM | Show all posts
salah sapa..... kalau bukan FAM

vietnam,thailand,indonesia,singapore depa pakai import,, depa ngan kita sapa lagi berjaya. akai ada ka???

tahun ni,
wakil dalam champions league

indonesia - sriwijaya
singapore - armed force


tak malu ka woi??? presiden dinasour
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 09:35 AM | Show all posts
kita malu pun x leh wat pa sebab org atas x malu.... :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 10:03 PM | Show all posts
org atas hanya nmpak jasad ja...ibarat lembu di tarik hidung...:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 02:46 AM | Show all posts
kedah menang 2-0...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2009 11:24 AM | Show all posts
2-0 jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:20 AM | Show all posts
kira okey 5 game liga unbeaten
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 09:31 AM | Show all posts
Pro & Kontra: Liga bola sepak tempatan tetap meriah

SELEPAS menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United kecundang di tangan Fulham 0-2 dan Chelsea yang berhasrat merebut takhta liga tewas 0-1 kepada Tottenham malam kelmarin, saya mendekati pula keputusan liga tempatan.

Liga Super Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berlangsung, semakin rancak dengan pasukan yang mengambil bahagian dilihat kejar-mengejar di antara satu dengan lain.

Apakah gelaran juara musim ini akan kembali dirampas pasukan Merah Kuning? Atau akan ada satu lagi nama baru yang tercatat dalam rekod juara Liga Super? Masih terlalu awal untuk diramalkan.

Sekalipun menang tipis 2-1 mengalahkan Kuala Muda Naza dalam perlawanan kelmarin, Selangor terus menghuni tangga teratas, diekori rapat Kelantan yang menang besar 4-1 ke atas Pulau Pinang untuk berada di tangga kedua, terpisah dengan perbezaan jaringan.

Juara musim lalu, Kedah yang memulakan perlawanan agak perlahan dan goyah di awal musim, bagaikan 'cencaru makan petang' dan semakin selesa di tangga kelima, selepas kemenangan terakhir ke atas Polis 2-0.

Carta liga pada awalnya menunjukkan pasukan negeri silih berganti dengan pasukan bertaraf kelab, KL Plus untuk menjadi pendahulu dan sebagai bekas pengurus, saya yakin sambutan ke atas liga tempatan tetap meriah walaupun dengan ketiadaan pemain import musim ini.

Saya percaya, perlawanan Liga Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah tidak menjejaskan minat dan selera penyokong tempatan, kecuali pasukan yang tidak konsisten.

Di barat dan Eropah, penyokongnya sentiasa setia kepada pasukan mereka dan jarang berpaling tadah. Jatuh bangunnya bola sepak tempatan terletak kepada peminat sendiri. Mudah-mudahan kita mampu mencontohi sikap demikian.

Source: Berita Harian

**herm nak mcm mana..media kita pun bukan nak support liga negara sendiri..liga negara tah mana2 tu yg nak ditunjuk nya..pastu bising org malaysia tak support liga malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 04:42 PM | Show all posts
tudia, mau tau la kedah jenih makan dalam
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 06:16 PM | Show all posts
5 mata tertinggai..... jauh lagi tuh.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 02:13 AM | Show all posts
takpa takpa setengah musim dakgi, lawan Red Warrior pon dakgi
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 02:10 PM | Show all posts
kedah menang 5x berturut2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 02:36 PM | Show all posts
harap leh potong dua pasukan merah sebelum midseason, la ni pon moral tgh mencanak naik
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:52 PM | Show all posts
kedah perlu menang semua baki game utk 1st round nih........ selangor agak sukar utk dipintas dlm 1st round nih memandangkan baki game depa hanya bertemu pasukan2 ceroi..........  kelantan munkin boleh kalau tumbang di darulaman dan mengharapkan tim lain buat kejutan.......

utk 2nd round, pastikan mata yg hilang diawal musim dpt ditebus balik utk menggimbangkan kedudukan mata........
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 12:45 AM | Show all posts
pada player player dan fans semua

TOGETHER WE STAY
DIVIDED WE FALL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2009 04:23 PM | Show all posts
tak sabaq tunggu lawan kelantan 4 april ni.. misti gamat punya lahh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 11:10 PM | Show all posts
mintak mintak 4 April ni ada live, pergggh panas la.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 08:47 AM | Show all posts
kasi lepas ngan pak hang dulu............
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 12:24 PM | Show all posts
perlawanan penting malam nanti.........

Terangganu vs Selangor
Kelantan vs N9
Perlis vs KM Naza

ini kerana antara 4 pasukan diatas berada di kedudukan diatas Kedah.......

moga2 Ganu berjaya tumbangkan giant.......
k'tan ngan n9 seri cukup arrr...........
KM Naza kena menang arrr........

kalau ini berlaku kedah boleh potong kat konar............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.140655 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list