CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinky_pink

TercipTa UntuKKu...-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 23-5-2011 04:15 PM | Show all posts
Reply 200# redsentra


Obsess ngn citer antu+pontianak... hakhakhak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2011 04:43 PM | Show all posts
anum masih dgn egonya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 08:40 AM | Show all posts
memintak IS leh ubah perangai ANUM...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:25 AM | Show all posts
kelakarlah si anum nie....
mesti iskandar nak pi panjat bukit broga, tgk matahari terbit.....
bestnya kalau dapat ikut....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 12:03 PM | Show all posts
nak ikut .. tgk matahari terbit......
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 12:42 PM | Show all posts
kelakar gila kat anum
boleh kata hantu........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2011 04:55 PM | Show all posts
kelakarlah si anum nie....
mesti iskandar nak pi panjat bukit broga, tgk matahari terbit.....
best ...
mawarbaiduri Post at 24-5-2011 09:25



Huhuhuuu... bronga la, mana lg bukit y pemes skang ni oang dok panjat bukit? nk tumpang kasi up lagi nama bronga tuh... hikhikhik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 04:58 PM | Show all posts
nak ikut .. tgk matahari terbit......
naufal2705 Post at 25-5-2011 12:03



Jom! moh kita ikut beramai2... mlm ni ready la eh? Iskandar dtg&muncul kol 4 pg nk bwk g panjat bukit... hikhikhik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2011 04:59 PM | Show all posts
kelakar gila kat anum
boleh kata hantu........
uda08_za Post at 25-5-2011 12:42



Kut2 dia mmg hantu?????????
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 05:23 PM | Show all posts
kelakar la anum ni..jujur sgt..haha..tp xpttla anum mrh danny cmtu..sian danny..hrp iskandar dpt ubh anum 2...
thnks wannie citer yg sgt menarik..t'lekat i kt dpn pc ni..hehehe..keep up gurl..go wannie go wannie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 05:30 PM | Show all posts
kelakar la anum ni..jujur sgt..haha..tp xpttla anum mrh danny cmtu..sian danny..hrp iskandar dpt u ...
mya_kay Post at 25-5-2011 17:23



tq dear...
Anum garang la kunun orangnya, tp bila dgn Iskandar, tros jd minah blur+huru-hara+kelam-kabut sume bagai... haizz!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 05:40 PM | Show all posts
tq dear...
Anum garang la kunun orangnya, tp bila dgn I ...
pinky_pink Post at 25-5-2011 17:30



    hehe..sme2...tp xde ke entry bru..sblom i blik ni..hehehe..demand tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 05:48 PM | Show all posts
Reply 212# mya_kay


Huhuhuuuu... amboi, kerlasss mintak n3 baru yea? smpt ke nk baca b4 blk? oklah demi utk uollss sume y tercayang, cewah... sy masukkan n3 baru... hikhikhik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 05:52 PM | Show all posts
Bab 18
“BILA nak sampai ni?”
     Dengan termengah-mengah Anum berhenti berjalan. Dia bercekak pinggang. Macam nak patah kaki ni berjalan, tak juga sampai-sampai. Macam nak tersekat nafas ni bernafas, tak juga tiba ke destinasi. Rasa macam menyesal pulak ikut sekali datang sini. Baik duduk rumah melingkar atas katil. Lagi syok. Ini buat penat badan aja!
     “Takkan baru berjalan sikit dah penat? Tak ada stamina langsung!” Iskandar membidas. Menggeleng kepala melihat Anum yang macam nak tumbang aja sekarang ni. Baru ajak daki bukit sikit, dah termengah-mengah. Baru suruh hiking bukit kecik aja, dah tak larat. Lembik betul. Tak macam orang dia yang garang bukan main.
     “Cepatlah sikit! Nanti kang tak sempat kita nak sampai puncak matahari dah terbit.  Saya tak sabar nak terbakar depan awak ni,” Sindir Iskandar sambil berpusing. Mengorak langkah untuk mendaki bukit semula.
     Anum mendengus. Rasa macam sakit hati pulak dengan si Iskandar ni. Sudahlah mengacau orang pagi-pagi buta. Kata pukul empat nak tunggu dekat basement, tapi ni tak alih-alih pukul tiga setengah pagi dah terpacak depan rumah. Baru aja rasa nak lelap mata lepas layan cerita The Proposal dekat HBO. Tak sempat nak lelap, dah menyibuk ajak pergi Hiking.
     Hiking? Isy… tak pernah-pernah sepanjang 28 tahun hidup ni melakukan aktiviti panjang bukit ni tau. Kalau dulu masa belajar pun selalu aja mengelak kalau nak kena pergi perkhemahan ke, panjat bukit ke, time tulah macam-macam penyakit yang akan datang menyerang. Tak pasal-pasal sekarang ni nak kena bangun pagi-pagi buta panjat bukit. Bukan bukit yang dekat dengan rumah, sampai ke Broga jauhnya dia bawak!
Anum mencapai ranting kayu yang terbiar di tanah. Ranting yang panjang dan agak besar itu dijadikan sebagai tongkat. Sambil merungut-rungut dia mengikut jejak Iskandar dari belakang. Betul-betul rasa tak puas hati. Sudahlah semalam letih shopping tak hilang lagi, campur dengan sakit tangan pukul bola besbol dan sekarang ni ditambah pula dengan sakit nak panjat bukit. Habis satu badan ni. Sakit kaki, sakit pinggang, sakit tangan, sakit lutut, sakit punggung, sakit hati, sakit jiwa, sakit segala-galanya yang tak tahu nak tulis lagilah!
     “Kita dah nak sampai, cepat sikitlah jalan tu. Terkedek-kedek!”
     Anum menjeling apabila diusik sebegitu oleh Iskandar.
     “Lain kali sewa helikopter aja senang. Terus sampai puncak. Tak payah penat-penat nak daki macam ni. Tak pun kalau betul awak ni hantu Vampire, terbang ajalah terus. Pegang saya dan terus terbang sampai atas sana. Kan senang?” Jawab Anum sambil menjeling tajam. Tersengih-sengih Iskandar mendengarnya.
     Sepanjang dua jam mereka mendaki, tak putus-putus rungutan yang keluar dari mulut Anum. Membebel-bebel sepanjang masa. Tapi rungutannya langsung tak dilayan oleh Iskandar. Dia buat bodoh aja apa yang keluar dari mulut Anum. Paling-paling kurang pun dia cuma tersengih-sengih. Dan rungutan-rungutan Anum itu tidak berhenti sehinggalah mereka sampai ke puncak.
      Akhirnya… ingatkan nak kena daki sampai empat lima jam lagi baru nak sampai…
     “Dalam sepuluh lima belas minit lagi matahari terbitlah… kita duduk dulu lepaskan penat,” kata Iskandar sambil menghempaskan punggung. Dikeluarkan air mineral dari beg galasnya. Anum turut duduk di sebelah.
     “Nak tengok matahari terbit pun sampai kena pergi hiking. Dua jam bazir masa macam tu aja…” rungut Anum lagi sambil turut menogok air kosong yang memang dibawa dari rumah. Habis sebotol besar air yang dia togok.
     “Kalau ikutkan tak sampai pun dua jam nak sampai puncak ni. Tapi awak tu terkedek-kedek. Asyik berhenti aja, tu yang banyak buang masa.” Jawab Iskandar. Anum jelir lidah.
      Anum memerhatikan sekeliling. Ada garis-garis cahaya yang mulai bersinar di sekitar kaki langit. Diperhatikan juga keadaan di sekeliling pucak Bukit Broga ini, kelihatan beberapa makhluk manusia lain yang turut berada di situ. Ada sekumpulan anak-anak muda lelaki dan perempuan, ada yang datang satu keluarga dan tak kurang juga yang bersendirian. Masing-masing nampak macam seronok sangat. Entah apa yang seronok memenatkan diri panjang bukit macam ni ntah. Lagi seronok tengok matahari terbit dalam tidur…
     Beberapa minit berlalu dan sedikit demi sedikit cahaya matahari mulai memancarkan sinarannya. Anum tak kelip mata memandang ke langit lepas. Selama ni, dia hanya kagum bila melihat bintang di langit kejora, tak pernah terfikir tentang matahari yang begitu banyak telah memberikan sumbangan pada bumi ni. Tapi hari ni, dia menyaksikan satu lagi keindahan alam maya. Bukan setakat bintang saja yang kelihatan cantik di atas sana, tapi matahari pun kalau kita tengok bagaimana dia terbit sedikit demi sedikit, rasa kagum dengan keindahannya. Ingat matahari ni kerjanya asyik nak buat orang panas aja? Cuba tengok cahaya samar-samar yang tengah memancar sekarang ni… cantiknya…
      “Cantik sungguh keindahan alam ciptaan Allah ni kan?” Terdengar suara Iskandar berbisik perlahan.
      Anum mengangguk.
     “Sebab tu kita sebagai manusia, kena selalu bersyukur. Ucapkan terima kasih di atas segala yang telah diberikannya. Cuba kalau dibuatnya dia tak kasi matahari terbit untuk satu hari aja, macam manalah keadaan dunia ni kan…”
      Anum diam tak berkuit. Terasa seperti sungguh mendalam kata-kata Iskandar itu. Macam sudah terlalu lama rasanya dia tidak pernah bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah berikan padanya selama ini.
     Agak lama juga Anum melepaskan pandangan ke pencakar langit. Dari masa samar-samar cahaya yang keluar sehinggalah cahayanya terang-benderang memancar seluruh alam. Kagum! Sangat-sangat kagum melihat suasana sekarang ni. Apa lagi bila berada di puncak bukit ni, kelihatannya sungguh indah dan berseri. Kabus-kabus yang tadinya tebal mulai perlahan-lahan berarak pergi dibawa cahaya pagi.
      Dikalihkan pandangan dari langit kejora ke wajah Iskandar di sebelah. Wajah lelaki yang sedang memejamkan mata sambil menghirup bau udara pagi. Wajah yang tenang seolah-olah sedang menikmati keindahan ini sepenuh hati. Lama dia memerhatikan Iskandar sebelum lelaki itu membuka mata dan turut memandang ke arahnya.
      “Apsal tenung saya sampai macam tu sekali? Nak tengok sama ada saya terbakar atau tak ke?” Soal Iskandar.
     Anum diam saja. Sebenarnya bukan nak tengok terbakar ke tak, saja memang nak telek muka dia. Tapi dalam waktu yang sama memang nak tengok dia betul-betul terbakar ke tak… ah! Pendek kata dua-dua sekalilah…
     “See… saya tak terbakar pun… jangan kata berapi, asap keluar dari telinga pun tak ada. Nampak?” Iskandar menyuakan telinga kanannya dekat dengan mata Anum. Anum perhati beberapa saat. Tak ada apa-apa…
      Iskandar kemudian bangun. Memusing-musingkan badannya dua tiga kali.
      “Ada tak mana-mana bahagian yang terbakar? Ada?” Soalnya lagi. Sambil-sambil itu tak putus-putus lagi berpusing-pusing. Cuba melihat bahagian belakang dan pinggulnya.
Anum memuncungkan mulut. Kalau dah tak ada yang terbakar tu baguslah… yang duk berpusing-pusing lagi buat apa? Nak buat tarian Sufi pulak ke? Tahu tak tarian Sufi tu apa? Alah… tarian tradisional Turki yang pakai tarbus lepas tu berpusing-pusing tak henti-henti. Ha, macam yang si Iskandar ni tengah buat sekarang.
      “Sekarang macam mana? Puas hati?” Soalan seterusnya keluar dari mulut Iskandar.    Kali ini dengan tersenyum-senyum. Tidak lagi berpusing-pusing.
      “Ke nak tengok sama ada saya pakai cincin sama macam adik-beradik Salvatore tu? Cincin yang boleh buat dia orang bebas berjalan pada waktu siang, sama macam manusia lain…”
      Aik? Dia ni pun tahu ke cerita  The Vampire Diaries tu?
     Iskandar mengangkat kedua-dua belah tangan. Menunjukkan kesepuluh jari-jemarinya yang kosong. Tak ada satu jari pun yang tersarung apa-apa cincin.
      “Cincin apa pun tak pakai, satu rantai tangkal pun tak ada, jadi memang sah saya ni bukan Vampire kan?”
      Anum tak menjawab apa-apa lagi. Hanya memerhatikan Iskandar dengan pandangan yang tajam. Sesekali dia mengerutkan dahi. Seolah-olah ingin memastikan yang Iskandar itu benar-benar manusia.
      “Kalau tak percaya lagi…”
      “Percaya!”
      Tak sempat Iskandar nak habis bercakap.
     “Apa?” Saja Iskandar buat-buat tak dengar.
     “Saya percayalah… Mana ada hantu Vampire yang banyak soal macam awak ni. Selalunya vampire tu pendiam aja. Tak suka bercakap, tak suka bersoal dan tak suka hiking. Ada ke Vampire yang sengaja nak penatkan diri susah-susah panjat bukit kalau dia boleh terbang dan sekelip mata aja sampai puncak?”
      Iskandar ketawa. “Manalah tahu kalau-kalau saya ni spesis Vampire yang lain dari yang lain ke?”
      Anum tarik muka empat belas. Dia ni kan… bila kita dah cakap kita percaya yang dia bukan hantu, dia boleh nak kasi kita confius lagi.
     “Kalau macam tu, awak nak cakap yang awak ni memang sah hantu vampire lah ye? Baguslah! Senang sikit saya nak turun. Boleh tolong terbangkan saya terus sampai bawah? Tak kuasa nak bermandi peluh lagi…”
      Iskandar masih lagi ketawa. “Ini Vampire tak main terbang-terbanglah… itu Vampire yang pemalas! Saya ni suka bersenam, kuatkan tenaga. Turun jalan kaki lagi bagus dari terbang…” Katanya sambil mencapai beg galas. Masih lagi dengan wajah ceria.
      “Jom!”
      “Alah… Nak kena bermandi peluh lagi la ni?” Muncung Anum panjang sedepa. Baru aja hilang penat panjat bukit, dah nak kena berjalan turun pula. Dalam pada tak nak, terpaksa juga dia menurut langkah kaki Iskandar menuruni bukit selepas puas menikmati keindahan sinaran pagi…
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 09:52 AM | Show all posts
Reply  mya_kay


Huhuhuuuu... amboi, kerlasss mintak n3 baru yea? smpt ke nk baca b4 blk? oklah  ...
pinky_pink Post at 25-5-2011 17:48



    huhu..malu i ..but tqqqqqqqqqqqq!!!!..ske sgt...tq wannie..ltkla byk2 ye..uppps terlbih sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:53 AM | Show all posts
bestnya dah panjat bukit....
kasilah panjang2 sikit...
x puaslah.... (tamaklah pula)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 12:05 PM | Show all posts
Tersengih2 sendiri bila anum dok perati muka iskandar tu..
dah tergoda tu.... tanpa disedari.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 01:36 PM | Show all posts
kalako jugak ANUM nie...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 05:12 PM | Show all posts
Edward Cullen mmg x encem pun... da terbayang kalo Iskandar berlakon citer Twilight mesti lg encem kan? hikhikhik....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 05:38 PM | Show all posts
wah bestnya.... teringin gak... tgk matahri terbit.. Anum dah rasa.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068329 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list