CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-1-2005 04:09 PM | Show all posts
Sambungan...

Contoh: Kalau seorang raja besar di sebuah negara, kalau dia tidak ditaati oleh rakyatnya, dia rasa dirinya besar tak? Tidak. Kalau rakyat taat padanya barulah dia rasa besar. Sebab itu rakyat perlu taat padanya supaya dia rasa besar. Ertinya dia tidak sempurna kerana dia berhajat. Lebih-lebih lagi kalau rakyat berdemonstrasi hendak jatuhkan raja itu. Bukan saja dia tidak rasa dirinya besar bahkan dia tercabar. Macam kalau kita seorang ayah dirumah. Kita kaya dan pandai tetapi anak isteri tak taat, maka sakit jiwa kita. Rasa tercabar. Tak sempurnalah. Kerana anak isteri tak taat, kita sudah menderita. Itu satu kelemahan.

Jadi tajuk perbincangan kita kali ini, kalau dikatakan Tuhan itu sempurna, mengapa Dia minta kita sembah Dia, besarkan Dia, Agungkan Dia? Tadi kita bincangkan seseorang yang minta dirinya dibesarkan ertinya dia tak sempurna. Bila tak dibesarkan, dia terasa kurang. Tetapi Tuhan tidak begitu. Yang sebenarnya perintah Tuhan kepada kita terhadap ZatNya bukan untuk kepentingan Tuhan. Ini ada rahsia dan ada hikmah untuk kepentingan makhlukNya.

Bila seseorang itu benar-benar kenal Tuhan atas dasar ilmu dan faham sehingga dapat dihayati akan datang takut dan cinta. Ia akan beri kesan yang baik. Bukan untuk Tuhan tetapi terhadap sesama manusia. Inilah dikatakan rahmat Tuhan yang tersirat, yang mata dan akal tidak nampak. Hanya dapat dirasai oleh roh yang faham, yang ada ilmu dan boleh menghayati. Inilah rahmat Tuhan yang tersembunyi kepada makhluknya.

Kalaulah semua makhluk ini boikot Tuhan. Buat kempen besar-besaran untuk pulaukan Tuhan dan tidak sembah lagi Tuhan. Adakah Tuhan akan tergugat? Maha Suci Tuhan. Kurangkah Tuhan? Tidak. Perintah Tuhan itu kepada kita terhadap Zat Nya adalah untuk kesan sampingan yang baik kepada makhlukNya. Makhluk macam kita ini tak sempurna. Kita perlu memerlukan. Kalau Tuhan tidak setkan satu cara, kita akan terkorban. Manusia akan jadi susah dan payah.

Bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-1-2005 04:13 PM | Show all posts
Sambungan...

Bila kita dapat Tuhan, dapat hayati, datang takut dan cinta. Apa side effectnya?... Bila kita takut dengan Tuhan, kita takut hendak buat salah dengan manusia. Siapa yang untung? Manusia atau Tuhan? Kita takut hendak pukul manusia, siapa yang untung? Kalau kerana takut dengan Tuhan maka kita takut hendak mencuri, takut hendak bergaduh, siapa yang untung? Sudah tentu jawabnya manusia! Siapa yang dapat manfaat? Manusia  lagi bukan Tuhan. Faedahnya bukan kepada Tuhan tetapi kepada kita.

Jadi kalau kita ada ilmu, faham , hayati kehendak Tuhan, kita akan takut dan cinta Tuhan. Bila kita cinta Tuhan otomatik kita cinta manusia. Bila cinta sesama manusia, manusia yang untung.

Tuhan buat satu kaedah, bukan untuk menguntungkan Dia tetapi untuk menguntungkan manusia. Kalau kita cinta Tuhan, kita kasih sesama manusia, kita mudah bantu, mudah berkasih sayang dengan orang, boleh beri maaf orang, boleh minta maaf dengan orang, boleh bersatu padu, siapa yang untung? Kita.

Ini rahsianya mengapa kita disuruh besarkan Tuhan. Rupanya kalau kita beragama cara faham, cara ilmu, cara akal, side effectnya untuk manusia.

Kalau kita ikut fakta sejarah Melaka, sudah 500 tahun orang Melayu peluk Islam. Kalau ikut fakta Trengganu, sudah 700 tahun orang Melayu peluk Islam. Ertinya tidak kurang 500 tahun orang Melayu sudah memeluk Islam. Ada tak side effectnya kepada kita hasil kita memeluk Islam?

Tadi kita dah bahaskan tadi, side effectnya untuk manusia. Hasil kita beragama, ada tak side effectnya yang baik? Tidak ada. Tidak kita rasa. Yang kita rasa hidup nafsi-nafsi. Yang kaya semakin kaya, yang susah semakin susah. Yang dapat bala tanggung sendiri manakala yang dapat kesenangan, dia punya sendiri. Tidak dapat rasa bersama.

Padahal kalau ikut ajaran Islam sepatutnya side effectnya yang baik untuk kita. Nampaknya Islam kita tak berbuah. Kalau berbuah tentu Amerika tidak akan buat kacau. Bush tidak akan sombong. Dunia sudah campur tangan. Kalaulah side effectnya daripada ibadah itu ada, maka secara global sudah dikuasai umat Islam.Tapi nampaknya kita tidak mendapat keuntungan dari agama yang kita amalkan. Disinilah datangnya syariat.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 04:49 PM | Show all posts
Maksud murka. kalau kita baca tafsir dan dalam hadis, orang yang dimurkai itu macam Firaun dan Qarun. Jadi bila kita lihat tafsir, yang sesat itu yahudi, kristian. Padahal keduanya itu dimurkai dan keduanya golongan sesat.

Mengapa pula disebut yang dimurkai di sini, padahal orang sesat itu Tuhan murka juga? Sebab kalau yang dimurkai itu, orang yang menolak secara total. Sama ada akidah atau syariatnya mereka tolak total. Macam Firaun, Namrud dan Qarun, mereka menolak terus. Sebab itu Tuhan kata mereka itu dimurkai yakni kerana Tuhan marah. Sebab dia tolak total. Sedikit pun dia tidak terima kebenaran itu.


Golongan yang kedua dikatakan yang sesat. Bila kita bahas sesat. cuba kita lihat makna jalan. Mari kita faham jalan. Kan Tuhan suruh kita ikut jalan yang lurus. Yahudi, nasrani pernah tempuh jalan. tetapi di hujung tersesat. Ertinya dia pernah menerima kebenaran, pernah terima agama dari langit. pernah terima wahyu tapi di tengah perjalanan. Mereka sesat.        .        

Kalau hendak diluaskan. orang yang sesat. banyaklah. Termasuk fahaman komunis. sosialisme itu dimurkai. Kalau macam Bush itu sesat. Berapa banyak orang Islam pun sesat. Asal ikut jalan yang lurus, tapi setelah ditinggalkan Rasulullah 1400 tahun, berlaku 72 simpang. Mereka, umat Islam itu pernah tempuh jalan benar, akhirnya sesat. Yang  dimurkai pun ramai dan yang sesat pun ramai. Jadi Tuhan suruh kita minta, sebagaimana nabi-nabi dan Rasul-rasul meminta. Tuhan benci dengan dua golongan ini yakni yang menolak kebenaran secara total dan yang menolak Tuhan serta Rasul.

Imam Ghazali berkata, sewaktu kita baca ayat "Qulya ayyuhal kafirun", karena Qur'an itu untuk semua maka bukanlah kita maksudkan pada orang kafir saja tetapi kita tuju pada diri kita juga, iaitu "nafsuku dan syaitanku". Ertinya ayat quran itu kita boleh sesuaikan. Yang mana kalau kita kata kafirun, mungkin kita rasa itu untuk orang lain. Tapi kalau kita kata "wahai nafsuku dan syaitanku" maka kita perangi mereka. Begitu juga dengan perkataan sesat dan dimurkai pada ayat terakhir surah Al Fatehah ini bukanlah satu kesalahan bila ketika kita membacanya kita tuju pada nafsu kita. Yang dimurkai dan sesat itu adalah kita, bila kita memperturutkan nafsu dan bertuhankan nafsu. Dan kita anggap kedurhakaan kita adalah bertuhankan nafsu.

Di akhir surah Fatehah di sunatkan membaca 'Amin' yang ertinya 'Ya Allah, kabulkanlah permintaan kami. " Perkataan ini adalah sunat, tak katapun tak apa. Tapi sangat baik untuk diucapkan, sebab seolah-olah kita berdoa pada Tuhan : Ya Allah, perkenankanlah pada kami supaya dapat fahami intipati Qur'an yang ada dalam Al Fatehah, dapat menghayati. melaksanakan seperti mana yang telah Engkau berikan pada Rasul, Nabi dan wali2. Jadi ayat yang asas itu telah jadi doa.    


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 04:52 PM | Show all posts
PENUTUP

Maha 'suci Tuhan yang mentakdirkan Al Quran yang mempunyai 6 666 ayat. Dikecilkan kepada 7 ayat yang menjadi satu matan. Yang mana Allah mendakwa bahawa Dia menetapkan bahawa 7 ayat itu sama dengan 6 666 ayat Al Quran itu. Maha Hebat Allah.


Mengapa Allah berbuat begitu adalah di luar kemampuan kita untuk memahami. Setelah berfikir begitu, mengapa Allah memilih 7 ayat, itu pun kita tidak boleh faham. Mengapa istimewanya angka 7 itu ? Ternyata berhubung dengan kepada 7 ciptaan lain yang mana ia bukan merupakan huruf atau ayat tetapi yang juga bersifat maddi dan maknawi. Ada 7 anggota badan, 7 langit, 7 burai, 7 syurga, 7 neraka, 7 hari dan 7 nafsu. Hari itu diciptakan 7, tidak 8 atau 9. Mengapa 7? Allah yang Maha tahu rahsianya. itu manusia tidak boleh jawab. Allah juga memilih untuk membuat anggota badan itu 7. Semua ciptaan-ciptaan yang berkait rapat dengan pengendalian hidup manusia, Tuhan samakan dengan Al Fatehah, ummul Kitab ini.       
Allah menciptakan 7 ayat untuk menghadapi 7 ketegori neraka. Kalau kita jahat. tolak terus falsafah ini, maka neraka paling bawah lah, yang paling dasyatlah yang akan di hadapinya. Sayangnya universiti-universiti tidak menetapkan ini untuk dikuasai. Hari ini orang hanya belajar bagaimana untuk menguasai lombong bijih dan minyak. Mereka tidak fikir untuk menggali lombong Fatehah, satu kekuatan untuk mendapatkan syurga atau neraka. Manusia akan masuk neraka mengikut kadar dia melihat Al Fatehah itu. Memang ini adalah satu penelitian yang ruhiyyah tetapi falsafahnya terlalu tinggi. Seorang yang inginkan syurga Allah maka kuasailah Fatehah itu.

Bismiliahi rahmanir rahim merupakan satu ayat yang besar, yang menjadi ayat pertama kepada surah Fatehah itu. Kita hanya membacanya
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 05:00 PM | Show all posts


Kalau begitu mengapa tidak kita bertawasul dengannya agar suatu hari kita nanti kita mampu memahami ayat yang seringkas
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 05:07 PM | Show all posts
Alhamdulillah...selepas ini saya akan postkan kuliah Abuya dari buku beliau "Mengenal Diri Melalui Rasa Hati". Ini merupakan kuliah tasawuf bagaimanapun disampaikan dengan bahasa yang mudah dan terkesan di hati pembaca.

Doakan semuga Allah SWT permudahkan saya untuk menyampaikan minda Abuya di dalam thread ini.


Ilahi ! Engkau jualah maksud dan tujuanku. Keredhaan Engkau jua yang daku cari. Berilah daku petunjuk di dalam perjalananku, berkatilah langkahku dan bimbinglah daku untuk sampai kepadaMu"...
Reply

Use magic Report

Follow Us
syafiq96 This user has been deleted
Post time 6-1-2005 10:11 AM | Show all posts
Alhamdulillah....

semuga kita semua mendapat kefahaman dan dapat menghayati minda Abuya ini....

apabila kita bertujuan untuk mencari keredhaan Allah SWT tanpa ada kepentingan diri, insyaAllah akan terbuka kebenaran kepada kita semua...

Sama-samalah kita berdoa....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 6-1-2005 05:02 PM | Show all posts
PRAKATA

Saudara,

SEDANG berlaku di depan mata kita kini penyakit-penyakit putus asa, kecewa, resah gelisah, penderitaan jiwa, kacau bilau fikiran, rendah diri (infriority compfex), kesunyian, kekosongan hati, rasa keseorangan (loneliness), ketegangan perasaan dan lain-lain bentuk sakit jiwa. Dan sedang berleluasa juga di dalam masyarakat Islam hari ini penyakit-penyakit hasad dengki, bakhil, gila dunia, dendam, cepat marah, jahat sangka, tamak, mementingkan diri sendiri,mudah takut, sombong, riak, ujub dan lain-lain.


Walaupun sakitnya tidak nampak oleh mata kasar kita, siapa   berani   menafikan   hakikat   ini?   Bahawa   bilangan  orang-orang yang menderita sakit (krisis) jiwa saat ini lebih ramai daripada bilangan penderita-penderita sakit fizikal yang ada' di hospital- hospital. Tetapi aneh, kepakaran dan keintelektual tidak terlalu serius memikirkan pengubatan kepada pesakit batin seperti mana seriusnya mereka terhadap pengubatan fizikal lahiriah manusia.

Saudara,
Apakah mereka tidak sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dan lain-lain itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain? Tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa, kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki, dendam, pemarah, buruk sangka dan lain-lain itu akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh orang lain?

Demikian satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir.


Bukan sahaja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan kusut dan kucar-kacirnya sesebuah masyarakat. Telah datang Nabi Muhammad S.A.W ke tengah manusia. Baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya.


bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 6-1-2005 05:05 PM | Show all posts
Seorang diri baginda bangun dan bekerja untuk menyelamatkan manusia. Institusi pertama yang baginda bangunkan ialah masjid, satu tempat di mana manusia membersihkan hatinya, mĕlembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan   dunianya,   iaitu   dengan   membesarkan   Tuhan melalui sembahyang dan ibadah-ibadah lain.

Rasulullah memandang keselamatan manusia keselamatan hatinya (rohnya) bukan jasad lahirnya. Sebat itu baginda bekerja mengubah dan mengubat hati mereka dan baginda berjaya,

Saudara,
Kita kini sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sebagaimana apa yang disaksikan oleh baginda Rasul lebih 1400 tahun dulu. Kalau baginda telah berjaya terhadap masyarakatnya mengapa kita tidak mengikut jejak langkahnya?


Kita ubati dulu mazmumah dan krisis jiwa kita, ahli-ahli kita dan masyarakat kita. Kita ketengahkan pada masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan manusia pada fitrahnya.       
Kita contohkan satu formula yang menjamin kebahagiaan hati dan keselamatannya! Kita perjuangkan kehidupan "sunnah" yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat.


Saudara,
Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, keseorangan, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian.

Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati suami isteri, anak dengan ibu bapa, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan? Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih sayang, bertolak ansur, pemurah/baik sangka dan tolong-menolong. Mana ada selain Islarn cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorang kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 6-1-2005 05:08 PM | Show all posts
Saudara,
Islam mengajak kita menilik hati kita, mengenalinya dan mengubat sakitnya. Apabila hati sudah terubat, saudara akan temui hati-hati saudara penuh dengan "cahaya" kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan. Dan itulah syurga sementara sebelum saudara bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.


Buku "Mengenal Diri Melalui Rasa Hati" ini memandu saya dan saudara untuk melegakan krisis jiwa, ketegangan tikiran dan kejahatan batin kita. Insya-Allah. Mudah-mudahan kita akan perolehi keselamatan dan kebahagiaan hidup sebagai-mana yang Allah janjikan.

Dengan berkat kebesaran-Mu ya Allah, Nabi dan Rasul-Mu Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat baginda, wali-wali-Mu  jadikanlah, ya Allah buku ini sebagai ubat pada jiwa kami dan selamatkan hati-hati kami sebagaimana keselamatan yang Engkau maksudkan dalam firman-Mu:

"Hari kiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat."

(Asy Syuaraa:88-89)


"Ya Allah, terimalah amalanku ini sebagai amal soleh dan' pahalanya ku hadiahkan kepada almarhum ayahanda dan bonda serta guru-guru tercinta. Dan ya Allah, dengan buku ini, jadikan kami cinta pada-Mu dan agama-Mu dan lebih gigih berjuang untuk menegakkan kalimah-Mu."
Wabiltahitaufik,

Hamba yang mengharapkan keampunan Tuhan:
Ashaari Muhammad.


bersambung....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 6-1-2005 06:21 PM | Show all posts
MUQADDIMAH

Islam yang Allah redhakan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruh-Nya Nabi Muhammad S.A.W adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin.

Syariat lahir disebut syariat. Syariat batin disebut hakikat Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin.


Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang menggerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing-masing (yang lebih dikenali sebagai roh).

Allah S.W.T menetapkan bahawa syariat lahir adalah untuk diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasad batin (roh).

Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa di semua waktu dan keadaan.


Kalau kita mengasingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islam memandang syariat itu sebagai kulit. Manakala hakikat itu ialah intipati

Kedua-duanya sama penting dan saling perlu-memerlukan ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-duanya mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri. Tanpa kulit isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab manusia memakan buah bukan pada kulit tetapi isinya.

Begitu juga hubungan antara syariat dan hakikat, Kedua-duanya mesti diterirna dan diamalkan serentak. Kedua-duanya saling isi-mengisi dan perlu-memerlukan.

Bersabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi), itu tidak membawa erti apa-apa di sisi Allah."

"Allah tidak melihat lahir (rupa dan harta) kamu tetapi melihat hati dan amalan kamu."


Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit) maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah S.W.T. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperoleh apa-apa langsung hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

syafiq96 This user has been deleted
Post time 6-1-2005 06:43 PM | Show all posts
teruskan usaha anda sdrku...
:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 08:25 PM | Show all posts
ASM,

tati minatlah dengan kuliah ini....terasa sampai ke hati......tati akan ikuti sampai habis le nampaknya....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 7-1-2005 11:10 AM | Show all posts
Berkata Imam Malik Rahimahullahu Taala:

Ertinya:
"Barangsiapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barangsiapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindik."


Ertinya kita mesti mengamalkan kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat kita jadi tasik. Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat kita akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh katir zindik (katir tanpa sedar).

Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat.
Tetapi dalam keadaan ada keduanya, hakikatlah yang lebih utama.       

Benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Allah tidak memandang lahir (rupa dan harta) kamu tetapi memandang hati dan amalan kamu."

Bukanlah syariat itu tidak dituntut bahkan syariat juga adalah hukum-hukum yang fardhu yang wajib diamalkan oleh semua umat Islam. Cuma dalam keadaan keduanya (syariat dan hakikat) itu sama-sama diamalkan, Allah memberi keutamaan pada amalan kulit dan isi buah (walaupun sama pentingnya) tetapi manusia memberi keutamaan pada isi sebab ia boleh dimakan.

Begitulah peranan hakikat menjadi penentu kepada berakhlak tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia.


Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir dengan Allah, sentiasa merasakan kebesaran Allah sedang dirinya maha lemah sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorang zahid yang dapat mengorbankan dunia untuk Tuhannya.

Seorang zahid juga seorang yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia untuk susah untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan manusia dari tipuan dunia, nafsu dan syaitan.

Sebaliknya orang yang lemah dalam amalan batin adalah orang yang jauh (terpisah) hatinya dengan Allah (tidak takut dengan Allah, tidak maju, tidak harap, tidak cinta Allah, tidak redha dan tidak sabar), kurang beradab dengan Allah (penuh hasad, sombong, bakhil, dendam dan pemarah) dan seorang pencinta dunia yang bekerja keras untuk dunianya.

Orang begini selalu dibelenggu oleh kecintaannya itu hingga menjadikan dia takut untuk berjuang dan berjihad untuk agama Allah dan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.


BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi on 7-1-2005 at 11:11 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 7-1-2005 12:03 PM | Show all posts
Orang yang tidak berhakikat (sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, baca Quran dan gigih berjuang) adalah orang yang kurang berakhlak dengan Allah dan kurang berakhlak dengan manusia. Kekurangan pada amalan batin inilah yang menjadikan orang-orang yang tidak berhakikat itu selalunya mati dala dosa yang tidak sedar. Mungkin dosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa, tidak redha dengan takdir Allah, dosa kerana merasakan amalan lahirnyalah yang bakal menyelamatkan dari neraka Allah.

Rasa riak, ujub atau rasa diri bersih itu adalah dosa batin yang tiada siapa yang nampak walaupun yang empunya diripun tidak dapat mengesannya kecuali orang yai mempunyai basirah (pandangan tembus) sahaja yang boleh  mengesannya.Nanti di akhirat bila Allah dedahkan kesalahannya (dosa batin itu) baru dia terkejut dan tersentak.

Ulama' tasawuf  berkata:

"Biarlah sedikit amalan berserta takut pada Allah itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut dengan Allah. Lebih baik orang yang sentiasa merasa berdosa di bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amali tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa tenang dengan amalan itu."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 8-1-2005 11:32 AM | Show all posts
Firman Allah:

"Hari kiamat ialah hari di mana harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang membawa hati yang selamat sejahtera."
(Asy Syuaraa:88-89)

Hati yang selamat sejahtera ialah hati yang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah S.W.T.


Hati yang sentiasa merasa sihat dalam sakit, kaya dalam miskin, ramai dalam keseorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan apa sahaja ujian kerana dia bersikap redha dengan apa sahaja pemberian Tuhannya.

Untuk memperolehi hati yang begini, kita mesti bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat dan hakikat). Kedua-duanya akan saling kawal-mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa.


Syariat dan hakikat' akan mendidik dan memimpin kita menjadi seorang insan yang kamil yang mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrah semula jadi manusia secara suci lagi mulia.

Orang beginilah yang Allah maksudkan sebagai golongan as siddiqin atau golongan Al Ariffin. Sifat mereka Allah senaraikan dalam surah Al Furqaan: 63- 74:


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 8-1-2005 11:34 AM | Show all posts
Maksudnya :

揇an hamba-hamba yang baik dari Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan."

"Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka (orang-orang yang bersembahyang tahajud di malam hari semata-mata kerana Allah). "


"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab jahanam dari kami. Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal "

"Sesungguhnya  jahanam    itu  seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman擺/color]

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah yang demikian. "

"Dan orang-orang yang tidak menyembah yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan yang demikian Itu nescaya dia mendapati pembalasan dosanya. "


"Yakni akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina."

"Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman n dan mengerjakan amal soleh, kejahatan mereka Alah h gantikan dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


"Dan orang-orang yang bertaubat dann mengerjakan amal soleh maka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya."

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 8-1-2005 11:36 AM | Show all posts
"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya."

"Dan orang-orang yang apabila diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta."


"Dan orang-orang yang berkata:"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."

揗erekalah orang-orang yang bertaqwa yang akan memperolehi ketenangan hidup di dunia dan di akhirat. Tempat untuk kita mempelajari dan mencontohi kehidupan yang berbahagia ini ialah kehidupan "solatus soleh".


Mereka telah menjalani suatu kehidupan yang menerima dan mengamalkan sepenuhnya kehendak syariat dan hakikat. Dan hasilnya mereka (solatus soleh) menjadi orang-orang yang bahagia lagi membahagiakan orang lain.

Sejarah 15 abad yang silam memberitahu kepada kita bahawa 3/4 dunia menjadi tenang, aman dan damai di bawah pentadbiran mereka. Dan kawan mahupun lawan terasa selamat berada di dalam kekuasaan mereka.


Demikianlah ini satu kenyataan bahawa kiranya manusia patuh menjalani syariat lahir dan batin, selamat dan berbahagialah mereka di dunia dan di akhirat.[/b]

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2005 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 28-12-2004 05:01 PM:


Yang saya nak tanya nyer ialah bab sedekah fatihah ni. Saya rasa pelik (mungkin sbb saya bukan orang tarekat). Kalau sedekah kepada orang mati tu tak apalah, ni sedekah kat orang masih hidup. Ke abuya dah meninggal? kalau betul maaflah sbb saya tak tahu...  


Takder sapa orang Arqam nak respon pada soalan yang ustaz tanya ini ker???
Reply

Use magic Report

syafiq96 This user has been deleted
Post time 8-1-2005 06:46 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-1-2005 01:18 PM:


Takder sapa orang Arqam nak respon pada soalan yang ustaz tanya ini ker???


saya rasa jawapannya adalah :

1. memang tak ade org Arqam/Rufaqa kat sini...yg baca semua org-org bukan Arqam..yg postpun kata dia hanya pensimpati Arqam/Rufaqa

2. yg masuk kat sini memang betul-betul ikhlas dan beradab dengan ilmu jadi khusyuk baca, tak mahu org buat bising-bising...

3. boleh tak tolong diam sikit..org tengah membaca ni....hormatilah kebebasan org lain...kalau nak buat bising pergi thread yg ramai suka buat bising-bising tu...


Pls....we need privacy here...ok ustaz:stp:...ustaz lagilah berbudi bahasa sepatutnya.....jadi faham-fahamlah ye......:ah:

Sdr hafizi, teruskan sambung kuliah, jgn dilayan mereka kat sini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 7728 Replies : 48
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 11259 Replies : 155
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6696 Replies : 8
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5366 Replies : 6
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 14132 Replies : 103
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 287566 Replies : 7097
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10099 Replies : 78
Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Tinot7Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Views : 2927 Replies : 18
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8634 Replies : 43
Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Tinot7Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Views : 7317 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.087995 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list