CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 9

   Close [Copy link]
Post time 17-12-2011 06:48 PM | Show all posts
bila nasik dah jadi bubur lepas olimpik 2012, barulah bising tuduh LCW macam-macam...kutuk LCW macam2 , sedangkan kamu pegawai BAM yg bangang....kamu tak bantu dia cukup-cukup....LCW mempunyai bakat yg sgt besar, tetapi melalui kerja keras pegawai China, mereka dapat "master" kekuatan dan kelemahan LCW dengan usaha mereka sendiri...usaha keras pasukan mereka ! sementara pegawai kita goyang kaki sibuk berpolitik dan berbalah sesama sendiri, biarkan LCW terkebil-kebil sorang diri bersama tey sue bock....dulu kamu tekan misbun sampai dia lari....tapi tak pulak kamu cari penggantinya....BODOH !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 07:30 PM | Show all posts
bila nasik dah jadi bubur lepas olimpik 2012, barulah bising tuduh LCW macam-macam...kutuk LCW macam ...
ambok Post at 17-12-2011 18:48



    Aku dh lama bengang ngn puak2  bam neh..smpai mampos pun player xkn berjaya selagi diorg x brubah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:51 PM | Show all posts
sedih jgk tgk chong wei kalah tadi... kita yg tgk ni dah rasa camtu apalagi chong wei sendiri... apapun kagum dgn semangat chong wei yg masih tak putus harapan dan terus berjuang.... chong wei memang perlukan suntikan dan sentuhan yang lebih berkesan utk mengimbangi kekuatan lin dan dan chen long ni.. tp sayang dah berstatus pemain no 1 dunia tapi sokongan dan perhatian patut dilebihkan lagi.... kalau chong wei takda.... tak mustahin tak dpt tgk wakil malaysia ke semifinal or final lagi lepas ni......
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:54 PM | Show all posts
Reply 201# cmf_death

aku setuju.... jgn tunggu sampai olimpik bila chong wei tak dapat perform baru nak tuding jari sana sini....... BAM patut dipersalahkan dalam hal ini....

ada sapa2 tau apa aktiviti misbun sekarang ni.... chong wei tak berhubung terus dgn misbun ke... walaupun bukan jurulatih secara rasmi tp still anak buah yg terbaik pernah dilahirkan oleh misbun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:59 PM | Show all posts
Reply  cmf_death

aku setuju.... jgn tunggu sampai olimpik bila chong wei tak dapat perform baru  ...
mbinmohd Post at 17-12-2011 19:54



    yup... aku arap c.wei bincang leklok ngn bam bangang tuh.. amik smula misbun jd jurulatih.. biar siew bock latih budak2 junior je

btw aku x tgk game td sbb aku kt tmpat org..huhu.. cuma trkejut tgk livescore td
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:10 PM | Show all posts
Aku dh lama bengang ngn puak2  bam neh..smpai mampos pun player xkn berjaya selagi diorg x ...
cmf_death Post at 17-12-2011 19:30


rexy mainaky sendiri mengesahkan BAM memang BANGANG !
[size=10.8333px]Skuad Piala Thomas rugi
KESILAPAN besar atau satu tindakan bijak kem Piala Thomas dan Uber Malaysia apabila tidak menghantar wakil untuk ‘mengintai’ kekuatan lawan yang bakal dihadapi pada pusingan akhir Piala Thomas, Mei depan, sewaktu mereka bersaing di pusingan kelayakan Zon Asia di Kompleks Sukan Nakhon Ratchasima, Thailand, minggu lalu.

Mungkin terlalu sibuk dan banyak kerja, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ‘terlepas pandang’ mengenai keperluan menghantar pengintip ke kejohanan terbabit atau mungkin juga mereka menganggap tidak perlu untuk berbuat sedemikian.

Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky yang ditemui mengesahkan tiada seorangpun jurulatih atau pegawai dihantar ke kejohanan itu untuk tujuan memantau prestasi pencabar seperti Indonesia dan Korea Selatan.


“Mungkin kita belum ada sistem sebegini iaitu menghantar wakil sebagai pengintip. Kita akan cadangkan pada masa depan,” katanya di Bukit Kiara, semalam.


Bagaimanapun, Rexy mengakui amat rugi kerana tidak ada pegawai atau jurulatih yang dihantar ke kejohanan itu dan berkata: “Betul, memang itu kejohanan paling sesuai untuk kita menilai kemampuan pasukan lain, sejauh mana persediaan mereka setakat ini dan setakat mana kekuatan mereka ketika Piala Thomas dan Uber yang hanya tinggal tidak sampai dua bulan.” Tambah beliau, kini tiada lagi kejohanan berpasukan yang boleh digunakan sebagai analisis skuad negara kerana saingan terbuka hanya membabitkan aksi individu.


Justeru, katanya, mungkin selepas ini BAM boleh mewujudkan panel khusus untuk mengkaji kekuatan pemain lawan secara individu mahupun berpasukan kerana badminton di zaman serba moden kini amat memerlukan analisis statistik bagi menilai kelebihan dan kekurangan setiap pemain.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2011 08:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 17-12-2011 20:48

memang Chen Long dan Lin Dan dapat baca permainan chong wei....sedangkan Chong Wei tak dapat baca permainan mereka...

tu yang buat aku bengang giler pada BAM sekarang neh
Pemain China dibantu sepenuhnya pegawai mereka...hakikatnya sekarang Chong Wei terpaksa berlawan dengan kekuatan seluruh pasukan China di belakang LD dan CL hasil kerjasama dan usaha keras pegawai2 mereka
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:19 PM | Show all posts
memang Chen Long dan Lin Dan dapat baca permainan chong wei....sedangkan Chong Wei tak dapat baca pe ...
ambok Post at 17-12-2011 20:13



   kalau mcm ni lah, tah2 nak menang gangsa olimpik pun sendu jah...    .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 08:24 PM | Show all posts
bila nasik dah jadi bubur lepas olimpik 2012, barulah bising tuduh LCW macam-macam...kutuk LCW macam ...
ambok Post at 17-12-2011 18:48



   abis tu, mcm mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:27 PM | Show all posts
memang Chen Long dan Lin Dan dapat baca permainan chong wei....sedangkan Chong Wei tak dapat baca pe ...
ambok Post at 17-12-2011 20:13



tu la.. china neh mmg cerdik la.. cuma BAM je yg BODO...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 17-12-2011 21:04

Reply 207# dellpro


   masih ada masa kalau BAM nak buat sesuatu untuk bantu LCW....tubuhkan unit khas kaji video permainan LD dan CL....duit dulu tak banyak proton kasi RM2.5 juta setahun....sekarang maybank kasi dekat RM7 juta ....takkan lah bangang sangat pegawai BAM sampai tak pandai urus duit tuh ? yonex sunrise selaku penaja rasmi kasi RM 2 juta.....dan penaja-penaja lain seperti 100 plus pun kasi lagi duit.....campur bantuan kerajaan lagi RM 2 juta yg najib umum hari tu....
inilah kesempatan terakhir untuk Malaysia bawa pulang pingat emas dalam dekad ini...Lee Chong Wei adalah pemain paling hebat Malaysia dalam sejarah badminton moden...mana ada pemain malaysia yg lain dapat duduk di ranking no1 dunia selama lebih 3 tahun....

kalau peluang terbaik ini dilepaskan, kita tak punya harapan lagi....bukan senang nak dapat bakat istimewa seperti LCW....kalau bakat itu dipersiakan....ianya satu kerugian yg sangat besar...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:31 PM | Show all posts
bila nasik dah jadi bubur lepas olimpik 2012, barulah bising tuduh LCW macam-macam...kutuk LCW macam ...
ambok Post at 17-12-2011 18:48


Aku ni ketinggalan keretapi sebenarnya, jadi aku hendak tanya.

Mengapa BAM singkirkan Misbun? Dah seronok Chong Wei dengan Misbun, alih-alih Misbun kena pecat pulak, awat?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:36 PM | Show all posts
Reply 211# Neraka Bulan

ada beberapa gossip yg mengatakan mengapa misbun letak jawatan...

antaranya 1) misbun nak latih sendiri anaknya, misbun ramadan  , tapi BAM tak kasi

2) konflik dalaman , misbun pun pernah sebut nama 2 org pegawai BAM yg selalu cari pasal dgnnya...presiden pulak buta badminton...asyik keluar negara so bila nak selesaikan konflik dalaman ?

3) bila misbun buat keputusan untuk kembali kepada BAM, setelah misbun dipujuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shaberi Chik dan Presiden BAM, BAM tidak membenarkan misbun melatih LCW sebaliknya menyuruh misbun melatih pemain pelapis sahaja...ini satu penghinaan kepada misbun  ...akhirnya misbun membuat keputusan untuk meninggalkan BAM
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:40 PM | Show all posts
aku dah sembang dgn budak yonex sunrise sendiri, dia kata masalah utama yg melanda BAM dan PBSI (Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia) ialah konflik dalaman, terlalu kuat berpolitik (berpolitaik ? ) sesama sendiri...

sebab itulah badminton indonesia dan badminton malaysia gagal melahirkan pelapis yg bagus kerana kebodohan pegawai sukan nak berpolitik juga....oii pegawai BAM yg bangang, kalau nak politik, letak la jawatan tu bangang....masuk gelanggang politik sebenar, bertanding pilihan raya bukan bergaduh dalam persatuan sukan ! yg ruginya bukan ko, kemajuan sukan kita yg rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:42 PM | Show all posts
BAM ini peruntukan takde ke? China gigih hantar segerombolan petugas semata-mata untuk mengkaji gerak permainan Datuk Chong Wei. Tapi kita cuma ada hantar seorang jurulatih aje untuk Chong Wei, kadang-kadang Rahshid turut serta.

Kalau Chong Wei gagal mendapatkan pingat emas Olimpik tahun depan, maka aku fikir hampir 100% beban kritikan perlu dipikul oleh BAM, bukan Chong Wei. Datuk Chong Wei, dah cuba sedaya upaya., baik ketika berlatih mahupun dalam perlawanan. Jadi aku tidak akan salahkan dia, malah bersimpati sangat-sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:49 PM | Show all posts
Reply  Neraka Bulan

ada beberapa gossip yg mengatakan mengapa misbun letak jawatan...

antaran ...
ambok Post at 17-12-2011 20:36


Terima kasih.

Rupanya aku ingatkan bolasepak sahaja yang diganggu oleh masalah politik, tampaknya badminton pun terkena badi nih...nyampah betul.:@

China makin lama makin kuat, kita pulak makin lama makin bodoh pasal politaik. Pemain Malaysia yang masih aktif  yang aku betul-betul kenal adalah Datuk Chong Wei, KKK dan TBH, yang lain aku tak berapa tahu khususnya pemain muda/pelapis. Badminton wanita Malaysia satu haprak aku tak tahu. Nampak sangat BAM tiada program yang betul-betul berkesan untuk masa depan badminton Malaysia.

Wei, itu budak yang nama Zulkifli itu dia tak berada bawah BAM kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 08:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 17-12-2011 20:55

kalau LCW tak menang emas olimpik tahun depan,

hampir pasti kita akan terus kempunan pingat emas untuk satu tempoh masa yg panjang....

ini peluang terbaik...jika dipersiakan, memang bodoh la persatuan tu....

bakat istimewa seperti LCW bukan senang nak dicari....

player lain boleh dilatih, tetapi kebanyakkannya takkan sampai ke tahap tertinggi...hanya yg berbakat saja yg mampu utk sampai ke tahap tertinggi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 17-12-2011 21:02
Terima kasih.

Rupanya aku ingatkan bolasepak sahaja yang diganggu oleh masalah politik, tampa ...
Neraka Bulan Post at 17-12-2011 20:49


zulfadli tu tak berada di bawah BAM...di bawah KLRC , presidennya Datuk Seri Andrew Kam , orang yang sanggup buat persatuan badminton sendiri kerana minatnya yg terlampau mendalam terhadap sukan badminton....org seperti inilah yg sebenarnya layak menjadi presiden BAM...ini tidak, lantik presiden dgn kuota politik...org yg tak tahu apa2 mengenai badminton diangkat menjadi pemimpin....serupalah kalau kasi penoreh getah jadi Pengetua Sekolah...apa yg akan jadi ? ,
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:14 PM | Show all posts
kalau LCW tak menang emas olimpik tahun depan,

hampir pasti kita akan terus kempunan pingat emas ...
ambok Post at 17-12-2011 20:54


Hafiz Hashim itu aku tengok dia memang berbakat. Dari segi teknik, aku tengok memang licik sekali si Hafiz tu, mungkin setanding dengan Chong Wei. Dia pun tinggi orangnya, dan smash pun boleh tahan kuat. Cuma footwork serta reaksi dia agak perlahan.

Tapi dah terlambat dah, Hafiz dah tahap veteran. Lagipun aku rasa 80% salah si Hafiz itu pasal menjunam...dah elok-elok menang All England.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:28 PM | Show all posts
Reply  dellpro


   masih ada masa kalau BAM nak buat sesuatu untuk bantu LCW....tubuhkan unit k ...
ambok Post at 17-12-2011 20:30



   bagaimana pula pendapat you kalau lcw keluar dari BAM. dan dia di uruskan oleh pilihan LCW sendiri. ai yakin dia akan dapat sponsorship. maka gunakan wang itu untuk menubuhkan team fitness/saintifik malah pengintip dia sendiri.... team taktikal dan kejurulatihannya sendiri?   team think tank sendiri? ai rasa dan yakin dana yg terkumpul mungkin membolehkan lcw melakukannya.
sedangkan kalau kita lihat pemain2 tennis semua elokk je servaif dgn sendiri.  mengapa tidak dgn lcw?.

atau mmg pemain badminton ni, mmg terpaksa bergantung dan benaung bawah BAM untuk mendapat fasilatis dan trainer terbaik?.

apa pendapat ambok?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119440 Replies : 3085
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 5154 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9242 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.090988 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list